Pernah tak korang makan sambal belacan sampai berpeluh macam baru lari 10km, tapi tetap suap lagi? Atau makan mi segera pedas level neraka sambil air mata menitik macam kena tinggal kekasih?
Bagi penggemar makan pedas ni die macam satu bentuk derita yang kita rela hadap. Aneh, tapi real. Kenapa kita sanggup seksa diri sendiri demi rasa pedas yang mencucuk-cucuk lidah? Hehehe
1. Rasa Pedas Tu Sebenarnya ‘Pain’, Bukan Rasa!
Betul. Pedas bukan perisa macam manis, masin, atau masam. Ia sebenarnya rasa sakit. Bila kita makan cili, bahan capsaicin dalam cili akan ‘menipu’ saraf kita dengan memberi signal “Woi, panas ni! Bahaya!” dekat otak. Tapi peliknya, otak kita bukan suruh berhenti—sebaliknya, kita terus makan!
2. Cabaran & Keberanian
Lagi pedas makanan tu, lagi puas kalau kita berjaya habiskan. Ada satu kepuasan pelik bila kita berjaya survive makan sesuatu yang “sakit”. Konon-konon kita level kebal. Sebab tu wujud cabaran macam “Spicy Noodles Challenge” atau “Sambal Gila Level 100” sebab kita manusia suka tunjuk power (walaupun esoknya menangis kat tandas).
3. Sensasi Endorfin – Feeling ‘High’ Lepas Makan Pedas
Bila kita makan pedas, otak kita terima signal “Aduh sakit!”. Sebagai tindak balas, badan keluarkan endorfin—iaitu sejenis hormon happy yang sama naik bila kita bersenam. Jadi, makan pedas ni lebih kurang macam berlari di treadmill versi makanan. Bezanya, satu buat kita fit, satu lagi buat kita menangis.
4. Pedas Buat Makanan Jadi Lagi Sedap
Cuba bayangkan: Nasi lemak tanpa sambal? Maggie tanpa cili potong? Ayam goreng tanpa serbuk pedas? Tak lengkap, kan? Pedas ni bukan sekadar rasa, tapi dia buat makanan jadi lebih ‘menyengat’ dan membantu kita berjuang dalam hidup—contohnya, makan tengah mengantuk pun boleh terus segar.
5. Kita Dah Biasa Dari Kecil
Orang Malaysia ni dari kecik dah diajar makan pedas. Masa umur 5 tahun, mak dah bagi rasa sambal sikit, “Nah, cuba sikit je.” Kecik-kecik dah kena ‘latih’, jadi bila besar kita kebal. Sebab tu orang luar pelik tengok kita boleh makan sambal macam minum air.
6. Derita Sebenar – Bila Pedas Dah Habis Ditelan
Baca juga - Tips Mudahkan Kerja Dapur: Bawang Kisar Tahan Lama!
Walaupun makan pedas ni macam satu bentuk penderitaan yang kita sendiri cari, kita tetap akan makan lagi dan lagi. Kenapa? Sebab hidup ni tak lengkap tanpa cabaran, dan cabaran paling simple tapi epik adalah bertahan makan sambal belacan tanpa air.
Jadi, next time kalau korang nampak kawan tengah berpeluh makan nasi lemak sambal power, jangan gelak. Sebab esok lusa, korang pun akan buat benda yang sama. Apa pengalaman paling derita tapi puas korang masa makan pedas? Komen kat bawah!
Enjoy...!!!
Betul sangat pengkongsian ppglamz ni makanan pedas boleh buat kita derita dalam satu boleh buat kita puas makan pedas hahaha, CA jarang2 makan pedas sekali mkm mau bertambah nasi hahaha
BalasPadamSekali sekala boleh la. hari2 mau meletop perut. hahaha
PadamMA memang x makan sgt food yg pedas giler2 ni..pedas skt boleh la
BalasPadamWell lain org lain preference die kan. sekali sekali blh la mamy. hehe
Padamcuya challenge makan Ramen samyang yg black noodle.. perghhhh pedas gila tapi sukaa haahaha nikmat dia sampai langit kekeke
BalasPadamdi ala2 taubat sambal belacan. pedas2 pun tetap teruskan makan.
PadamSaya tak boleh makan ramen korea yang pedas-pedas tu. Letak cinonet je perencah, tapi tak boleh habiskan. Naik hairan juga saya, camana orang lain boleh habiskan. Memang level tahan pedas tahap gaban ni. Huhuhu...
BalasPadambiasa lah. lain org lain tahap ketahananya kn.
PadamTekak Melayu mungkin , semua makanan nak ada sedikit rasa pedas .. barulah ngamm soii
BalasPadam