Resipi Rempah BBQ Mudah Je Nak Buat

Resipi Rempah BBQ Mudah Je Nak Buat

Assalamualaikum semua. BerBBQ bersama keluarga ataupun rakan-rakan adalah salah satu momen yang sangat-sangat menyeronokkan. Aku pernah kongsikan pada semua cerita mini gatehring AFB di Idaman Villa Melaka Homestay 2 tahun lepas. Just nak story, berBBQ adalah antara aktiviti gathering tersebut. 

resipi rempah bbq,  resepi rempah bbq sedap,  resepi rempah bbq daging,  cara membuat rempah bbq ayam,  resepi rempah bbq kambing,  cara membuat rempah bbq,  resepi rempah perap bbq,  resepi rempah bbq,
Foto: Laman Resipi

Kali ni nak cerita tentang resipi mudah nak buat rempah untuk bbq ayam. Walaupun aku pernah buat rempah bbq aku punya sendiri, tapi aku nak share resipi rempah bbq yang sedap ni dari Sajian Dapur Bonda. Nampak macam menarik resipi rempah bbq yang dikongsi. Kita parking kat blog dulu. Nanti-nanti boleh korek semula kalau nak buat. 

RESEPI AYAM BBQ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:

2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)
Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air – untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar

Bahan-bahan Perapan

Bahan-bahan A:

3 sudu besar sos BBQ 
5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (Dikisar halus dijadikan pes):

2 – 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris
8 ulas bawang putih saiz besar 
4 sm halia
4 sm kunyit hidup
2 sm lengkuas
4 – 5 batang serai - dihiris
3- 4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
Anggaran air secukupnya

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti. 

2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.

3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/Tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.

4. Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais, tempat frozen (lagi lama perap lagi bertambah sedap).

5. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)

6. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
resepi rempah bbq sedap,
resepi rempah bbq daging,
cara membuat rempah bbq ayam,
resepi rempah bbq kambing,
cara membuat rempah bbq,
resepi rempah bbq,
Resipi Sotong Celup Tepung Mudah. BONUS, Tips Goreng sotong Tak Meletop

Resipi Sotong Celup Tepung Mudah. BONUS, Tips Goreng sotong Tak Meletop

Assalamualaikum semua. Kalau ke Terengganu memang tak sah kalau tak mencuba celup-celup di sana. Setiap kali aku berjalan di Terengganu bersama keluarga mesti akan makan celup tepung di Kuala Terengganu. 

resipi sotong celup tepung,  resipi sotong celup tepung rangup,  resepi sotong celup tepung,  resepi sotong celup tepung terengganu,  resepi sotong celup tepung sedap,  resepi sotong celup tepung ala thai,  resepi sotong celup tepung telur masin,

Celup-celup ni sebenarnya ialah ikan, udang, sotong dan beberapa menu lagi yang di goreng dengan tepung. Ade juga yang memanggil dengan nama celup tepung. Celup-celup ni yang paling aku suka ialah sotong celup tepung. Lagi best makan dengan pencicah sos keropok lekor homemade. Memang berpinggan-pinggan aku order. 

Sebenarnya tak susah nak buat sotong celup tepung yang rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resepi dari Puan huda Idris ini.

Resipi Sotong Celup Tepung Mudah

Bahan-bahan:

10 ekor sotong saiz sederhana
Seulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
Suku sudu teh cuka makan
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Sebiji telur

Cara-cara membuatnya:

Bawang putih tu tumbuk je kasar camtu. Tak payah lumat sangat pun takpe. 

Telur tu pulak cukup sekadar pukul sekejap je. Tak perlu sampai berbuih. 

Yang tepung gaulkan sesiap tepung jagung dengan tepung gandum dalam mangkuk kasi mesra bersama. Giteww😊

Sotong yang dah siap dibersihkan dan dipotong sederhana. Masukkan cuka makan tadi. Gaulkan rata. Biarkan sekejap dalam 2 3 minit. Ni petua untuk kurangkan letopan waktu menggoreng nanti.


Masukkan bawang putih plak. Lumurkan rata pada sotong.


Masukkan plak lada sulah. Pun gaulkan rata biar sebati rasanya nanti. Biarkan sekejap dalam 2 3 minit.


Pastu celup sotong dalam telur ni. Jangan masuk semua skali. Masuk sesikit. Make sure sotongnya bersalut luar dalam dengan telur.


Tibalah masanya sotong terjun tiruk dalam tepung. Hehe. Ni gabungan tepung jagung dengan tepung gandum tadi. Salutkan semua skali dengan tepung.


Nampak macam mudash je kan? Terima kasih puan huda dengan perkongsian ini. Nanti aku nak try la. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
resepi sotong celup tepung,
resepi sotong celup tepung sedap,
resepi sotong celup tepung ala thai,
resepi sotong celup tepung telur masin,

4 Perkara Sunat Yang Dilakukan Selepas Majlis Akad Nikah

4 Perkara Sunat Yang Dilakukan Selepas Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum semua. Melangkah ke gerbang perkahwinana merupakan impian setiap pasangan dan ia menjadi lumrah bagi setiap manusia yang mahu mencintai dan dicintai. Yang pasti, setiap pasangan menginginkan kehidupan perkahwinan yang harmoni bersama pasangan sebaik sahaja selepas majlis pernikahan itu berlangsung.

doa selepas akad nikah  sujud syukur selepas nikah  lafaz akad nikah yang betul  cara akad nikah  doa nikah  solat sunat selepas nikah  lafaz akad nikah kelantan  doa akad nikah   perkara sunat yang dilakukan selepas majlis akad nikah

Sesuai dengan kita yang beragama islam, nabi ada mengajar kita tentang beberapa perkara yang sunat untuk kita lakukan selepas sahaja selesai melafazkan nikah. Tentu sahaja perkara-perkara sunat selepas nikah ini boleh dilakukan bagi mendapatkan barakah dan pahala dan mungki sebagai simbolik adab dalam memulakan bahtera rumah tangga bersama pasangan anda. 

doa selepas akad nikah  sujud syukur selepas nikah  lafaz akad nikah yang betul  cara akad nikah  doa nikah  solat sunat selepas nikah  lafaz akad nikah kelantan  doa akad nikah   perkara sunat yang dilakukan selepas majlis akad nikah

4 Perkara Sunat Selepas Akad Nikah

1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah

 Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.

Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.

Membaca doa selepas salam. 

2. Sujud Syukur

Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”

Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.

Sujud sebanyak 1 kali.

Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.

Memberi salam. 

3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah

Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Semoga bermanfaat. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
sujud syukur selepas nikah
lafaz akad nikah yang betul
cara akad nikah
doa nikah
solat sunat selepas nikah
lafaz akad nikah kelantan
doa akad nikah
DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.

Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. 


Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.


Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Panduan Mudah Buang Biji Cili Kering

Panduan Mudah Buang Biji Cili Kering

Rata-rata masyarakat di Malaysia meminati nasi lemak. Nasi lemak yang 'power' dan sedap sudah pasti hadir dengan sambalnya yang padu dengan rasa pedas, manis, masin dan lagi best kalau diletakkan bilis di dalamnya.

Namun, tahukah anda sambal nasi lemak yang sedap adalah yang dibuat dengan cili kering. Bukan dari cili boh ataupun cili kisar 'ready made' yang ada di pasaran. Barulah rasanya lebih pure dan sedap.

Tapi, hendak menyediakan sambal merah dengan menggunakan cili kering amatlah leceh. Yela, nak membuang biji cili kering yang ada itu bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tidak dibuang, boleh menyebabkan penyakit apendiks pula. Jumlah biji cili kering juga menentukan tahap kepedasan sambal kita itu nanti.



Teknik mudah membuang biji cili kering


Sebenarnya ada cara yang mudah untuk membuang biji cili kering. Anda boleh mencuba cara ini kerana ia berkesan membuang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan. Jom lihat caranya seperti di bawah ni:



1. Pertama sekali, rebus cili di dalam periuk/kuali sehingga lembut.



2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting untuk memotong cili tadi. Potong menggunakan gunting adalah mudah kerana ketika ini cili sudah lembut, seperti air sahaja. Ringan.



3. Setelah siap dipotong, tutupkan api dan rehatkan seketika. Waktu ini, akan kelihatan beberapa biji cili kering sudah keluar dari cili tu.



4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.



5. Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan dan atas bawah. Anda akan lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sampai selesai.



6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.

Cara Berkesan Buang Biji Cili Kering, cara nak buang biji cili kering, cara mudah nak buang biji cili kering,


7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili yang tinggal tetapi sedikit sahaja. Memang kena ada, jika tidak sambal anda tidak akan rasa pedas nanti.

Tips tambahan: Untuk menghancurkan biji cili kering ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.

Kredit: Mama G food Industries

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32%  Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

With Love
Papaglamz

-sekian-
8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

Melihat baju melonggok tentu sahaja membuat sakit mata kan? Nak melipat rasa malas pula. Lagi-lagi kain baju yang tertangguh untuk dilipat dan sudah menggunung. Aku selalu je bertangguh untuk melipat baju. Almaklum la, kadang kita ni tiada masa untuk melipat. Jadi kita simpan kejap. Bila ada masa nanti kita lipat la.

tips melipat baju, tips melipat baju untuk travel, tips melipat baju dengan cepat, tips melipat baju dalam koper, tips melipat baju cepat, tips melipat baju jimat masa, cara melipat baju dengan kemas, cara melipat baju dengan mudah,

And to tell the truth, siapa yang suka melipat baju ni kan? Ko tanya 10 orang aku confirm majoriti mesti jawab tak suka melipat baju. Alangkah bagusnya kalau mesin basuh tu automatik boleh melipat sekali. Hahaha. Nampak tak malasnya di situ?  

Sebenarnya aku tercari-cari tips mudah untuk melipat baju. Bila melihat baju semakin bertimbun-timbun tu rasa ada kesedaran untuk melipatnya. Tapi sebelum tu saja cari tips mudah dan menjimatkan masa semasa melipat kain baju. Mana tahu dalam sekelip mata boleh siap melipat baju tu kan?

8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

1. Angkat baju dari ampian dan terus lipat

Pada aku ini adalah tips menjimatkan masa paling praktikal semasa melipat baju. Yela, bila kita lipat terus baju after angkat dari ampaian, kebarangkalian untuk kita bertangguh adalah sikit dan baju yangtidak berlipat juga tidak menggunung seperti gunung averest.

2. Letakkan baju di ruang tamu atau depan TV

Tips yang ni aku pernah juga buat. Ternyata menjadi. Apa tidaknya, ruang tamu dan ruang menonton televisyen ini adalah ruang yang selalu kita lalu-lalang. Bila nampak kain bertimbun diruangan ini sudah pasti akan menyakitkan mata. Tambah-tambah kita risau kalau-kalau tiba-tiba ada orang datang ke, so kita akan cepat-cepat la melipat baju tu. 

3. Pilih masa yang sesuai.

Since melipat baju merupakan perkara yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi, jadi, carilah masa yang sesuai untuk melipat. Contohnya, waktu senggang bersama keluarga ketika menonton TV selepas isyak ataupun selepas semua anak-anak masuk tidur. Baru la asa ketenangan nak melipat baju dengan jayanya.

4. Gunakan hanger 

Ha! kalau dah malas sangat-sangat nak melipat tu, apa kata gunakan hanger je. Lebih mudah dan menjimatkan masa melipat baju. Lagi best, masa menyidai baju selepas baju tu siap-siap hanger kan di ampaian. Jadi bila dah kering nanti terus masuk dalam almari je kain baju tu semua.

5. Melipat bersama-sama

Kalau tak larat nak melipat baju sorang-sorang, apa kata ajak seisi keluarga untuk melipat bersama. Selain dapat menjimatkan masa melipat baju, ia juga mampu mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Kalau ada yang tak pandai melipat tu terutamanya anak-anak, sebagai ibu atau ayah boleh la ajarkan.

6. Gunakan alat pembantu untuk melipat

Ok! Ni mungkin salah satu cara korang boleh untuk menjimatkan masa korang melipat kain. Gunakan alat pembantu lipatan atau orang-orang putih panggil 'Magic Folder Board'. Alat ni bukan sahaja boleh membantu korang menjimatkan masa melipat baju, malah hasil lipatan yang terhasil juga cantik dan tersusun rapi.

tips melipat baju, tips melipat baju untuk travel, tips melipat baju dengan cepat, tips melipat baju dalam koper, tips melipat baju cepat, tips melipat baju jimat masa, cara melipat baju dengan kemas, cara melipat baju dengan mudah,

7. Hantar dobi

Kalau nak lagi jimat msa melipat kain, korang hantar je baju-baju korang tu kat dobi. Senang. Nanti masa ambil, baju dan siap lipat dan iron lagi. Sangat sangat memudahkan dan mejimatkan masa untuk melipat baju.

8. Upah orang untuk melipat baju

Pada kau dari upah orang lipat baju, lebih baik kau hantar baju kau tu ke dobi je. Complete siap semunya dari basuh sampai melipat. Tapi kalau korang nak upah orang melipat baju korang pun tiada salahnya. Pilihan di tangan korang. Sekarang ni ada je kedai-kedai buat servis melipat baju. Siap boleh datang rumah untuk melipat baju di rumah lagi. Memang boleh menjimatkan masa melipat baju korang tau!

Itulah tadi 8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba. Ok la, aku nak melipat baju yang menggunung tu. Jangan lupa share tips korang lipat baju ya. Share juga artikel ini pada yang lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
tips melipat baju dengan cepat,
tips melipat baju dalam koper,
tips melipat baju cepat,
tips melipat baju jimat masa,
cara melipat baju dengan kemas,
Terlajak Kreatif Jadinya. Burger Berwarna-Warni Jadi Trend Sampaikan Sayang Nak Makan.

Terlajak Kreatif Jadinya. Burger Berwarna-Warni Jadi Trend Sampaikan Sayang Nak Makan.

Ramai yang sedia maklum burger biasanya diperbuat daripada roti dan warna kebiasaannya ialah coklat kekuningan. 

Kini, burger semakin lama semakin mendapat sentuhan unik dan kreatif dek kerana ingin tampil dengan lebih unik, menarik, sedap dan rare.

Burger sedap, Burger pelangi,
Sumber: Tokomesin.com

Pernahkah anda lihat burger yang berwarna-warni seperti warna pelangi? Jangan terkejut! Bukan hanya kek yang boleh dihias dengan pelbagai warna. 

Kini sudah ada peniaga yang memperkenalkan kepada para pelanggannya menu burger yang tampil dengan pelbagai warna umpama warna pelangi.

Warna-warna burngernya bukan sahaja pada rotinya sahaja, malah sos yang digunakan untuk membuat burger ini mempunyai warna-warna yang berbeza. Memang sangat-sangat kreatif.

Sumber: Google

Pertama kali melihat burger yang berwarna-warni umpama pelangi ini membuat kita teruja kan? 

Jom layan gambar-gambar burger pelangi ini. Mana tahu anda juga teruja bila melihatnya. 

Sumber: Danne Burger




Sumber: google

Sumber: Danne Burger

Macam mana? Teruja tak melihat burger-burger yang berwarna-warni ni? Ada berani nak mencuba?

With Love
Papaglamz

-sekian-
'Anti Stres Semulajadi' - 5 Fakta Mengejutkan Tentang Kelebihan Sperma

'Anti Stres Semulajadi' - 5 Fakta Mengejutkan Tentang Kelebihan Sperma

Air mani atau sperma ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat. 

contoh khasiat air mani wanita,  khasiat air mani untuk wajah,  manfaat air mani bila diminum,  manfaat minum air mani sendiri,  menelan air mani menurut islam,  manfaat air mani pria bagi payudara wanita,  khasiat air mani lelaki untuk muka,  manfaat air mani jerawat,

Namun, bagi isteri tahukah sperma ini mempunyai manfaat tersendiri. Terkejut? Baca selanjutnya..

Antara khasiat air mani suami yang isteri patut tahu antaranya:

1. Air mani ialah agen anti-stres semula jadi yang boleh mencegah kemurungan

Semua tahu yang seks boleh menceriakn hidup anda, tetapi ramai yang tidak mengetahui kaitannya dengan air mani. Kajian yang dijalankan di kolej wanita di State University of New York di Albany mendapati yang air mani memang berjaya mengurangkan tanda-tanda kemurungan. 

Ini disebabkan faraj wanita akan menyerap sperma ke dalam saluran darah dan memberikan kesan positif terhadap emosi mereka.

2. Air mani mengandungi multivitamin yang mampu melambatkan proses penuaan

Satu sudu air mani mengandungi lebih dari 200 protein termasuk vitamin dan mineral. Antaranya ialah vitamin C, kalsium, klorin, asid sitrik, fruktosa, asid laktik, magnesium, nitrogen, fosforus, kalium, natrium, vitamin B12, dan zink.

contoh khasiat air mani wanita,  khasiat air mani untuk wajah,  manfaat air mani bila diminum,  manfaat minum air mani sendiri,  menelan air mani menurut islam,  manfaat air mani pria bagi payudara wanita,  khasiat air mani lelaki untuk muka,  manfaat air mani jerawat,

3. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

Menurut laporan dari Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat.Penyerapan air mani melalui dinding faraj akan mengurangkan risiko kanser payudara disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma.

4. Mencantik, melebat dan menyihatkan rambut

Air mani mempunyai agen penyembuhan yang kaya dengan protein 5 kali lebih banyak daripada produk penjagaan rambut yang ada di pasaran. Kandungan protein dalam air mani akan saling melengkapi dengan molekul protein dalam rambut.

contoh khasiat air mani wanita,  khasiat air mani untuk wajah,  manfaat air mani bila diminum,  manfaat minum air mani sendiri,  menelan air mani menurut islam,  manfaat air mani pria bagi payudara wanita,  khasiat air mani lelaki untuk muka,  manfaat air mani jerawat,

5. Mencegah keguguran

Ada sesetengah kes keguguran atau kemandulan adalah berpunca dari kehadiran antibodi yang memusnahkan protein atau antigen dalm air mani. Antigen sperma yang menyerap dalam saluran darah melaui faraj akan membantu kehamilan menjadi lebih selamat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian lain
khasiat air mani untuk wajah,
manfaat air mani bila diminum,
manfaat minum air mani sendiri,
menelan air mani menurut islam,
manfaat air mani pria bagi payudara wanita,
manfaat air mani jerawat,
Penangan Ikan Bakar Petai Di Sini, Buat Mahu Datang Ke Kuantan Selalu

Penangan Ikan Bakar Petai Di Sini, Buat Mahu Datang Ke Kuantan Selalu

Kalau bercuti, antara item yang perlu dimasukkan dalam list travel kita ialah mencuba makanan popular disesuatu tempat itu. Ha! Jika anda bercadang untuk bercuti di Kuantan, Pahang, jangan lupa utuk berkunjung di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. 

lila wadi restaurant kuantan pahang malaysia,  brotherhood western & grill kuantan pahang malaysia,  restoran sedap weh kuantan pahang malaysia,  tempat best di kuantan,  lila wadi kuantan,  restoran sedap wehhh! kuantan, pahang,  kotak kalam kuantan,  restoran sedap wehhh kuantan pahang malaysia,

Ana Ikan Bakar mempunyai beberapa cawangan di sekitar bandar Kuantan. Dan yang paling popular ialah di Jalan Tanjung Lumpur. 

Persekitaran di sini agak luas dan bersih. Kemudahan yung disediakan untuk pelanggan juga memang terbaik seperti surau, tandas, dan taman permainan kanank-kanak.

lila wadi restaurant kuantan pahang malaysia,  brotherhood western & grill kuantan pahang malaysia,  restoran sedap weh kuantan pahang malaysia,  tempat best di kuantan,  lila wadi kuantan,  restoran sedap wehhh! kuantan, pahang,  kotak kalam kuantan,  restoran sedap wehhh kuantan pahang malaysia,

Menu ‘killer’ di sini tak lain dan tak bukan ialah ikan bakar petai. Anda boleh pilih apa jenis ikan seklipun untuk dibakar. 

Tapi kebanyakan pengunjung akan memilih ikan siakap sebab rasanya lebiih ‘masyuk’ berbanding dengan ikan-ikan lain.






Selain ikan bakar, anda juga boleh memesan menu sotong celup tepung, udang, ketam, lala, karangan laut dan macam-macam lagi. 

Anda boleh memilih ikan-ikan dan sotong yang segar dengan sendiri sebelum pihak restoran memasaknya mengikut jenis masakan yang anda mahukan.


Tengok je menu-menu di sini sudah membuatkan terliur. So, jika anda ke Kuantan Pahang, jangan lupa singgah di restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. Dijamin anda pasti akan berpuas hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain
lila wadi restaurant kuantan pahang malaysia,
brotherhood western & grill kuantan pahang malaysia,
restoran sedap weh kuantan pahang malaysia,
lila wadi kuantan,
kotak kalam kuantan,
restoran sedap wehhh kuantan pahang malaysia,
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com