3.9.16

Mewarna Bersama Si Kecil

Assalamualaikum semua. Hari cuti ni tentu ramai yang menghabiskan masa bersama keluarga. Macam-macam aktiviti boleh kita lakukan. Antara yang PapaG lakukan bersama anak PapaG ialah mewarna. Ala warna atau lebih tepat conteng-conteng je. Seronok tau mewarna bersama si kecil ni. Kadang kala kita yang rasa seronok. Hilang stress katanya. Korang boleh cuba tau.

lukisan-kanak-kanak

Haa cantik tak? Ni la hasilnya. Sambil gaduh-gaduh, kejar-kejar dan comot-comot sana sini, ni la hasilnya. Lukisan dan warna yang Imtiyas, Ayah dan Ibu hasilkan. Yang rama-rama hijua tu ayah yang buat tau. Yang conteng-conteng tu haruslah Imtiyaz yang buat. 

Antara kelebihan/kebaikan dari aktiviti mewarna :-

Mengenal warna. Anak seronok nak kenal warna sambil mewarna gambar-gambar yang menarik perhatian. Kaedah mudah ajar anak kenal warna selain dari guna flash cards.

Tempat luahan perasaan. Anak boleh menconteng semahu-mahunya untuk melepaskan perasaan marah (sebagai contoh). Tiada lagi baling-baling mainan sampai pecah berderai.

Membina motor halus. Menggerakkan otot-otot tangan dengan cara bagaimana untuk memegang dan menggunakan krayon dengan betul.

Kemahiran melukis. Dengan keseronokan menggunakan krayon, anak boleh lukis imej yang disukai. Setakat ni Imtiyaz hanya pass lukis bentuk bulat dan garis-garis bengkang-bengkok je. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. hai papaG

    bagus aktiviti dengan anak...

    guna krayon ka nampak macam watercolour...hmmm terfikir nak buat aktiviti camni juga...sambil ajar tulis a b c

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com