18.6.16

Cabaran Mendidik Anak Masa Kini

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi melihat wajah anak yang sedang lena di atas katil membuat hati rasa begitu indah. Ya Allah bersykur sangat-sangat sebab dikurniakan nikmat anak yang sungguh menenangkan. Anak itu amanah kan? Lagi-lagi seorang bapa macam PapaG ni. Tentu sekali banyak cabaran dalam mendidik anak masa kini. Yela zaman yang lebih berteknologi orang kata. Zaman yang penuh dengan pancaroba. Tentu sekali anak-anak kita akan lebih terdedah dengan anasir-anasir negatif. Jadi, sebagai ibu bapa kita harus bijak untuk menghdapi cabaran mendidik anak masa kini.

cabaran-mendidik-anak

Bila menyingkap kembali kenangan saat-saat Imityaz masih lagi dalam kandungan tentu sekali ini merupakan satu cabaran buat isteri PapaG. Cuba bayangkan, hamil selama 9 bulan, membawa entiti yang bernama bayi di dalam kandungan, berat, letih, demam, emosi dan macam-macam lagi. Semuanya ade. Dalam surah Luqman sendiri Allah telah telah merakamkan tentang kepayahan seorang Ibu yang menghamilkan anaknya kan. Itu belum lagi cabaran bagi seorang ibu yang bekerja. Membawa perut yang membuyut sambil menguruskan urusan kerja di tempat kerja, sudah pasti ia sesuatu yang sangat mencabar kan.

Selepas proses kehamilan, Ibu melalui satu proses yang lebih dahsyat iaitu bersalin. Memang benar Allah katakan Ibu yang sedang hamil melalui kesakitan demi kesakitan (luqman) sehinggalah proses kehamilan, kesakitan yang lebih dahsyat lagi. Sebab itu seseorang Ibu yang sedang bersalin diumpamakan sebagai sedang berjihad di medan perang dan akan mendapat syahid jika seseorang Ibu itu meninggal semasa melahirkan bayi. Selain itu, bila keluar sahaja bayi, hilanglah segala dosa yang kita ada seperti bayi yang baru lahir. Besarkan hikmah melahirkan bayi ni? Rugi jika tidak merebutnya. Tetapi ia bukan mudah. Ia memerlukan lautan pengorbanan dari seseorang Ibu.  Ingat bukan mudah untuk mendapat syurga Allah yang indah itu.

Cabaran seterusnya ialah cabaran dalam membesarkan anak. Ya cabaran membesarkan anak ni di lalui oleh kedua ibu bapa. Ia termasuklah cabaran emosi, keewangan, dan masa. Berjaga malam memang perkara biasa bagi. Lelebih lagi Ibu menyusukan anak. Sokmo la kena bangun. Selain menyusukan, keewangan juga merupakan cabaran kami dalam rumah tangga sejak ada anak ni gaji memang majoriti bahagikan untuk anak jer dulu baru la keperluan yang lain. Lagi sekarang ni kan taraf kehidupan yang semakin tinggi  Tapi Alhamdulillah masih mencukupi.

Selain cabaran untuk membesarkan, ibu bapa mesti akan menghadapi cabaran dalam mendidik anak. Ye la, zaman sekarang ni kan macam-macam pengaruh mudah memasuki minda anak-anak ni. Risau juga nak menghadapi. Tapi, PapaG pasti jika hidup kita mengikut landasan agama yang sebetulnya, insyallah Allah akan membantu kita dalam urusan mendidik anak dan menjaga keluarga kita. Allah itu kan Maha Berkuasa. Selalu la mohon kapadanya. Yang pasti Dia tidak akan pernah jemu mendengar permintaan dan luahan serta rintihan dari hambanya yang soleh dan solehah.

Pastinya banyak lagi cabaran-cabaran yang harus di lalui oleh ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak. Walaubagaimanapun, jangan pula anda takut nak ada anak bila PapaG kongsikan cerita ni. Sebenarnya dalam setiap cabaran inilah Allah nak lihat sejauh mana keimanan seseorang hambanya. Dengan di berikan seribu satu cabaran dan dugaan, ia sedikit sebanyak dapat melorong hati kita untuk terus berserah hati pada Allah bagi memohon petolongan. Insyallah. Wallahualam.

With Love
Papaglamz


-sekian-

3 ulasan:

  1. Singgah pagi baca entry papaG. InshAllah semoga anak2 papaG membesar dgn soleh dan solehah :)

    BalasPadam
  2. Betul, tak boleh imagine macam mana rasa cabaran nak didik anak ni kan. Lagi lagi zaman sekarang ni cabaran semakin kuat!

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com