13.7.15

Daging Asam Pedas Best di PANADERIA DESSERT HOUSE CAFE, KUANTAN

Masakan Daging Terbaik di Kuantan


Assalamualaikum

Baru-baru ini PapaG berpeluang join mini iftar blogger kuantan. Tak ramai pun cuma ada 4 orang termasuk dengan Ibu Dhia korang la. Ada Ina aina dan juga Shark. Tempat untuk berbuka Shark yang cadangkan. PapaG ikut sahaja. Sebab walaupun PapaG ni dah 3 tahun duduk di Kuantan, tapi PapaG tak la arif sangat tempat makan kat sini. 
Jadi, Shark pon cadangkan Panaderia Dessert House Cafe. Kedai yang berkonsepkan makanan dessert ni ala-ala kedai pastri dan bakery. Bila korang melangkah masuk je kat kedai ni, korang akan di sajikan pemandangan choclate dan krim yang mendamai kan. Memang selesa la. Lebih-lebih lagi PapaG ni memang minat warna coklat ni.

Makanan kat sini pun not bad la. Dalam banyak-banyak menu, PapaG pilih Daging Asam pedas. For your info, PapaG ni peminat daging. Tak kira la daging masak ape sekali pun. Kalau dapat daging masak asam pedas ni, mertua lalu belakang pun tak perasan Hehehe. 
Ternyata makanan kat sini tak lah mengecewakan. Kalau di suruh bagi bintang, PapaG bagi 8 out of 10. Ade la sikit-sikit yang tak mencapai cita rasa. Giteww. Tapi still it's recommended to uoll yang nak mencari kedai makan area-area bandar kuantan. Kalau nak tahu lagi, Mee Bndung kat sini dengarnya menu hot sale kat sini. Dan ianya terbukti memang best. Tengok si Ena makan tanpa berkata-kata tu ok la kan.

Untuk ke cafe ni mudah jer, korang cari je Politekni Metro, Kuantan, betul-betul sebelah pintu masuk Poli ni kedai dia. Tak sesat la kalau nak cari. GPS kan ade. Hehehe

Ok la.. Kalau nak tengok-tengok cuci mata makanan-makanan kat cafe ni boleh la korang layari laman sosial offocial kedai ni:

Instagram : thepanaderia12
Facebook : The Panaderia
Call : 0179221464 / 0199881452

With Love
Papaglamz

-sekian-

6 ulasan:

  1. asam pedas memang feveret kak ana juga PapaG :)

    BalasPadam
  2. mmg kena repeat cni..
    pekena mi bandung plak.
    eskrim pun sodap.
    xnak komen panjang.
    nnti mngidam susah.
    hehehe.

    BalasPadam
  3. Perghhh lepas ni nak makan asam pedas dia.. Memang terbaiklahhh

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa asam pedas tu :)

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com