21.5.15

THE LIBERAL ART OF GEOMETRY | Koleksi Musim Bunga dan Musim Panas 2015 Dari SEMBONIA

DESIGN TERBARU DARI SEMBONIA - THE LIBERAL ART OF GEOMETRY 


Bertempat di East Coast Mall, Kuantan, Papaglamz bersama beberapa orang blogger berpeluang untuk melihat dan merasai dengan lebih dekat lagi koleksi beg tangan dan juga dompet dari Sembonia. Koleksi musim panas dan juga musim bunga 2015 yang bertemakan The Liberal Art of Geometry menampilakan gabungan motif-motif geometry, sains dan seni yang indah terukir di setiap koleksi yang di keluarkan oleh Sembonia. 
Koleksi barangan beg dari Sembonia meliputi beg tangan yang boleh digayakan oleh pelbagai gender. Tidak kira lelaki dan perempuan. Hanya perlu pandai memilih mana yang sesuai untuk si pemakai. Di tambah pula rekaan dari Sembonia ini adalah untuk mereka yang ingin kelihatan muda. Golongan target pasaran bagi produk mereka juga ialah golongan yang berumur 30 tahun kebawah. 
  
The Liberal Art of Geometry
Seni dan sains bila bertaut menjadi satu corak dalam dimensi yang tersendiri. Itulah antara luahan corak yang terhasil hasildari gabungan corak-corak geometry dan juga alam yang pastinya ia menggambarkan tema The Liberal Art of Geometry untuk koleksi terbaru musim bunga dan musim panas kali ini. Nampak begitu indah dan cantik. 

Beg yang diperbuat daripada kulit yang sangat berkualiti dan HALAL pastinya memberi kepuasan maksimum buat si pemakai dan pastinya anda tidak akan menyesal menjadikan beg-beg ini sebagai salah satu koleksi peribadi anda. Seriously.

Selamat Hari Ibu
Pamper yourself (or your mom) with SEMBONIA special edition collection this Mother’s Day. Flowérs & Butterflies give it a whimsical look that would compliment any summer outfit.
Bersempena sambutan Hari Ibu yang lepas, Sembonia di bawah tema The Liberal Art of Geometry juga menampilkan rekaan yang di reka khas untuk para ibu yang begitu comel dan cantik. Dengan tiga warna asas merah jambu, hijau dan juga oren muda sudah semestinya menjadikan penggayaan anda akan menjadi lebih cantik. Dan untuk pengatahuan semua, koleksi ini adalah antara yang hot sale sehinggakan ade yang out of stock di outlet Sembonia Kuantan ni. 

Pada hari yang sama, Papaglamz dan blogger yang lain berpeluang melihat sendiri para model menggayakan beg-beg keluaran Sembonia di atas pentas. Memang cantik dan smart rekaan yang di keluarkan oleh Sembonia ni. Harus ada satu di dalam koleksi peribadi anda. 



Ok la. Rasa itu sahaja yang Papaglamz boleh kongsikan pada semua tentang koleksi terbaru dari Sembonia ni. Sekiranya korang semua nak info yang lebih lagi boleh la terjah-terjah laman media diorang yer.

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:

-sekian-

4 ulasan:

  1. cantik2 juga design baru dia...

    BalasPadam
  2. Cantik koleksi2 yang ada...
    Lama dah tak merayak ke ECM tue.

    BalasPadam
  3. Menarik, kebetulan memang berkira-kira nak membelinya.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com