Foodsglamz |#| Steam Boat & Grill Buffet House, TEMERLOH

Foodsglamz |#| Steam Boat & Grill Buffet House, TEMERLOH

Assalamualaikum

Memandangkan sabtu ahad yang lepas Papaglamz menghabiskan hujung minggu bersama wife di Temerloh, puas la kami berdating sakan. Kebetulan pula ade satu kedai makan steam boat yang baru bukak. Then, yang best lagi tu owner kedai tu ayah kepada anak murid wife Papaglamz. Jadinya, kami terasa nak meraih simpati la kat kedai baru tu. Hahaha. Alhamdulillah berjaya. Rezeki-rezeki.
Ni lah dia Steam Boat & Grill Buffet House terletak di tengah-tengah bandar temerloh dan sememanya mudah untuk kita temui. Sebabnya jalan di dalam bandar Temerloh ni kebanyakannya one way. Mesti akan lalu la. Dengan tagline "Makan Sepuas-puasnya", pastinya menarik minat ramai pelanggan untuk datang menikmati hidangan yang di sajikan. Ternyata bebaloi dengan harga untuk dewasa RM 22.00 dan kanak-kanak RM 11.00 sememangnya sangat berpatutan. Tambahan pula pelbagai pilihan makanan di sajikan antaranya udang, sotong, ayam, kupang, kerang dan sebagainya. Kebanyakan makanan laut. Best kan?

Kedai yang berkonsepkan warna oren ni sememangnya akan membuat parap pengunjung berasa teruja untuk singgah kerana dari jauh sudah kelihatan menarik sekali. Selain itu terdapat juga kumudahan-kemudahan lain seperti seperti tandas dan tempat meletak kereta yang mudah.

Jadi, ayuh jom kita serbu Steamboat & Grill Buffet House ni. Pemiliknya orang melayu ok. Sudah terjamin semestinya HALAL.
Harga yang berpatutuan kan.
Pilihan makanan yang disajikan
Seafood menjadi pilihan utama kami
2 dalam 1. Steamboat dan juga grill
Kami berdua yer untuk semua ini. Hehehe
 Pilihan ditangan anda.

Steamboat & Grill Buffet House

No. 15G Jalan Dato' Bahaman, 2800 Temerloh Pahang
Waktu operasi Selasa - Ahad (10 am - 10 pm)
Koordinate: 3.453156, 102.408637


-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

PENGAMBILAN PIL PERANCANG KEHAMILAN DAN KESAN YANG DIHADAPI OLEH IBU DAN BAYI

PENGAMBILAN PIL PERANCANG KEHAMILAN DAN KESAN YANG DIHADAPI OLEH IBU DAN BAYI

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian dari Papaglamz melalui pembacaan Majalah Pa & Ma berkenaan dengan Pil Perancang.
Soalan : Seorang ibu yang mengambil pil perancang, adakah ia akan menjejaskan penyusuan bayi? Apakah supplement yang boleh dicadangkan?

Jawapan oleh Puan Sabrina Harun, Ahli farmasi (Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011)

Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.

Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.

Terdapat 2 jenis pil perancang:
  • Mengandungi progestin dan progesteron.
  • Mengandungi progestin dan estrogen

Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Berdasarkan soal jawab ini, Berikut merupakan antara Vitamin yang boleh di ambil mengikut pemerhatian Papaglamz selama mengamalkan Produk Shaklee.

Vita-Lea
GLA-Complex


*GLA-Complex shaklee mengandungi EPO yang boleh diambil untuk mengurangkan maslah ketika mengambil pil perancang kehamilan.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

OSTEOMATRIX SUMBER KALSIUM TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

OSTEOMATRIX SUMBER KALSIUM TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum

Ibu yang sedang mengandung tentunya memerlukan kuantiti Kalsium yang mencukupi kerana ia membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta jantung yang kuat untuk Ibu dan bayi. Semasa proses kehamilan juga, Kalsium di perlukan dalam perkembangan otot dan saraf bayi. Selain daripada Kalsium, kehadiran mineral juga dapat membantu pembinaan jantung yang kuat untuk berfungsi secara normal.

Jika sumber Kalsium kurang ketika Ibu sedang mengandung, ini akan menjejaskan tahap kesihatan Ibu di mana Kalsium dari Ibu akan diserap oleh bayi, dan lama-kelamaan Ibu akan kekurangan Kalsium dan boleh mengundang kepada penyakit osteoporosis di masa hadapan.

Perlu diingat wanita yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg Kalsium sehari manakala bagi wanita 18 tahun ke bawah, memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari. IBU YANG SEDANG MENGANDUNG MEMERLUKAN SEKURANG-KURANGNYA 4 KALI HIDANGAN PRODUK TENUSU ATAU PENGAMBILAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM SETIAP HARI.
ibu_hamil
Bagi memenuhi keperluan Kalsium yang mencukupi semasa mengandung, OSTEOMATRIX adalah pilihan yang terbaik. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan OSTEOMATRIX:
  • Setiap 4 biji bersamaan dengan 1000 mg keperluan tubuh anda dan ianya berbentuk tablet sangat mudah untuk diambil.
  • Selain Kalsium, ia mengandungi Kalsium Karbonat, Kalsium Sitrat, Kalsium Sirat Malet, Magnesium dan vitamin D yang mana semua mineral ini menghalang kita daripada terkena sembelit dan lebih selamat daripada risiko batu karang.
  • Dengan kehadiran beberapa mineral dan vitamin di dalam OSTEOMATRIX, ia dapat mengoptimumkan penyerapan Kalsium oleh tubuh kita.
  • Ianya sangat sesuai untuk mereka yang merasa mual atau alah dengan produk tenusu. Anda perlu ambil 4 biji tablet OSTEOMATRIX bagi menggantikan beberapa gelas tenusu. Hebat bukan?

Anda juga boleh mengambil set ketika hamil yang akan memberi anda nutrisi lengkap ketika anda hamil.


ibu_hamil

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Assalamualaikum

JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN SEGMEN CIK MANIS NI.

TERASA MANIS SELALU
KLIK DISINI
NAK JOIN KLINK LINK KAT BAWAH BANNER TU

PAPAGLAMZ JOIN YER CIK MANIS YANG ALWAYS MANIS.

HEHEHEHEHEHEHEHE

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Assalamualaiku

Dalam usia Papaglamz.com yang menghampiri 3 bulan ni. Tentunya Papaglamz masih tercari-cari rentak genre blog Papaglamz ni. Selama 3 bulan ni, Papaglamz banyak belajar selok-belok dunia blogging dengan blog walking beberapa blog terkenal untuk mempelajari gaya penulisan mereka. Mungkin Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 boleh dijadikan satu platform bagi Papaglamz untuk mengangkat blog-blog yang kerap Papaglamz kunjungi selama 3 bulan ni. Korang teruja tak nak tau blog-blog yang biasa Papaglamz kunjungi? Jom kita terjah satu persatu. 


First and the most. Ni la dia blogger terkenal Ben Ashaari. Pada Papaglamz dia la yang menaikkan semangat Papaglamz untuk berblogging. Kerana pada pandangan beliau, blogging itu bukan sekadar blog. Dengan mempunyai jenama #KELABBLOGGERBENASHARI ia mampu menarik ramai blogger di Malaysia untuk mempunyai matlamat yang jelas dalam dunia blogging. Teknik penceritaan tentang keluarga terutamanya tentang anak-anak yang comel Qhaliff dan Zahra tentu saja mampu membuat pembaca tergelak dengan keletah mereka. Syabas Abang Ben.


Cik Emas Putih ni sebenarnya anak buah Brother Ben Ashaari. Sebab kebanyakan aktiviti-aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari mesti Cik Mik molek ni ade sahaja. Walaupun Papaglamz jarang drop komen kat blog Kisah Emas Putih ni, namun kerap juga Papaglamz singgah jela. Mempunyai blog yang cumil-cumil sweet berwarna pink ni, menjadikan blog ini pernah di nobat kan sebagai blogger pilihan di dalam akhbar sisipan utusan. Menarik bukan? Satu hari nanti Papaglamz akan ke ruangan itu juga. Insyallah. Syabas Cik Emas Putih.


Ceritera Fatin Bella ni juga merupakan antara ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Papaglamz selalu gelar yang fatin dan Emas Putih ni adalah kembar. Kalau Papaglamz stalk Instagram Fatin, mesti ade Emas Putih. Kalau stalk Emas Putih, mesti Fatin pun ade. Lagi satu, rupa mereka berdua ni memang seakan-akan sama. Ingatkan kembar, tapi bukan. Ceritera Fatin Bella menyajikan kisah-kisah kehidupanya yang agak sweet dan di penuhi dengan aktiviti-aktiviti study dan bersama kelab bloggernya. Blog Fatin Bella juga banyak mereview produk-produk di dalam entrinya. Tahniah Fatin, waulaupun masih bergelar student di UNIKL, tetapi anda berjaya mencari hasil tambah keewangan anda dengan berblogging.


Blog ni Papaglamz kenal masa berblog walking. Blog yang mengisahkan tentang kecantikan dan kesihatan tentunya menjadi sumber inspirasi pada semua yang ingin tampil sihat dan menawan. Selain mengenengahkan entri-entri tentang kecantikan dan kesihatan, Adaa Inspiration berupaya memotivasikan mereka-mereka yang ingin mengubah ekonomi kehidupan yang semakin meruncing. Sangat sesuai dengan tagline Addaa My Inspiration. Dari blog ini jugalah Papaglamz mula mengenali dunia perniagaan online. Syabas Kak Adaa kerana mampu menghasikan entri yang berguna dan boleh memotivasikan para pembaca.


Fatin Liyana? Sape tak kenal kan? Seorang doktor tetapi mempunyai minat dalam berblog. Bagi yang tak tau, Doktor ni telah disunting. Kisah pertunangannya ni bagaikan satu fenomena yang hebat dan menjadi viral tak kira di Instagram, Facebook ataupun media-media cetak ataupun maya. Penulisanya diblog sangat catchy pastinya menjadikan blog ini sebagai pilihan gadis-gadis muda yang ingin menjadikan kisah hidup Fatin sebagai ikutan. Syabas DOKTOR.


Blog yang tampil bersahaja. Tidak banyak gadjet yang memenuhi ruang utama blog, namun isi kandungan setiap enti pastinya menyajikan sesuatu yang luar biasa. Itulah rahsia kejayaan blog ini. Isi kandungan entri yang terbaek. Di miliki oleh jejaka yang selamber jer plus handsome (tapi  handsome Papaglamz lebih siket) sering berkongsi tip-tip dan info untuk menambah trafict blog dan menjana wang dari blog. Untuk pengatahuan semua, Oh Duit sedang mengadakan contest Malaysia Best Blog 2015. Jangan lupa join. Syabas bro.


Eny Abdullah ni adalah antara blogger yang mula-mula Papaglamz kenal di dalam dunia blog ni. Walaupun tak pernah berjumpa, namun kami sering bergurau-gurau dalam komen-komen setiap entri. Blog yang tampil kemas dan cantik ini menyajikan kepada para pembaca dengan menu masakan yang sangat MENGIURKAN gitu. Hehehe. Kak Eny tak kedekut untuk berkongsi resepi-resepi masakan yang ratanya beliau buat sendiri. Selain pro dalam masakan ni, beliau juga pro dalam dunia photography dan menjahit. Banyak juga gambar-gambar hasil tangkapan beliau di upload di dalam entri blog beliau. Syabas Kak Eny.


Siapa yang tak kenal engan blog Denai Hati ni kan? Ramai orang yang menyebutnya. Kerap kali juga Denai Hati menganjurkan pertandingan-pertandingan yang menjanjikan hadiah yang lumayan buat para peserta. Selain itu, blog ini juga menyajikan info-info semasa yang berguna buat para pembaca kerana mempunyai genre yang sessuai bagi pembaca-pembaca di Malaysia. Syabas Tuan blog Denai Hati.


Ahmad Fauzi Aryaan, seorang blogger muda yang lincah dan penuh keyakinan melangkah dalam dunia blog. Blog yang menampilkan info-info tentang travel, food dan lifestye tentunya menyajikan sesuatu yang berguna buat para pembaca. Pada pandangan Papaglamz, walaupun masih muda, beliau mampu meletakkan diri beliau setanding dengan blogger-blogger hebat yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Syabas Abam Pap Pap Pap.


Tiffin biru ni antara blog yang sering kali berkongsi tentang masakan dan juga resepi. Dengan tagline "Dapur Tanpa Sempadan" memang sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga macam Papaglamz ni untuk mencari idea masakan seisi rumah tangga. Kalau nak tau, blog ni juga merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. 

Tu la dia blog yang serin Papaglamz lawati untuk mencari ilham dan inspirasi dalam berblog ni. Mungkin apa yang Papaglamz suka ni orang lain tak suka kan? Pilihan di tangan anda. Anda yang tentukan. 

Jadi apa tunggu lagi jom sama-sama kita sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Jangan tak tau, kalau anda bernasib baik, anda akan memenangi hadiah utama wang tunai bernilai ribuan ringgit. Penganjur adalah Ohduit.com.

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

SPERMA YANG SIHAT MEMBANTU KEJAYAAN PROSES PERSENYAWAAN

SPERMA YANG SIHAT MEMBANTU KEJAYAAN PROSES PERSENYAWAAN

Assalamualaikum

Untuk mendapatkan zuriat, Suami dan Isteri perlu bekerjasama dan mempunyai badan yang sihat. Organ pembiakan wanita adalah tempat untuk persenyawaan berlaku. Tetapi....

TAHUKAH ANDA?
  • Setiap hari seorang lelaki yang sihat akan menghasilkan 2 - 4 Million sperma.
  • Sperma yang sihat mengandungi
    • Kepala - 1 kepala yang tajam, kuat dan mengandungi DNA si bapa
    • Mitochondria (leher) - memberi tenaga
    • Ekor - 1 ekor untuk berenang
  •  Dari 2 - 4 million sperma yang ada, hanya 4 - 10% sahaja yang sihat dan berkualiti

Jika anda inginkan Zuriat, pastikan SPERMA anda BAIK, KUALITI dan KUAT. Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan ambillah vitamin untuk kesihatan diri anda. Untuk dapatkan Sperma yang berkualiti, anda memerlukan sekurang - kurangnya 3 bulan. Bukannya dalam masa beberapa hari.
SPERM_COUNT
Oleh itu, Vitamin apa yang anda perlukan? Tentunya :

ZINC 

  • Membantu mengurangkan mati pucuk
  • Menghasilkan Sperma yang berkualiti dan meningkatkan jumlah Sperma
Vitamin E

  • Mengelakkan dari pembengkakkan prostat
  • Mengekalkan saluran darah yang sihat
  • Meningkatkan motility sperma
CoQHealth Plus

  • Memberi tenaga kepada sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yang abnormal
Omega Guard

  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mengurangkan keradangan
SPERMA
Sekiranya anda sukar untuk dapatkan zuriat, jangan salahkan isteri 100%. Sila pastikan "aset" anda benar - benar banyak, sihat dan berkualiti.

JADI APA TUNGGU LAGI?

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Foodsglamz |#| GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK ANTARA TARIKAN BANDAR TEMERLOH

Foodsglamz |#| GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK ANTARA TARIKAN BANDAR TEMERLOH

Assalamualaikum

Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Temerloh, mesti tak sah kan kalau tak merasa penangan Ikan Patin masak tempoyak. Kat Temerloh ni siap di panggil Bandar Ikan Patin lagi. Betapa popularnya Ikan Patin kat sini. Papaglamz pun macam tu jugakz. Sejak wife mengajar kat Temerloh ni, kerap jugak la makan Ikan Patin ni. Dan macam-macam gerai Papaglamz dah singgah. Well, semua gerai masak benda yang sama je. Ikan Patin masak tempoyak. Tapi, setiap gerai tu pasti ade yang berbeza dari segi rasa walau sedikit pon.
Nak tau pilihan gerai Papaglamz dan family? Haaaa ni la dia. GO’BANG MAJU PATIN TEMPOYAK. Kenapa dalam banyak-banyak pilihan, GO’BANG MAJU menjadi pilihan? Since Papaglamz ni berlidah jawa, kuah tempoyak kat gerai ni agak pedas sikit. Then, bila makan tu tak rasa mual-mual. Yela ikan air tawar ni kekadang kalau tak kena cara memasaknya tak jadi. Dari segi rasa ok. Sebab tu la menjadi pilihan hati sanubari Papaglamz sekeluarga.

Selain tu, cara kita order pun tak la susah. Sangat sistematik. Ada kaunter untuk mengambil nasi, ada kaunter untuk mengambil Ikan Patin, ada kaunter untuk mengambil ikan bakar dan beberapa lauk sampingan. Dan yang bestnye semuanya dah tersaji di dalam mangkuk kecil-kecil. Kita pergi ke kaunter dan ambil sahaja. Kiranya kalu sampai tu, dalam masa kurang 6-8 minit kita dah start makan dah. Kecuali kalau tempat duduk taka de. Tu kena tunggu lama la. Hehehe.

Selain makanan yang sedap dan servis yang tip top, GO’BANG MAJU juga menyediakan kemudaha-kemudahan sepeti tandas dan surau. Tak payah risau kalau-kalau time makan tu nak berasa terkucil, tandas ade. Tandas pon ok. Selain tandas, bersebelahan gerai ni ade tempat untuk mencuci kereta. Sambil-sambil makan tu boleh la cuci-cuci kereta. Tapi berbayar la. Hehehe. Bagi Papaglamz memang berbaloi la makan kat sini tempatnya yang strategic dan mudah untuk di temui (tepi jalan je), memang menjadikan gerai ini sebagai gerai tumpuana orang ramai.
Nila pemandangan dari jalan. Warung tepi jalan. Mudah nak cari.

Ni masa tengahari. Ramai orang kan.

Kalau datang sini, sokmo makan yang ni jer. Sudah menjadi idaman hati gituuu.

Tandas, surau dan tempat mencuci kereta.
GO’BANG MAJU PATIN TEMPOYAK
No. 10, Kg Sungai Rabit, 28000, Temerloh, Pahang
019-9569696
Koordinat: 3.4423963,102.4263855

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Wordless #1

Wordless #1

Assalamualaikum

Wordless hari ni

Biar ia berbicara























Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX?

BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX?

Assalamualaikum

Papaglamz ni bukan la seorang yang merokok. Tapi ada juga yang bertanya pada Papaglamz cara-cara nak berhenti merokok. Niat nak berhenti merokok sememangnya satu niat yang baik serta dapat meningkatkan kesihatan seseorang. 

Kenapa perokok itu sering dikaitkan dengan masalah kesihatan? Adakah kita tahu? Jom Papaglamz bagi tau. Ok for you info, 1 dari 2 orang LELAKI rakyat malaysia adalah seorang perokok. Boeh bayangkan ramai tak? Kira-kira dalam 7 Million gitu la. Manakala 3 daripada 10 orang kanak-kanak lelaki berumur 12 -18 tahun adalah seorang perokok. Dekat separuh kan? Dan keadaan ini adalah semakin meningkat 17% setiap tahun. Masyaallah. Takut Papaglamz dengar statistik yang macam ni.
Dengan statistik yang begini. Boleh bayangkan apa effect pada negara pada masa akan datang? Rakyat yang rata-rata mempunyai risiko mendapat penyakit yang tinggi sebab merokok. Adakah kita tahu apakah yang terkandung dalam rokok itu? Ya betul. Banyak kandungn bahan kimia yang sangat berbahaya. Nikotin, Tar, Sianide, Benzene, Methanol, Formaldehyde dan banyak lagi la. Tahu tak semua bahan kimia ni sangat berbahaya. Kalau dalam lab tempat Papaglamz bekerja, kebanyakan bahan kimia ini adalah mainan Papaglamz. Tapi... Untuk bermain tu banyak langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil. Antaranya memakai Peralatan Keselamatan, Sarung Tangan, Topeng dan sebagainya. Ini adalah untuk menghalang daripada bahan-bahan kimia ini meresap masuk ke dalam tubuh kita. Namun, bagi seorang perokok, senang-senang je bahan-bahan ni nak masuk. Sebab tu la mereka terdedah dengan penyakit-penyakit kronik.
Ok habis bab statistik dan kandunga rokok. Now, Papaglamz just nak sharing something ni. Bagi mereka yang betul-betul berniat untuk berhenti merokok, Papaglamz boleh membantu. Tapi ingat, keazaman yang tinggi sangat di perlukan. Ya, memang terbukti VIVIX mampu merawat ketagihan merokok seseorang. Banyak testimonipositif yang telah kami terima. Boleh belek-belek gambar di bawah ni.



Yang Akak n Abang ni. Boleh terjah Entri bawah ni
Haaaa.. Macam best je kan? Tapi korang mesti tertanya-tanya. Macam mana dengan Vivix ni Papaglamz KONFIDEN sangat boleh mengatasi masalah PEROKOK TEGAR ni.
  • Bila kita merokok, bahan kimia sangat banyak dalam badan. Bahan-bahan ini akan menjadi radikal bebas dalam tubuh. Persamaan yang mudah. Macam persamaan linear dalam graph matematik. Semakin bertamba pengambilan asap rokok, semakin bertambah kuantiti bahan kimia dalam badan. BAHAYA TU.
  • Radikal bebas ni la yang akan merosakkan sistem badan kita bermula dari peringkat sel dan DNA lagi. Kalau dah sel dan DNA di musnahkan, sebab tu la organ-organ badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik membawa kepad penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.
  • Mudah kan? Bila merokok, bahan kimia dan radikal dalam badan meningkat, sel-sel dan DNA tubuh rosak, maka organ-organ tidak dapat berfungsi membawa kepada masalah kesihatan yang kronik.
Jadi, macam mana VIVIX membantu?
  • Perkara utama yang perlu dilakukan ialah menghalang pembentukan radikal bebas tu. Bagaiman? Forsure dengan pengambilan ANTIOKSIDA yang mencukupi. Antioksida ni lah yang akan memusnahkan radikal bebs lantas sel-sel dan DNA tubuh kita terelamat dari dirosakkan.
  • Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A adalah contoh antioksida yang biasa kita dengar. Namun jarang orang dengar tentang RESVERATOL. Ianya merupakan antioksida yang sangat hebat.
  • Resveratol ni mempunyai kuasa yang berganda-ganda dari Vitamin C dan Vitamin E.
One study demonstrated that resveratrol was 95% efficient at preventing lipid peroxidation, compared to 65% Vitamin E and 37% for Vitamin C
VIVIX mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi dan bertindak sebagai antioksidan yang sangat berkuasa. Antioksidan ini seolah-olah ‘pengutip sampah’ dalam tubuh manusia. Bila kita merokok, banyak toksin yang terkumpul dalam badan kita. Jadi antioksidan ini lah yang membersihkan tubuh kita dari toksin tersebut sehingga satu tahap, apabila toksin-toksin tersebut sudah hilang atau berada pada tahap minima, antioksidan tersebut akan terus ‘mengutip’ toksik2 baru daripada memasuki tubuh. Jadi, jika anda mengamalkan pemakanan dengan antioksidan yang tinggi dan pada masa yang sama anda merokok, rokok tersebut tidak akan rasa sama lagi. Anda tidak lagi merasa nikmat merokok atau ketagih untuk terus merokok. Lama kelamaan anda akan berhenti. VIVIX juga membantu memulihkan sel-sel anda yang rosak akibat radikal bebas tadi dan menajdikan anda lebih sihat dan berseri. 

Antioksidan seperti vitamin C, resveratrol dan vitamin E juga membantumengurangkan stress. Biasanya minggu2 awal anda akan merasa stress dalam proses nak berhenti merokok. Jadi ini mungkin membantu.

satu lagi senario yang paling ditakuti ialah peningkatan berat badan selepas berhenti merokok. Apabila merokok, bahan kimia tadi telah memusnahkan vitamin C dan nutrisi lain dalam darah dan tubuh. Apabila tubuh kekurangan vitamin C, kebolehan tubuh untuk mengoksidasi lemak dan membakar lemak akan menurun dengan signifikan, jadi dengan pengambilan vitamin C dan antioksidan yang lain dalam jumlah yang betul dan mencukupi selepas berhenti merokok akan membantu anda membakar lemak dengan lebih baik dan mengelakkan pertambahan berat badan. best kan?

Dengan vivix, setakat ini, inilah produk yang mengandungi antioksidan yang tinggi dan selamat pada tubuh. Jadi, jika anda ingin berhenti merokok, ini mungkin produk yang paling sesuai. 

Haaaa dah faham kan? So apa lagi. Jom la cuba apa yang Papaglamz tahu ni. Vivix a.k.a Tonix Ajaib. Hot item bulan ni. Siap ade promosi lagi bulan ni. Beli 2 diskaun 5%. Kalau beli 6 percuma 1. Beli bulan ni boleh tahan sampai bulan 5 or 6. Berbaloi. Di tambah dengan AFTER SALE SERVICE yang Papaglamz akan bagi lepas ni. Pastinya yang terbaik dari Papaglamz.



ADI APA TUNGGU LAGI?

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com