19.9.16

Istimewa Kurniaan Seorang Anak

Assalamualaikum semua. Anda semua sihat? PapaG harap semua sihat la yer. Ok la hari ni PapaG kerja malam jadi waktu pagi ada la masa untuk melakukan beberapa kerja dirumah dan juga belek-belek blog sekejap. Waktu pagi bila melihat muka anak yang masih tidur begitu menginsafkan. Sangat INDAH. Nikmat kurniaan darinya yang tak ternilai. Juga sebagai satu amanah yang harus kita jaga. Sungguh sangat istimewa kurniaan seorang anak ni kan?


"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"

Sungguh, anak kurniaan dari Allah bukan sahaja sebagai penyambung warisan tetapi ia sebagai bukti kekuasaan Allah. Apatidaknya, kalau kita seorang yang mampu berfikir, bila kita memikirkan tentang bagaimana kejadian seorang anak didalam perut ibu, betapa MAHA BERKUASAnya Allah dalam mencipta manusia. Dan tidak dinafikan setiap pasangan yang berkahwin tentu sahaja ternanti-nati berita akan kehadiran penyeri rumah tangga mereka. Teringat PapaG bila kali pertama mendapat berita wife mengandungkan anak pertama kami. Kami begitu teruja nak tahu. Beli pregnancy test strip dekat satu shopping mall ni, tak sempat balik rumah pergi test kat toilet je. Hahaha. Kelakor je la.

Tapi tu la, siapa tak gembira bila dapattahu yang kita akan jadi ayah atau ibu kan? Ramai yang kata anak itu pembawa rezeki dalam rumah tangga. Ya memang betul tapi harus diingat anak juga sebagai amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa. Kita sebagai orang tua haruslah bijak dalam mendidik dan mencorakkan kehidupan anak-anak. Buat korang yang ada anak, jom didik dan corak mereka sebaik mungkin. Insyallah mereka akan menjadi pembantu serta penyelamat kita di dunia dan akhirat kelak. Aamiin.

“Apabila seorang manusia meninggal, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga, yakni sedekah jariyah, atau ilmu yang diambil manfaatnya, atau anak saleh yang mendoakannya”.
(HR Muslim di dalam shahihnya juz 2 hal. 70 hadis no. 1631)

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. PapaG doakan semoga nieyl pun dikurniakan anak satu hari nanti ya..Amin..

    BalasPadam
  2. moga anak anak papa g semuanya jadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com