Jalan-jalan Tempat Menarik di Kuala Terengganu Sempena Hari Raya

Jalan-jalan Tempat Menarik di Kuala Terengganu Sempena Hari Raya

Assalamualaikum semua. Kalau sebut je Kuala Terengganu siapa tak kenal. Antara daerah yang sangat popular di Negeri Terengganu sebagai pusat pelancongan domestik dan dikunjungi oleh pelbagai pelancong dari dalam dan luar negara. Kuala terengganu terkenal dengan tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati oleh para pelancong seperti Masjid Kristal, Pasar Payang dan yang paling famous ialah keropok losong Terengganu. Kalau ke sini memang tak sah tak cuba. 

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Baru-baru ni aku dan keluarga aku berkesempatan jalan-jalan di Kuala Terengganu. Boleh la dikira sebagai beraya. Yela, masih dalam bulan syawal kan? Sebenarnya aku ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan office aku. Alang-alang ke sini kita pun pergi la melawat tempat menarik di Kuala Terengganu ni

Antara tempat menarik di Kuala Terengganu yang aku singgah tak lain tak bukan ialah Masjid Kristal. Siapa tak kenal tentang masjid ni kan? Keindahan seni bina yang amat imat indah dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Dari jauh lagi aku dah nampak kubah-kubah masjid yang dibina indah memang seumpama kristal. Masjid yang terletak didalam kawasan Taman Tamadun Islam ini bukan sahaja menjadi tempat persinggahan musafir untuk bersolat, malah ade juga pelajar-pelajar yang membuat kajian tentang seni bina. 

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Sebelum ni aku dah pernah singgah masjid ni. Rasanya masuk kali ni aku dah menjejakkan kaki ke sini sebanyak 4 kali. Memang menarik. Jadi, korang kalau bercuti di Kuala Terengganu jangan lupa untuk singgah di Masjid Kristal.

Selain singgah di Masjid Kristal, sempat juga aku mencuba Ikan Celup Tepung (ICT) di Teluk Kepayang. Walaupun di Kuantan ade juga ICT ni, tapi nak juga rasa ikan celup tepung versi Kuala Terengganu kan? Sebenarnya banyak warung yang menjual ikan celup tepung sekitar Kuala Terengganu. Tapi sebab yang aku tahu hanya di Teluk Ketapang sahaja, jadi aku singgah la sini. 

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Ternyata ikan celup tepung mempunyai peminat yang tersendiri. Apa tidaknya aku terpaksa beratur lebih setengah jam jugak la untuk memilih dan membeli gorengan apa yang aku nak. Jadi, untuk kali ni aku memilin sotong goreng, udang goreng dan ikan goreng tepung. Memang sedap. Jagan lupa singgah makan Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu tau.

Ok bercerita tentang motif utama pergi Kuala Terengganu, aku pergi majlis perkahwinan kawan aku di Manir. Menjejakkan kaki di Manir merupakan kali petama buat aku. Dan memang aku tak sempat nak explore kawasan sekitar Manir. Dapat cari rumah pengantin dah kira untung la kan? Hehehe

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Gambar masjid kristal kuala terengganu, Tempat menarik di kuala terengganu, Ikan celup tepung kuala terengganu, Gambar baju hari raya warna purple,

Selain pergi rumah pengantin, tiba-tiba terjumpa pula dengan blogger famous dari nun jauh Utara sana. Sapa tak kenal Arzmoha dari arzmoha.com ni kan. Kecil molek dan cute orangnya. Hahaha. Ok la, sebenarnya kebetulan si arz ni ada berdekatan kawasan Manir dan on the way nak balkik Penang, saja la jumpa sekejap amek gambar. Bukan mudah kami nak jumpa. Dan ini merupakan kali pertama juga kami berjumpa. Memang la susah nak jumpa. Sorang kat Utara, sorang kat Pantai Timur. Ada peluang ni kita jumpa la sekejap kan.

Selain tu aku ada juga beraya rumah kawan-kawan aku di Kuala Terengganu. Lepas je solat maghrib di masjid aku terus balik Kuantan dan sampai la rumah dalam pukul 11 malam. Sehari je pergi so called bercuti di Kuala Terengganu. Dan esoknya aku pun beraya lagi. Well beraya selagi boleh kan.? Ok la sampai sini dulu coretan dari aku. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
4 Tanda Nak Tahu Lelaki atau Suami Sedang Marah

4 Tanda Nak Tahu Lelaki atau Suami Sedang Marah

Assalamualaikum semua. Kalau dah namanya manusia tu kan mesti ada satu saat kita akan marah. Tak kira lelaki atau perempuan pasti pernah merasa marah dan geram. Dalam hidup ni macam-macam sebab boleh membuat seseorang tu menjadi marah. Dalam hidup aku sendiri la kan. Kadang kala isteri aku salah cakap je aku pun tetiba naik angin. Kalau kat pejabat tu jangan cakap la. Banyak kali la marah. Tapi, cara kita nak tunjukkan kemarahan tu berbeza bagi setiap orang. Ok, dalam entri ni aku nak kongsi kat korang semua Tanda-tanda Nak Tahu Lelaki atau Suami Sedang Marah

Cara nak tahu lelaki tengah marah, Tanda lelaki tengah marah, Bila lelaki marah, Macam mana suami marah,

Macam mana nak tahu lelaki tengah marah?

1. Lebih mendiamkan diri

Lelaki kalau tengah marah lebih banyak mendiamkan diri. Ini aku akui. Lebih-lebih lagi kalau aku marah dengan wife aku sendiri. Mungkin ada something yang kita tak puas hati atau suami tak suka kan. Almaklum kehidupan rumah tangga. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hidup berumah tangga. Lelaki akan lebih cenderung untuk berdiam diri bila marah. Mungkin kami-kami ni perlukan masa untuk sejuk. Lagipun malas la nak bising-bising bingit kepala. Jadi, kita senyap je la kan.

2. Meninggalkan rumah tanpa pesan

Ni lagi satu korang boleh perasan. Bila laki korang tiba-tiba keluar rumah tanpa beritahu nak kemana dan lama baru balik rumah. Haa ni antara tanda yang suami korang tengah marah. Jadi faham-faham la ye. Just give them time untuk mereka sejuk. Insyallah lama-lama sejuk la. Merajuk lelaki kejap je. 

3. Endah tak endah

Ni lagi satu perangai lelaki bila tengah marah. Pernah tak korang rasa seseorang lelaki itu buat tak tahu korang bertanyakan something? Kalau Ya. Sebenarnya dia tengah merajuk letuwww. Orang kata, lelaki yang buat tak endah bila merajuk ni merupakan lelaki yang jenis manja dan jenis suka dipujuk. Tak salahkan kalau sesekali korang pulak pujuk laki korang kan. Hehe

4. Sanggup berlapar

Ok ni last. Sanggup berlapar. Kononnya nak protes la kan. So lelaki ni sanggup berlapar. Saja je wife dah masak banyak-banyak tapi tak nak makan konon masih kenyang. Lagi best, ada yang sanggup keluar rumah pergi kedai makan kat kedai. Kalau korang dapat lelaki macam ni. Korang SUAP je nasi kat mulut diorang macam bebudak kecik tu. Insyallah reda la marah diorang tu. Heheh

Sebenarnya banyak lagi gelagat atau tanda lelaki tu tengah merajuk atau marah. ianya depends pada seseorang. Ada lelaki yang mudah kita nak tau bila mereka tengah marah. Ada juga yang susah kita nak tau. Lebih-lebih lelaki yang secretive ni. Kena la pandai-pandai tengok ye. Walau apapun marah marah jugak. Jangan la sampai berpanjangan sehingga hubungan suami isteri tergugat pulak nanti. Biarlah salah satu pihak itu mengalah. Insyallah kehidupan rumah tangga suami isteri akan lebih bahagia. Amiin.

With Love
Papaglamz

-sekian-
4 Punca Dan Sebab Lelaki Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin Serta Cara Mengatasinya

4 Punca Dan Sebab Lelaki Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin Serta Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua. Ok la tajuk kali ni macam extreme sikit la kan. Harap maaf bagi yang tak suka. Bukan apa sejak kebelakangan ni di facbook atau di mana-mana sahaja laman sosial aku tengok banyak sangat iklan-iklan yang menjual barangan dan ubatan untuk lelaki khasnya yang mengalami masalah seperti lemah tenaga batin ataupun mati pucuk. Adakah betul kini masyarakat kita khususnya lelaki memang ramai yang mengalami masalah ini. Kalau betul apakah  Punca Dan Sebab Lelaki Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin Serta Cara Mengatasinya?

ubat mati pucuk di farmasi, rawatan mati pucuk akibat onani, ubat tradisional mati pucuk, punca mati pucuk, rawatan mati pucuk cara islam, cara merawat mati pucuk, mati pucuk boleh dirawat, mati pucuk wanita,

Punca-punca Lelaki Lemah Tenaga Batin (Mati Pucuk)

Baru-baru ni aku terbaca satu keratan akhbar yang mengatakan bahawa dekat 90% rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk. Dan dengan adanya masalah mati pucuk ini, maka masalah-masalah rumah tangga turut terjadi disebabkan kurangnya nikmat atau kepuasan dalam hubungan seks sesama suami isteri. Jadi, pada aku adalah lebih baik jika kita mencari cara atau jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi maslah mati pucuk dalam kalangan lelaki dengan niat untuk menambahkan lagi keharmonian rumah tangga kita. Bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pada pasangan yang kita ni lebih hebat atau lebih POWER.

ubat mati pucuk di farmasi, rawatan mati pucuk akibat onani, ubat tradisional mati pucuk, punca mati pucuk, rawatan mati pucuk cara islam, cara merawat mati pucuk, mati pucuk boleh dirawat, mati pucuk wanita,

ubat mati pucuk di farmasi, rawatan mati pucuk akibat onani, ubat tradisional mati pucuk, punca mati pucuk, rawatan mati pucuk cara islam, cara merawat mati pucuk, mati pucuk boleh dirawat, mati pucuk wanita,

Mati pucuk (erectile dysfunction) atau lemah tenaga batin adalah suatu keadaan yang secara konsisten memberi kesan kepada keupayaan seseorang untuk mencapai atau mengekalkan ereksi, atau keupayaan untuk mencapai ejakulasi. Dengan kata mudah ialah zakar gagal menegang atau tidak mencapai ketegangan yang cukup untuk melakukan penetrasi atau zakal gagal mencapai ejakulasi. Ia adalah satu bentuk disfungsi erektil (ED) atau gangguan ereksi.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada mati pucuk atau ED ini. Ini termasuklah kedua-dua faktur emosi dan fizikal. Menurut The Merck Manual, dianggarkan 50 peratus lelaki berumur 40 hingga 70 mempunyai masalah ED pada satu masa atau ketika tertentu. Risiko mati pucuk meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Antara Punca Lelaki Mati Pucuk:

1. Penyakit Endokrin

Sistem endokrin tubuh badan manusia menghasilkan hormon yang mengawal metabolisme, fungsi seksual, pembiakan, mood, dan banyak lagi. Kegagalan sistem ini untuk menghasilkan hormon-hormon seksual lelaki, sudah tentu akan membantutkan mood seseorang untuk bersama bersama pasangan.

2. Gangguan Saraf

Beberapa masalah gangguan syaraf boleh meningkatkan risiko untuk mati pucuk. Keadaan gangguan saraf ini menjejaskan keupayaan otak untuk berkomunikasi dengan sistem pembiakan iaitu zakar mahu pun faraj manusia. Bagi lelaki situasi Ini boleh menghalang seseorang daripada mencapai ereksi. Contoh penyakit gangguan saraf ialah Elzhimer, Parkinson dan Strok.

3. Penyakit Berkaitan Jantung

Penyakit atau kondisi yang memberi kesan kepada jantung dan keupayaannya untuk mengepam darah dengan baik boleh menyebabkan mati pucuk atau lemah tenaga batin. Tanpa aliran darah yang mencukupi ke anggota zakar, seseoranglelaki  tidak boleh mencapai ereksi.

Aterosklerosis iaitu suatu keadaan yang menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat boleh menyebabkan mati pucuk. Kandungan kolesterol atau tekanan darah tinggi (hipertensi) juga dikaitkan dengan risiko yang meningkatkan untuk mati pucuk.

4. Gaya Hidup dan Emosi

Gaya hidup dan emosi mempengaruhi seseorang lelaki untuk mencapai keghairahan dan juga ereksi stabil ketika melakukan seks bersama pasangan. Kadangkala, lelaki yang keletihan dan juga emosi yang tidak stabil ia akan mempengaruhi seseorang lelaki untuk fokus semasa beraksi bersama pasangan. Lantas masalah ereksi dan ejakulasi akan terjadi. 

Cara Mengatasinya Masalah Mati Pucuk

1. Minta Nasihat Doktor
2. Amalkan Pemakanan Yang Sihat
3. Kawal Emosi
4. Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat.

Ada juga yang mengatakan bahawa mati pucuk boleh dirawat dengan mengambil ubat-ubatan atau pun peggunaan beberapa bahan-bahan semulajadi. Walau apapun cara dan bahan yang kita nak gunakan untuk mengubati penyakit kita ini, harus berhati-hati dalam membuat pilihan. Ditakuti nanti ada kesan sampingan. Hati-hati la "BARANG' kita tu bukan ada jual kat pasar malam boleh beli dengan mudah. Satu tu je layang kita ada. So, BE CAREFULL......!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian- 
5 Tips Diet Sihat Untuk Lelaki

5 Tips Diet Sihat Untuk Lelaki

Assalamualaikum. Manusia perlukan makanan untuk menghasilkan tenaga supaya kita kekal cergas bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Namun, kita harus bijak dalam memilih makanan yang baik agar pengambilan makanan itu tidak akan memberi kesan negatif buat diri kita. Nah aku kongsikan 5 Tips Diet Sihat Untuk Lelaki.

info sihat, kesihatan diri, rahsia lelaki, nafsu lelaki terhadap perempuan, rahsia wanita yang haram, diketahui oleh lelaki, info kesihatan wanita,

1. Nutrisi Pemakanan

Selain mengawal kalori, tubuh juga memerlukan bahan-bahan bernutrisi seperti vitamin dan mineral. Ia bagi memastikan metabolisme tubuh berfungsi lebih efisien agar ia boleh menukar makanan kepada tenaga. Jika ingin menurunkan berat badan, pastikan makanan yang diambil sihat seperti rendah lemak, rendah kandungan gula dan garam atau seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi.

2. Aktiviti Fizikal

Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan pembakaran kalori dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Jika tidak mampu atau kekurangan masa untuk mengunjungi gim, cukuplah sekadar aktiviti joging selama setengah jam di sekitar kediaman anda. Senaman kecergasan terbaik termasuklah melibatkan sistem kardiovaskular, senaman regangan dan senaman fleksibiliti untuk kekuatan dan ketahanan otak.

3. Bangkit Tubi

Jika anda mendapati perut anda semakin berisi, apa kata lakukan aktiviti bangkit tubi setiap hari. Biarpun kedengaran agak membebankan, apa salahnya asalkan anda mendapat kembali perut seperti zaman muda dahulu. Cuba mulakan dengan bilangan minima seperti 20 kali bangkit tubi. Selepas itu, gunakan dumbel sebagai bahan sampingan untuk melakukan aktiviti ini. Baring di tempat rata, pegang dumbel pada kedua-dua belah tangan, naikkan kaki ke paras lutut dan kemudian angkat badan secara perlahan-lahan sambil kedua-dua tangan diangkat ke sisi paha anda. Bertahan dalam kiraan 20 kali.

4. Snek Buah-buahan

Jika sebelum ini anda gemar menjadikan kerepek sebagai snek ketika menonton televisyen, kini gantikan dengan buah-buahan atau salad. Pilih buah-buahan segar yang tinggi serat dan rendah kalori seperti epal, oren, anggur, kiwi, pic, dan pisang. Dengan mengambil buah-buahan, berat anda akan mudah susut kerana ia amat berguna untuk sistem penghadaman.

5. Minum Air Secukupnya

Air secara semulajadinya akan mengurangkan selera makan dan membantu sistem tubuh berfungsi dengan baik. Sebelum mengambil makanan berat seperti nasi, pastikan anda minum air dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Selain air putih, anda juga boleh menjadikan jus buah-buahan segar tanpa gula sebagai pilihan. Elakkan mengambil minuman berkarbonat atau kordial secara kerap.

Ingat..!! Kesihatan seorang lelaki perlu kerana tugas kita banyak. Penjagaan yang rapi terutama pengambilan makanan dan senaman mengekalkan kesihatan tubuh. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber : iKahwin
Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan

Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan

Assalamualaikum semua. Pejam celik dah 13 hari kita berpuasa (semasa entri ini ditulis). Raya nak dekat dah kan? Saja nak kongsi kat korang semua antara Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan aku masa raya. Korang mesti ada biskut raya yang korang suka kan? Untuk aku, ada la beberapa jenis biskut dan kuih raya yang aku betul-betul minat nak makan. Memang tertunggu-tunggu masa raya aku nak makan.

Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan Biskut Semperit

Biskut semperit

Antara kuih yang aku suka ialah semperit. Sebelum ni aku ada kongsikan dalam blog aku resepi semperit untuk korang cuba. Kalau makan biskut semperit yang gebu tu ya allah tuhan je yang tahu nikmatnya. Rasanya yang manis-manis lemak memang membuat aku termimpi-mimpi sepanjang tahun. Gituuuuu. Hehehe. Biskut semperit ni banyak versi. Ada yang versi panjang-panjang dan ada juga versi berbentuk bunga. Warna pun macam-macam tau. Merah de. Hijau ada. Dan terbaru warna warni pun ada. Tak kisah la apa versi sekalipun, asal rasa semperit tu ade, memang aku akan mengadap je la.

Tart gulung

Selain semperit, aku suka kuih tart gulung. Aku rasa tart adalah antara kuih raya yang evergreen. Dari dulu sampai sekarang, kuih tart memang akan menjadi rebutan setiap orang di hari lebaran. Tart juga banyak versi bentuk dan rasa. Ada yang bentuk bunga, gulung dan macam-macam lagi. Kalau dulu kita disajikan dengan tart nenas sahaja, kini macam-macam ada. Ada yang menggunakan jem strawberry la. Blueberry la. Macam-macam la. Tapi untuk aku. Tart nenas juga menjadi pilihan.

Bangkit cheese

Selain tart dan semperit, satu lagi kuih raya yang aku suka ialah kuih bangkit cheese. Bangkit cheese macam kuih zaman moden la. Kalau dulu kita cuma ada kuih bangkit sahaja. Setelah ada inivasi-inovasi merentasi zaman, muncul la resepi kuih raya alaf baru hasil gabungan dengan resepi lama menjadi yang baru. Macam kuih bangkit cheese ni la. kalau pergi beraya rumah orang terpandang kuih ni, memang tak pandang kuih lain la.

Kalau dulu mak-mak kita rajin buat sendiri kuih raya diorangkan? Sekarang orang dah malas dah. Macam aku harap je ada resepi kuih muih raya yang aku share kat blog ni. Tapi tak semua yang aku rajin nak buat. Kita main tunjuk-tunjuk je la. Tapi ingat jangan sakan main tunjuk-tunjuk sampai terlebih tunjuk sampai la membazir. Bersederhana itu lebih baik kan.

Ok la, tu je aku nak kongsi tentang biskut raya pilihan aku. Korang pulak macam mana?

With Love
Papaglamz

-sekian-
Be Smart | Shopping Secara Online di Shopback.my Sambil Dapatkan Pulangan Wang Anda

Be Smart | Shopping Secara Online di Shopback.my Sambil Dapatkan Pulangan Wang Anda

Assalamualaikum semua. Trend online shopping merupakan satu trend yang amat popular sekarang ni. Aku percaya semua readers blog aku majoritinya pernah walaupun sekali membeli-belah secara online. Sekarang ni macam-macam laman web yang kita boleh gunakan untuk membeli-belah secara atas talian. Namun, sebagai pengguna, kita haruslah bijak dalam memilih laman yang benar-benar sesuai untuk kita membuat belian secara online. 

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Shopback.my menawarkan cashback kepada setiap pembelinya

Dalam banyak-banyak laman shoping online, baru-baru ni aku terbaca tentang Shopback.my dari google. Shopback.my ni boleh aku katakan seperti shopping mall online yang mengumpulkan banyak vendor yang menjual barang-barang yang meliputi household item sampai la nak booking tiket untuk bercuti atau travel pun boleh tau. Sangat-sangat memudahkan. Korang just pergi ke laman Shopback.my dan dari situ korang pilih la mana-mana kedai, jenama, servis atau barangan yang korang nak, then beli la dari situ. Lagi best, kalau membeli melalui Shopback.my ni korang akan dapar ganjaran cashback korang tau. Barang dapat, cashback pun dapat. Sangat menjimatkan. Betul tak?

Selain menjimatkan, buat korang yang suka melancong, korang boleh book hotel dan tiket kapal terbang korang dengan Expedia melalui Shopback.my dengan mudah dan selamat kan? Boleh la travel pusing satu Malaysia kan? Selain booking hotel, untuk korang yang hendak shopping, korang mesti tengok-tengok laman tripsle melalui shopback Malaysia. Sudah pasti macam-macam discount dan offer yang tripsle buat sekarang ni. Lagi-lagi nak raya ni kan.

Cara Mudah Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Langkah 1: Pilih laman peniaga di Shopback yang anda berkenan. Jangan lupa untuk mendaftar dahulu di shopback.

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Langkah 2: Anda akan dibawa (redirected) ke laman web peniaga (merchants).
Contoh peniaga - Expedia, Tripsle, Lazada Malaysia dan macam-macam lagi.

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Bila dah pilih store mana yang anda suka, klik "Shop Now" untuk pergi ke official laman web store tersebut. Di sana, just shopping online dan urus jual beli seperti biasa.

Langkah 3: Earn cashback

Setelah pembayaran telah dibuat di laman web peniaga, cashback (rebat tunai) akan dimasukkan ke dalam akaun Shopback anda secara automatik dalam masa beberapa hari.

Setelah ditebus, wang tunai di akaun Shopback boleh di-cash out via transfer ke akaun bank anda.

Mudah dan menarik kan? Jika kurang jelas penerangan di atas, boleh refer to tutorial video cara online shopping di Shopback di bawah ini:




More info:


With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi dan Cara Membuat Lasagna

Resepi dan Cara Membuat Lasagna

Assalamualaikum semua. Sekali sekala kalau kita mem'western'kan diri pun best jugak kan? Baru-baru ni aku ada la buat lasagna untuk aku dan family. Resepi mudah lasagna ni aku dapat dari google je tau. Cuma aku simplifykan sikit ikut bahan-bahan yang ada kat rumah aku je. Sebelum tu, korang tahu tak apa itu lasagna? Dulu aku pun gak confuse jugak lasagna dengan spaghetti. Almaklumla menu yang jarang-jarang kita makan kan? 

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Spaghetti dan lasagna ni adalah termasuk dalam kumpulan pasta. Cuma bentuk je berbeza. Kalau lasagna ni berkeping-keping. Kalau spaghetti ni pulak dia macam mee kuning. Tu je bezanya. Biasanya pasta ni dimakan dengan kuahnya tersendiri. Kedua-dua lasagna dan spaghetti kadang kala kita boleh juga makan menggunakan kuah yang sama. Kat bawah ni aku kongsikan resepi lasagna berserta resepi kuah past sekali.

Resepi Mudah Lasagna

Bahan
8 keping Lasagna segera
Mozrella Cheese secukupnya

Bahan untuk sos inti
400 gram daging atau ayam kisar
1 jar kecil sos prego traditional
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
6 biji cendawan butang, hiris nipis
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
3 keping keju cheddar cheesedale
1 cawan fresh milk atau susu full cream
Lada putih dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak lasagna

Mula-mula sekali bacalah bismillah dan sediakan semua bahan-bahan yang di perlukan. 


Untuk permulaan aku rendam kepingan lasagna sebanyak 8 keping. 

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Sementara menuggu kepingan lasagna kita siap, jom kita masak sos dulu. Aku mulakan dengan memasak sos putih. Macam dalam gambar kat atas, aku mulakan dengan panaskan mentega sampai cair. Kemudian aku masukkan tepung gandum. Kacau sekejap. Kemudian aku masukkan cheese dan juga susu segar. Teruskan mengacau sehingga campuran kita tu menjadi pekat diatas kuali. Perasakan sos putih kita dengan lada putih dan garam.

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Ok, dah siap masak sos putih, kita masak pulak sos pastanya. Yang ni mudah je. Aku guna sos prego. Mula-mula aku tumiskan bawang besar dan bawang putih. Bila dah naik bau dan agak garing, aku masukkan daging kisar. Aku biarkan daging atas kuali beberapa minis supaya daging tu empuk sebelum aku masukkan sos prego. Selepas dah masukkan sos, masukkan pulak cendawan butang yang dihiris. Untuk cendawan ni ikut korang. Kalau nak letak boleh. Tak letak pun boleh. Dan last sekali untuk masak sos pasta ni jangan lupa perasakan sos kita dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Dah siap.

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Ok la bila kedua-dua sos dan kepingan lasagna dah siap sedia, sekarang ready untuk susun dalam loyang dan nak bakar Mula-mula sekali, aku alaskan loyang dengan kertas minyak. Untuk lapisan pertama, aku susunkan 2 keping lasagna. Kemudian aku letakan sos merah. Kemudian aku letakkan pula sos putih. Selepas itu aku taburkan mozarella cheese. 

Dah siap, aku ulang semula step yang sama untuk lapisan seterusnya. Korang ulang-ulang sampai la habis bahan-bahan korang dan muat dalam loyang tu. Make sure last sekali bahagian atas korang taburkan mozarella cheese, Baru terasa cheesenya tu nanti bila dah masak. Dah siap susun semua, ready untuk bakar. Oven aku, aku bakar selama 45 minit dengan suhu 170 darjah celsius.

Gambar lasagna, Lasagna mudah, Resepi lasagna, Menu lasagna, Cara memasak lasagna, Menu pasta,

Inilah rupanya lasagna aku yang dh siap aku susun-susun tinggal nak tunggu bakar je. Gambar yang dah siap macam yang kat atas tu la yer. Macam mana? Mudah je kan nak buat lasagna ni? Kalau bahan semua ada mudah je tau. So aku harap entri aku tentang resepi lasagna ni berguna untuk korang semua. Selamat mencuba....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Ucapan Salam Ramadhan dari Papaglamz

Ucapan Salam Ramadhan dari Papaglamz

Assalamualaikum semua. Semasa aku menulis entri Ucapan Salam Ramadhan dari Papaglamz ni merupakan hari pertama kita berpuasa tahun 2017. Dikesempatan ini aku ingin sekali mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca Papaglamz .com yang tidak pernah jemu dan sentiasa memberi sokongan pada aku untuk aku terus menulis.

Ucapan Salam Ramadhan, Ramadhan Kareem

Ucapan Marhaban Ya Ramadhan aku tujukan khas buat keluarga aku sendiri, isteri aku, anak aku, mak ayah dan juga mertua aku, adik beradik aku dan sesiapa sahaja yang aku kenali. Tak lupa juga buat sahabat-sahabt maya aku. Blogger-blogger yang mengenali aku tak kira kita pernah berjumpa secara realiti atau hanya di alam maya sahaja.

Ucapah salam ramadhan ini juga aku tujukan khas buat rakan AFBians. Korang AWESOME...!!! Selalu memberi inspirasi untuk aku terus menulis dan memastikan blog aku ni kekal aktif dan tidak bersarang. Thank you korang. JANGAN LUPA PUASA TAU. Sudah-sudah lah berselfie dengan makanan tu. Buat-buat la inssoooffff..!!! Hehehe

Selamat Datang Ya Ramadhan, Bulan Penuh Rahmat dan Ampunan. 
Ramadhan Saatnya Membersihkan Hati, Meleburkan Dosa dan Nafsu Keduniawian.
Jadikan Ramadhan Sebagai Penyejuk Hati, Penyempurna Amal Ibadah Kita. 
Semoga di Bulan Suci Ini Kita Mendapat Limpahan Rahmat, Ampunan & Hidayah Ramadhan. 
Semoga Hidayah Ramadhan Kali Ini Mengangkat Kita ke Angkasa Kemuliaan....Amiiiin.
Mohon maaf lahir bathin 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah

Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah

Assalamualaikum semua. Kuih semperit adalah salah satu kuih evegreen di hari raya. Kuih semperit memang diminati dari dulu hingga sekarang dan ianya 'lebih sedap' jika di buat sendiri di rumah. So, dalam entri kali ni aku nak kongsikan pada pembaca semua Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah. Well, nak raya ni kan, aku saja la nak test power boleh buat ke tak kuih samperit ni. Resepi aku ambil dari kawan office aku yer. Tradisional katanya dari mak dia. Jom kita tengok.

biskut semperit dahlia, resepi biskut semperit tradisional, biskut dahlia rangup, resepi biskut semperit susu, resepi biskut semperit paling sedap, biskut dahlia resepi lama, resepi biskut semperit chef liza,

biskut semperit dahlia, resepi biskut semperit tradisional, biskut dahlia rangup, resepi biskut semperit susu, resepi biskut semperit paling sedap, biskut dahlia resepi lama, resepi biskut semperit chef liza,


Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah

Bahan-bahan 

  • 250 g buttercup
  • 2 biji kuning telur
  • 4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ising
  • ceri merah / hijau secukupnya untuk hiasan


Cara untuk membuat

  • Campurkan butter, kuning telur dan gula ising.
  • Setelah itu masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  • Tekan doh menggunakan acuan semperit diatas dulang dan bakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah selsius.
Biskut samperit ni memang sedap tau. Rasa manis berlemak dan sangat-sangat gebu. Aku suka biskut semerit yang bila kau makan je masuk dalam mulut dan terus mencair. Perghhh. Satu balang pun aku boleh habiskan sendiri tau. Hehehe


Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

  • Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau.
  • Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  • Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  • Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat. InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
SELAMAT MENCUBA....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Gambar Kek Hari Jadi

Gambar Kek Hari Jadi

Assalamualaikum semua. Ok la malam ni aku nak kongsikan pada semua gambar kek hari jadi atau birthday cake yang aku pernah buat untuk customer-custmer aku. Biasa-biasa je. Tapi ok la ada juga yang nak try beli kan? Hehehe

gambar kek hari jadi dan ucapan, gambar kek hari jadi paling cantik, koleksi gambar kek hari jadi, gambar kek hari jadi kartun, kek hari jadi simple, kek hari jadi kanak-kanak, kek hari jadi anak perempuan, gambar kek hari jadi untuk suami, happy birthday cake hd, birthday cake with photo, birthday cake images download, birthday cake images with name, birthday cake images hd, birthday cake with name and photo, happy birthday cake with name free download, happy birthday cake pictures with name,

gambar kek hari jadi dan ucapan, gambar kek hari jadi paling cantik, koleksi gambar kek hari jadi, gambar kek hari jadi kartun, kek hari jadi simple, kek hari jadi kanak-kanak, kek hari jadi anak perempuan, gambar kek hari jadi untuk suami, happy birthday cake hd, birthday cake with photo, birthday cake images download, birthday cake images with name, birthday cake images hd, birthday cake with name and photo, happy birthday cake with name free download, happy birthday cake pictures with name,

gambar kek hari jadi dan ucapan, gambar kek hari jadi paling cantik, koleksi gambar kek hari jadi, gambar kek hari jadi kartun, kek hari jadi simple, kek hari jadi kanak-kanak, kek hari jadi anak perempuan, gambar kek hari jadi untuk suami, happy birthday cake hd, birthday cake with photo, birthday cake images download, birthday cake images with name, birthday cake images hd, birthday cake with name and photo, happy birthday cake with name free download, happy birthday cake pictures with name,



gambar kek hari jadi dan ucapan, gambar kek hari jadi paling cantik, koleksi gambar kek hari jadi, gambar kek hari jadi kartun, kek hari jadi simple, kek hari jadi kanak-kanak, kek hari jadi anak perempuan, gambar kek hari jadi untuk suami, happy birthday cake hd, birthday cake with photo, birthday cake images download, birthday cake images with name, birthday cake images hd, birthday cake with name and photo, happy birthday cake with name free download, happy birthday cake pictures with name,

gambar kek hari jadi dan ucapan, gambar kek hari jadi paling cantik, koleksi gambar kek hari jadi, gambar kek hari jadi kartun, kek hari jadi simple, kek hari jadi kanak-kanak, kek hari jadi anak perempuan, gambar kek hari jadi untuk suami, happy birthday cake hd, birthday cake with photo, birthday cake images download, birthday cake images with name, birthday cake images hd, birthday cake with name and photo, happy birthday cake with name free download, happy birthday cake pictures with name,

Contoh ucapan selamat hari jadi.


Selamat hari jadi

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Happy birthday

May your birthday and every day be filled with the warmth of sunshine, the happiness of smiles, the sounds of laughter, the feeling of love and the sharing of good cheer.

Selamat hari lahir

Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati.

Doa selamat hari lahir

Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Aamin.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com