Baca juga

Jangan Pernah Berhenti Mencuba

Jangan Pernah Berhenti Mencuba


Assalamualaikum

Jika kita gagal dalam mendapatkan sesuatu, hanya ada satu perkara yang dapat kita lakukan iaitu CUBA LAGI. Dan jika kita mempunyai keinginan untuk mencipta sesuatu, kita tidak akan pernah lelah untuk MENCUBA LAGI walaupun sering kali kita gagal. Ingat, jangan pernah berhenti untuk terus mencuba. Kata pepatah ada mengatakan kalau genggam bara api, biar sampai jadi abu dan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan membawa erti yang signifikan dalam hidup kita agar kita terus mencuba dalam hal-hal kehidupan dunia.
rahsia+kejayaan

PapaG akui, kadang kala kita lelah. Terasa nak give up je kan? Contohnya dulu masa belajar, kita nak keputusan yang baik, pointer tinggi, test markah tinggi dan sebagainya. Kita dah usaha sungguh-sungguh baca buku, study group dan macam-macam lagi. Tapi keputusan cukup-cukup makan jer. Haa kat sini jangan pulak mengeluh dan give up. Kita kena percaya pada rezeki. Teruskan usaha. Jangan pernah berhenti mencuba dan cuba lagi. Mungkin Allah igin menguji kita sebab tak dapat ape yang kita nak. Dia nak kita lebih meminta-minta padanya. Kerana Allah sangat suka pada mereka yang sering meminta padanya dengan cara berdoa.

Ayuh, berhenti menjadikan minda kita negative, mulakan langkah drastik dan bismillah. Tentukan nasib anda. Teruskan mencuba dan jangan pernah berhenti. Allah pernah berfirman yang maksudnya “Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum (seseorang ), jika kaum (orang) itu tidak merubah nasibnya sendiri”. Ingatlah, ketika kegagalan menghampiri kita, ia bukan satu titik nokhtah berakhir segalanya. Kita harus bangkit dan lakukan sebaik mungkin dan jangan pernah berhenti untuk terus mencuba. Study semula mana yang silap, kita perbetulkan. Semoga cubaan kita yang seterusnya akan membuahkan kejayaan. Insyallah.

Akhir kata dari PapaG,
“Don’t Stop Trying, Don’t Try Stopping” 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Fasa Kitaran Haid Normal Yang Anda Semua Perlu Tahu

Fasa Kitaran Haid Normal Yang Anda Semua Perlu Tahu

Kepentingan mengetahui waktu subur anda


Assalamualaikum


Manusia ciptaan Allah yang bernama wanita amat unik. Setiap wanita akan menjalani waktu haid yang tersendiri setiap bulan. PapaG ingin kongsikan pada semua pembaca tentang pengiraan waktu haid pad wanita yang mana ia penting bagi kita untuk mengetahui waktu kita subur lebih-lebih lagi bagi mereka yang merancang untuk hamil
Kepentingan+mengetahui+waktu+subur+anda

Kebiasaannya, wanita akan datang bulan dalam tempoh masa 28-30 hari sebulan. Paling cepat pun 25 hari dan paling lewat pun 35 hari. Kelewatan atupun terawal ada normal kera ia berkait rapat dengan gaya hidup anda. Tidak perlu dirisaukan. Sebenarnya anda boleh membuat andian sendiri tentang kitaran haid anda sekiranya anda mengetahui dan memahai tarikh-tarikh permulaan dan tamat haid anda setiap bulan. 



Kepentingan mengetahui waktu subur anda 

Sebenarnya hanya seorang sahaja yang faham akan kitaran haid ni. Dia ialah diri anda sendiri. Anda yang merasai dan anda yang memahami. Bukan orang lain. Seharusnya anda sendiri menjadi pakar dalam mengetahui kitaran haid anda. Hal ini kerana, dengan mengetahui dan memahami kitaran haid anda sendiri, ia akan membantu anda dalam 2 perkara: 
  • Untuk mengira waktu tepat usia kehamilan anda. 
  • Untuk perancangan keluarga bagi mengelakkan dari mengandung. 
Jadi dengan itu, anda jangan pandang remeh akan kepentingan mengetahui dan memahami kitaran haid anda sendiri demi kebaikan diri and juga. 



Fasa kitaran haid bagi seseorang wanita 

Secara amnya terdapat 4 fasa yang anda perlu tahu tentang kitaran haid anda. 



Fasa pertama: Hari pertama hingga ke 4. 

Fasa ini di kenali dengan fasa keluar darah (menstruation). Bila datang sahaja darah haid, anda harus mencatat atau mengingati tarikh ini sebagai hari pertama anda datang haid. Hari pertama inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kitaran haid anda sehinggalah haid anda tamat dan kitaran haid anda bermula yang baru pada bulan seterusnya. Mengetahui kitaran haid dengan tepat adalah penting untuk menganggarkan hari subur anda sekiranya anda merancang untuk hamil. 



Fasa kedua: Hari ke 5 hingga ke 13 

Pada tempoh ini, hormom estrogen dalam tubuh wanita adalah berada pada tahap yang optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding Rahim. Fasa ini di kenali dengan nama follicular phase. Telur iaitu ovum yang berada di sekitar ovari berada pada tahap matang dan bersedia untuk disenyawakan. 



Fasa ketiga: Hari ke 14 

Pada peringkat ini, ovum akan akan dilepaskan dari ovari. Proses ini di panggil ovulasi. Ovum akan dilepaskan dan menanti kehaidran sperma untuk disenyawakan. Sekiranya sperma tidak kunjung tiba, maka proses persenyawaan tidak akan berlaku dan ovum akan bergerak ke tiub fallopio ke Rahim seorang wanita. 



Fasa ke empat: Hari 15 hingga 28 

Pada fasa ini, hormone progestron akan dirembes keluar. Dengan kehadiran hormone ini, lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding akan terus menebal dan akan runtuh semula dan proses kitaran haid akan berulang kembali 



Hari subur wanita 

Apabila memahami kitaran haid anda sendiri, anda akan dapat tahu bila waktu subur anda yang sebenar. Ia akan memudah bagi anda untuk mengagak usia kehamilan dan juga membantu bagi pasangan yang merancang untuk hamil. Pada fasa ketiga inilah peratusan persenyawaan antara sperma dan ovum akan berlaku. Insyallah. 



Pengambilan vitamin dapat membantu kehamilan anda.


Sebenarnya pengambilan vitamin atau makanan tambahan boleh menjadi sebagai alternatif merawat kesuburan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, antara vitamin yang boleh diambil ialah Vitamin E, Zinc Complex dan COQHealth. Untuk wanita pula antaranya ialah Alfalfa, GLA dan ESP. 

Testimoni


Berikut merupakan bebrapa testimoni pengguna produk Shaklee untuk mengatasi masalah kesuburan mereka.

Mengatasi kesuburan

Mengatasi kesuburan

Mengatasi kesuburan
Nah sekarang pilihan di tangan anda

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 Pengedar Shaklee Anda

Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Artikel-artikel pilihan (Klik link di bawah)





Anak dan Isteri amanah menuju bahagia

Anak dan Isteri amanah menuju bahagia



Antara amanah allah pada hambanya


Assalamualikum

Hari ini, tanggal 10 Ogos 2 tahun yang lepas, masih terngiang lagi tarbiah juru nikah masa majlis akad nikah PapaG dengan isteri. Yang tidak boleh dilupakan lagi, kehangatan tangan ayah mertua yang menikahkan PapaG. Kenangan paling indah dalam hidup yang pasti tidak akan dilupakan. Diam tak diam, sudah 2 tahun kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah, perjalanan hidup kami berumah tangga selama 2 tahun diberikan seribu satu kemanisan yang kadang-kadang tu kelat juga dalam hidup kami.
Antara amanah allah pada hambanya

Diciptakan manusia di atas muka bumi ini bertujuan bagi memikul amanah. Amanah sebagai khalifah yang wajib kita pikul sepanjang perjalanan hidup. Amanah yang terdekat yang wajib kita pikul ialah kurniaan isteri dan anak dari Allah. Oleh itu, suami seboleh-bolehnya harus memenuhi hak-hak isteri dan anak-anak dengan baik dan mengikut syari’at.

Bagi PapaG, dalam hidup berumah tangga ini mempunyai satu tujuan iaitu mencari nafkah yang halal demi memenuhi hak-hak dan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Bukan hanya kehendak material. Tetapi juga, suami harus memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam mendidik setiap ahli dalam keluarganya tentang ilmu-ilmu syariat. Agar kehidupan rumah tangga yang dibina dapat menuju rumahtangga yang sakinah mawaddah. Jadi, suami harus bersiap sedia dengan ilmu-ilmu yang sewajarnya agar kita tidak kekok dan terpesong bilamana kita mengemudi bahtera rumah tangga kelak. Insyallah.

PapaG akui, dalam hidup berumah tangga ni, kadang kita terlupa kan tanggungjawab yang seharusnya kita pikul. Nama pun manusia kan? Mudah lupa. Oleh itu, antara suami isteri seharusnya saling ingat mengingati. Tidak salah jika dalam satu masa isteri membetulkan suami. Kerana manusia ini bukan semuanya sempurna. Dalam sesetengah hal, mungkin si suami kurang arif. Jadi, tidak salah jika isteri yang lebih arif membetulkan. Saling memperingati dan melengkapi antara satu sama lain pastinya akan membuatkan ahli dalam rumahtangga akan berasa saling memerlukan. Lantas, kemanisan hidup suami isteri akan lebih bermakna dan berkekalan hingga akhirnya. Insyallah.

PapaG harap coretan ringkas ini bermakna buat semua. Jangan lupa doakan PapaG dan keluarga agar terus hidup di bawah rhamat Allah dan dipermudah urusan kami di dunia dan di akhirat. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

11 mutiara kata dari ibu | Point nombor 4 selalu kita dengar tapi….

11 mutiara kata dari ibu | Point nombor 4 selalu kita dengar tapi….



Nasihat dari ibu


Assalamualaikum

Ibu… Pastinya tidak sunyi dari menasihati anak-anaknya. Ibu sangat menginginkan yang terbaik untuk anaknya dengan memberikan mutiara kata dari ibu yang boleh memberi kesan mendalam dalam hati dan jiwa seorang anak. Mutiara kata dari ibu pastinya akan menjadi ingatan buat si anak dalam meniti hari-hari kehidupan ini.

Bicara kata mutiara dari ibu menunjukkan betapa ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Pesan-pesan dan nasihatnya kepada kita tentang hal-hal yang baik dan buruk dengan kesabaran walaupun terkadang kita mebantah, ibu tetap sabar memberi kata-kata mutiara dan nasihat buat anaknya. Terima kasih ibu. Aku merindui belaian dan kata-kata darimu ibu. #CallMak
Nasihat dari ibu

Nah PapaG kongsikan kata-kata mutiara dari ibu buat anaknya. Semoga bermanfaat. 



Ingat anak ku, bersabar bukan berarti kamu lemah. sabar adalah bukti bahawa kamu tegar menghadapi segala ujian yg datang dalam hidupmu.

Ingat anak ku,cintailah Ibumu lebih dari Cintamu kepada pasanganmu.

Ingat anak ku, kesetiaan berarti ketulusan untuk menyimpan satu hati di dalam hati, dan berjanji untuk tidak akan mengkhianati.

Ingat anak ku, ketika kamu kecewa, luangkan waktu untuk bersyukur, karana dalam hidupmu masih banyak hal yang berjalan sebagaimana mestinya.

Ingat anak ku, beri perhatian kepada orang tuamu, sekecil apapun perhatian itu orang tuamu akan merasa bangga dan bahagia.

Ingat anak ku, jika seseorang membencimu, menertawakanmu, atau menghinamu, itu kerana sebenarnya kamu memiliki sesuatu yg dia inginkan. 

Ingat anak ku, berfikir positif, jangan pernah berfikirkir negatif. segala sesuatu yang terjadi pada diri kita dipengaruhi oleh pikiran kita.

Ingat anak ku, pelukan seorang Ibu boleh menenangkan Anaknya yang sedang bersedih.

Ingat anak ku, BERSABARLAH ketika hidupmu terasa susah, Kerana TUHAN sedang merancang sesuatu yang lebih indah buat kita.

Ingat anak ku, jangan pernah berhenti untuk belajar, belajar yang akan menunjukkan jalan kejayaan buat kita.

Ingat anak ku masa depan kamu tidak bergantung pada nilai sekolah kamu. Masa depan kamu berada di tangan kamu sendiri. 

Itulah tadi sedikit sebanyak kata-kata mutiara dari ibu yang sering kita dengar dan ia menjadi suber motivasi buat diri kita sebagai anak dalam menuju kehidupan yang lebih baik.


With Love
Papaglamz

-sekian-

Mencari Cinta Tanpa Pengkhianat

Mencari Cinta Tanpa Pengkhianat


Nama-nama Allah dan Maksudnya


Assalamualaikum

Selamat Pagi PapaG ucapkan buat semua pembaca. Bersyukur  pad Allah SWT sebab kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang terbaik darinya. PapaG harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Insyallah. Setiap orang punya rasa cinta. Setiap orang juga akan mencari rasa cinta dalam diri mereka kerana cinta itu mendamaikan. Cinta itu mengasyikkan dan cinta itu membahagiakan. Namun, ada segelintir yang takut untuk bercinta kerana takut cinta itu dikhianati. Adanya pasangan yang menipu, menikam dari belakang dan bermain kayu tiga. Inilah cinta manusia.
Nama-nama Allah dan Maksudnya

Setiap insan ingin mencari cinta yang setia tanpa pengkhiatan. Ya..!! terdapat satu cinta yang agung tanpa pengkhiatan. Pujangga ada mengatakan, Cintakan manusia, manusia kan mati. Cintakan bunga, bunga akan layu, tapi, CINTAKAN ALLAH KEKAL SELAMANYA. Cintaka Allah. Satu cinta yang mekar selamanya andai kita tahu cara terbaik memenangi cintacintanya. Dia Maha Menyayangi. Tentunya rasa cinta pada hamba-hambanya yang taat padanya tiada tolok bandingnya. Jesteru pengkhiatan tidak akan berlaku.

Ayuh bersama kita semai rasa cinta kita padanya. Taati segala suruhan dan jauhi larangannya. Amalkan zikrullah dengan sentiasa mengingatinya. Insyllah cinta yang agung lagi abadi bakal kita kecapi. Akhir kata dari PapaG:

Cinta adalah semangat, Cinta adalah kepercayaan, Cinta adalah kekuatan yang tidak boleh dimusnahkan. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Info:
Nama-nama Allah dan Maksudnya

Nama-nama Allah dan maksudnya

AR-RAHMAN - MAHA PEMURAH

AR-RAHIM - MAHA PENGASIH

AL-MALIK - MAHA AGUNG

AL-QUDDUS - MAHA SUCI

AS-SALAM - MAHA SELAMAT SEJAHTERA

AL-MUKMIN - MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

AL-MUHAIMIN - MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

AL-AZIZ - MAHA BERKUASA

AL-JABBAR - MAHA KUAT

AL-MUTAKABBIR - MAHA MEMILIKI KEBESARAN

AL-KHALIQ - MAHA PENCIPTA

AL-BARI - MAHA MENJADIKAN

AL-MUSAWWIR - MAHA PEMBENTUK

AL-GHAFFAR - MAHA PENGAMPUN

AL-QAHHAR - MAHA MENENTUKAN

AL-WAHHAB - MAHA PEMBERI

AR-RAZZAQ - MAHA PEMBERI REZEKI

AL-FATTAH - MAHA PEMBUKA

AL-ALIM - MAHA MENGETAHUI

AL-QABIDH - MAHA PENGEKANG

AL-BASIT - MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

AL-HAFIDD - MAHA MERENDAHKAN

AR-RAFI’ - MAHA MENINGGIKAN

AL-MU’IZ - MAHA MEMULIAKAN

AL-MUZIL - MAHA MENGHINAKAN

AS-SAMI’ - MAHA MENDENGAR

AL-BASIR - MAHA MELIHAT

AL-HAKAM - MAHA PENGHUKUM

AL-‘ADL - MAHA ADIL

AL-LATIF - MAHA LEMBUT

AL-KHABIR - MAHA MENGETAHUI

AL-HALIM - MAHA PENYANTUN/SABAR

AL-‘AZIM - MAHA AGUNG

AL-GHAFUR - MAHA PENGAMPUN

ASY-SYAKUR - MAHA BERSYUKUR

AL-‘ALIY - MAHA TINGGI

AL-KABIR - MAHA BESAR

AL-HAFIZ - MAHA PEMELIHARA

AL-MUQIT - MAHA PENJAGA

AL-HASIB - MAHA PENGHITUNG

AL-JALIL - MAHA SEMPURNA

AL-KARIM - MAHA PEMURAH

AR-RAQIB - MAHA MENGAWASI

AL-MUJIB - MAHA MENGABULKAN

AL-WASI’ - MAHA LUAS

AL-HAKIM - MAHA BIJAKSANA

AL-WADUD - MAHA MENGASIHANI

AL-MAJID - MAHA MULIA

AL-BA’ITS - MAHA MEMBANGKITKAN

ASY-SYAHID - MAHA MENYAKSIKAN

AL-HAQ - MAHA BENAR

AL-WAKIL - MAHA PENTADBIR

AL-QAWIY - MAHA KUAT

AL-WALIY - MAHA PELINDUNG

AL-MATIN - MAHA TEGUH

AL-HAMID - MAHA TERPUJI

AL-MUHSI - MAHA PENGHITUNG

AL-MUBDI - MAHA MEMULAI

AL-MU’ID - MAHA MENGEMBALIKAN

AL-MUHYI - MAHA MENGHIDUPKAN

AL-MUMIT - MAHA MEMATIKAN

AL-HAYY - MAHA HIDUP

AL-QAYYUM - MAHA BERDIRI SENDIRI

AL-WAJID - MAHA PENEMU

AL-MAJID - MAHA MULIA

AL-WAHID - MAHA ESA

AL-AHAD - MAHA ESA (SATU)

AS-SAMAD - TEMPAT BERGANTUNG

AL-QADIR - MAHA BERUPAYA

AL-MUKTADIR - MAHA BERKUASA

AL-MUKADDIM - MAHA MENYEGERAKAN

AL-MUAKHIR - MAHA MENGAKHIRKAN

AL-AWWAL - YANG PERTAMA

AL-AKHIR - YANG AKHIR

AZ-ZAHIR - YANG ZAHIR

AL-BATIN - YANG BATIN

AL-WALI - YANG MEMERINTAH

AL-MUTA’ALI - MAHA TINGGI & MULIA

AL-BARR - MAHA BAIK

AT-TAWWAB - MAHA PENERIMA TAUBAT

AL-MUNTAQIM - MAHA PENGHUKUM

AL-‘AFUW - MAHA PEMAAF

AR-RAUF - MAHA BELAS KASIHAN

MALIKUL-MULK - MAHA PEMILIK KERAJAAN

DZUL-JALALI - MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN

AL-MUQSIT - PEMILIK KEADILAN

AL-JAMI’ - MAHA MENGUMPULKAN

AL-GHANIY - MAHA KAYA

AL-MUGHNI - YANG MAHA MEMAKMURKAN
Tenang Kau Di Sana Wahai Insan Yang Ku Sayang

Tenang Kau Di Sana Wahai Insan Yang Ku Sayang


Kehilangan orang yang tersayang 


Assalamualaikum

Pertamanya ucapan syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat dan hidayah yang telah diberikan pada kita. Sungguh kita tahu nikmat itu kadang kala merupakan satu ujian. Dan ujian itu diberi untuk mengukur tahap keimanan kita pdaa yang Esa. Pagi ni PapaG bergitu tersentuh dengan cerita-cerita kehilangan. Sudah pasti kehilangan orang yang tersayang. PapaG akui, tidak lagi merasa perasaan ataupun kesedihan kehilangan orang yang tersayang. Tapi yang pasti, ia rasa yang amat menyedihkan.
Kehilangan orang yang tersayang

Ingat lagi entri WARKAH DARI AYAH | WAHAI ANAK KESAYANGAN KU..? Entri tentang nasihat-nasihat ayah contoh dari Loqman al-Hakim kepada anaknya. Tentunya, masa ayah masih hiduplah nasihat-nasihat ayah yang akan kedengaran? Jika ayah telah tiada? Siapa pula yang mahu menegur, menasihati, mendengar dan sebagainya. Dad You Are My Hero. Tidak kurang juganya Ibu. Kelantangan suara Ibu tatkala memarahi kita… Sakit cubitan semut dari ibu… Semua itu kita rasa masa mereka ada di dunia. Bila mereka tiada..? Tentunya ia menjadi kenangan terindah yang tidak akan terpadam walau sesaat dalam kotak fikiran.

Bagi mereka-mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang buat selamanya. Redhakanlah. Biarkan mereka tenang disana. Mari bersama kita berdoa agar roh kedua ibu bapa kita berada disisi orang yang terpilih oleh Allah dan bersemadi tenang dialam yang abadi.

Sebagai seorang anak, tugas kita untuk sentiasa mendoakan mereka. Rasulullah pernah bersabda;
“Bila matinya seseorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalanya di dunia ini kecuali tiga perkara. Yang pertamanya sedakah jariah yang di lakukan di jalan Allah. Yang keduanya Ilmu-ilmu yang digunakan untuk ke jalan kebaikan. Dan yang ketiga ialah anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mereke”
Jadi, ayuh kita bersama-sama saling doa mendoakan antara kita. Allah itu Maha Mendengar permintaan setiap hambanya dan pasti memakbulkan doa kita. Dan yang pasti janji Allah itu pasti.

Jom sama-sama hadiah fatihah buat mereka-mereka yang telah kembali kerahmatullah khasnya buat saudara-saudara terdekat kita serta muslimin muslimat sekalian. AL-FATIHAH…..

With Love
Papaglamz

-sekian-

Masih Adakah Sinar Cahaya…?

Masih Adakah Sinar Cahaya…?


Ilmu itu sinar yang menerangi 


Assalamualaikum

Dunia tanpa cahaya tentunya gelap gelita. Peciptaan matahari sebagai sumber cahaya yang menerangi bumi adalah salah satu nikmat yang besar kurniaan Allah pada kita hambanya. Masihkah kita mensyukuri nikmat kurniaannya? Ingatlah tanpa sinar cahaya, pastinya mata hilang fungsinya. Terus meraba dalam kegelapan tanpa sinar cahaya. Hati-hati.
Ilmu itu sinar yang menerangi

Ilmu itu Sinar Cahaya Kekal Abadi 

Ayuh, cari cahaya dalam hidup kita. Pencarian yang pastinya tiada berpenghujung dan tidak sunyi dari ujian. Ya..!! Ilmu itu penyuluh dalam kehidupan. Hidup tanpa ilmu bagaikan bumi tanpa matahari tanpa sinar cahaya. GELAP…!!! Mencari ilmu itu dituntut bagi setiap orang yang beriman. Wahyu pertama dari Allah sendiri ialah BACALAH. Yang membawa maksud tersirat tuntutlah ilmu. Dengan membaca, pastinya kita mendapatkan ilmu. Pujangga ada berkata ilmu itu pelita hidup yang menerangi kegelapan. Dengan ilmu juga kita pasti mampu mencorak lanskap kehidupan kita berlandaskan syariat.

Ilmu lebih baik dari harta 

Ilmu lebih baik dari harta kerana ia adalah warisan para nabi. Manakala harta pula warisan Qarun dan Firaun. Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang yang mempunyai ilmu memiliki ramai teman. Sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu pengatahuan itu akan bertambah jika diamalkan. Sedangkan harta akan berkurang jika dibelanjakan. Pemilik ilmu pengatahuan akan sentiasa dihormati. Sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai kedekut. Pemilik ilmu akan memberi syafaat. Manakala pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu, namun ilmu tidak akan lapuk ditelan zaman. Tetapi harta itu semakin lama semakin using. Ilmu pengatahuan dapat menyinari hati. Tetapi harta mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah. Sedangkan orang yang berharta mengakui dirinya sebagai “PEMILIK’. (Pandangan Saidina Ali R.A mengenai ilmu) 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Akhir kata dari PapaG, carilah cahaya yang menyinari hati. Terangnya hati sudah pasti hidup kita bahagia. Carilah ilmu bekalan diri kerana hidup harus diterangi dan ilmu itu sifatnya menerangi.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Pinggan Kotor Versus Diri

Pinggan Kotor Versus Diri

KITA IBARAT PINGGAN...

 Assalamualaikum

Menarik betul perumpamaan yang di berikan dalam satu artikel motivasi yang PapaG baca kejap tadi. Mengumpamakan manusia ini sebagai pinggan yang di pinjam. Nah baca.....
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita...Selang beberapa tempoh masa:

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan kerana telah dibersihkan dengan baik setelah digunakan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh. Pinggan tersebut tempatnya adalah dalam sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat di mana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu Allah redha kita berada dalam syurgaNya.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi.

Semoga bermanfaat…Kredit : Ust Zamri Zainuldin

Begitulah dunia ini tempat tinggal yang sementara. Kita ni hanya pinjaman sahaja. Anak, bini, keluarga semua itu pinjaman yang Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Kalau kita leka dengan nikmat dunia, maka kotorlah kita umpama pinggan yang pcah bila kembali pada Allah. Nauzubiillah. Ayuh, tingkatkan amal, perbaiki diri, terus berusaha mencuci diri agar kita nanti berada dalam keadaan yang bersih bila bertemu Allah. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Warkah dari Ayah | Wahai Anak Kesayangan Ku

Warkah dari Ayah | Wahai Anak Kesayangan Ku

Nasihat Luqman al-Hakim untuk anaknya


Assalamualaikum

Tatkala mendengar berita gembira akan kehadiran insan baru dalam keluarga, tentunya Ayah harus mempersiapkan diri untuk menjadi model contoh bapa mithali. Luqman al-Hakim, insan agung yang diceritakan di dalam al-quran yang sepatutnya dijadikan contoh bapa masa kini. Sejarah yang tercatat dalam al-quran merangkumi aspek-aspek nasihat-nasihat dalam pembentukan keluarga bahagia dan harmoni menjadi panduan dalam melayari bahtera rumah tangga.
Nasihat Luqman al-Hakim untuk anaknya

Nasihat Luqman seharusnya dihayati, bukan hanya percakapan sahaja. Jadikanlah diri ayah itu sebagai contoh tauladan dalam mendidik anak. Orang kata pembelajaran melalui tauladan. Ya..!! jadilah contoh terbaik dimata anak-anak. Biarkan mereka tahu betapa hebat dan bertuahnya mereka mempunyai ayah seperti kita ni. Insyallah.

Dalam merubah lanskap kehidupan rumah tangga, penghayatan dan pengamalan syariat islam harus diterapkan. Jom PapaG kongsikan beberapa nasihat yang sering kali Lukman berikan pada anaknya.

Berbaktilah pada kedua Ibu Bapa wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman menasihati anaknya untuk berbakti kepada kedua orang tua.
    Mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan ajaran islam.
    Tidak membantah dan kasar tutur bicara.
    Ibu bapa orang paling banyak berkorban demi si anak 

Jangan syirik wahai anak kesyangan ku 


  • Luqman juga menasihati anaknya untuk tidak menyekutukan Allah. Satut-satunya dosa yang tidak mungkin Allah ampunkan ialah dosa mensyirikkannya selagi tidak bertaubat. 

Setiap perbuatan pasti dibalas wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman memberitahu bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perbuatan tidak akan pernah terlepas dari pandangan Allah yang Maha Mengetahui. 

Solat, amar makruf dan nahi mungkar wahai anak kesayangan ku 


  • Sebagai ayah, luqman memperingati anaknya agar komited dalam mengerjakan solat. Ia sebagai tanda paling asas kita sebagai hambanya.
    Kita juga harus membimbing orang lain untuk menjadi lebih baik bukan hanya sekadar diri kita sahaja. Itulah namanya Amar Makruf Nahi Mungkar.
    Tetap sabar dan tekun dalam melaksanakan perintah Amar Makruf Nahi Mungkar 


Akhlak dilupa jangan wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman juga menegaskan pada anaknya bahawa kita perlu menjaga akhlak kita sesame manusia sebaik mungkin.
    Jangan memalingkan muka daripada orang lain.
    Jangan berjalan dengan lagak sombong. Berjalan secara sederhana.
    Bercakap dengan suara yang rendah, tidak lantang dan menjerit-jerit.
    Ramai yang rajin beribadah dan mengaji, namun tidak baik hubunganya dengan orang lain. 

Ternyata Al-quran sebagai rujukan pertama mengandungi panduan-panduan yang harus kita ikuti untuk melangsungkan lanskap kehidupan kita. Jika semua prinsip nasihat Luqman dapat kita ikuti dan hayati, sudah pasti, pembentukan keluarga sakinah mawaddah pasti mudah dan tercapai. Insyallah.

Sebagai rujukan dari surah al-Luqman ayat 12-19. Semoga perkongsian PapaG ini memberi manfaat pada semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Some One That Make You Happy

Some One That Make You Happy

Exchange Feed Group 31 Days Challenge


Assalamualaikum

Geng EFG ade buat satu cabaran 31 hari untuk kami mengupdate gambar kami mengikut tema-tema yang di tetap kan. Jadi hari ni tema dia Some One That Make You Happy. Waowww..!! Sorang je ke? PapaG punya macam banyak jer. 

Sekarang ni antara orang yang betu-betul membuatkan PapaG gembira seharusnya Isteri PapaG. Majority mesti cakap macam ni kan..? Untuk yang dah berumahtangga la. Yang belum tu jangan nak ngengada yer. Isteri PapaG.. Dia Isteri Luar biasa <<mohon klik. Pernah PapaG titipkan puisi buatnya. Jangan lupa terjahentri tu tau. Isteri yang tiada dua dan tiada tiga. #Insyallah

Ok la, korang tengok la beberapa gambar PapaG bersama someone that make me happy.


Some+One+That+Make+You+Happy

Some+One+That+Make+You+Happy
Haaaaa.. Acu komen siket.. Ni gambar lama-lama. Gambar baru-baru tak de la. Ok itu sahaja.

With Love
Papagamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com