Baca juga

Homestay Di Ampang - Banglo Mewah Taj Villa Taman Zoo View

Homestay Di Ampang - Banglo Mewah Taj Villa Taman Zoo View

Assalamualaikum semua. Siapa yang mengikuti perkemangan aku, tentu korang tahu cerita AFB Gathering 2018 yang berlangsung pada bulan Julai yang lepas. Dalam entri kali ni saja nak cerita semula homestay di Ampang yang kami gunakan untuk gathering kali ni.

Kami sebenarnya sewa homestay yang berdekatan dengan zoo negara Ampang. Homestay ni adalah sebuah banglo mewah yang diberi nama Taj Villa Taman Zoo View. Homestay ni betul-betul dekat dengan Zoo Negara ampang. Hanya beberapa minit sahaja. 

Pandangan dari luar villa. Awesome..!!
Yang best, homestay ini mempunyai pool. Memang puas mandi dalam pool. Memang condition banglo mewah ni sangat tip top la. Sesuai untuk anda yang hendak bercuti bersama keluarga yang besar. Sangat-sangat recommended.

Jom tengok gambar yang aku nak kongsikan pada korang semua tentang banglo mewah Taj Villa Taman Zooview ni:

Living room ni la tempat aku lepak. Luas ya ampunnn. Yang pasti SATU RUMAH FULLY AIRCOND. X ade rasa panas tau..!!

Macam biasa la bila kumpul ramai-ramai ni mesti nak berbbq bagai kan? So, kat sini pun ada di sediakan port khas untuk bbq. Memang Awesome..!!!

Ruang untuk berbbq. Bersebelahan dengan pool sahaja

Living room yang luas

Ada 5 bilik tidur kat villa ni. Semua ber air cond kecuali bilik yang kat dapur. Aku panggil bilik bibik 

Dapur yang lengkap dengan oven, peti ais, gas, semua la. Tinggal beli bahan untuk memasak j

Ruang untuk membasuh baju pun ade. Siap ad pengering lagi tau! Jangan risau baju anak basah asyik nak main kolam je. Korang boleh basuh kat sini

Ruang dapur idaman aku. Antara tempat yang aku paling suka. Kalau la dapat buat kat rumah sendiri, mau aku tidur kat dapur je

Baca juga : Idaman Villa @Malacca Homestay Pilihan Di Tengah Bandar Melaka

Di bahagian atas juga ada ruang untuk keluarga



Tandas EXCLUSIVE..!!!


Bar corner. Sambil2 tengok anak2 bermain kolam boleh la lepak kat ruang ni. 
Berdekatan dengan banglo ni ada sebuah kedai makan 1Cafe juga. Kalau korang kelaparan boleh juga singgah cafe ini untuk mejamu selera. Next entri insyallah aku cerita tentang cafe ni pula ya. Tunggu.!

Details tentang banglo:

Contact no: 013-3809187 (ruby)
Fb.me/MilleniumTravelChauffeursSdnBhd
Instagr.am/duyong_secrets

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Cara Mudah Buat Air Nescafe Yang Power Dan Sedap!

Cara Mudah Buat Air Nescafe Yang Power Dan Sedap!

Assalamualaikum semua. Menikmati secawan kopi atau nescafe di waktu pagi atau petang memang sangat-sangat mengasyikkan. Ditambah pula dengan gorengan kuih muih seperti karipap ataupun pisang goreng. Pasti letih seharian bekerja akan hilang dalam sekelip mata.


Tapi, macam mana cara mudah nak buat air nescafe yang power dan sedap ni? Bagi anda peminat nescafe tegar, jom cuba resipi bancuhan nescafe yang sedap ni. Rasanya persis seperti di Starbuck. Resipi ini dikongsi oleh seorang pemuda yang pernah bekerja berbelas taun sebagai 'barista' di Starbuck.

Resipi Rahsia Bancuan Nescafe Yang Power Dan Sangat Sedap!


1. Sesudu kecil nescafe. Jangan penuh menggunung.


2. 2-4 sudu kecil susu cair.


3. 1 setengah sudu - 2 sudu kecil susu pekat manis.

4. Campurkan semuanya di dalam satu cawan atau mug.

5. Warna dan baunya seperti bau di Starbuck pada masa ini. Bahan-bahan ini akan menghasilkan nescafe yang tidak berapa manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.


6. Selepas kacau, tuangkan air yang betul-betul panas mendidih. Tuang sehingga 3/4 penuh sahaja.


7. Dah siap! Perhatikan warnanya. Warna Sungai Pahang inilah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara.


Kalau anda cuba mesti terangkat punya la! 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat saya masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!



Kredit : Pemuda Barista Via Viral Oh Viral

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Rahsia Bancuhan Nescafe Yang Power Dan Sangat Sedap!" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Resipi Ayam Goreng Pedas Ala Korea

Resipi Ayam Goreng Pedas Ala Korea

Assalmualaikum semua. Sekarang ni kan sedang trend menu ayam goreng pedas ala Korea kan? Ni semua hasil dari pengaruh lambakan drama-drama Korea yang ada di negara kita. Bukan nak sembang pasal drama. Nak sembang tentang resipi ayam goreng pedas ala Korea ni yang tengah viral sekarang.


Korang yang suka makan ayam pedas korea ni oleh la cuba!

Resipi Ayam Goreng Pedas Ala Korea


Resipi dari Wawa Syalwawa Via ainad Idar

Bahan perap ayam:

10 ketul drummet - tak sampai sekilo bersih n toskan
7 ulas bawang putih 
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam 
1 sudu gula 
Secubit garam

Cara membuatnya:

1.Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat ... sy xpkai blend sy tumbuk 1 1 smp halus semua nya 
2.Lumur pada ayam dan perap minimum 30 minit ... lg lama lg bagus

Bahan2 tepung goreng ayam:

1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung

Cara nak gorengnya:

1.Sebatikan kedua-dua tepung kering
2.Ayam yg dh diperap td masukkn ke dalam adunan tepung sambil golek2 kan ayam td 
3. Ready to deep fry dan minyak betul2 panas dan masuk ayam control ja api smp ayam sume masak
4. Dah siap ayam goreng toskan minyak smp btul2 kering


Bahan sos:

3 ulas bawang putih 
2 sudu cili blender
2 sudu besar gula
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu madu
1 sudu juice lemon
Garam secukup rsa

Cara membuatnya:

1.Tumis bawang putih dan cili blender sehingga garing dengan sedikit minyak
2. Masukkn sos cili, sos tomato, gula dan madu
3. Biarkan seketika kemudian masukkn juice lemon 
4. Kacau sebati masukkn garam dan sejukkn

Bahan hiasan:

Sanggai bijan secukupnya
Daun bawang hiris

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Resipi Kek Red Velvet Bersama Frosting Cream Cheese

Resipi Kek Red Velvet Bersama Frosting Cream Cheese

Assalamualaikum semua. Alkisahnya aku ni nak mencuba buat kek red velvet. Jadi, aku cari la resipi membuat kek red velvet yang ada di google. Macam biasa la kalau bab cari resipi kek ni aku akan refer blogger masakan nombor 1 Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Kak Eny kan.

Sebab dah kenal dan pernah jadi anak didik dia dalam kelas online belajar membuat brownies hari tu, aku pun soal selidik sikit la tentang resipi kek red velvet yang Kak eny share di blog tu. Takut kalau buat membabi buta tak jadi pula kan? Dalam buat kek ni aku paling risau bab nak buat frosting. 

Saja buat kek untuk anak sendiri

Antara persoalan yang selalu timbul kalau nak buat frosting cream untuk kek ialah berapa kuantiti nak buat untuk cukup sapu satu kek dan macam mana nak biarkan frosting yang kita buat tu tak mudah cair dan mudah untuk kita handle semasa proses membuat sapuan cream pada kek.

Baca juga : Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah dan Sangat Sedap

Alhamdulillah Kak Eny share sikit sebanyak perkara yang aku tanya tu dan aku cuba la membuatnya. Alhamdulillah menjadi. Resipi kek tu aku memang follow sepenuhnya. Cuma untuk rsipi frosting cream cheese aku ada modified sikit. 

Inilah hasilnya. Nampak tak rata sangat dan comot kan? Well, first timer katakan.

Jom layan resipi Red Velvet Cake ni. Memang resipi dari Kak Eny tau!

Kek Red Velvet Gebu 


Acuan 7 inci. 
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A

170g mentega
150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali

250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan

1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang 

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul 

Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing)

Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Inilah rupanya kek sebelum aku tutup dengan cream cheese. Merekah-rekah. Sebab suhu oven tak betul. Terlalu panas

Resipi Frosting Cream Cheese


Aku ada ubah sikit kuantiti butter yang digunakan

Bahan-bahan 

350g cream cheese
250g butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan 

Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama butter hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.

Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Aktiviti Outdoor Menarik Di Gunung CBL Terengganu, Melihat View Dan "Stargazing" Yang Sangat Superb!

Aktiviti Outdoor Menarik Di Gunung CBL Terengganu, Melihat View Dan "Stargazing" Yang Sangat Superb!

Assalamualaikum semua. Aktiviti Outdoor Menarik Di Gunung CBL Terengganu, Melihat View Dan Stargazing Yang Sangat Superb! Melihat keindahan alam yang dicipta Allah adalah satu terapi untuk kita mencari ketenangan dan juga melapangkan minda. Sebenarnya mendekatkan diri dengan alam mengandungi kelebihan yang tersendiri.

Antara aktiviti yang popular untuk menikmati keindahan alam ialah dengan melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit di waktu malam. Atau dalam istilah lain dipanggil 'Stargazing'.


Sebenarnya melihat menikmati keindahan bintang yang bertaburan dilangit boleh dilakukan di mana-mana yang anda suka. Hanya pandang ke langit pada waktu yang cerah dan lihatlah bintang-bintang yang ada. 

Tetapi, tahukah anda aktiviti stargazing ini agak popular di Gunung Chemerung-Berembun-Langsir Terengganu.

Ramai pendaki yang datang ke sini untuk melihat dan menikmati sendiri keindahan langit malam dari puncak gunung ini. Untuk melihat bintang dari gunung ini, anda perlu mendaki ke puncak.


Selain aktiviti melihat bintang, di sepanjang track pendakian, anda boleh melihat air terjun dan banyak kolam-kolam air semulajadi yang cantik dan sangat jernih airnya. 
Biasanya sesiapa yang hendak mendaki, pendakian bermula waktu tengahari dan anda akan sampai di puncak waktu malam untuk melihat bintang-bintang yang ada. Terdapat juga tapak-tapak khemah untuk anda berkhemah di sana.


Jom layan gambar-gambar cantik  dan menarik di Gunung Chemerung Berembun Langsir Terengganu.

Foto: Twitter @mastura_yuza

Foto: FB @seaextremesport

Foto: FB @seaextremesport

Foto: Twitter @mastura_yuza

Foto: Twitter @mastura_yuza

Foto: FB @seaextremesport

Foto: Twitter @mastura_yuza

Buat kaki panjat gunung tu jangan lupa jadikan Gunung Chemerung-Berembun-Langsir Terengganu sebagai list gunung untuk anda tawan.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "View Yang Superb Sangat!" - Aktiviti Stargazing Di Gunung CBL Terengganu Sangat Berbaloi sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Siti Nurhaliza

Lagu Anta Permana adalah buah tangan terbaru Dato' Siti Nurhaliza. Mula dikeluarkan pada 21 September 2018. Lagu ini berirama pop yang mana lagu ini telah diciptakan oleh Hael Husairi dan Ezra Kong.


Jom saksikan preview lagu Anta Permana yang sungguh mengasyikkan ini



Lirik lagu Anta Permana - Dato' Siti Nurhaliza

Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti

With Love
Papaglamz

-sekian-
Ini Dia 10 Tips Yang Semua Mesti Tahu Untuk Memudahkan Kerja Di Dapur. Point Ke-6 Tu Ramai Yang Suka

Ini Dia 10 Tips Yang Semua Mesti Tahu Untuk Memudahkan Kerja Di Dapur. Point Ke-6 Tu Ramai Yang Suka

Assalamualaikum semua. Dapur ialah ruang paling penting dalam sesebuah ruma. Jika menurut Feng Shui cina pun, dapur dikatakan tempat yang perlu dijaga tapi kerana dapur dikatakan penentu bagi rezeki sesebuah ruma. Jika cantik dapurnya, maka rezeki untuk seisi rumah itu juga cantiklah juga.

Aku akui, dalam seharian duduk dirumah, khasnya bila cuti, masa yang paling lama aku spend adalah di dapur. Macam yang kami sekeluarga akan buat jika di dapur termasuklah mengemas, memasak dan sebagainya. Itu belum lagi jika ada tempahan kek dari pelanggan. Bertambah lah masa aku di dapur. 

Sebagai seorang yang selalu berada di dapur, ini aku nak kongsikan 10 tips yang anda semua mesti tahu untuk memudahkan kerja di dapur. Panduan didapur ni au dapat dari Hijab Lense.

10 Panduan Di Dapur


Tips untuk mengekalkan warna sayur kekal hijau


Tips untuk membuatkan daging mudah empuk


Tips untuk mengelakkan makanan melekat di kuali


Baca juga : 8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

Tips untuk menghilangkan bau hamis di kuali


Tips untuk menghilangkan kesan kuning cawan dan teko


Tips ayam goreng lebih sedap


Tips menghilangkan bau di dalam peti sejuk


Tips elakkan semut dari gula


Baca juga : Antara Amalan, Tips dan Doa Ketika Memasuki Rumah Baru Serta Cara Memagar Rumah

Tips tauge untuk kekal segar


Tips menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging


Tentu sekali dengan tips dan panduan di dapur ini akan memudakan lagi kerja-kerja kita di dapur. Bila memasak jadi mudah kita mesti gembira. So, masakan yang kita hasilkan mesti lagi sedap kan? Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Ini Dia 4 Sebab Anda Perlu Bercuti DI Pulau Jeju Pada Setiap Hujung Tahun

Ini Dia 4 Sebab Anda Perlu Bercuti DI Pulau Jeju Pada Setiap Hujung Tahun

Assalamualaikum semua. Siapa tidak kenal dengan Pulau Jeju yang terletak Korea Selatan? Pulau yang sering digambarkan sebagai Hawaii Korea Selatan ini sudah pasti menjanjikan sesuatu yang menarik buat pengunjung yang datang ke sini.

Credit: @neollene on Instagram

Biasanya tarikan utama pelancong ke Pulu Jeju ialah dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, puncak gunung berapi yang menggunung tinggi dan juga kecantikan pemandangan ombak yang menghempas ditebing pantai.

Berikut merupakan 4 sebab kenapa Pulau Jeju boleh menjadi lokasi paling menarik percutian hujung tahun anda.


1. Bukan 'peak season'

Ya, walaupun pulau ini mendapat kunjungan dari pelancong sepanjang tahun, tetapi pengunjung sekitar bulan November hingga Mac iaitu dalam musim salji, pengunjung ke sini agak berkurangan. Jadi, keadaan di sini agak lengang. Anda lebih bebas untuk bercuti dan lebih tenang. 

Credit: Google

Lebih menarik lagi, harga tiket kapal terbang juga lebih murah waktu ini jika dibandingkan dengan musimpanas  di mana ramai pelancong datang. Ini merupakan peluang anda untuk bercuti ke luar negara dengan bajet yang rendah.

2. Menikmati aktiviti 'outdoors' 

Walaupun keadaan agak sejuk di hujung tahun, tetapi ia adalah lebih baik daripada keadaan yang sangat panas berpeluh. Antara aktiviti yang menarik ketika musim sejuk di sini adalah mendaki (Hike up snow-capped Hallasan), menunggang kuda merentasi jalan yang dipenuhi salji dan juga aktiviti berkhemah.

Credit: @chan.bang on Instagram

Walaupun aktiviti-aktiviti ini agak 'rare' dilakukan ketika musim sejuk, percayalah melakukan aktiviti ini di pulau ini akan menjanjikan anda seribu satu kenangan manis yang bakal anda bawa pulang nanti.

Credit: Jeju Tourism Organisation
3. Bersantai bersama pemandangan yang cantik di Jeju

Buat peminat bunga, pada musim ini sangat banyak pemandangan-pemandangan yang cantik yang disajikan. Kelopak-kelopak bunga yang mekar cantik ini membuatkan suasana sekitar Jeju begitu indah dan sangat mendamaikan. Sekiranya anda berada di Jeju antara bulan November dan awal bulan Mac, Camellia Hill adalah daya tarikan yang mesti dilihat.

Credit: @neollene on Instagram

Jangan lupa bawa pakaian musim sejuk anda dan luangkan sedikit masa untuk menikmati keindahan bunga-bunga disini. Bunga Camelia dikenali sebagai bunga romantik jadi anda wajib mengambil beberapa keping gambar bersama yang tersayang disini.

4. Waktu terbaik memetik buah Tangerin

Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Jeju pasti akan bercerita tentang keenakan dan kemanisan buah tangerin di sini. Seakan buah limau, tangerin adalah menjadi signature para pelancong yang datang kesini kerana rasanya yang manis, masam dan berair. Memang sedap!

Credit: @qilaudz on Instagram

Credit: @jiihyonni on Instagram

Sebenarnya tengerin terdapat dua jenis dipanggil Gamgyul dan Hallabong. Gamgyul lebih kecil dan menyerupai oren mandarin manakala hallabong mempunyai benjolan yang ketara di atas. Kedua-duanya sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah ini sangat manis dan juicy.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "4 Sebab Pulau Jeju Jadi Lokasi Paling Menarik Untuk Percutian Hujung Tahun" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com