ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

Assalamualaikum semua. Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax - wax untuk gaya berkekalan!


Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

Gayakan Mengikut Keinginan Anda!

Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.
  
Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bateri Kereta Kong? Pikir dulu sebelum tukar bateri baru

Bateri Kereta Kong? Pikir dulu sebelum tukar bateri baru

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni PapaG terlibat dalam satu kemalangan dijalan raya. Kemalangan sendiri-sendiri sahaja. Terlanggar penghadang jalan. Alhamdulillah tak teruk sangat kereta PapaG tu. Bila dah kemalangan ni korang tau-tau je la kan? For sure kereta PapaG tu kena masuk bengkel untuk dibetulkan. Sebelum kereta dibetulkan, macam biasa la, pihak bengkal akan buat quotation tentang apa yang perlu dibetulkan. Dalam banyak-banyak item yang nak dibetulkan tu, PapaG agak pelik dengan kos penukaran bateri kereta. Katanya nak tukar sebab bateri kong.




Gambar kereta PapaG kemalangan



Motif sangat nak tukar bateri segala bagai. Memang PapaG akui kesan perlanggaran agak teruk juga di bahagian hadapan kereta, tapi tak sampai merosakkan engine parts. Apa lagi nak kena tukar bateri kereta kan? Lagipun bateri kereta PapaG tu baru je di tukar. Jadi PapaG cakap dengan owner workshop tu tak payah la nak tukar bateri kereta PapaG tu lagi. Kalau betul-betul nak kena tukar bateri, PapaG akan periksa dan pasang bateri kereta baru di kedai bateri yang biasa PapaG pergi la.




Bila bercerita dengan orang tentang kejadian ini pda rakan-rakan PapaG, diorang pun pelik. Kenapa sampai perlu nak tukar bateri. Impak perlanggaran hanyalah pada bahagian depan kereta sahaja. Biasala kan? Kadang kala workshop ni tidak berapa tepat membuat sesuatu kesimpulan ataupun pemeriksaan yang dibuat tidak tepat atau juga mungkin mereka hanya ingin menjual bateri baru dari mereka. Jadi, tak salah kalau kita nak mencari pendapat kedua tentang masalah kereta ni kan?




Bila bercakap tentang masalah kereta dan bateri kong, teringat PapaG tentang Bateriku.com ni. Bateriku.com menjalankan perkhidmatan menghantar bateri kereta termasuk pemasangan secara PERCUMA kepada setiap pelanggan. Harga yang ditawarkan juga agak murah berbanding dengan bengkel-bengkel kereta lain. Dan yang pasti, urusan sangat MUDAH. Selain itu juga, bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau second opinion tentang masalah kereta anda, sudah pasti bateriku.com dapat membantu.




Macam kisah PapaG tadi tu la kan? Bila kita tidak pasti atau ragu-ragu yang bateri kereta kita kena tukar, tak salah kalau kita hold kejap dari menukar. Jangan tukar dulu. Siapa tahu mungkin bateri ok lagi. Try to get second opinion. Mana tahu nasib baik tak payah tukar bateri sudah menjimatkan duit kan. Jadi, korang boleh contact bateriku.com kalau-kalau nak tukar bateri kereta korang. "Yang bestnya bateriku.com ada bateri brand Amaron. Warranty 18 & 30 bulan.."







Gambar staff Bateriku.com sedang melakukan pemeriksaan bateri kereta

Bateriku.com SUPERHERO disaat bateri kereta kong

Sebenarnya dah lama perkhidmatan menukar bateri kereta kong oleh bateriku.com ni dijalankan. Ramai pelanggan-pelanggan mereka yang memberikan feedback positif tentang perkhidmatan yang mereka beri. Antaranya seperti berikut:









Selain feedback-feedback positif daripada pelanggan. Bagi PapaG ada 7 sebab lain kenapa Bateriku.com boleh menjadi SUPERHERO korang bila bateri kereta kong. 
  • Bateriku.com penyediakan perkhidmatan cek bateri secara PERCUMA
  • Bateriku.com ada membuat servis penghantaran PERCUMA
  • Harga lebih murah jika dibandingkan dengan tempat/servis lain
  • Company ini dah established dan trusted
  • PERCUMA hantar - periksa - pasang
  • TIDAK PERLU beli bateri dan tiada caj sekiranya bateri kereta masih elok
  • Pembayaran boleh dibuat melalui debit dan kredit card








So, korang yang ada masalah bateri kereta kong tu boleh menggunakan perkhimatan bateriku.com ni tau. Perkhidmatan ni kan available dibandar-bandar terpilih SELURUH MALAYSIA. Memang terbaik la. Memudahkan kita juga nanti. Servis pon terbaik. Dalam banyak satu je yang PapaG suka. Boleh bayar perkhidmatan diorang dengan menggunakan kad debit atau kredt. Sangat-sangat high technology. Berbangga kejap sebagai satu company bumi putera dapat deliver service yang begitu baik sekali. Tahniah PapaG ucapkan.










Maklumat lanjut atau berminat mahu menggunakan khidmat bateriku.com, boleh lihat maklumat di bawah.:




Alamat : No 17 Jalan Saujana Indah 10, Taman Perindustrian Saujana Indah Shah Alam.


NAK TUKAR BATERI KERETA?

#JanganTukarDulu


MUNGKIN BATERI OK LAGI !


#DapatkanKepastian


#GetSecondOpinion




JIMATKAN DUIT ANDA



Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279



Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.



Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis



Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck













With Love
Papaglamz



-sekian-
Romano Perfume Menyerlahkan lagi penguasaan lelaki.

Romano Perfume Menyerlahkan lagi penguasaan lelaki.

Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak  dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.


Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.


ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari. 

ROMANO Eau De Toilette – FORCE 

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas. 

ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE 

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dashing Elite Men Shampoo Pilihan Lelaki Malaysia

Dashing Elite Men Shampoo Pilihan Lelaki Malaysia

Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan! Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau yang sedang popular masa kini; wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!



Justeru, bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan, kebanyakan lelaki memilih untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap cucian. Ada juga yang menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata untuk menyingkirkan produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia berpunca daripada formulasi syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak dihasilkan secara spesifik bagi membersihkan produk-produk penggayaan rambut lelaki.

Ramai juga tidak menyedari bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan amaun berlebihan mampu membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.

Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut.

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.

SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari!

Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur.

Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur, anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.

Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashinghttps://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING, yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Ucapan Birthday Untuk Isteri Papaglamz

Ucapan Birthday Untuk Isteri Papaglamz

Assalamualaikum semua. 7 January lepas merupakan tarikh ulang tahun kelahiran wife PapaG yang ke 27. Alhamdulillah telah bertambah lagi satu angka umur wife PapaG. Umur 27, anak pun dah 2, kira ala-ala dah tua jugak la kan? Bersempena dengan ulang tahun kelahiran wife PapaG ni, nak buat wish ucapan selamat hari lahir istimewa untuk isteri yang tercinta la dalam entri ni. Hehehe

ucapan selamat ulang tahun untuk istri yang istimewa, Happy birthday to my wife, ucapan selamat ulang tahun untuk istri tercinta, selamat ulang tahun istriku tersayang, puisi ulang tahun untuk istri tercinta, ucapan birthday untuk istri, kek ulang tahun untuk istri tercinta, kek birthday untuk isteri, kek hari jadi untuk isteri,

Bersempena dengan birthday isteri yang tercinta, PapaG berharap wife Papag diberi kekuatan, kesihatan, kebahagiaan dan diberikan kehidupan yang harmoni dan bahagia dalam rumah tangga kita insyallah. Harap jangan serik menjadi suri dihati abang tau. Happy birthdy my dear.

Bab buat kejutan buat wife PapaG, mak dan bapak mertua PapaG memang terbaik rancang simple surprise untuk wife. Sebetulnya, PapaG dan wife memang tak ingat langsung pasal birthday ni. Yela, memasing dok busy pikir pasal tentang baby baru ni kan? Sampai tak ingat.



Kiranya kejutan birthday yang dirancang oleh mak dan ayah mertua PapaG ni berjaya. Aku-aku sekali yang terkejut tau. Hahaha. Thank you ayah dan mak. We all is sangat-sangat terharu tau.

Buat yang mendoakan dan memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran untuk wife PapaG di facebook atau di instagram, PapaG ucapkan ribuan terima kasih di atas doa dan ucapan itu. Semoga allah makbulkan doa-doa korang semua insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Baby Husna Diserang Sakit Kuning (Jaundice)

Baby Husna Diserang Sakit Kuning (Jaundice)

Assalamualaikum semua. Sama juga macam baby lain, anak PapaG baby Husna pun kena kuning juga. Cuma bersyukur la hanya light jaundice je. Tak macam kak long dulu, tiada langsung kuning. Saje je nak uji ayah dan ibu dia kan? Memandangkan ni first time experience PapaG anak kena kuning, sebenarnya tak faham jugak apa sebenarnya penyakit kuning tu. Macam mana seseorang baby tu boleh terkena sakit kuning dan kenapa setiap hari baby Husna perlu amek darah di klinik untuk test kuning. Well, kita ni kan ala-ala kerja bahagian makmal kan? Setiap yang berlaku tu mesti ade sebab. Lagi-lagi bab bio-chemical testing ni kan? Korang tahu ke sakit kuning ni apa?

cara mengobati penyakit kuning, obat penyakit kuning pada orang dewasa, obat tradisional penyakit kuning, cara menghilangkan mata kuning, bahaya penyakit kuning, pencegahan penyakit kuning, penyebab mata kuning pada dewasa, anggur hitam untuk bayi kuning, bahaya penyakit kuning, gejala penyakit kuning, penyakit kuning pada bayi, apakah penyakit kuning menular, cara mencegah penyakit pada ginjal, cara mencegah penyakit batu ginjal, penularan penyakit kuning, resep obat tradisional penyakit kuning,

Apa itu penyakit kuning atau jaundice

Ok la, ni ap yang PapaG dapat simpulkan dengan apa yang PapaG baca tentang penyakit kuning ni. By the way, kalau baby Husna tak kena kuning, tak de maknanya PapaG nak baca semua ni. Hikhik

Kalau korang nak tahu, penyakit kuning atau dalam bahasa perubatan dipanggil Jaundice ni ada berkait rapat dengan perubahan warna pada kulit, bahagian putih mata dan juga kelenjar air liur baby. Sebab tu nurse kalau datang melawat baby akan bawak baby keluar rumah atau tempat yang leih terang untuk melihat ada tak perubahan warna kuning pada kulit atau mata bayi. Nurse kata kalau kita tekan kulit muka baby selama 10 saat then, tempat yang kita tekan tu sangat lambat untuk kembali kepada warna merah, kemungkinan besar baby diserang penyakit kuning adalah tinggi. Jadi, kena la pergi klinik untuk ambil darah.

Bab mengambil darah ni, PapaG tertanya-tanya apa benda la yang diorang test dalam darah tu yang membolehkan kita tahu baby kita diserang penyakit kuning atau tidak. Lepas beberapa pembacaan dan bertanya pada nurse yang betugas, baru la PapaG faham apa yang mereka buat dengan darah baby tu.

To be simple, setiap tubuh kita akan menjalankan sistem metabolisma tersendiri kan? Dari proses metabolism inilah akan terhasilnya tenaga dan bahan-bahan buangan yang perlu kita singkir dari badan. Jadi, penyakit jaundice ni berkait rapat dengan sistem pembuangan seseorang bayi tu.

Ok la, setiap kali nurse amek darah dari baby, mereka akan test kandungan bio-chemical dalam darah iaitu Bilirubin. Bilirubin ni merupakan satu pigmen berwarna kuning yang merupakan produk metabolisma dalam badan kita. Korang tak payah nak tahu sangat la macam mana proses metabolism tu dapat menghasilkan Bilirubin ni. Cukup sekadar tahu setiap dari kita akan menghasilkan Bilirubin ni dan kita perlu singkirkan daripada badan kita.

Bagi baby yang mempunyai sistem perkhumuhan yang sempurna, Bilirubin ni dapat mereka singkirkan dari badan mereka bila kencing dan berak. Bagi yang tak kencing dan berak dengan sempurna, Bilirubin ni akan masuk ke dalam saluran darah dan bercampur dengan darah. Semakin tinggi kandungan Bilirubin dalam darah, semakin bahaya bagi seseorang bayi. Antara kesan peningkatan bilirubin dalam darah seperti berikut:

  • Berlakunya keradangan hati dan menganggu proses pembuangan.
  • Penyumbatan salur hempedu diluar hati.
  • Pemecahan sejumlah besar sel darah merah.

Cara untuk mengubati penyakit kuning atau jaundice

Ok la, bab untuk mengubati penyakit kuning ni PapaG dengar macam-macam versi. Ada yang suruh minumkan baby dengan perahan anggur hijau la, minum air madu la, kurma la dan macam-macam lagi la petua-petua orang dulu-dulu yang PapaG dengar. Ada juga kaedah rawatan di hospital dimana bayi akan diletakkan dibawah lampu khas selama mana yang doktor nasihatkan untuk mengubati penyakit kuning ni.

Untuk baby Husna PapaG just ikhtiarkan bagi minum madu campurkan dengan kurma je. Yang selebihnya PapaG usahakan supaya wife PapaG kerap susukan baby dengan susu ibu. Sebabnya, pada PapaG penyakit kuning ni berpunca daripada masalah perkumuhan baby tu kan. Asal baby tu dapat kencing dan berak, should be ok rasanya.

cara mengobati penyakit kuning, obat penyakit kuning pada orang dewasa, obat tradisional penyakit kuning, cara menghilangkan mata kuning, bahaya penyakit kuning, pencegahan penyakit kuning, penyebab mata kuning pada dewasa, anggur hitam untuk bayi kuning, bahaya penyakit kuning, gejala penyakit kuning, penyakit kuning pada bayi, apakah penyakit kuning menular, cara mencegah penyakit pada ginjal, cara mencegah penyakit batu ginjal, penularan penyakit kuning, resep obat tradisional penyakit kuning,

Jadi, PapaG suruh baby Husna minum susu sekerap yang boleh dan kita monitor ari kencing dan tahi yang keluar. Alhamdulillah susu wife PapaG pun keluar banyak juga. Rezeki kan. Pada hari pertama dapat detect kuning pada baby Husna bacaan bilirubin dalam darah sebanyak 6.3 ppm. Bacaan ni memberi maksud, penyakit kuning baby Husna tak lateruk sangat. Tetapi bacaan ini menghampiri bacaan bilirubin maksimum iaitu sebanyak 7 ppm. Jadi PapaG terpaksa juga berulang ke klinik untuk mengambil darah.

Alhamdulillah baby Husna cuma perlu berulang ke klinik untuk mengambil darah cuma 4 kali je. Sebab bacaan last ialah 3.8 ppm. Kira dah rendah la tu. Selama 4 hari ni memang PapaG dapat tengok perubahan air kencing dan juga tahi yang keluar dari badan Husna. Memang nampak tahi dan air kencing berwarna sangat kuning. Mungkin inilah yang PapaG cakap tadi Bilirubin yang berwarna kuning telah keluar dari badan baby Husna. Alhamdulillah, lega bila dapat tahu baby dah tak de kuning lagi.

Dan sampai la ke hari ini baby Husna masih lagi menyusu ibu dia. Untuk hari yang ke 16 ni beratnya sudah 3.8 kg berbanding masa lahir aritu 2.9 kg. Wahhhh anak ayah dah besar. Hehehe. Semoga membesar dengan sihat ye sayang. Muahhh sikit.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dhia Husna Cahaya Mata Ke-dua Papaglamz

Dhia Husna Cahaya Mata Ke-dua Papaglamz

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pada 19 December 2016 yang lalu, wife PapaG telah selamat melahirkan puteri kami yang ke-dua. Puteri lagi kali ini. Boleh la jadi kawan kak long main masak-masak berdua kan? So, entir kali ini PapaG nak cerita sikit tentang Dhia Husna cahaya mata ke-dua Papaglamz

Menanti akan kelahiran Husna sejak Mac 2016 akhirnya berakhir bila pada 17 Dec 2016 waktu subuh, wife PapaG sudah mula menunjukkan tanda-tanda awal kelahiran iaitu berlaku pendarahan dan berasa begitu sakit dibahagian peranakan. Walaupun ini merupakan kelahiran kali ke-dua bagi kami, tapi rasa teruja dan kelam-kabut tu macam first time nak menimang cahaya mata je tau. Apa tidaknya, masa first time bersalin aritu, wife PapaG overdue lebih dari seminggu. Jadi kena induce la. Tapi yang kali ke-dua ni tak induce. Sakit nak bersalin datang sendiri.

Lepas subuh PapaG pecut kereta pergi hospital. Tetime ni la teringat drama-drama melayu bila bini-bini diorang nak bersalin. Memang dupdap-dupdap si suami ni bawak kereta. Sampai je di hospital, PapaG ingat terus boleh bersalin. Rupanya tak yer. Sakit yang wife PapaG rasa tu hanyalah sakit yang sedikit sahaja dan bukaan jalan untuk bersalin baru 1cm. Mulanya doktor nak suruh balik semula sebab dia kata lama lagi nak bersalin. Tapi memandangkan rumah PapaG dengan hospital agak jauh, doktor masukkan wife dalam wad. Maka, bercinta la kami dalam wad selama 3 hari. 


Jenuh yer tunggu 3 hari kat wad menanti bukaan jalan. Tapi tula, segala jenuh perit menuggu last-last hilang bila Husna lahir. Walaupun ni kali ke-dua pengalaman masuk labour room tapi mengigil jugak tau. Walau apapun alhamdulillah wife dan anak PapaG selamat dan sihat kedua-duanya. 


Hai semua.. Saya Dhia Husna Binti Muhammad Faizal. Comel tak saya? Saya sayang semu. Muahhhhhh...!!! Doakan saya membesar menjadi anak yang solehah tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-
ROMANO Serlahkan Keyakinan Seorang Lelaki

ROMANO Serlahkan Keyakinan Seorang Lelaki

Assalamualaikum. Sebut sahaja ROMANO PapaG pasti ramai yang tahu. Produk wangian di bawah label ROMANO sudah pasti menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana. Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan. Justeru, Semburan Deodoran ROMANO telah diperkenalkan, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum.


Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.


ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.


ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.


ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.


ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Ucapan Selamat Tahun Baru dari Papaglamz

Ucapan Selamat Tahun Baru dari Papaglamz

Assalamualaikum semua. Diam tak diam kita dah melangkah ke tahun baru 2017. PapaG pasti 2016 yang kita telah harungi penuh dengan memori suka dan duka yang akan kekal menjadi pedoman untuk kita meneruskan hidup kita di atas muka bumi ini. Insyallah. Rasa nak buat entri khas ucapan selamat tahun baru dari PapaG je la. 


Ok la, bagi PapaG 2016 penuh dengan kenangan-kenangan indah yang tak dapat PapaG lupakan. Lebih-lebih lagi bila diberi peluang oleh Allah SWT untuk sekali lagi menerima amanahnya yang amat terindah baru-baru ni. Siapa yang mengikuti PapaG di facebook tentu tahu yang PapaG baru sahaja menimang cahaya mata baru perempuan tau. Alhamdulillah. Sekarang ni dah bergelar ayah anak 2. Tambah lagi la satu tanggungjawab yang harus PapaG pikul. Insyallah dengan rahmat dan juga bantuan Allah, PapaG dapat memikul amanah ini dengan baik.

2016 juga meyaksikan kerjaya PapaG boleh dikatakan berkembang. Bagi pembaca yang mengikuti perkembangan PapaG hari demi hari tentu sahaja tahu tentang PapaG telah berpeluang untuk bekerja di tempat yang baru tetapi masih di bawah organisasi yang sama. Cuma pindah building je la. Perpindahan ini memerlukan PapaG untuk training selama sebulan di Gemany pada Mac 2016 yang lepas. Sudah pasti memori berada di negara orang adalah satu memoricyang tidak akan PapaG dapat lupakan. PapaG juga ada menulis entri-entri tentang keberadaan PapaG di sana tau. Jangan lupa untuk membaca. 

Rasanya itu la 2 perkara terbesar yang sangat-sangat significant telah berlaku di dalam hisup PapaG sepanjang 2016 ni. Semoga 2017 ini akan menyajikan sesuatu yang lebih baik lagi.

Buat korang semua.....

Rumah dibina dengan batu, kayu, konkrit dan simen. Tapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang, cinta, rindu, kemesraan, dan sifat-sifat mahmudah yang lain.

Selamat menyambut tahun baru buat semua. Khasnya buat kesayangan kesayangan-kesayangan PapaG

Semoga 2017 bakal menyajikan sesuatu yang lebih bermakna. Mungkin ada lembaran baru dalam perkembangan kerjaya. Siapa tahu kan? Mungkin juga menambahkan lagi KEMAJUAN dan MENGEMBANGKAN lagi anggota2 badan yang patut di tambah mana yang patut. Hehehehe

Walau apa pun yang berlaku, jangan lupa untuk terus meningkatkan lagi tahap keimanan diri dan juga sifat kehambaan kepada MAHA PENCIPTA. Insyallah.

Selamat Tahun Baru

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Kek Pisang Bercoklat Ukuran Cawan Yang Mudah

Resepi Kek Pisang Bercoklat Ukuran Cawan Yang Mudah

Assalamualaikum semua. Siapa peminat kek pisang sila angkat tangan. Kek pisang adalah antara kek yang paling mudah untuk korang buat. Tak payah mixer pun boleh jadi. Gunakan sahaja blender yang ada dirumah tu. Kalau korang peminat tegar kek pisang, jom cuba resepi kek pisang bercoklat yang PapaG buat ni. Mudah, sedap kan cepat tau. Pejam sebelah mata pun boleh buat. Untuk kek pisang ni PapaG gunakan mixer yer. Bukan blender. Apa tidaknya, mixer baru kan, kena la kita guna. Kalua tak jadi gajah putih pulak nanti. Hehehe

Resepi kek, Kek pisang gebu, Kek pisang moist, Resepi kek pisang mudah, Buat kek pisang, Cara nak buat kek pisang senang, gambar kek pisang, banana cake, banana chocolate

PapaG google je resepi ni dalam internet. Cuma modified sikit-sikit tang coklat tu. Saja nak rasa coklat dalam kek tu kan. PapaG letakkan la cokelat chip dan jugak curahkan coklat masakan di atas kek tu. Gambar kat atas tu contoh kek yang dah siap. Cantik tak? First timer and the very very amateur yer. Sekali pandang macam muffin tapi dalam versi yang besar pun ada jugak. Hehehe. Tapi jangan hanya pandang pada rupa je. Rasa dulu baru tahu. Orang kata hitam itu menawan kan?

Ok la. Panjang pulak celotehnye. Jom PapaG kongsikan resepi mudah untuk membuat kek pisang menggunakan ukuran cawan dan sudu. Tak payah nak cari penimbang-penimbang bagai. Guna je cawan yang ada di dapur tu. Insyallah menjadi punya la.

Resepi Kek Pisang Coklat Menggunakan Sukatan Cawan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang (dilenyek)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh asen vanilla

Cara membuat

  • Lenyekkan pisang. Letak tepi dahulu di dalam bekas lain.
  • Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  • Dalam bekas yang lain, putarkan telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak. Biarkan mixer terus berputar dikelajuan rendah. Kemudian masukkan asen vanilla. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan seketika sebelum masukkan ke dalam loyang pembakar.
  • Sebelum membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. PapaG bakar kek pisang ni pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
  • Untuk membakar, sapukan minyak masak pada loyang. Lapikkan kertas minyak atau kertas kek di dalam loyang. Kemudian masukkan adunan kek anda. Selepas itu taburkan coklat cip di atas adunan tadi dan bakar dalam oven yang telah di panaskan.
  • Tunggu la sehingga kek tu siap.


Mudah je kan? Korang boleh la makan kek pisang ni untuk minum petang bersama keluarga. Tengok la anak PapaG tu, gembira betul bila dapat kek. Siap posing gituu. Hehehe. Time-time cuti memang best kalau buat kek ni kan. Lagi-lagi bila buat tu siap bergaduh dengan anak sendiri dok sebok mengacau. Hati-hati la, jangan sampai tepung berterabur satu rumah dah le. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com