Dunia Perkongsian Makanan di Instagram

Dunia Perkongsian Makanan di Instagram

Food Capitals on Instagram


Assalamualaikum

Dunia Instagram "Let The Picture Speak "


PapaG akui Instagram juga merupakan salah satu media sosial yang sangat popular sekarang selain Facebook. Korang mesti ade akaun instagram kan? Instagram ni hanya menggunakan medium perkongsian bergambar sahaja. Tentunya macam-macam gambar yang di kongsikan oleh pemilik akaun Instagram.

Dunia Makanan di Instagram


Rasanya tidak keterlaluan kalau PapaG katakan yang Instagram ni sebagai satu dunia perkongsian maknan. Yela. akaun Instagram PapaG je berpuluh gambar makanan yang PapaG upload untuk tatapan semua. Tu tak kira orang lain lagi. Ni contoh #tag yang PapaG guna untuk mencari gambar makanan.


Banyak kan? Berjuta-juta orang share gambar makanan. So, sesiapa yang nak mencari idea-idea resepi or tak tau nak makan ape, boleh la cuci-cuci mata di Instagram dengan #tag yang PapaG sebutkan tadi. Sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2015 DARI PAPAGLAMZ

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2015 DARI PAPAGLAMZ

Assalamualaikum

Masa entri ni ditulis, sudah masuk syawal yang ke-6. Sepanjang raya PapaG takde update entri langsung. Laptop tak bukak pon. Sebenarnya raya ke-5 (selasa) PapaG dah mula kerja, tapi hari ni doktor bagi rehat. Telinga PapaG berdenyut-denyut sakit. So, rehat-rehat ni dapat la bukak laptop nak belek-belek blog ni kejap.

Korang punya raya macam mana? Ok ke tak ok? PapaG sure semua mesti bergembira seadanya kan? Seperti tahun-tahun sebelum ni, PapaG beraya di rumah mertua dan jugak rumah parent PapaG sendiri. Tahun ni syawal yang pertama PapaG beraya di rumah mertua. Ikut giliran. Macam tu la. Demi keadilan dan menjaga hati semua pihak, perlu bagi-bagi. Nasib baik la duduk sekampung je. Tak yah nak gaduh-gaduh. Kalau rasa rindu nak tengok parent sendiri, start moto balik la rumah mak. Tak sampai 5 minit pon. Hehehe. 

Ok di kesempatan entri yang ringkas ini, PapaG dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca Papaglamz.com yang berusia 8 bulan dah ni. Insyallah akan berterusan lagi. Buat semua, PapaG dan keluaga ingin menyusun sepuluh jari seandainya kami ada melakukan kesalahan yang nyata atau tidak nyata yang kami sengajakan ataupun tidak. Yela, manusiakan tak pernah lari dari kesilapan. Kalau ade entri-entri yang menyinggung perasaan mana-mana pihak tu PapaG harap maaf sangat. Kira kosong-kosong la ea.
Banyak cerita yang PapaG nak kongsikan semasa raya tahun ni. Ala-ala throwback gitu la. Korang nantikan yer. Ok la sampai di sini sahaja coretan dari PapaG. Jumpa di kesempatan yang lain. Inyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Buat Isteri Luar Biasaku

Buat Isteri Luar Biasaku

Assalamualaiku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dengarlah bait-bait kata dari imam mu.

Wahai isteri ku...

Jadilah seorang istri
Yang senantiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mengikuti Sunnah Rasul.
Senantiasa hormat, taat serta patuh kepada suami sepanjang pada hal-hal kebaikan.

Jadilah seorang istri
Yang selalu meminta izin kepada suami jika hendak bepergian. Jika dilarang ia tidak akan melanggarnya.
Yang senantiasa mengghargai dan menerima dengan ikhlas sekecil apapun setiap pemberian suami serta tidak akan banyak menuntut apapun yang belum mampu diberikan suami.

Jadilah seorang istri
Yang senantiasa menjaga kehormatan dirinya ketika suami sedang tak berada di rumah.
Yang senantiasa menjaga kehormatan suami dan harta suami dengan sebaik-baiknya. Ia juga tidak suka menceritakan aib suami kepada siapapun.

Jadilah seorang istri
Yang senantiasa pandai berusaha menyenangkan dan menghibur hati suami disaat suami sedang ada permasalahan.
Yang senantiasa melayani suami dengan baik dalam hal kehidupan sehari-hari dan kebutuhan di tempat tidur.

Jadilah seorang istri
Yang senantiasa menjadi penyejuk dalam rumah tangga bagi suami dan anak-anaknya.
Seorang istri yang tak segan-segan menasehati suaminya, jika sang suami melakukan hal-hal yang tidak baik.

Jadilah seorang istri
Yang lebih betah di rumah daripada di luaran untuk hal-hal yang tak ada gunanya.
Yang selalu bisa memperhatikan apa yang disuka dan yang tak disuka suaminya.

Jadilah seorang istri
Yang selalu menjauhkan diri dari sekumpulan orang-orang yang suka membicarakan keburukan orang lain.
Yang senantiasa menjadi pengayom dan penuh kasih sayang dalam merawat serta mendidik anak-anaknya

Dan jadilah seorang istri yang senantiasa lebih mementingkan meningkatkan ibadah kepada-Nya dibanding digunakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.

Mari kita berusaha bersama-sama meraihnya Ukhty. Agar para suami menjadi bangga dan merasa tenteram hatinya.

Sumber Ig: @teladan_rasul

-sekian-
Daging Asam Pedas Best di PANADERIA DESSERT HOUSE CAFE, KUANTAN

Daging Asam Pedas Best di PANADERIA DESSERT HOUSE CAFE, KUANTAN

Masakan Daging Terbaik di Kuantan


Assalamualaikum

Baru-baru ini PapaG berpeluang join mini iftar blogger kuantan. Tak ramai pun cuma ada 4 orang termasuk dengan Ibu Dhia korang la. Ada Ina aina dan juga Shark. Tempat untuk berbuka Shark yang cadangkan. PapaG ikut sahaja. Sebab walaupun PapaG ni dah 3 tahun duduk di Kuantan, tapi PapaG tak la arif sangat tempat makan kat sini. 
Jadi, Shark pon cadangkan Panaderia Dessert House Cafe. Kedai yang berkonsepkan makanan dessert ni ala-ala kedai pastri dan bakery. Bila korang melangkah masuk je kat kedai ni, korang akan di sajikan pemandangan choclate dan krim yang mendamai kan. Memang selesa la. Lebih-lebih lagi PapaG ni memang minat warna coklat ni.

Makanan kat sini pun not bad la. Dalam banyak-banyak menu, PapaG pilih Daging Asam pedas. For your info, PapaG ni peminat daging. Tak kira la daging masak ape sekali pun. Kalau dapat daging masak asam pedas ni, mertua lalu belakang pun tak perasan Hehehe. 
Ternyata makanan kat sini tak lah mengecewakan. Kalau di suruh bagi bintang, PapaG bagi 8 out of 10. Ade la sikit-sikit yang tak mencapai cita rasa. Giteww. Tapi still it's recommended to uoll yang nak mencari kedai makan area-area bandar kuantan. Kalau nak tahu lagi, Mee Bndung kat sini dengarnya menu hot sale kat sini. Dan ianya terbukti memang best. Tengok si Ena makan tanpa berkata-kata tu ok la kan.

Untuk ke cafe ni mudah jer, korang cari je Politekni Metro, Kuantan, betul-betul sebelah pintu masuk Poli ni kedai dia. Tak sesat la kalau nak cari. GPS kan ade. Hehehe

Ok la.. Kalau nak tengok-tengok cuci mata makanan-makanan kat cafe ni boleh la korang layari laman sosial offocial kedai ni:

Instagram : thepanaderia12
Facebook : The Panaderia
Call : 0179221464 / 0199881452

With Love
Papaglamz

-sekian-
PELUANG MENJANA SIDE INCOME DENGAN MUDAH SECARA ONLINE ATAU OFFLINE

PELUANG MENJANA SIDE INCOME DENGAN MUDAH SECARA ONLINE ATAU OFFLINE

Shaklee Jana Pasif Income Dengan Mudah Secara Online


Assalamualaikum

Kekangan kehidupan semasa sememangnya memaksa kita untuk lebih survival dalam berbelanja. Dengan kenaikan harga barang dan kenaikan cukai-cukai perkhidmatan yang harus kita bayar, tentunya kadangkala menjadi beban dan tekanan di dalam hidup. Masalah ini juga pastinya mendorong kita untuk mencari satu penyelesaian bagi memastikan keewangan keluarga kita mencukupi. Ramai yang mencari peluang untuk mencari wang sampingan ataupun side income tidak kira apa sahaja barang dagangan asalkan ia mampu menjana pendapatan dan halal. Tidak kurang juga yang mencuba menjana pendapatan side income dengan mudah secara online. Dan ada juga mereka-mereka yang pada mulanya menjalankan perniagaan secara sambilan tetapi akhirnya menjadi perkerjaan tetap. Itu semua rezeki Allah yang tentukan.

Kenapa ramai yang ingin menjana side income?


Macam yang PapaG katakan tadi, kekangan keewangan dan juga taraf hidup yang semakin tinggi memaksa kita untuk mencari alternatif bagi mencari duit. Antara usaha yang dapat di lakukan ialah dengan menjana pendapatan pasif dengan berniaga secara online ataupun offline. Banyak sebenarnya barangan dagangan ataupun produk-produk yang boleh kita usahakan untuk kita menjana side income. Antaranya yang PapaG join sekarang ni ialah penjualan produk multivitamin Shaklee. Rasanya tidak perlu PapaG terangkan dengan lebih lanjut apa tu Shaklee kan? Semua orang dah tahu. Dalam entri ni, PapaG ingin kongsikan bagaimana Shaklee boleh di jadikan salah satu cabang perniagaan bagi anda yang ingin menjana side income.

Betul ke Shaklee dapat membantu menjana side income secara online ataupun offline?


Memang tidak dinafikan dengan Shaklee anda bakal bergelar seorang usahawan dan anda mampu menjana side income dengan mudah tidak kira secara online ataupun offline. PapaG memilih untuk bershaklee secara online sebab ia mudah bagi PapaG. Semuanya bergantung pada pilihan anda untuk melakukannya. Secara jujurnya, dengan bershaklee, anda mampu menjada pasif income dengan mudah. Unutuk bulan pertama sahaja PapaG join, duit bonus yang PapaG dapat mampu untuk cover duit pampers puteri cilik PapaG untuk 2 bulan. Alhamdulillah. Dan harapnya bonus bertambah tiap-tiap bulan sehinggalah menjadi JUTAWAN. Insyallah. Itu semua rezeki di tangan Tuhan. Hanya kita perlu berusaha dan doa. Betul tak..? 

Berbalik pada PapaG berniaga secara online. Ia memang mudah. PapaG hanya perlu rajin update blog, sharing tentang kebaikan-kebaikan penggunaan produk-produk shaklee dan sebagainya. Pada mulanya serious PapaG tidak berapa yakin untuk update ataupun sharing tnetang produk-produk ini tetapi di bawah team FANTATIC STAR MASTER, PapaG di beri bimbingan satu persatu untuk memulakan pencarian side income bersama Shaklee ini. Alhamdulillah semua rakan-rakan dalam team juga sangat-sangat supportive. Jadi, bagi anda yang ingin memulakan pencarian side income anda bersama Shaklee, jangan malu untuk bertanya dengan PapaG. Insyallah kita bersama-sama berjalan menuju puncak kejayaan.

Bagaimana dengan Shaklee ia mampu menjaa side income seseorang?


Korang mesti nak tahu macam mana Shaklee mampu menjana side income kan? Sebenarnya dengan setiap pembelian/jualan produk setiap bulan anda akan mendapat bonus point. Walaupaun tak berniaga, makan sendiri pun boleh dapat bonus. Seriously...!! Sebenarnya bukan sahaja bonus yang kita dapat dari hasil jualan, malah bermacam lagi bonus yang bole kita perolehi dan ianya sangat lumayan. Anda boleh terjah entri >>>BONUS MENAKJUBKAN DARI SHAKLEE<<< unutuk melihat sendiri bonus-bonus tawaran dari Shaklee. 
 

Bagaimana cara ingin memulakan perniagaan Shaklee dan jana side income?


Nak tau cara daftar? Mudah sangat la. Korang bagi je detail macam kat bawah ni kat Papaglamz. Then bank in RM 85.00 kt Papaglamz (Maybank acc: 151445142084, MUHAMMAD FAIZAL BIN MOHD MUSA @ MUSA). Kalau bank in sekarang esok jugak korang akan jadi ahli Shaklee ni. Cepat kan?
  • Nama Penuh Anda
  • No IC
  • Nama Pasangan
  • No IC Pasangan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Emel
  • No Telefon
Apa yang korang kena ada untuk run business Shaklee ni?
  • Facebook?
    • Papaglamz gerenti, Semua yang baca entri ni pasti ad Facebook kan? 
  • Blog?
    • Sesiapa yang ad blog satu bonus. Korang boleh sharing-maring jangan MERENG dah la kat blog korang nanti pasal Shaklee.
  • Wassap?
    • Ni la coomunication utama masa kini. Tipu la kalau takde kan?

Haaa yang atas ni main die la. Kalau ade communication system yang lain lagi terbaeek. Kalau dah ade semua tu, memang takde masalah la nak jadikan Shaklee ni sebagai satu perniagaan. Apalagi MULAKAN LANGKAH UNTUK BERUBAH SEKARANG cepat..!!! Contact Papaglamz untuk maklumat lanjut.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

BACA JUGA ENTRI INI

KEGHAIRAHAN MENJADI LELAKI SEKSI

KEGHAIRAHAN MENJADI LELAKI SEKSI

Ingin Menjadi Lelaki Seksi?


Asalamualaikum

Definisi lelaki seksi?


Lelaki seksi dambaan wanita. Yeke..? Lelaki seksi yang macam mana? Kalau tanya setiap perempuan pasti macam-macam jawapan yang kIta dapat. Betul tak? Yela seksi ni sangat subjektif. Ade yang berpandangan seksi itu dari segi sifat ataupun peribadi seseorang. Dan ada juga yang mengatakan lelaki seksi itu dipandang dari segi materialnya. Dan tak kurang juga lelaki seksi itu di pandang dari ketokohannya menjadi seorang pemimpin.
Ingin Menjadi Lelaki Seksi?
Ha..! Banyakkan maksud lelaki seksi ni? Cuba para suami semua tanya dengan isteri anda adakah anda seorang lelaki seksi? Sudah pasti majoriti isteri akan cakap ya. Percayalah. Ini PapaG dapat kategorikan sebagai lelaki seksi yang dipandang dari segi kepimpinan. Cuba tanya sekarang. Hehehe. 

Menutup aurat itu seksi


Lelaki seksi dengan menutup aurat...? Macam mana tu? Bagaimana dengan menutup aurat dapat menunjukkan keseksian sesorang lelaki itu? Yela, macam yang PapaG cakap tadi, lelaki seksi bukan hanya di pandang dari segi luaran sahaja. Bahkan lebih lagi. Lagipun bila menutup aurat ni, tidak semua 'aset-aset' indah dapat kita pamerkan. Orang kata benda yang susah nak tengok ataupun dapat itu sangat berharga kan..? So, dengan menutup aurat, tentunya meniNgkatkan keghairahan setiap wanita ingin melihat apakah yang ada di sebalik yang tertutup. Begitu juga sebaliknya bagi wanita. Jika anda menutup aurat dengan sempurna, percayalah, keseksian anda berada pada tahap tertinggi. 

Perlukah menjadi lelaki seksi?


Perlu atau tidak menjadi lelaki seksi? PapaG rasa ia perlu. Tapi bukan lelaki seksi yang memperlihatkan setiap susuk tubuhnya yang menawan itu pada orang sekeliling. Kita harus menjadi seksi dengan mempunyai kepribadian yang hebat dan kepimpinan yang terbaek khasnya dimata isteri sendiri dan masyarakat umumnya. Juga bakal menjadi contoh tauladan buat anak-anak kita nanti. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-
#Cabaran20Hari | Kenangan Terawikh di Surau / Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari | Kenangan Terawikh di Surau / Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

Assalamualikum

Hahahah kelakar teringat kembali zaman budak0budak dulu. Orang sebok dok terawikh kita ni bising kt belakang. Main mercun la. Kejar-kerjar la.

Duduk baris belakang
Dari Pok Cik Google
Main kejar-kejar
With Love
Papaglamz

-sekian-
#Cabaran20Hari | Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa

Assalamualaikum

#Cabaran20Hari dah masuk tajuk amalan bertukar juadah di bulan puasa. Amalan ini adalah sesuatu yang sangat elok di mana ia mampu merapatkan lagi ikatan silaturahim antara jiran tetanga. Bagi Papaglamz, setiap tahun pastinya amalan ini akan PapaG lakukan. 

Di kampung lagi la best, kami sekeluarga memang masak untuk bagi kat orang jer. Kita masak sikit je la untuk family. Sebab nanti last-last semua rumah bagi juadah, kt rumah pun banyak la makanan yang orang bagi. 
Antara juadah yang popular semasa bertukar-tukar juadah seperti berikut:

1. Bubur atau pengat
2. Ketupat dan lauk pauk
3. Lepat dan lauk pauk
4. Nasi putih an lauk pauk
5. etc

Haaa itualah sahaja coretan kali ini.

With Love 
Papaglamz

-sekian-
#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran di Bulan Puasa

Tepung Pelita, Green, White


Assalamualaikum

Untuk cabaran kali ini tajuk di beri ialah kuih kegemaran di bulan puasa. PapaG ada 2 jenis kuih yang mesti akan beli kat bazar ramadhan. Kalaupun tak beli hari-hari, mesti dalam sebulan tu akan beli la 7 atau 8 kali. Haaaa banyak kan?

Kuih Tepung Pelita memang favourite. Tepung yang warna putih die tu, lemak-lemak masin. Perghhhhh.. terliur kalau baca posting ni masa tengah puasa kan. Korang pulak ape kuih kegemaran korang? Ce komen sikit. 

Tepung Pelita, Green, White
Sumber: Pak Cik Google

Ok la sekian sahaja entriringkas dari PapaG. Jumpa di lain kelapangan. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
#Cabaran20Hari | Kenangan Manis di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Kenangan Manis di Bulan Puasa

Hadiah Dari Tunang


Assalamualaikum

#Cabaran20Hari masuk tajuk ke 6. Ade lagi 14 tajuk je lagi. Chayoookkk PapaG.....!!!! Buktikan anda seorang blogger tegar. Gituuu. Hehehe. Ok la, untuk tajuk kali Pengalaman Manis Bulan Puasa. Sebenarnya banyak kenangan manis yang terjadi masa bulan puasa ni. Tapi ade satu kenangan yang sangat-sangat terindah ialah first time berbuka puasa dengan tunang 2 minggu sebelum kawen. Diulangi first time yer. Tu pun dengan family die sekali. 

Kami ni masa kenal lepas tunang cinta jarak jauh. Lepas kawen pun masih lagi cinta jarak jauh.Tapi alhamdulillah kasih sayang dan rasa percaya dalam hati kami masih kukuh terpahat. Gituuuu. Hehehe. First time berbuka puasa dengan tunang memang seronok la. Tapi malu jugak la. Tak boleh nak malu, lepas kawen nanti, tetiap hari makan sama-sama. Ko tenung la bini ko tu puas-puas. 

Leoas berbuka dapat hadiah. Al-quran kat seperti gambar di bawah ni. Dengan kata-kata yang membuatkan PapaG tak tidor malam. Oh indahnyaaaaa... Kenangan manis tu...... Kenangan manis tu.... 

Life Of Islam, Hadiah Dari Tunang, Fasting Month Memory

Life Of Islam, Hadiah Dari Tunang, Fasting Month Memory
 Haaa ok la itu sahaja perkongsian dari PapaG. Jumpe next entri untuk #Cabaran20Hari. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com