Tinta Papaglamz |#| Papaglamz.com sebulan jagung

Tinta Papaglamz |#| Papaglamz.com sebulan jagung


Assalamualaikum

Hari ni genap sebulan umur papaglamz.com sejak 29 Oktober 2014. So, jom nyanyi ramai-ramai.

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Papaglamz.com...
Happy birthday to you...

Selama sebulan ni Papaglamz rase seronok. Sharing maring kat blog. Naseb baek tak mereng okay la kan? Banyak komen-komen yang memberangsankan dan yang menggelikan hati bila baca. Agak banyak juga post yang Papaglamz buat dah rupenyer. Even Papaglam berblogging pakai phone je Lenovo S290, gigihnye la kan berentri, bersegmen, berbloglist, berblogwalking sgala bagai. Lamanya nak tunggu bulan April sebab ad orang nak hadiah kan birthday kita laptop kat Papaglamz. Ermmm, blh tak klu bagi hadiah dulu? Kikiki

Ok ni rumusan trafik Papaglamz.com

Pageviews : 4545
Follower : 60
Bilangan entri : 55
Bilangan komen : 355
Top komenter : Eny Abdullah. Kebanyakan entri Kakak ni rajin komen. Tq Akak. (tak pandai nak analisis. Kira2 camtu je)
Post yang paling popular : Tinta Papaglamz l#l Imtiyaz dah nak jadi Kakak? TERKESIMA ad 159 view

Analisis terkini

Follower yang Papaglamz love sangat. Hahah
Haa tu je la rumusanye. Harapnye untuk bulan yang ke dua ni Papaglamz akan terus istiqamah dan glamz gituuu.. hahaha. Ok la. Nak sambung kerja.

p/s : Bekerja dihari sabtu. #PITAM

-sekian-
PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

Assalamualaikum

Klik Di Sini

Seperti perkara di atas. Jom reramai jadi bloglist Cik Belbel. Mesti best uolss

-sekian-


Tinta Papaglamz |#| Satle blog walking

Tinta Papaglamz |#| Satle blog walking


Assalamualaikum.

Akhirnya.... Satle Papaglamz berblogwalking semua peserta dari SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH. Letih uolllsss. Nak PITAM. So hari ni entri ni je la. Jari kebas plus handphone ala-ala hang gitu.

p/s : Papaglamz berblogging guna handphone jer. Laptop hilang. Boleh kalau nak meminta simpati. Hehehe

-sekian-
Semasa |#| Ragam UPSR

Semasa |#| Ragam UPSR


Assalamualaikum


26 November 2014, keputusan UPSR keluar. Macam-macam ragam pelajar yang dapat keputusan. Suka, duka, gembira, excited dan sebagainya la. Tahniah Papaglamz ucapakan bagi yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang tak berapa nak cemerlang tu, don't give up. Perjalanan adik-adik dalam menuntut ilmu ni panjang lagi.

Tak dapat 5A bukan bermakna masa depan adik-adik semua gelap okay. UPSR je pon. Tak payah la nak sedih-sedih segala bagai. Tahun depan masuk tingkatan satu boleh la belajar lagi. Papaglamz dulu pon time UPSR tak la setraigh mana pon A nye. Dapat la merasa 1A. Masuk je Universiti. Abes je degree. Tapi ok je skrg ni. Kehidupan yang gembira jer. Alhamdulillah.

Pada Papaglamz, jangan la kita melihat sesuatu daripada bilangan A je. Sebab anak-anak tu ade kelebihan masing-masing. Ibu bapa perlu bijak mencari di mana kelebihan anak-anak yang boleh kita serlah kan. Elbert Einstain tu dulu masa kecik-kecik bukan pandai pon. Siap ada sakit dysleksia lagi. Tapi die suka bermain dengan mencipta alat-alat permainan bermekanik. Last2, jadi pemenang anugerah Nobel bidang fizik kot.

p/s : Belajar lah untuk berfikir. Bukan belajar untuk menghafal. Dalam kehidupan sebenar kita di hadapkan dengan pelbagai masalah untuk kita berfikir mencari jawapan. Tiada penyelesian yang kita boleh hafal ye adik-adik semua.


-sekian-
Foodsglamz |#| Kuey Teow Kungfu Purnama Merindu

Foodsglamz |#| Kuey Teow Kungfu Purnama Merindu


Assalamualaikum

Adehh.. Hancussss la diet Papaglamz. Macam mana nak selim ni? :-(
Memalam buta kelaparan. Mengidam kuey teow kingfu ni. Makan berteman bulan purnama la kat warung depan taman Papaglamz ni. Memang faveret Papaglamz menu ni kat sini. Memenuhi citarasa. Kalau nak ke warung ni moh le. Taman Dato' Rashid Semambu, Kuantan Pahang.
Nyum... Nyum... Nyum...
Dah la, Papaglamz nak menambahkan lelemak yang dah sedia ade di dalam badan ni di samping layan lagu Purnama Merindu dari Siti Nurhaliza. Enjoy uolsss.

p/s : Makanan dh lama sampai tapi tak makan-makan sebab update entri. Pelayan pon pelik. Lantak la dek oi.

-sekian-
Foodsglamz |#| Sirap ais mawar berduri aduh sakitnya

Foodsglamz |#| Sirap ais mawar berduri aduh sakitnya


Assalamualaikum

Dalam 2 3 hari ni matahari kat Kuantan ni memancarkan sinarnya yang begitu indah sekali. Memang agak panas la. Tapi alhamdulillah, boleh la kami-kami menjemur kain. Papaglamz ade 2 bakul baju yang tak di sidai lagi tu. Ok nak sidai baju.

Tapi sebelum tu nak recharge energy untuk sidai baju tu dengan air Sirap ais mawar berduri aduh sakitnya. Haaa nama die kelazzzzz uolllss. Hahaha.
Jemput tengok
Dah la. Jom minum. Papaglamz nak minum sambil nak melihat baju-baju Papaglamz tu tersidai dengan sendirinya.

-sekian-
Tipsglamz |#| Berbaik sangka

Tipsglamz |#| Berbaik sangka


Assalamualaikum

Manusia dikurnia dengan pelbagai perasaan. Terkadang kita rasa gembira, bahagia dan suka. Dan adakalanya juga kita rasa sedih, hiba, pilu dan duka. Namun, Manusia diberi akal untuk bereksperimentasi cara bagaimanakah yang sepatutnya kita guna untuk hidup bahagia di dunia.

Papaglamz juga ingin hidup sentiasa gembira dan bahagia. Keinginan untuk memiliki kebahagiaan di dalam kehidupan pastinya bermula dari dalam diri seseorang itu. Dengan adanya hati yang bahagia, nescaya seluruh kehidupanya pasti akan bahagia. Di dalam rumah tangga kebahagiaan itu bermula dari setiap hati penghuni rumah tangga itu sendiri yang pastinya suami dan isteri.
Okayyy.. Ni cmne plak? Terlampau berbaik sangka ni.
Pinjam dari ayeemayam.com
Ya....!! Untuk terus kekal bahagia kita perlu sentiasa bersangka baik dengan pasangan kita. Tiada sebarang sangsi di dalam hati. Jika pasangan tidak bersangka baik antara satu sama lain, nescaya ikatan perkahwinan yang di bina akan terlerai.

p/s : Jom wujudkan rasa baik sangka sesama suami dan isteri.
Tinta Papaglamz |#| Mangsa ke kreatifan

Tinta Papaglamz |#| Mangsa ke kreatifan


Assalamulaikum

Hurmm naseb la anak ku. Jadi anak Papaglamz. Dok merengek manja. minta di bawa ke sana sini. Masuk kan dalam mesin basuh terus terpelik dan tersuka. Kreatif kan Papaglamz? hahaha
Yang kiri tu macam REDHA je muka die.
p/s : Mesti die rasa macam naik kereta kan? Ala-ala macam jalan-jalan cari makan gitu. Jangan terbasuh baju dengan anak-anak sekali dah la uolss.. hehehe

-sekian-
Mummylicious Susu Kambing Khas untuk ibu mengandung

Mummylicious Susu Kambing Khas untuk ibu mengandung


Assalamualaikum

Mummylicious Susu Kambing merupakan susu yang diperkaya dengan khasiat susu kambing semulajadi. Antara kelebihanya:

-Mengandungi makanan-makanan sunnah seperti susu kambing, kurma, za'faran, madu, buah tin, epal, kismis, delima, buah zaiton dan badam. Yang man makanan sunnah ini baik untuk kesihatan.

-Baik untuk diamalkan oleh ibu sedang mengandung. Boleh menghalang bayi dari pada menghidapi sakit kuning. Insyallah. Sebagai makanan tambahan untuk ibu supaya tidak keletihan yang teramat. Juga membantu untuk tumbesaran bayi.

-Boleh diguna sebagai 'milk booster'. Menambah serta memperkaya susu ibu dengan nutrien-nutrien keperluan bayi. Anak akan cepat kenyang.

Papaglamz dah rasa. Memang kurang bau hamis susu kambing tu. Ada tiga perisa strawberry, lavender dan chocolate. Sedaaapp. Di tambah dengan khasiat-khasiat yang dimilikinya. Apa lagi, jom serbu duta mummylicious. Boleh la korang semua beramah mesra dengan beliau untuk mengetahui lebih lanjut tentang mummulicoous susu kambing ni.

email : imah_ctn@yahoo.com
Fb : Mummylicious Susu Kambing Online Shop
Tel : +60199849463
Papaglamz punyer. Jom cube. Sedap...!!!

p/s : Jangan lupa tau beli dan rasa.

-sekian-



Tinta Papaglamz |#| Anak Luar Nikah. Di manakah Imej Kita? *Repost*

Tinta Papaglamz |#| Anak Luar Nikah. Di manakah Imej Kita? *Repost*


Assalamualaikum

Tak di sangka artikel yang Papaglamz tulis untuk join contest yang di organized oleh Buasir Otak terpilih sebagai pemenang. TERKESIMA...!!!! Papaglamz repost semula artikel dalam blog Buasir Otak untuk tatapan peminat Papaglamz yang sangat-sangat Papaglamz sayangi. Hehehehe.

************************************************


Masalah anak luar nikah di Malaysia seperti tiada penghujungnya. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita seorang remaja wanita mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3 rumahnya kerana tidak mahu menanggung malu disebabkan kelahiran bayi itu. Ditambah lagi dengan berita terbaru di Shah Alam seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di hadapan surau taman Platinum, menunjukkan bahawa kancah kelahiran anak luar nikah di negara kita kian meruncing. Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009 menunjukkan bilangan anak luar nikah yang didaftarkan adalah sebanyak 17,303 orang. Manakala pada tahun 2011, satu peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 18,652 orang telah didaftarkan. Memang benarlah apa yang di war-war kan pada masa kini SATU HARI SATU BAYI LUAR NIKAH dilahirkan. Mengapakah fenomena sebegini rupa tetap berlaku? Sedangkan majoriti penduduk di negara Malaysia adalah penganut yang beragama islam. Agama islam sama sekali melarang penganutnya untuk menghampiri zina seperti yang dirakamkan dalam firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 32 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”.

Papaglamz begitu tertarik untuk mengupas isu ini berlandaskan mata Tinta Papaglamz sendiri. Sememangnya kita tahu negara kita Malaysia agama rasminya ialah Islam. Namun, islam yang bagaimanakah penganut-penganutnya anuti? Adakah islam yang jati? Ataupun Islam yang hanya pada nama? Agama Islam menuntut para penganutnya menjalani kehidupan seharian dengan tatasusila ditambah dengan undang-undang yang tertentu. Penghayatan Islam dalam diri seseorang yang kian rapuh merupakan faktor utama kebanjiran anak luar nikah di negara kita. Cara hidup yang jauh terpesong dengan landasan-landasan agama Islam sudah sebati dalam jiwa mereka. Kita lihat sahaja berapa ramai anak remaja yang tidak lagi menutup aurat serta bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mereka. Ramai bukan? Mereka seperti sudah terbiasa dengan perkara sebegitu. Malah jika ada yang menutup aurat dan menjaga pergaulan akan di cop sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Pergaulan bebas begini yang menyumbang kepada kejadian zina lantas menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah di negara kita.

Kepincangan institusi rumah tangga juga merupakan faktor penyebab kelahiran anak luar nikah. Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada anak-anak akan melahirkan generasi yang kekurangan kasih sayang. Ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik serta membesarkan anak-anak mereka kepada pengasuh merupakan satu kesilapan besar dalam pembentukan kehidupan anak-anak mereka. Bukankah anak-anak itu umpama kain putih? Ibu bapa yang sepatutnya mencorak dan mewarnakan kain putih itu. Jadi, lukislah dan warnailah kehidupan anak-anak kita dengan corak-corak serta warna-warni jati diri Islam yang penuh dengan tatasusila dan keindahan sejak dari kecil lagi. Seperti kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Andainya penerapan nilai-nilai akhlak mulia bermula sejak dari kecil lagi, nescaya akan lahirlah generasi yang berakhlak mulia skali gus fenomena anak luar nikah pastinya dapat diatasi dengan sebaiknya. Insyallah.


Kegairahan dalam mencapai kemajuan teknologi tinggi yang moden juga merupakan faktor penting masalah ini. Dewasa kini, melayari internet merupakan salah satu keperluan bagi setiap individu. Ditambah pula dengan kemunculan gadjet-gadjet yang berteknologi tinggi begitu mudah didapati di pasaran menambahkan lagi kemudahan dan kebebasan remaja-remaja kita mengekses laman sosial. Cuba bayangkan sekiranya pelajar-pelajar yang masih mentah bebas melayari laman-laman sesawang yang berunsurkan porno, tidak dinafikan mereka akan terikut-ikut lantas melakukannya bersama rakan sekelas mereka. Hal ini terbukti dengan kes pelajar berumur 12 tahun mengandung telah dilaporkan baru-baru ini. Laman-laman sosial yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga faktor yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Dengan adanya istilah Cinta Maya, ramai remaja-remaja yang kesepian khususnya wanita yang tertunduk dengan janji-janji kosong lelaki buaya yang dikenali di laman sosial. Sekiranya kewujudan laman sesawang yang boleh menjerumuskan remaja-remaja kita ke dalam kancah zina dibiarkan bebas begitu sahaja, pastinya permasalahan kelahiran bayi luar nikah tidak akan ada penghujungnya.

Nah...!! Begitulah betapa peri pentingnya untuk kita mengetahui apakah yang menyebabkan masalah kelahiran bayi luar nikah di negara kita ini kian meruncing. Ternyata didikan awal oleh ibu bapa menjadi punca yang paling utama. Sekiranya ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka dengan akhlak-akhlak mulia sejajar dengan ajaran agama Islam, nescaya walau sehebat mana pun ancaman dari anasir-anasir luar terhadap anak-anak pasti akan dapat dihalangi. Perlu diingat, Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatinya. Maka ajarlah anak-anak kita ilmu mengenal tuhan nescaya Allah akan membantu kita untuk menjaga mereka. Dengan penyelesian masalah ini sudah pasti imej negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam pasti akan terjaga.

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com