Papaglamz terbang ke German

Papaglamz terbang ke German

Pengalaman pertama di negara eropah


Assalamualaikum

Papaglamz terbang ke German | Berjumpa lagi semua. Ok la dalam entri kali ni PapaG nak bagitahu pada semua yang PapaG diberi peluang untuk terbang ke German atas urusan kerja. Semasa entri ni publish, PapaG sudah berada di dalam kapal terbang menuju ke sana. Perasaan amat teruja sekali sebab diberi peluang sebegini rupa oleh company tempat PapaG bekerja. PapaG harap peluang ini dapat PapaG gunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman di tempat orang. Insyallah.

Germany

Untuk pengatahuan semua, PapaG bakal berada di German selama sebulan. Insyallah jika tiada aral melintang 13 March PapaG akan kembali ke Malaysia semula. Sebenarnya berat juga hati nak meniggalkan kampung halaman. Lebih-lebih lagi isteri dan anak tercinta. Kami memang tak pernah berjauhan dalam jangkamasa yang lama. Tapi nak buat macam mana kan? Demi tugasan PapaG redhakan juga. Orang kata bekorban gitu kan? Hehehe

PapaG tak dapat bayangkan lagi bagaiman suasana yang bakal PapaG hadapi di German nanti. Dengarnya cuaca di sana sekarang ni musim salji. Sejuk yang mencecah negative (-) darjah selsius. Sebab tu la sebelum PapaG terbang kesana, PapaG diberi taklimat untuk membawa pakain-pakian yang sesuai untuk musim sejuk ni. Dalam entri lain nanti PapaG kongsikan apakah barangann yang perlu atau tidak perlu korang bawa untuk travel di negara luar ketika musim sejuk. Insyallah.

travel-stuff

Ok la, sampai di sini sahaja coretan ringkas dari PapaG. Doakan semoga PapaG selamat dan dipermdahkan urusan di German nanti ye kawan-kawan. 

p/s : 13 jam lebih naik flight dari Malaysia macam meletihkan je kan? Ermmm tak pe la kita hadap je.

With Love
Papaglamz

-sekian-
SOLAT TANPA TELEKUNG BOLEH KE?

SOLAT TANPA TELEKUNG BOLEH KE?

Kewajipan menutup aurat


Assalamualaikum

SOLAT TANPA TELEKUNG BOLEH KE | Solat merupakan satu perintah untuk umat islam yang wajib dikerjakan. Solat merupakan rukun islam yang pertama. Jika kita tidak bersolat maka tiak sempurnalah islam kita. Dalam solat sendiri adanya rukun-rukun yang wahib di patuhi antaranya ialah menutup aurat. Kalau kita perasan ramai orang islam yang bersolat khasnya perempuan mesti memakai telekung Tapi adakah telekung ni WAJIB di pakai ketika solat?

aurat-wanita

Kadang tu ramau yang salah tanggapan yang mengatakan memakai telekung itu merupakan salah satu syarat wajib sah solat. Yang sebenarnya pemakaian telekung bukanlah sesuatu yang wajib. Boleh je nak bersolat tanpa telekung, tapi pastikan pakaian anda ketika itu menutup aurat anda dengan sempurna. Kalau sempurna, boleh je bersolat tanpa mengunakan telekung. Mudah je kan? 

Pakaian Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak syariat Islam ialah:

1) Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
2) Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.


Semoga bermanfaat buat semua

With Love
Papaglamz

-sekian-
5 Divo | Penyatuan 3 Negara Dalam Satu Konsert

5 Divo | Penyatuan 3 Negara Dalam Satu Konsert

Konsert 5 Divo


Assalamualaikum

5 Divo Penyatuan 3 Negara Dalam Satu Konsert | First time membaca 5 Divo ni dah macam konsert eldivo pulak bunyinya. Tapi bukan ye. Ianya merupakan satu konsert yang bakal menggabungkan 5 artis yang terkenal dan mempunyai kekuatan tersendiri  dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pastinya peminat-peminat Hafiz, Hazama, Taufik Batisha, Afghan dan Judika tidak sabar menantikan konsert ini.

Konsert

Dafi yang merupakan orang penting dalam perlaksanaan penganjuran konsert ini meluahkan rasa teruja dan gembiranya akan satu impian yang dahulunya hanyalan angan-angan kini bakal menjadi kenyataan. Konsert yang bertujuan selain berhibur dengan barisan artis terbaik, konsert berkenaan juga adalah simbolik penyatuan tiga negara menerusi muzik. Dengar memang menarik je kan?

Bagi yang hendak tahu, Konsert 5 Divo akan diadakan pada 13 Februari 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam jam 8.30 malam. Mesti ramai yang nak menonton ni kan? Dalam 5 artis yang ada, korang pilih yang mana? PapaG pilih Judika. Suka sangat dengan suara dia. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bila anak tak nak tidur ini yang berlaku

Bila anak tak nak tidur ini yang berlaku

Bayi susah tidur


Assalamualaikum

Bila anak tak nak tidur ini yang berlaku | Pernah atau tidak suatu ketika anak korang yang dah tidur tiba-tiba terbangun dan tak boleh tidur semula? Bila hal ini terjadi, jenuh la hai kita ni sebagai mak bapak nak teman kan die sepanjang malam. Sapa yang pernah rasa kita geng. Macam anak PapaG sendiri kadang kala ada juga perangai macam ni. 



Baru-baru ini Imtiyaz terjaga dari tidur sambil merengek. Tak tahu la kenapa. Di buai tak nak. Bagi susu tak nak. Nenen pun tak nak. Last-last kami bawak keluar dari bilik duduk kat ruang tamu suruh dia main. Terus senyap. Dan yang bestnya Imtiyaz mintak buku dan pen nak menulis. Korang dapat bayangkan tak? Pepagi buta nak main dan menulis. Kita ni dah kengantukan yang amat. Nak tinggal main sensorang menangis. Mintak di teman gituuu. Tabahkan je la hati ni.

Rasanya cerita anak bangun tengah malam ni bukan PapaG je yang melalui. Setiap ibu bapa yang ada anak kecil pastinya pernah melalui. Malah lebih teruk lagi. Ya..!! Memang ini sebagai salah satu cabaran untuk kita membesarkan anak. Orang kata biar susah-susah dahulu asal senang-senang kemudian. For sure ramai yang tahu ANAK-ANAK NI KAN SAHAM AKHIRAT KITA. Jadi, pelaburan saham akhirat itu tidak semudah yang disangka. Bersabarlah. Insyallah di akhirat nanti kita dapat hasilnya. SELAMAT BERAMAL

With Love
Papaglamz

-sekian-

HARGA PETROL FEBRUARI 2016 MENURUN

HARGA PETROL FEBRUARI 2016 MENURUN

Harga petrol semasa


Assalamualaikum

HARGA PETROL FEBRUARI 2016 MENURUN | Ok hari ni dah masuk bulan kedua tahun 2016. Pastinya setiap awal bulan rakyat Malaysia akan ternanti-nanti pengumuman tentang harga minyak. Semenjak kerajaan mengambil langkah untuk menarik balik balik subsidi dan mengemas kini harga jualan petrol setiap bulan, harga petrol berubah-berubah mengikut keadaan semasa. Dalam entri kali ini PapaG kongsikan pada semua harga petrol bagi bulan Februari 2016 seperti dalam jadual di bawah ini.

Harga-minyak-semasa

Untuk bulan februari 2016 manyaksikan bahawa penurunan harga minyak sebanyak RM 0.10 berbanding harga pada bulan January. Alhamdulillah. Harapnya dengan penurunan ini dapat membantu meringankan beban ekonomi sara hidup masa kini yang begitu meruncing. Ok la itu sahaja yang PapaG nak kongsikan. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan

Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan

Minum petang bersama keluarga


Assalamualaikum

Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan | Cuaca yang panas ni bila dapat meneguk air sejuk alangkah nikmatnya. Lebih-lebih lagi minum bersama keluarga yang tersayang di temani burung-burung merpati yang jinak. Indah betul. Salah satu tempat menarik yang boleh korang kunjungi untuk menikmati suasana yang PapaG ceritakan di atas tu tadi adalah di Taman Kerang Kuantan. Taman yang terletak berdekatan dengan Masjid Negeri amat lah strategik bagi mereka yang hendak bersantai bersama keluarga sambal-sambil menuggu-menuggu waktu masuk solat, boleh lah mencuba air jagung yang pure di Taman ini.


Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa taman ini di panggil dengan panggilan Taman Kerang. Masa mula-mula PapaG menjejakkan kaki di Kuantan 3 tahun lepas, agak pelik juga bila ada yang menyebut tentang nama taman ini. Ia di panggil Taman Kerang kerana terdapatnya satu replika yang berbentuk kerang dibina di taman ini. Jadi, nama taman ini diambil sempena pembinaan replika ini.

Bila tiba waktu petang, taman ini ramai dengan pengunjung. Selain menikmati air jagung pure yang ada di sini, para pengunjung boleh bersantai bersama keluarga atau teman dengan melakukan aktiviti seperti bermain kasut roder, berurut, car boot sale dan macam-macam lagi. Tetapi masa PapaG pergi aritu kami menikmati air jagung dengan keropok lekor sementara menuggu waktu asar masuk je.

Bercakap tentang air jagung yang kami nikmati, rasanya amatlah sedap sekali. Seriously. Rasa jagungnye tu sangat best. Dengan harga hanya RM 2.00 secawan, boleh PapaG katakan ianya amat berbaloi untuk anda cuba. Selain air jagung ada juga kerook lekor, dan beberapa kuih muih disediakan untuk para pengunjung.




Jadi sesiapa yang datang ke Kuantan ni jangan lupa untuk singgah di Masjid Negeri dan sekali arung singgah la jugak ke gerai ini. Mesti tak kecewa. Ok la sampai di sini coretan PapaG dalam entri kali ini. SELAMAT MENCUBA…

With Love
Papaglamlz

-sekian-
BELIEVE ME | Lelaki Diam Tapi Sayang

BELIEVE ME | Lelaki Diam Tapi Sayang


Petua bahagia rumah tangga


Assalamualaikum

Lelaki Diam Tapi Sayang | Sifat diam atau sunyi tanpa bahasa sangat sinonim dengan lelaki. PapaG sendiri kadang suka berdiam diri dari bercakap meriah-meriah. Tapi kalau menulis dalam blog ni kena la meriah. Hehehe. Tapi yang pasti sifat semulajadi lelaki ini adalah pendiam. Pendiam seorang lelaki itu bukan sebab mereka tidak suka bergaul, tetapi mereka lebih banyak berfikir. Tak macam perempuan. Meriah selalu. Dari pagi sampai ke petang membawa ke malam meriah dengan tawa hilai gurau senda dan macam-macam cerita yang hendak di cakap kan. Betul tak?


Macam yang PapaG cakapkan tadi, DIAM merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik tambah lagi satu blog macam PapaG). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka. Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai. Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami. 
Jadi, jangan ingat kami lelaki-lelaki ni kalau berdiam diri tanda tidak sayang dekat isteri yer. Jauh di sudut hati kami amat sayang sangat sangat sangat sangat sangat (OVER) dekat insan yang bernama isteri.Tapi kami tak agak tidak berapa bijak la nak luahkan secara verbal. Asal ade hint-hint tu harap faham la kan. Hehehe 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Happy Thaipusam

Happy Thaipusam

Good Morning


Ok simple je entri kali ini, PapaG just nak wish happy Thaipusam buat semua rakan-rakan yang menganut agama Hindu. Dan juga Happy Holiday semua.

With Love
PapaG
Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016

Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016

Siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-30 2016


Assalamualaikum

Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016 | Seperti tahun-tahun sebelum ini. pastinya peminat Anugerah Juara Lagu (AJL) ternanti-nanti akan malam kemuncak anugerah ini. AJL pada tahun ini telah masuk 30 tahun penganjuran dengan membariskan finalist-finalist yang mantap buat peminat semua. Penganjur tetap anugerah ini iaitu TV3 semakin mantap mengukuhkan legasinya di dalam dunia penyiaran. Sudah pasti AJL pada tahun ini menjanjikan persembahan-persembahan yang menarik dari setiap peserta. Lebih-lebih lagi AJL pada tahun ini sekali lagi di taja oleh Dato' Seri Vida yang popular dengan tagline Qu Putih Qu Putih barulah putih. Tentunya menggamitkan lagi suasana pada malam itu nanti.

ajl-30

Berikut adalah senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu-lagu mereka yang berjaya mara ke pentas peringkat akhir AJL 30, dijadual bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Januari 2016 bermula jam 8.30 malam.

1. Hazama : Sampai Mati
2. Akim & The Majistret : Potret
3. Noh Salleh : Angin Kencang
4. Stacy : Not For Sale
5. Drama Band : Biarkanlah
6. Faizal Tahir : Assalamualaikum
7. Elizabeth Tan : Knock Knock
8. Caliph Buskers : Hanya Namamu
9. Bunkface : Malam Ini Kita Punya
10. Kaka Azraff & Aliff : Bukan Hal Aku  
11. Black : Mana Mungkin
12. Dayang : Tak Pernah Menyerah

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dato' Vida Cool Isu Penarikan Balik 2 Produknya

Dato' Vida Cool Isu Penarikan Balik 2 Produknya

Respon Datuk Seri Vida mengenai isu penarikan balik 2 produknya mengandungi bahan terlarang


Assalamualaikum

Dato' Vida Cool Isu Penarikan Balik 2 Produknya | Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menarik balik dua produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block di pasaran Malaysia dan Brunei buat sementara waktu berkuatkuasa pada Jumaat. Perkara itu diputuskan Hasmiza atau Vida dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di sebuah hotel dekat sini Jumaat. “Kita akan hentikan keluaran dua produk ini berkuatkuasa serta merta buat sementara waktu.


“Ini bagi membolehkan kita melakukan penelitian terperinci terhadap dua produk tersebut,” katanya. Justeru beliau memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperti Pamoga, Qu Puteh Advance Set dan Millenia masih selamat untuk digunakan. “Walaupun dua produk tersebut dihentikan buat sementara waktu, saya yakin produk lain masih selamat untuk digunakan. “Oleh itu, pengguna jangan ragu dan panik terhadap isu tersebut. Apa yang penting kami mementingkan kesihatan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu sudah diuji pihak kementerian dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini, selain menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk berkenaan.

“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan sudah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. “Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk berkenaan. BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.

“Hasil ujian menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi. Malah, kerajaan Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk dua produk jenama Qu Puteh susulan didakwa mengandungi bahan berbahaya. Menurut laporan portal The Brunei Times, ujian dijalankan Jabatan Perkhidmatan Farmasi itu mendapati krim pemutih Qu Puteh Whitening Pro 9, Qu Puteh Whitening UV Block mengandungi kandungan raksa atau lebih dikenali sebagai merkuri. -Mstar

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com