Assalamualaikum & hai semua. Entah macam mana hari ni datang balik rasa nak menulis blog. Dah dekat dua bulan blog ni sunyi sepi. Manalah perginya kerajinan tu pun tak pasti. Tapi harini aku nak buat comeback sikit... dengan satu entri santai iaitu 10 perkara random tentang hidup aku sekarang.
Tak ada topik berat. Tak ada motivasi berapi. Cuma cerita ringan-ringan dari hidup aku yang biasa-biasa. Jom baca kalau rajin.
1. Dah Serasi Duduk Kuantan Walaupun Dah 13 Tahun
Masa mula-mula pindah dulu, ingatkan sekejap. Tapi sekarang, rasa Kuantan ni macam kampung sendiri dah. Pantai, jalan, kedai makan... semua ada nostalgia sendiri.
2. Anak-Anak Makin Besar
Rasa macam baru semalam pegang tangan diaorang hantar ke tadika. Sekarang dah pandai bercakap lawan balik sikit-sikit. Tapi seronok tengok diaorang membesar depan mata.
3. Akaun Maybank Macam Air Sungai
Masuk kejap, lepas tu keluar. Masuk lagi, keluar lagi. Kadang tak sempat rasa 'duduk' duit tu dalam akaun. Tapi syukur la ada rezeki keluar masuk, kan?
4. Masih Kerja di Tempat Sama
Tempat cari rezeki sejak dulu. Ada pahit, ada manis, ada bosan, tapi inilah tempat yang banyak ajar aku tentang kerja dan kehidupan.
5. Dah Lama Tak Balik Kampung
Akhirnya... minggu depan balik kampung sempena raya haji! Serius, excited lain macam. Dah lama tak jumpa mak ayah, bau kampung, makan lauk kampung.
6. Dah Dekat 2 Bulan Tak Tulis Blog
Aku pun tak tahu mana hilangnya semangat tu. Padahal banyak je benda nak cerita. Tapi harapnya dengan entri ni, semangat tu datang balik sikit-sikit.
7. Mood Baca Buku Datang Sekejap-Sekejap
Ada masa aku rasa rajin nak baca buku. Tapi kebanyakan masa buku tu jadi hiasan kat gerobok. Beli semangat, baca tinggal. Tapi aku tak serik beli.
8. Masih Terlalu Bergantung pada Phone
Semua benda dalam phone — kerja, nota, jadual, gambar anak, dan bank. Kadang-kadang scary juga kalau phone hilang, rasa macam hilang separuh hidup!
9. Tengah Rancang Percutian Keluarga (Dalam Kepala Dulu)
Setakat ni, percutian masih dalam angan-angan dulu. Tapi aku dah siap buka Google Maps, survey hotel kat Agoda, kira bajet... tinggal tunggu cuti & rezeki lebih sikit.
10. Aku Rindu Menulis
Ya, aku rindu tulis blog. Rindu type ikut rasa hati, tak perlu formal. Rindu borak dengan pembaca yang entah siapa, tapi rasa macam kawan. Harapnya lepas ni aku rajin sikit.
Itulah dia, 10 perkara random yang berlaku dalam hidup aku sekarang. Tak ada yang luar biasa, tapi semua ni ada nilai tersendiri. Hidup ni bukan tentang kejadian besar je… tapi juga detik-detik kecil yang buat kita senyum bila kenang balik.
Kalau korang pun rasa hidup tengah ‘random’ sekarang, kongsilah jugak. Tak kisah kat blog sendiri ke, media sosial ke… Kadang-kadang menulis tu sendiri pun satu terapi.
Jumpa lagi di entri seterusnya (harapnya tak 2 bulan lagi 😅).
Enjoy...!!!
Dah lama tak singgah sini. Rasanya last waktu entry papaglamz story tentang suasana pindah kuantan kot suatu masa dulu.
BalasPadamWelcome back.. ala saya pun dah lama tak aktif menulis. kadanga2 je. sekarang domain sendiri pon dah xde. pakai blogspot je.
PadamHaha.. selamat pulang ke kampung raya haji nanti. Anak² memang cepat membesar.
BalasPadamkan.. tq doanya..
Padam