3.1.17

Dhia Husna Cahaya Mata Ke-dua Papaglamz

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pada 19 December 2016 yang lalu, wife PapaG telah selamat melahirkan puteri kami yang ke-dua. Puteri lagi kali ini. Boleh la jadi kawan kak long main masak-masak berdua kan? So, entir kali ini PapaG nak cerita sikit tentang Dhia Husna cahaya mata ke-dua Papaglamz

Menanti akan kelahiran Husna sejak Mac 2016 akhirnya berakhir bila pada 17 Dec 2016 waktu subuh, wife PapaG sudah mula menunjukkan tanda-tanda awal kelahiran iaitu berlaku pendarahan dan berasa begitu sakit dibahagian peranakan. Walaupun ini merupakan kelahiran kali ke-dua bagi kami, tapi rasa teruja dan kelam-kabut tu macam first time nak menimang cahaya mata je tau. Apa tidaknya, masa first time bersalin aritu, wife PapaG overdue lebih dari seminggu. Jadi kena induce la. Tapi yang kali ke-dua ni tak induce. Sakit nak bersalin datang sendiri.

Lepas subuh PapaG pecut kereta pergi hospital. Tetime ni la teringat drama-drama melayu bila bini-bini diorang nak bersalin. Memang dupdap-dupdap si suami ni bawak kereta. Sampai je di hospital, PapaG ingat terus boleh bersalin. Rupanya tak yer. Sakit yang wife PapaG rasa tu hanyalah sakit yang sedikit sahaja dan bukaan jalan untuk bersalin baru 1cm. Mulanya doktor nak suruh balik semula sebab dia kata lama lagi nak bersalin. Tapi memandangkan rumah PapaG dengan hospital agak jauh, doktor masukkan wife dalam wad. Maka, bercinta la kami dalam wad selama 3 hari. 


Jenuh yer tunggu 3 hari kat wad menanti bukaan jalan. Tapi tula, segala jenuh perit menuggu last-last hilang bila Husna lahir. Walaupun ni kali ke-dua pengalaman masuk labour room tapi mengigil jugak tau. Walau apapun alhamdulillah wife dan anak PapaG selamat dan sihat kedua-duanya. 


Hai semua.. Saya Dhia Husna Binti Muhammad Faizal. Comel tak saya? Saya sayang semu. Muahhhhhh...!!! Doakan saya membesar menjadi anak yang solehah tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Comel la lan. . Tahniah papaG sekeluarga. Moga lebih ceria dgn kehadiran org baru.

    BalasPadam
  2. tahniah papaG....moga menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak.

    BalasPadam
  3. comelnya.. alhamdulillah, tahniah ya

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com