20.6.16

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Terkini Tahun 2016

Assalamualaikum semua. Bulan Ramadhan telah memasuki phasa yang kedua. Rasanya dalam 2 minggu lagi kita akan menyambut hari lebaran. Rukun islam yang ke-empat yang wajib kita tunaikan ialah membayar zakat. Tapi adakah anda semua tahu kadar bayaran zakat fitrah terkini tahun 2016? Baiklah, dalam entri kali ini, PapaG kongsikan pada pembaca semua tentang kadar bayaran zakat fitrah terkini tahun 2016. Semoga apa yang PapaG kongsikan memberi sedikit info yang berguna buat anda semua untuk membayar zakat fitrah. Insyallah.


Waktu untuk membayar zakat boleh dibuat sepanjang bulan Ramadhan sehinggalah sebelum sembahayang Hari Raya Aidilfitri di pagi Syawal. Pembayaran zakat boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Untuk pengatahuan semua, kadar bayaran zakat fitrah telah ditetapkan berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan dengan 2.7 Kg beras yang majoriti digunakan.

Hadis riwayat: al-Tirmizi & al-Suyuti

Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

أفضلُ الصَّدَقَةِ في رَمضَانَ

Maksudnya:

“Sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan.”

Pengajaran Hadis:

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada bulan Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian, seperti membanyakkan bersedekah, kerana balasan atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadan bahkan pada bulan-bulan lain juga, kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya. Seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mengeratkan lagi ikatan kemesraan dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah SWT adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Semoga bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com