Masih Relevan Lagi Ke Berblog Zaman Sekarang?

Masih Relevan Lagi Ke Berblog Zaman Sekarang?

Kadang-kadang aku terfikir sendiri — masih relevan lagi ke berblog sekarang ni?

Kalau kita throwback balik lebih kurang 10–12 tahun lepas, blog memang antara lubuk buat duit. Siapa yang aktif menulis, rajin update, pandai tarik trafik, memang boleh jadikan blog sebagai sumber pendapatan. Masa tu ada:

  • Google Adsense — letak iklan, boleh dapat bayaran ikut klik.
  • Paid entry / advertorial — tulis entri review produk atau event, dapat bayaran.
  • Cover event — blogger dijemput, dapat token, dapat exposure.

Aku sendiri masa tu memang aktif berblog. Serius, antara punca income aku pun datang dari blog. Seronok sebab kita buat apa yang kita minat (menulis), tapi dalam masa sama boleh jadi duit poket.

Zaman Dah Berubah

Sekarang, realitinya dah lain. Platform media sosial macam Facebook, Instagram, TikTok jauh lebih ke depan dari segi reach dan engagement. Orang lebih suka tengok konten cepat, visual menarik, video pendek. Blog? Tinggal pembaca setia je.

Pengiklanan pun dah banyak beralih ke media sosial. Nak dapat job review kat blog memang jarang-jarang. Kalau ada pun, bajetnya tak macam dulu.

Jadi, kalau tanya aku… berblog untuk jadi main punca pendapatan, memang dah tak relevan lagi.

Baca juga - Berblog dengan Tenang: Fasa Baru Papaglamz

Jadi, Kenapa Aku Masih Menulis?

Jawapan mudahnya, sebab aku suka menulis.

Aku rasa blog ni macam rumah kedua. Tempat aku simpan cerita, pengalaman, pandangan yang mana benda ni mungkin tak sesuai nak tulis panjang kat Facebook atau IG. Blog ni jadi semacam arkib hidup. Bila baca balik entri lama, rasa macam tengok diari versi digital.

Walaupun pembaca blog sekarang makin kurang, aku tetap rasa berbaloi nak terus menulis. Bukan sebab nak kejar trafik atau income, tapi sebab nak kekalkan minat dan kongsi cerita. Anak-anak pun bleh baca apa yang ayah diorang tulis tau!

Relevan atau tak, bergantung pada niat kita berblog.

Kalau nak jadikan sumber income utama, memang bukan masa sekarang. Tapi kalau untuk hobi, dokumentasi hidup, dan kepuasan menulis — blog tetap ada tempatnya.

Dan untuk aku, blog ni masih relevan. Bukan pada dunia luar mungkin, tapi pada diri aku sendiri.

Enjoy...!!!

 Weekend Kali Ni Standby Kerja + Blur Nak Buat Apa

Weekend Kali Ni Standby Kerja + Blur Nak Buat Apa

Esok weekend dah. First week bulan 8, bulan kemerdekaan. Tapi honestly… aku blur sikit tak tahu nak buat apa. Weekend kali ni aku standby kerja, jadi memang kena alert kalau ada panggilan masuk. Tapi standby tu bukannya sepanjang masa busy pun. Akan ada juga masa terluang kat celah-celah tu.

Masalahnya sekarang… aku tak tahu nak isi masa tu dengan apa. Nak keluar jauh-jauh memang tak boleh, takut kena masuk office. Nak lepak rumah je, rasa macam kosong.


So aku terfikir nak tanya korang:

๐Ÿ‘‰ Apa benda simple yang korang selalu buat hujung minggu bila tak ke mana-mana?

๐Ÿ‘‰ Aktiviti ringan apa yang boleh buat masa terisi tapi tak makan komitmen besar sangat?

Baca juga - Splash Day ON! Rasmi Pool Baru

Mungkin aku boleh cuba, contohnya gardening kecil-kecilan, marathon satu dua movie, tulis blog, baca buku… atau ada idea lain yang lagi menarik?

Share la kat komen. Kot ada cadangan best untuk aku try weekend kali ni.

Thank you korang...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com