19.6.16

4 Sebab Menyewa Di Rumah Pangsapuri Patut Anda Tahu

Hai semua. Dalam memilih rumah sewa tentu sekali kita akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi kehendak yang kita ingini selain dari harga sewa yang ditawarkan. Sebagai seorang pekerja yang penat seharian bekerja dengan penuh tekanan disiang hari dan mencari sedikit hiburan selepas itu tentu sakali ingin mempunyai rumah sewa yang menarik dan mampu menjadi tempat untuk kita berehat selain tempat untuk berteduh. Bagi anda yang ingin memiliki rumah sewa yang sederhana dan mempunyai kadar tekanan yang rendah, anda patut mencuba untuk melihat atau memiliki rumah jenis pangsapuri. Di bawah ini PapaG kongskan beberapa sebab kenapa anda perlu memilih rumah jenis pangsapuri sebagai rumah sewa anda.


Kurangnya tekanan

Apabila anda tinggal dirumah jenis pangsapuri, anda tidak akan mengalami tekanan yang tinggi berbanding dengan pemilik rumah itu sendiri. Kita sebagai penyewa hanya membayar unit yang kita sewa sahaja. Tiada kos-kos tambahan lain yang perlu kita bayar. Selain itu, sekiranya kita tidak selesa dengan kelakuan jiran-jiran kita, kita boleh memberi tahu kepada pemilik rumah yang kita menyewa dan hal itu akan diselesaikan oleh tuan rumah. Sebagai penyewa juga, anda tidak perlu risau tentang nilai hartanah rumah yang anda duduki. Samaada dari segi nilai sewaan dan sebagainya Hal-hal ini semua adalah tanggungjawab tuan rumah itu sendiri. Bila bercakap tentang cukai pula, anda sebagai penyewa juga tidak perlu risau dengan hal tersebut kerana tuan rumah seharusnya peka dan mengambil tanggungjawab untuk membayar segala cukai berkenaan dengan pangsapuri yang beliau miliki. Anda sebagai penyewa hanya membayar sewa mengikut kadar yang telah dipersetujui di dalam perjanjian sewaan sahaja. Mudah kan?

Jadi, perkara penting yang harus anda ingat apabila anda membayar sewaan satu unit pangsapuri ialah, anda perlu sedar bahawa sewaan yang anda bayar itu sudah pasti merangkumi segalah hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan hartanah tersebut. Walaupun ia agak kejam, namun segala bayaran yang anda bayar itu adalah perlu bagi mengelakkan timbulnya masalah-masalah lain dimasa hadapan.

Kebebasan untuk berpindah

Salah satu perkara yang berkait rapat dengan orang-orang muda ialah mereka tidak akan duduk di suatu rumah itu dengan tetap. Mereka lebih suka berpindah dari satu rumah kerumah yang lain bagi mencari tempat tinggal yang lebih selesa. Memang kita menganggap mempunyai rumah sendiri di sesuatu kawasan yang tetap merupakan peluang kita untuk mengumpul aset masa hadapan. Tetapi, adakah ia berbaloi jika kita perlu memaksa diri kita untuk tinggal di satu kawasan yang khusus sedangkan kita boleh berpindah dari satu tempat ketempat yang lain? Mungkin dikawasan tempat tinggal kita itu tidak lagi sesuai untuk kita. Adakah kita sanggup bertahan duduk dikawasan itu? Sudah pasti tidak. Selai itu sekiranya kita diperlukan untuk berpindah kesuatu kawasan lain atas urusan kerja, adakah kita akan membawa bersama-sama hartanah kita? Sudah pasti tidak. Jadi sebagai orang muda yang berkerjaya, adalah lebih elok untuk anda menyewa di pangsapuri yang sederhana nilai sewaanya tetapi berbaloi.

Bila bercakap tentang kebeasan untuk berpindah pangsapuri yang disewa, anda boleh melihat atau mencari maklumat ataupun menyewa pangsapuri anda di PropertyGuru Malaysia. Berbagai maklumat yang anda boleh dapat di laman ini sebagai contoh malumat tentang lokasi, kadar sewaan pangsapuri dan lebih menarik lagi anda boleh mendapatkan maklumat pemilik rumah untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjanjian sewaan dan juga jangka masa sewaan yang akan diberikan. Menyewa di pangsapuri membolehkan kita mempunyai kebebasan untuk berpindah. Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk masa hadapan, anda tidak perlu lagi risau atau takut sekiranya anda akan terperangkan di sesuatu kawasan dalam jangka masa yang lama.

Penyelenggaraan pangsapuri yang tidak dijangka

Setiap rumah yang diduduki, kadang kala terdapatnya pelbagai kerosakan yang perlu kita selenggara. Lebih parah bila kerosakan itu datang secara tiba-tiba. Kadang tu kita tidak tahu jika rumah-rumah yang sudah diubah suai atau sebagainya, risiko untuk mengalami kerosakan-kerosakan kecil yang mesti kita selenggara adalah sangat tinggi. Atas sebab-sebab ini, ternyata meyewa di pangsapuri tidak akan membebankan anda sekiranya ada sebarang kerosakan ditempat tinggal anda. Segala kos membaik pulih tidak perlu anda bayar. Semua itu ditanggung oleh pemilik rumah itu. Mudah kan?

Jadi, dengan menyewa di pangsapuri kita tidak perlu lagi risau dengan masalah-masalah yang akan datang secara tiba-tiba. Hal ini akan diuruskan sepenuhnya oleh tuan pemilik rumah. Anda boleh tinggal di pangsapuri tersebut dengan aman dan damai tanpa perlu rasa risau lagi. 

Masalah dimalam hari

Setiap rumah sudah pasti mempunyai massalah yang tersendiri. Dan PapaG pasti ia berlaku pada semua orang. Lelebih lagi jika masalah rumah anda itu berlaku seawal 2 atau 3 pagi. Tentu sahaja ia amat menyakitkan hati dan memberi tekanan pada kita. Sekiranya berlaku kebocoran air, terbau gas yang bocor, ataupun bekalan elektrik tidak berfungsi, rasa-rasanya siapakah yang akan bertanggungjwab untuk mengatasi semua masalah ini? Bila rumah yang kita tinggal itu adalah rumah kita sendiri, sudah pasti segala kos ataupun tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini terletak diatas bahu kita sendiri kan? Tapi, bila kita menyewa, dengan hanya embuat satu panggilan pada pemilik rumah anda, segala-galanya pasti akan diselesaikan dengan segala tanggungan kos akan terletak di atas bahu pemilik rumah itu sendiri. Mudah kan?

Yang sebenarnya, bukanlah, masalah-masalah yang berlaku apabila kita mempunyai rumah sendiri merupakan sesuatu yang sangat membebankan. Tetapi, jika kita tidak mahu menaggung tambahan kos dan bila kita mengukur baju dibadan sendiri, adalah lebih elok untuk kita menyewa di rumah pangsapuri. Bila kita mempunyai kerja yang banyak di siang hari, ditambah dengan kehidupan peribadi dan tekanan uang harus kita selesaikan keesokan harinya, adakah kita mahu untuk menghadapi masalah kecemasan ditengah-tengah malam? Tentu sekali tidak kan?

Bila ada yang mempersoalkan tentang sebab-sebab keewangan, tapi yang sebenarnya jika kita mencari rumah yang kurang tekanan dan cara hidup yang bebas, sudah pasti menyewa disebuah pangsapuri ialah pilihan yang tepat. Anda hanya perl bayar untuk menyewa sahaja. Lain-lain kos dan tanggungjawab membaikpulih kecemasan ditanggung oleh tuan rumah. Menarik kan?

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com