7.9.16

Hobi Baru PapaG

Assalamualaikum semua. PapaG harap korang semua sihat. Ok la siapa yang perasan la sejak kebelakangan ni PapaG macam banyak shara kat korang tentang aktiviti menjahit PapaG kan? Sebenarnya boleh dikatakan menjahit ni ala-ala hobi baru gituuu. Sesejak mak mertua bagi mesin jahit tu, kena meminatkan diri untuk menjahit kan. Kang nanti dikatanya penat-penat bagi tapi tak guna pulak. Malu je.

alatan-menjahit

Sekarang ni dah menjinak-jinakkan diri pergi kedai jahitan. Beli benang, pembaris, tapak jahita mesin dan macam-macam lagi la. Sesejak ni juga la PapaG perlahan-lahan belajar selok belok menjahit. Baru mula nak kenal jarum tu apa. Jarum jahit mesin berbeza dengan jarum jahit tangan. Kenal jenis benang, warna dan macam-macam lagi benda baru yang PapaG sedang belajar. Yang paling best ialah belajar buat pola jahitan. Sebelum ni PapaG macam ala-ala jakun sikit dengan pola-pola jahitan ni. Tapi sekarang bila dah tahu sikit-sikit tak jakun dah. Memang lebih mudah kita nak menjahit kalau kita tahu nak buat pola.

Sekarang ni kan nak belajar mudah je. Betul tak? Kebanyakan PapaG akan google je kalau nak belajar tentang sesuatu perkara tu. Macam aritu PapaG nak buat gaun kembang (Peplum) Imtiyaz, kita search la cara buat pola gaun kembang. Baca perlahan-lahan. Try ikut arahan step by step. Akhirnya berjaya juga melakar pola jahitan kat atas kertas. Rasa bangga kejap dengan diri sendiri. Hehehe


Nah PapaG kongsikan halfway hasil kerja melakar pola baju gaun kanak-kanak yang comel ni. Gambar kat atas ni tak siap lagi. Korang nak tengok hasil jahitan gaun peplum dari PapaG? Nanti la PapaG cerita dalam entri lain yer. Senanya malu nak cerita kat blog sebabnya jahitan tak menjadi sangat. Senget sana sini. Tapi rupa gaun kembang tu dah ade la. Tunggu la ye next entri.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com