Ahad lepas, kitorang satu family termasuk budak-budak cendawan (anak-anak aku la) decide untuk spend time kat Pantai Sepat, Kuantan. Tak ada plan yang besar sangat, cuma nak nikmati masa bersama sambil merasai seronoknya camping tepi pantai.
Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi. First thing, cari port yang dekat dengan toilet. Memang penting kan? Bila bawa anak-anak kecil, memang tak nak jauh dari toilet. Lepas tu, pacak khemah, susun barang-barang, dan pastikan semua siap sebelum nak mula aktiviti. Ada yang sibuk setting tempat untuk duduk, ada juga yang sibuk mengatur makanan.
Yang paling best, kitorang buat ayam grill kat situ. Fuhhh, bau dia memang sedap! Sambil makan, sambil layan angin pantai yang sepoi-sepoi. Anak-anak pun tak boleh duduk diam, terus terjun mandi laut. Mandi laut tu memang best sebab airnya tak terlalu dalam, so memang selamat untuk semua. Kitorang main-main pasir sambil gelak-gelak sebab pasir masuk celah-celah baju.
Dekat pukul 5.30 petang, walaupun penat, tapi hati puas. Semua balik dengan senyum lebar. Penat memang penat, tapi seronok sangat sebab dapat habiskan masa dengan keluarga dengan aktiviti yang simple tapi penuh kenangan.
Enjoy...!!!
alhamdulillah pengisian musim cuti sekolah ye PapaG , besar dah kakak tu comei macam ibunya :)
BalasPadambetul tu kak ana. cuti-cuti mcm ni la. jalan2..
Padamada kejutan di entri bawah ni. Tahniah! :D
BalasPadamhttps://www.shikinrazali.com/2025/02/top-commentator-bulan-januari-dan-bulan.html
thank you cuya..!! Sokmo tolong ingatkan..
PadamBagusnya, isteri dan anak-anak nampak seronok. Time berkelah atau camping, makan apa saja bawa dari rumah, sedap dan nikmat. :)
BalasPadamsimple tapi memori tu yang mahal.
Padam*Utusan Diraja*
BalasPadamKehadapan tuan hamba,
Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
Beta menanti!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html
ok cuya. saya dah join. tak sabar nk tunggu pemenang diumumkan. hehe
PadamHealing & berkelah tepi pantai. Seronok
BalasPadam