Hari Sukan Dhia Solehah di PASTI Taman Dato' Abdul Rashid

Hari Sukan Dhia Solehah di PASTI Taman Dato' Abdul Rashid

Minggu 16 Ogos lepas memang boleh aku panggil sebagai minggu paling berpeluh dalam kalendar tahun ni. Aku sendiri tengah beraksi kat Man Wellness Challenge di Gopeng, Perak. Cabaran fizikal yang memang buat badan rasa macam mesin basuh “spin mode” selama tiga hari. Dalam masa yang sama, anak aku Dhia Solehah pun ada hari penting dia iaitu Hari Sukan PASTI kat Padang Awam Taman Dato’ Rashid.

Kalau aku sibuk explorace dan ber water raftign, Solehah pulak sibuk berlari keliling padang. Fair enough kan?

Pagi Bermula dengan Perbarisan

Hari sukan tu dimulakan dengan perbarisan berhias. Bayangkan anak-anak kecil dengan uniform rumah sukan masing-masing, berbaris penuh gaya keliling padang. Solehah jadi wakil Rumah Hijau. Dari jauh (bini aku yang update), katanya muka anak aku masa tu penuh dengan semangat. Aku boleh bayangkan je dia jalan sambil melambai-lambai macam selebriti.




Fun Run dan Suasana Meriah

Lepas habis perbarisan, terus sambung dengan Fun Run. Haa… walaupun nama dia fun, sebenarnya untuk budak-budak kecik ni, itu dah kira “marathon dunia” dah. Ada yang lari tak toleh belakang, ada yang lari sambil tengok mak ayah kat tepi padang, ada jugak yang lari dua tiga langkah… terus berhenti sebab kepenatan.

Tapi semua enjoy. Itu yang penting.

Sukaneka untuk Anak-Anak

Lepas tu masuk bab sukaneka. Macam-macam acara ada. Lari bawa bola, acara dalam kumpulan dan macam-macam lagi aktiviti yang confirm buat penonton gelak besar. Sukaneka ni memang trademark hari sukan, sebab tak kisah siapa menang, semua orang happy.


Anak aku pun join acara sukaneka, dan walaupun aku tak dapat tengok live, bini aku siap hantar gambar kat WhatsApp. Nampak jelas muka dia yang tengah excited, dengan crowd kat belakang bersorak-sorak. Sebagai bapak, aku scroll gambar tu sambil senyum sorang-sorang kat Gopeng. Rasa macam ada dua “screen” dalam kepala. Satu aku tengah struggle tarik nafas kat cabaran Man Challenge, satu lagi bayangan anak aku tengah lari kat padang.

Acara Ibu Bapa: Bini Aku Turun Padang

Dan yang paling kelakar, ada jugak acara khas untuk ibu bapa. Masa ni bini aku decide nak masuk. Dia join pertandingan baling bola dalam jaring ala-ala bola jaring. Katanya, bila bola tu masuk jaring dan crowd bersorak, rasa macam dia jadi pemain import kebangsaan sekejap.


Yang bestnya, bini aku menang! Balik siap bawa hamper besar. Haa, yang ni bukan anak je happy, satu rumah happy. Yela masing-masing balik tak tangan kosong.

Baca juga - BINI BAGI LESEN...!!! BPC Man Wellness Challenge 2025 kat Gopeng - Explorace, Rafting & Gua Tempurung

Apapun, walaupun aku tak ada kat situ secara fizikal, tapi cerita-cerita bini aku dan gambar yang dia hantar dah cukup buat aku rasa seolah-olah aku ada sekali. 

Jadi minggu tu memang boleh aku panggil minggu wellness keluarga. Bezanya je, aku dapat muscle pain tiga hari, bini aku dapat hamper dan anak aku dapat pengalaman manis yang akan dia ingat sampai bila-bila.

Enjoy...!!!

BINI BAGI LESEN...!!! BPC Man Wellness Challenge 2025 kat Gopeng - Explorace, Rafting & Gua Tempurung

BINI BAGI LESEN...!!! BPC Man Wellness Challenge 2025 kat Gopeng - Explorace, Rafting & Gua Tempurung

Last weekend aku join satu program yang dianjurkan oleh kilang – Man Wellness Challenge. Macam nama dia, program ni memang khas untuk geng lelaki je. Semua peserta lelaki (isteri & anak tolong bagi green light je. Hahaha).

Tahun ni program dibuat di Gopeng, Perak dan disertai oleh 20 kumpulan keseluruhannya. Setiap team ada 4 orang dan pemilihan ahli kumpulan ni memang suka hati. Korang boleh pilih geng sendiri. Jadi tak payah cerita panjang… aku terus bentuk team dengan geng lab aku sendiri. Nama kumpulan: Aroma Lab.

Perjalanan (Hari Jumaat)

Walaupun program rasmi start malam Jumaat dengan dinner & taklimat, semua team dibenarkan gerak ikut timing masing-masing asalkan sampai resort Gopeng sebelum jam 8 malam. Masing-masin amek AL sendiri ya. Takde nya company nak bagi release.

Kitorang bertolak dari Kuantan pukul 8.00 pagi, tapi tak terus ke Gopeng… kami lajak terus ke Penang dulu.

Yes, kau rasa? Dah alang-alang berada di Utara, baik terus cari pasemboq Padang Brown dan mee sotong.


Plan memang padu padu hari pertama kitorang:

  • Makan pasemboq & mee sotong
  • Singgah beli asam jeruk Pak Ali
  • Baru gerak turun semula ke Gopeng

Sampai di resort Gopeng lebih kurang pukul 9 malam, which means kami adalah team yang paling last sampai. Turun kereta terus pergi dinner + dengar taklimat untuk aktiviti hari Sabtu & Ahad.

Apa Jadi Lepas Tu? Taklimat malam tu agak santai. Semua team diberi briefing tentang aktiviti outdoor yang bakal dijalankan. Yang pasti waktu makan tu semua geng lelaki berkumpul, berkenalan antara group, gelak-gelak, sure vibe dia memang best.

Day 2: Explorace + Water Rafting (Penat Tapi Best!)

Seawal 7.00 pagi, semua peserta kena turun untuk senam robik. Warm up pun dah rasa macam aktiviti pertama. Habis senam terus breakfast — dan tak lama lepas tu terus flag off untuk Explorace.

Untuk aktiviti Explorace ni, team kami Aroma Lab kena combine dengan team Bayu Damai. Jadi terus gabung nama jadi Bayu Lab (total 8 orang dalam satu team). Lagi ramai, lagi havoc. Tapi lagi letih juga sebenarnya.


Explorace dibuat sekitar kawasan resort je, tapi checkpoint dia memang tak bagi chance:

  • Menyumpit
  • Jawab riddle
  • Puzzle game
  • Makan peria katak fresh (Allah, yang ni paling tak boleh)
  • Beberapa aktiviti teamwork & mental challenge



Walaupun sambil main sambil gelak dan muntah-muntah sebab peria, team Bayu Lab berjaya habiskan semua checkpoint dan dapat tempat ke-4. Dapat la sorang voucher Lotus RM50. Not bad. Balik boleh topup beras dengan sabun. Heheh

Belum Habis – Lepas Lunch Terus Water Rafting!

Tepat 12.30 tengah hari explorace habis. Lunch kejap… dan pukul 1.45 dah kena ready untuk next activity iaitu WATER RAFTING. Tak sempat nak tarik nafas betul-betul pun. Terus sarung helmet, life jacket, turun sungai.



Water rafting ni serius paling penat.

  • Boat sangkut, kena “henjut” sampai lepas.
  • Dayung sambil menjerit.
  • Air sungai laju, adrenaline time ni memang peak.

Tapi walaupun letih, serius best. Semua orang enjoy. Pakej jerit, gelak, tertelan air sungai, semua ada. Aktiviti rafting ni berakhir hampir pukul 6.30 petang. Masa naik ke darat tu, rasa macam tangan dah tak ada fungsi. 

Lepas water rafting kita layan KENDURIAN pulak. Penat-penat ni kita isi perut memang mantopppp..!!!

Malam: BBQ + Karaoke (Aku Surrender Awal)

Malam tu ada dinner & BBQ, siap dengan session karaoke. Tapi aku tak bertahan lama. Badan dah rasa ranap. Pukul 9.00 malam aku cabut balik bilik and tidur terus. Memang penat habis. Esoknya pulak… masuk Gua Tempurung!! Aduhhh...!!!



Day 3: Gua Tempurung – Merangkak, Meniarap & Terpana

Sejujurnya… tidur malam Hari Sabtu tu memang nyenyak habis. Badan rasa macam baru lepas kena lenjan 10 round. Tapi pukul 7.00 pagi semua dah bangun dan turun breakfast. Sebab hari ni cabaran lain menanti. Gua Tempurung!

Lepas sarapan, masing-masing bersiap. Tak naik bas yer. Kami naik lori ramai-ramai macam rombongan kilang pergi menuai. Meriah weh atas lori.


±9.00 pagi sampai di kawasan Gua Tempurung. Set up dulu, dengar briefing keselamatan, dan lebih kurang 9.30 pagi kami mula masuk.

Masuk je pintu gua terus rasa… “MasyaAllah… cantiknya ciptaan Allah.”






Serius..!! Stalaktit dan stalagmit dalam gua tu memang buat aku terpana. Level pertama & kedua ok lagi sebab ada tangga dan lampu. Masih boleh selfie, masih boleh senyum.

Masuk Stage 3, haa mula dah.

  • Track off-road. Kau kena lalu sungai dalam gua.
  • Lampu dalam gua dah makin kurang.
  • Setiap orang kena bawa torchlight

Kat dalam ni kami menunduk, merangkak, meniarap, mengensot – semua gaya keluar. Ada satu bahagian tu, guide suruh padam semua torchlight. Masa tu… serius gelap TOTAL DARKNESS. Tak nampak apa… tangan sendiri pun tak nampak.

Rasa betul-betul kerdil dalam ciptaan Allah.

Kami dalam gua tu lebih kurang 2 jam. Bila keluar je… terus kena tempias cahaya tengahari. Macam baru dilahirkan semula.

Lepas tu tunggu lori sampai, naik balik ke resort. ±1.00 tengahari sampai resort than makan lunch and siap-siap untuk check-out & balik Kuantan.

Baca juga - Let's Main Selut dan Lepas Penyu Kat Pantai Chendor Pantai Chendor, Kuantan

Overall Trip = Penat + Enjoy + Banyak Pengalaman

3 hari 2 malam yang penuh dengan pengalaman dan cabaran. 3 main aktivity termasuk explorace, water rafting dan juga explore gua tempurung memang buat aku tak senang duduk dan tak sempat nak bernafas dengan sempurna. 

Aroma Lab + Bayu Damai (Bayu Lab) memang all-out kali ni. 

Penat? Ya

Seronok? Sangat

Nak join lagi tahun depan? InsyaAllah… tapi tunggu badan recover dulu.

Enjoy...!!!

Let's Main Selut dan Lepas Penyu Kat Pantai Chendor Pantai Chendor, Kuantan

Let's Main Selut dan Lepas Penyu Kat Pantai Chendor Pantai Chendor, Kuantan

Aku join satu program best anjuran company tempat aku kerja bersama Malaysian Nature Society (MNS) Pahang iaitu Program Tanam Bakau & Lepaskan Anak Penyu. Lokasi kali ni kat Pantai Chendor, Kuantan. Yang bestnya, program ni memang open untuk bawa family sekali, jadi aku tak lepaskan peluang bawa bini dan anak-anak.

Program start pukul 2.30 petang sampai 6.30 petang. Aktiviti dimulakan dengan sesi briefing dulu. Masa tu kami diberitahu, tak boleh terus tanam bakau sebab air tengah pasang. Jadi, kena tunggu air surut sikit baru boleh turun ke kawasan penanaman.



Sambil tunggu tu, apa lagi… kami enjoy hi tea yang disediakan. Ada kuih-muih, minuman panas dan beberapa makanan ringan. Budak-budak pun seronok makan sambil tengok laut.


Lebih kurang pukul 4.30 petang, barulah aktiviti tanam bakau bermula. Semua seronok menoggak selut. Ada yang pakai kasut but, ada yang pakai selipar dan ada juga yang bekaki ayam. Macam-macam gaya nak turun ke kawasan bakau. Anak-anak aku memang teruja. Bukan selalu dapat main selut sampai baju comot habis!

Untuk program kali ni, kami tanam sebanyak 3,000 anak pokok bakau. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit atau dalam kes ni, jadi hutan bakau. Projek tanam bakau oleh MNS Pahang kat Pantai Chendor ni sebenarnya bermula sejak 2023, dan sampai sekarang dah berjaya tanam lebih 30,000 anak pokok bakau. Memang salute dengan usaha ni! 

Lepas selesai tanam, masuk pula acara yang dinanti-nanti iaitu melepaskan anak penyu. Masa tu memang semua excited. Anak-anak aku teruja tengok baby turtle yang comel-comel dilepaskan ke laut. Momen tu memang priceless, bila tengok haiwan kecil tu merangkak menuju ombak pertama dia.

Baca juga - Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat

Secara keseluruhan, program ni memang best. Back to nature betul rasanya. Sama-sama belajar menghargai alam sekitar sambil buat aktiviti keluarga. Harap tahun depan ada lagi program macam ni, confirm aku join!

Enjoy...!!!

Musim Sukan Sekolah & Kejutan Anak Aku

Musim Sukan Sekolah & Kejutan Anak Aku

Well, sekarang ni memang musim sukan kat sekolah. Kat Facebook pun penuh kawan-kawan share gambar anak masing-masing berlari, melompat, dan peluh-peluh kat padang.

Yang buat aku terkejut tahun ni — anak nombor dua aku, Husna, masuk acara lontar peluru. Kalau acara lari atau lompat tu aku tak hairan… tapi lontar peluru ni memang tak sangka langsung.

Aku tak turun padang, dan bini aku pun sebenarnya tak sempat tengok. Almaklumlah, dia cikgu rumah sukan, jadi memang sibuk uruskan peserta, catat markah, dan pastikan semua acara rumah sukan dia berjalan lancar. Nak ambil gambar Husna pun tak sempat.

Tapi bila keputusan diumumkan, rupa-rupanya Husna berjaya dapat nombor 3! Walaupun tak ada gambar sebagai bukti “aksi balingan padu”, tapi cerita dia tetap sampai ke telinga aku. Dan yang penting, Husna bangga dengan pencapaian dia.

Tahniah Husna! Tahun depan kita tengok lagi kejutan apa yang boleh keluar. Mungkin lompat jauh… atau tarik tali? Kita tunggu dan lihat.

Enjoy...!!!

Masih Relevan Lagi Ke Berblog Zaman Sekarang?

Masih Relevan Lagi Ke Berblog Zaman Sekarang?

Kadang-kadang aku terfikir sendiri — masih relevan lagi ke berblog sekarang ni?

Kalau kita throwback balik lebih kurang 10–12 tahun lepas, blog memang antara lubuk buat duit. Siapa yang aktif menulis, rajin update, pandai tarik trafik, memang boleh jadikan blog sebagai sumber pendapatan. Masa tu ada:

  • Google Adsense — letak iklan, boleh dapat bayaran ikut klik.
  • Paid entry / advertorial — tulis entri review produk atau event, dapat bayaran.
  • Cover event — blogger dijemput, dapat token, dapat exposure.

Aku sendiri masa tu memang aktif berblog. Serius, antara punca income aku pun datang dari blog. Seronok sebab kita buat apa yang kita minat (menulis), tapi dalam masa sama boleh jadi duit poket.

Zaman Dah Berubah

Sekarang, realitinya dah lain. Platform media sosial macam Facebook, Instagram, TikTok jauh lebih ke depan dari segi reach dan engagement. Orang lebih suka tengok konten cepat, visual menarik, video pendek. Blog? Tinggal pembaca setia je.

Pengiklanan pun dah banyak beralih ke media sosial. Nak dapat job review kat blog memang jarang-jarang. Kalau ada pun, bajetnya tak macam dulu.

Jadi, kalau tanya aku… berblog untuk jadi main punca pendapatan, memang dah tak relevan lagi.

Baca juga - Berblog dengan Tenang: Fasa Baru Papaglamz

Jadi, Kenapa Aku Masih Menulis?

Jawapan mudahnya, sebab aku suka menulis.

Aku rasa blog ni macam rumah kedua. Tempat aku simpan cerita, pengalaman, pandangan yang mana benda ni mungkin tak sesuai nak tulis panjang kat Facebook atau IG. Blog ni jadi semacam arkib hidup. Bila baca balik entri lama, rasa macam tengok diari versi digital.

Walaupun pembaca blog sekarang makin kurang, aku tetap rasa berbaloi nak terus menulis. Bukan sebab nak kejar trafik atau income, tapi sebab nak kekalkan minat dan kongsi cerita. Anak-anak pun bleh baca apa yang ayah diorang tulis tau!

Relevan atau tak, bergantung pada niat kita berblog.

Kalau nak jadikan sumber income utama, memang bukan masa sekarang. Tapi kalau untuk hobi, dokumentasi hidup, dan kepuasan menulis — blog tetap ada tempatnya.

Dan untuk aku, blog ni masih relevan. Bukan pada dunia luar mungkin, tapi pada diri aku sendiri.

Enjoy...!!!

 Weekend Kali Ni Standby Kerja + Blur Nak Buat Apa

Weekend Kali Ni Standby Kerja + Blur Nak Buat Apa

Esok weekend dah. First week bulan 8, bulan kemerdekaan. Tapi honestly… aku blur sikit tak tahu nak buat apa. Weekend kali ni aku standby kerja, jadi memang kena alert kalau ada panggilan masuk. Tapi standby tu bukannya sepanjang masa busy pun. Akan ada juga masa terluang kat celah-celah tu.

Masalahnya sekarang… aku tak tahu nak isi masa tu dengan apa. Nak keluar jauh-jauh memang tak boleh, takut kena masuk office. Nak lepak rumah je, rasa macam kosong.


So aku terfikir nak tanya korang:

👉 Apa benda simple yang korang selalu buat hujung minggu bila tak ke mana-mana?

👉 Aktiviti ringan apa yang boleh buat masa terisi tapi tak makan komitmen besar sangat?

Baca juga - Splash Day ON! Rasmi Pool Baru

Mungkin aku boleh cuba, contohnya gardening kecil-kecilan, marathon satu dua movie, tulis blog, baca buku… atau ada idea lain yang lagi menarik?

Share la kat komen. Kot ada cadangan best untuk aku try weekend kali ni.

Thank you korang...!!!

Book Hunting kat Popular Kuantan City Mall

Book Hunting kat Popular Kuantan City Mall

Weekend lepas, kami sekeluarga ‘tersangkut’ lama juga dalam Popular Bookstore kat Kuantan City Mall. Asalnya masuk nak jalan-jalan je… Tapi biasalah, bila dah ramai-ramai masuk kedai buku ni memang susah nak keluar.

Mula-mula tengok-tengok je. Tapi lepas tu, sorang demi sorang mula “tersangkut” kat rak masing-masing. Cik wife pun ambil peluang pilih bahan rohani. Grab jugak la satu dua buku. Yang dia beli Al-Ma’thurat dan Surah Pilihan. Katanya untuk bacaan harian dan hafazan anak-anak.

Anak bongsu aku pula, dari awal dah “demand” nak mainan. Jadi kami belikan set tanah liat lengkap dengan penggelek comel. Dalam kepala dia, dah siap nak buat kek la, aiskrim la, biskut la semua tu.

Paling wow, kami dapat “Magical Wonderland Puzzle Book”. Harga asal RM118 tapi masa tu ada offer jadi RM38 je! Tak pasti betul ke tidak nilai asalnya, tapi yang pasti… Anak-anak aku suka betul. Dalam set tu siap ada puzzle comel dan buku cerita warna-warni. Memang menarik untuk aktiviti santai hujung minggu.

Oh ya, korang perasan tak pen comel dalam gambar tu? Itu macam pen 10 warna dalam satu! Tekan je warna mana yang nak guna. Anak-anak aku excited sebab boleh tukar warna ikut suka hati dalam satu batang pen je. Nostalgia zaman kita sekolah dulu pun ada jugak rasanya kan.

Antara hasil tangkapan lain:

📘 Komik Pekan Sempoi – kelakar habis

📗 Bacalah Anakku – untuk adik-adik belajar membaca

📙 Balik Sekolah karya Ernest Ng – nostalgia komik zaman sekolah

Seronok tengok anak-anak excited dengan pilihan masing-masing. Tak kisahlah komik ke, buku puzzle ke, mainan tanah liat ke. Yang penting, mereka terlibat dalam memilih. Itu yang buat mereka hargai dan sayang barang tu.

Baca juga - Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik

Waktu yang kami luangkan kat Popular tu nampak simple je… Tapi bagi aku, itulah momen-momen bonding yang paling bermakna. Tengok anak-anak gelak, berborak, baca sama-sama memang priceless.

Next trip, mungkin ke kedai buku lagi. Tapi kali ni kena bajet lebih sikit.

Enjoy...!!!

Splash Day ON! Rasmi Pool Baru

Splash Day ON! Rasmi Pool Baru

Weekend ni memang dinanti-nanti. Seperti yang dijanjikan minggu lepas, hari ni splash day ON!

Anak-anak dah lama countdown nak rasmikan kolam baru yang aku beli kat Shopee tu. Saiz besar 3 meter, jadi memang puas hati la diorang nak terjun, melompat, main air sama-sama. Tapi minggu lepas barang sampai hari sekolah. Jadi sepanjang minggu, kolam tu jadi macam pameran dalam rumah. Tengok boleh, guna belum lagi. Hahaha.


Hari ni, seawal 9 pagi lagi dah request nak isi air. Tak sabar sangat gayanya. Aku pun on je lah… sekali-sekala bagi reward bila anak-anak excited dengan aktiviti sihat macam ni.

Masa aku tulis entri ni, dah nak masuk pukul 1 tengah hari, masing-masing masih belum nak naik. Dah jadi macam resort mini depan rumah. Ada yang buat-buat berenang, ada yang main tembak-tembak air, ada yang baring je dalam kolam gaya macam tengah bercuti kat hotel. Syok sungguh!

Baca juga - Beli Pool Baru, Tapi Sampai Time Hari Sekolah.....

Aku pun ambil peluang update blog ni sambil duduk bawah kipas, wife pulak ready-ready masak lunch. Nikmat juga tengok anak-anak seronok main depan mata. Lagi-lagi bila benda yang simple macam ni boleh buat memori yang indah untuk diorang.

Kadang-kadang, moment paling best tu tak perlu tempat jauh pun. Cukup dengan kolam depan rumah, anak-anak yang gembira, dan hati yang tenang.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com