DANGER..!!!! TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM.

DANGER..!!!! TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM.

Assalamualaikum

Pertamanya alhamdulillah masih lagi sempat menulis entri malam ini. Okay, anda tahu ke setiap hari tubuh kita mendapat Kalsium yang mencukupi? Kalau yang tahu alhamdulillah. Bagi yang tidak tahu, tahukan anda bagaimana mengesan tanda-tanda kekurangan Kalsium dalam tubuh kita? Antaranya:
  • Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!
  • Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
  • Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
  • Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
  • Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
  • Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya
Jadi, anda sudah tahu? Jika salah satu tenda ini ada pada anda. Jangan tunggu lagi. Cukupkan keperluan Kalsium harian tubuh anda. Banyak sumber-sumber Kalsium dari tumbuhan dan haiwan yang boleh kita ambil contohnya susu, kekacang dan macam-macam lagi. Namun, untuk memudahkan anda, ambil sahaja OSTEOMATRIX. Tablet yang bukan sekadar sumber Kalsium malah lebih dari itu. >>>Fungisi yang hebat seprti dalam entri di sini <<<

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENCUBA


p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

OSTEOMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM

OSTEOMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM

Assalamualaikum

Dua tiga hari ni Papaglamz selalu sangat bercerita tentang tulangkan? Seronok. Ni semua fakta-fakta baru yang Papaglamz baru belajar. Sharing is caring kan? SO, Papaglamz nak sharing dengan pembaca semua tentang Osteomatix ni. Sememangnya ramai mengtahui osteomatrix ni adalah produk yang memberikan sumber Kalsium pada tubuh. Namun, ia bukan hanya sekadar Kalsium. Malah lebih dari itu.
“Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk calcium,Vitamin D & K, magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat. Terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium".

Osteomatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur calcium daripada bahan semulajadi dan mudah disera
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D untuk menggalakkan penyerapan calcium

Itulah bezanya Osteomatrix Shaklee..ia bukan sekadar kalsium…..... Bukan sekadar membantu membina tulang dan gigi yang kuat..Ttapi nutrisi di dalamnya juga membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal, membantu kontraksi muscle (otot dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom-simptom PMS seperti kembung, kejang, mody, irritability… Istimewanya,ia juga mengandungi magnesium. Tahukah anda pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit...
Pendek kata,kalau anda ni golongan yang tak minum susu, alah pada laktosa susu, mengandung atau sedang breastfeed, atau selalu mengalami sakit2 kaki, kram kaki (terutama ketika mengandung), sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum mahupun mereka yang sedang menjalani fisioterapi.... Cubalah Osteomatrix Shaklee ini….... InsyaAllah okay..


 Saya ingin berkongsi dengan semua..….tetapi ingatlah bahawa supplemen ini bukannya magik..kita tidak seharusnya bergantung sepenuhnya pada supplemen tapi perlu di ambil sebagai makanan tambahan dan perlu konsisten...selebihnya berdoa dan bertawakal...

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

KEKURANGAN KALSIUM PENYEBAB GIGI RAPUH

KEKURANGAN KALSIUM PENYEBAB GIGI RAPUH


Assalamualaikum

Tahukah anda..

Masalah gigi rapuh atau rosak berkait rapat dengan kekurangan Kalsium.

OSTEOMATRIX dirumus khas dengan kandungan Kalsium. Selain itu, Magnesium dan vitamin D dalam OSTEOMATRIX dapat membantu tulang dan gigi kita untuk menyerap Kalsium secara optimum.
Bermula lah dari sekarang sebelum terlambat. Cukupkan keperluan Kalsium tubuh anda agar anda tidak menyesal di hari tua nanti.

Faizal (Papaglamz)
Penasihat nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
0196141393 (www.papaglamz.com)
Supervisor (Feb 2015)
OSTEOARTHRITIS PENYAKIT TULANG MERBAHAYA

OSTEOARTHRITIS PENYAKIT TULANG MERBAHAYA

Assalamualaikum

TAHUKAH ANDA?!

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
1. Sakit pada sendi yang terlibat.
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4. Adanya pembesaran tulang sendi.

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
- menyokong keselesaan sendi
- memelihara tisu penyambung yang sihat
- meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang... kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Faizal (Papaglamz)
Penasihat nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
0196141393 (www.papaglamz.com)
Supervisor (Feb 2015)
BERMOHON REZEKI DI WAKTU DHUHA

BERMOHON REZEKI DI WAKTU DHUHA


Assalamualikum

Bila fajar mula mengeluarkan cahaya pagi yang indah, tentunya semua makhluk di muka bumi ini bertebaran mencari rezeki demi melangsungkan kehidupan di dunia. Ya, sememangnya rezeki itu kurniaan Allah, tapi sebagai manusia kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Dalam kita berusaha, jangan lupa untuk berdoa memohon dari Allah. Sesungguhnya Allah suka akan hambannya yang meminta-minta padanya.

Doa Solat Dhuha.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Faizal (Papaglamz)
Penasihat nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
0196141393 (fb: Papaglamz)
Supervisor (Feb 2015)
COD: Kuantan
Pos seluruh Malaysia
CERITERA BASIC H DAN KASUT SEKOLAH

CERITERA BASIC H DAN KASUT SEKOLAH

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas Papaglamz ade berkongsi testimonial sahabat yang guna Basic H untuk cuci kasut anak di Facebook. Dan selepas tu ada juga orang mencari Basic H ni. Alhamdulillah.

Biasalah, bila time anak-anak sekolah ni, inilah salah satu tugasan baru ibu bapa atau anak tu sendiri kalo dia rajin lah hehe. Budak-budak pula, biasalah bukan nya pergi sekolah lepas tu duk diam-diam.. Main mesti punya.. Papaglamz dulu pun gtu kan.. Berlari sana sini, selam sana selam sini lompat sana lompat sini.. Sudahnya mak ayah yang sengasara menyental kasut hehehe.

Jom tengok testimoni ni. TRENDING tau.. Kalah berita pasal VIRUS terkeluar MAHARAJA LAWAK MEGA hahahaha. 






Bukan untuk basuh kasut jer. Untuk membasuh pinggan mangkuk pun boleh jugak. Senang je ibu-ibu sekalian. Tak payah guna tenaga banyak-banyak. Hehehe


 Nak tau tak? Sebotol Basic H ni tahan berbulan-bulan. Sebabnya setiap kali nak guna, cuma titiskan setitik due jer. Memang jimat dan berkesan la.
Ini baru sikit..ada lebih 1001 kegunaan lagi, harga? Nak sebut pon segan sebab murah hahaha. Nak beli sebotol boleh, satu set lagi boleh siap dapat FREE GIFT! ada basic H, dish wash, sabun basuh dah softener.
Apa lagi… Satu set ni pon murah sangat-sangat dan tahan pon berbulan.. Worth for money. Contact Papaglamz yer.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

10 TANDA ANDA SUDAH HAMIL YANG PERLU DIAMBIL TAHU

10 TANDA ANDA SUDAH HAMIL YANG PERLU DIAMBIL TAHU

Assalamualaikum

Tentunya kita akan sentiasa tertanya-tanya apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang tu sudah hamil. Terdapat banya tanda-tanda yang kita boleh rasa aau lihat sekiranya anda telah sah hamil. Dan kebanyakan tanda-tanda ini akan dirasai oleh semua bakal-bakal ibu.
1. Mengidam

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
set_hamil
Itulah dia tanda-tanda yang anda boleh lihat sekiranya anda sudah hamil. Tahniah. Setelah anda hamil, pastikan nada menjaga kesihatan anda agar bayi dalam kandungan anda membesar dengan sihat insyallah. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan vitamin juga membantu anda untuk kekal sihat sepanjang kehamilan anda. Set Kemilan Shaklee membantu anda dengan mudah bagi memastikan anda mendapat nitrisi yang cukup sepanjang kehamilan anda. Ini terbukti dengan banyak testimoni-testimoni positif dari pengguna-pengguna produk ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

SET BERSALIN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

SET BERSALIN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

Assalamualaikum

Bagi mereka yang ingin keterangan tentang Set Berpantang Shaklee, Papaglamz harap entry ini dapat memberi sedikit info dan panduan. Ya, menjaga kesihatan ibu semasa dalam pantang adalah amat penting. Ini memastikan kita pulih sedia kala, sihat, cergas, ceria membesarkan anak, menguruskan suami dan juga untuk diri sendiri. Namun, disamping kesihatan ibu, ibu juga wajib mengambil berat kesihatan si kecil. Apa yang ibu makan, itulah akan disalurkan kepada si kecil melalui susu ibu. Adalah penting meneliti dan memastikan apa yang ibu konsume adalah SELAMAT & SEMULAJADI. 

Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
Secara ringkasnya supplement yang dicadangkan dalam set ini adalah seperti berikut :

✓ Membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, dll)
✓ Lengkap dengan 8 kumpulan vit b termasuk asid folik dan biotin
✓ Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
✓ Menukarkan makanan kpd tenaga.

✓ Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen.
✓ Mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

✿ Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) -
✓ Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin.
✓ Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
✓Juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

✿ Zinc –
✓ Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim) ,
✓ Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
✓ Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

✓ Membekalkan tenaga
✓ Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu.
✓ Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol.
✓ mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati. 

✓ Membekalkan kalsium yang cukup kepada ibu & bayi terutamanya yang menyusu bayi.
✓ Ia juga membantu melawaskan membuang air besar semasa dalam pantang.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

9 AMALAN DOA DAN ZIKIR UNTUK MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

9 AMALAN DOA DAN ZIKIR UNTUK MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

Assalamualaikum

Semua Ibu Bapa ingin anak yang soleh dan solehah. Sebab apa? Merekalah yang akan menjadi pembantu kita pabila kita kembali menmui Allah kelak. Sememangnya bertuah andai kita mendapat anak-anak yang sentiasa mendoakan Ibu dan Bapanya kan? Untuk mendapat anak yang soleh dan solahah, ia perlu bermula dari Ibu Bapa itu sendiri. Didikan agama yang terbaik harus di berikan agar mereka tidak hanyut dipukul gelombang kemasiatan. Selain usaha, haruslah kita berdoa memohon kepada Allah agar kita dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Berikut merupakan amalan doa dan zikir yang boleh diamalkan bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Insyallah:
  • Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
  • Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
    • “Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah."
    • Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
  • Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
    • " Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
  • Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
  • Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
  • Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
    • " Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
  • Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
  • Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
    • " Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
  • Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikan doa amalan harian anda agar rayuan kita didengari oleh Allah. Insyalah. 

Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:


14 KEPERLUAN UNTUK IBU YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL KETIKA BERSALIN

14 KEPERLUAN UNTUK IBU YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL KETIKA BERSALIN

Assalamualaikum

Setelah usia kandungan mencecah 32 minggu kehamilan, tentunya hati Ibu berdebar-debar untuk menanti saat kelahiran. Pada waktu ini Ibu seharusnya perlu kerap menenangkan diri dan sentiasa berjaga-jaga akan segala aktivit yang Ibu lakukan. Kerana pada bila-bila masa sahaja anda akan bersalin. Segala persiapan dan keperluan ibu dan bayi seharusnya telah disiapkan awal agar tidak ada yang tetinggal. Berikut Papaglamz kongsikan 15 perkara yang perlu dibawa ke hospital sekiranya sudah tiba masanya anda bersalin:
  • Tuala mandi  dan kain batik – Sehelai sudah cukup melainkan ibu tahu akan berada di hospital dalam tempoh lebih daripada 1 hingga 2 malam atau ibu akan masuk hospital lebih awal dari tarikh dijangka bersalin atas faktor kesihatan ibu dan kandungan.
  • Keperluan mandi – berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencuci muka dan sebagainya.
  • Penjagaan diri – bedak, sikat, getah ikat rambut, deodorant dan sebagainya.
  • 1 helai pakaian untuk pulang dari hospital – Semasa dalam ward, pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital jer.
  • 1 pasang  Stokin tebal – Boleh pakai semasa dalam labour room kerana suhu dalam labour room sangat sejuk. Selain itu, boleh juga dipakai selepas bersalin nanti.
  • 1 plastik berwarna hitam (kecil) – untuk letak uri.
  • 1 plastik besar – untuk letak kain kotor.
  • Minyak selusuh – Papaglamz dulu sediakan minyak kelapa dara je. 
  • Air zam-zam dan buah kurma Ajwa – Untuk diminum / dimakan oleh ibu dan untuk tujuan mentahnik (belah mulut) bayi. Papaglamz mentahnikkan Imtiyaz selepas wife dan baby masuk wad selepas bersalin.
  • Bengkung moden – Supaya perut ibu sentiasa terjaga. Ingat yer, sebelum makan, pastikan berbengkung dahulu. Guna yang jenis moden lebih mudah semasa dalam wad. Bila dah balik rumah, barulah guna bengkung yang berlilit-lilit tu.
  • Tungku elektrik – Bagus untuk digunakan sekiranya ibu berada lama di hospital selepas bersalin.
  • 1 pack tuala wanita maternity (khas untuk wanita selepas bersalin) – Banyak pilihan di pasaran. Pilih la mana yang berkenan. Tapi better tanya dulu la wife nak guna yang mana. Kang beli tak nak pakai pulak. Rugi uollzz.. Huhuhu
  • Pakaian dalam wanita – Bra menyusu dan panties (seluar dalam) biasa yang bukan untuk ibu mengandung. Untuk lebih mudah boleh juga guna disposable panties (seluar dalam pakai buang).
  • Buku laporan mengandung – pihak hospital perlukan untuk rujukan. Jangan lupa tau, kang tak pasal-pasal kena marah.
Dan jangan lupa bakal-bakan libu sekalian. Rancang pantang anda dengan memakan makanan yang berkhasiat. Memang kit tengah sakit. Kadang-kadang tu memang tak lalu makan kan? Anda harus ingat bayi anda perlukan susu anda. Jadi makan dengan sihat. Untuk mudah, apa kata sediakan vitamin-vitamin khas untuk ibu-ibu selepas bersalin. Macam SET BERSALIN SHAKLEE Sememangnya banyak kelebihannya. Ini terbukti dengan testimoni-testimoni positif dari pelanggan yang pernah menggunakan set ini. 
 Antara kelebihanya ialah:
  • Boleh menambah dan mengayakan lagi susu badan.
  • Luka bersalin akan cepat sembuh.
  • Dapat mengawal emosi Ibu selepas bersalin dengan adanya B-Complex.
  • Membekalkan tubuh anda dengan nutrisi-nutrisi yang mencukupi ketika anda berpantang.
PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com