Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Niat Berpuasa Ramadhan Untuk Sebulan dan Setiap Hari

Assalamualaikum

Ramadhan menjelma kembali. Tentunya dalam bulan penu kerahmatan ini banyak pengisian rohani yang dapat kita ambil bagi meningkatkan lagi keimanan dalam diri kita. Terlampau banyak ganjaran amalan-amalan yang di gandakan pahalanya oleh Allah SWT di dalam bulan Ramadhan ini. Sebulan berpusa tentunya di mulai dengan nit berpuasa. 

Terdapat niat Puasa yang boleh di lafazkan hanya sekali untuk sebulan pada hari pertama Ramadhan. Bacaanya adalah seperti di bawah:


Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Terdapat juga niat Puasa yang di lafazkan setiap hari di waktu sebelum terbitnya fajar. Bacaanya adalah seperti di bawah:


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 


Persoalan niat puasa Ramadhan untuk sebulan ATAU perlu niat puasa Ramadhan tiap-tiap hari ?



Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?


Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan akan menampung hari yang kita terlupa untuk niat puasa tersebut.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, ”Sahaja aku puasa Fardu Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan  kerana Allah Ta’ala”.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, ”Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat. Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya. Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam hati. Berniat puasa perlu dilakukan pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?  

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Makanya tiada sah puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang berniat puasa pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.
Sumber : Azzhar Addin

Harap perkongsian Papaglamz berguna untuk semua. Insyallah.

-sekian-
Khasiat Lengkap Buat Ibu Berpantang dan Menyusukan Bayi

Khasiat Lengkap Buat Ibu Berpantang dan Menyusukan Bayi

Keperluan Ketika Berpantang Dan Menyusukan Anak


Assalamualikum

Sekarang ni ramai orang telah sedar akan kepentingan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu kan? Memang betul susu ibu itu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia lengakap dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi untuk tembesarannya yang sempurna. 

Tahukah Anda?

"Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih yang di namakan macrophages yang berfungsi memakan kuman"

Jadi dengan meminum susu ibu, bayi akan lebih shat dan terhindar dari jangkitan kuman  dan penyakit. insyallah.
ESP_ALfalfa_Susu_Ibu
SHAKLEE BOLEH MEMBANTU IBU-IBU YANG MENYUSUKAN BAYI?

Sememangnya boleh. Set asas menyusu yang mengandungi Energizing Soy Protein (ESP) sangat baik di amalkan oleh ibu yang menyusukan anak. ESP adalah protien. Protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang. 

APA BEZANYA SOYA SHAKLEE INI DENGAN SOYA YANG LAIN DI PASARAN?

Soya Shaklee adalah non GMO soya iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. Amat berbaloi dengan duit yang anda laburkan untuk mencuba ESP ni.

Bagi yang mengalami susu merudum dengan teruk, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Bagi Papaglamz sendiri. Melihat wife mengamalkan dengan tujuan untuk memperbanyakkan susu memang berkesan. Sehingga sekarang anak Papaglamz berusia 9 bulan masih lagi menyusu ibunya. Alhamdulillah.

Say hello to march. Okay Papaglamz nak mengewar-warkan Pada semua. Bulan march ni Shaklee membuat promosi untuk tiga produk seperti berikut.
Ketiga-tiga produk ini mempunyai khasiat yang terbaik dan tersendiri.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Cerminan Diri Sendiri

Cerminan Diri Sendiri

Kata-Kata Hikmah dan Nasihat


Assalamualaikum


Kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . Jika negatif kita dapat feedback dari layanan orang, maka perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang. Cermin diri okay.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H oleh YBhg. Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad


Assalamualaikum

Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah

Pengumuman tarikh berpuasa bagi tahun 2015/ 1436H
Pinjam Picture dari : C3ngk3rik

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 18 Jun 2015 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di TV3

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Selasa 16 Jun 2015M bersamaan 29 Syaaban 1436H untuk melihat atau cerapan anak bulan selain menyatakan beberapa tempat untuk tujuan tersebut

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab

Sumber : Mysumber

Selamat berpuasa Papaglamz ucapkan pada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Khasiat Tersembunyi Energy Soy Protein (ESP) Bagi Lelaki Sejati

Khasiat Tersembunyi Energy Soy Protein (ESP) Bagi Lelaki Sejati

Kesihatan Lelaki Sejati dengan Energizing Soy Protein (ESP)


Assalamualaikum

Papaglamz akui, jika kita search di google, sering kita lihat ESP untuk ibu menyusu, ESP untuk ibu hamil, ESP untuk kulit cantik. Whoaaa, ESP ini untuk wanita sahaja kah? OH TIDAK TIDAAKKK!! ESP Shaklee juga sangat sesuai untuk lelaki atau kaum adam tau! Haha. ESP sangat sesuai untuk para lelaki yang inginkan kesihatan yang optimum.

Untuk lelaki yang tak sempat nak breakfast sebelum ke tempat kerja.
  • Bekalkanlah sekeping roti bersama sebotol shaker ESP Shaklee untuk suami anda setiap pagi. Dalam pada nak tunggu lampu merah tu, bolehlah dia glup glup ESP shake dan ngap ngap roti tu. InsyaAllah kenyang sampai tengahari. Dapat dia nak focus masa kerja nanti!!

Untuk pelajar lelaki yang ada kelas pagi.
  • Bancuh ESP Shaklee dalam shaker dan bawa ke kelas. Boleh shake shake masa on da way nak ke kelas ye. Bila dah sampai kelas, letak beg dan duduk kejap, baca Bismillah dan glup glup ESP Shake anda! Tidaklah berkeroncong perut anda semasa cikgu/lecturer mengajar kat depan tu.

Untuk para atlit dan suka bersukan
  • Selepas workout/senam/main bola/jogging… apa sahajalah sukan yang anda lakukan, minumlah segelas ESP Shake untuk mengelak muscle tear.

Untuk lelaki yang ingin turunkan berat badan.
  • Minum ESP Shake untuk mengelak makan benda merapu kerana ESP yang rendah glisemik akan menyebabkan anda merasa kenyang lebih lama. Juga, selepas workout, minum ESP untuk mengelak muscle tear dan menggalakkan pembakaran lemak (bukannya otot!!)

Untuk lelaki yang menderita gastrik
  • ESP (bersama gabungan B-Complex dan Ostematrix) dapat membantu pesakit gastrik meneutralkan keasidan dalam perut dan mengelak diserang gastrik.

Untuk lelaki yang selalu rasa cepat letih dan tidak bertenaga.
  • ESP Shaklee memberi tenaga segera, dan bertahan lebih lama, insyaAllah. Soya protein memberi “makanan” kepada sel-sel tubuh, justeru memberi tenaga kepada tubuh.

Untuk lelaki yang mengidap diabetes.
  • ESP Shaklee merupakan minuman lazat dan berkhasiat yang mengandungi indeks glisemik yang rendah, tiada kolestrol dan rendah lemak. Ia sangat sesuai diambil oleh pesakit diabetes sebagai pengganti minuman yang tinggi gula, mengandungi pewarna, pengawet dan sebagainya.

Untuk lelaki yang pentingkan kesihatan.
  • ESP membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Protein digunakan dalam dua bentuk di dalam badan kita; pertama, membina sel-sel baru (dan menyingkirkan sel-sel lama dan rosak) dan memberi “makanan” kepada sel yang baru dan sihat tadi. Kedua, protein diperlukan untuk sintesis hormone dan enzyme dalam tubuh. Kedua-dua hormone dan enzim yang sihat dan stabil adalah sangat penting untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, memang sangat sesuai ESP Shaklee berada di setiap rumah. Ini kerana, kedua-dua wanita dan lelaki dapat menikmati kelazatan dan kebaikan ESP ini.  Para isteri, para suami, anak lelaki, anak perempuan semuanya boleh mendapatkan kelebihan ESP Shaklee.

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
Pilihan Raya Setiap Hari Selsaikan Isu Politik Dalam Diri.

Pilihan Raya Setiap Hari Selsaikan Isu Politik Dalam Diri.

Kata-kata Hikmah dan Mutiara


Assalamualaikum

Selamat tengahari pada semua pembaca.

(^_^)y


"Hidup ini seperti memandu kereta.Jika kita menutup mata, tentu berlaku kemalangan dan tidak akan sampai ke destinasi yang dituju. Begitu juga dengan hidup kita, jika tidak membuka mata hati atau minda,kita tentu tersasar. Jangan biarkan mata hati kita dipengaruhi oleh orang lain, media dan suasana. Buka mata hati dengan memperbanyakkan refleksi diri, muhasabah dan tanya kenapa kita fikir, apa kita fikir, kenapa kita buat, apa kita buat dan marah apa kita marah. Buat 'pilihan raya' setiap hari. Iman lawan nafsu, dosa lawan pahala, syurga lawan neraka. Jadikan perkataan ini bahasa harian keluarga. Bahasa menentukan fokus dan destinasi kehidupan."
Prof Dr Muhaya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
I'am Back

I'am Back

Cerita Diri Ku


Assalamualaikum

I'm back...!! Akhirnya Papaglamz dapat juga menitipkan sedikit kata dalam satu entri ini. Dekat dua minggu jugak Papaglamz.com tidak aktif. Kesibukan kerja dan hal ehwal keluarga membuatkan Papaglamz tidak berkesempatan untuk mencoret di sini.
I'am Back
2 minggu yang begitu menyesakkan. Namun, dalam kesesakan itu, berbagai ilmu dan pengalaman yang Papaglamz dapat. Baik dari masalah-masalah yang berlaku di tempat kerja sehinggakan Papaglamz perlu mencari jalan penyelesaian bersama pasukan siang dan malam dan juga hal-hal kekeluargaan yang Papaglamz dapat pelajari. 

Terlalu banyak ingin di ceritakan. Kisah-kisah tragedi Cik Elle yang kekadang menyakitkan hati. Namun, bila di fikir kembali, apa yang terjadi itu adalah hasil dari kekhilafan diri sendiri. Nanti la Papaglamz ceritakan dalam entri yang lain. 

Dalam kesibukan ini, terima kasih Papaglamz ucapkan buat team blogger Papaglamz tak lain dan tak bukan Exchange Feed Group yang banyak membantu dalam menceriakan suasana dan juga membantu dalam entri-entri wajib yang patut Papaglamz update dan juga feed yang wajib ditukar. Walaupun tidak selalu dapat membelek-belek blog ni, pertukaran feed dan juga entri-entri wajib update dapt juga Papaglamz buat. Alhamdulillah. Thank you guys. Heheh. #KipasSyiling

Ok la, Sekian sahaja coretan ringkas dari Papaglammz. Kita jumpa di entri yang lain. Stay tuned, I AM BACK......!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

"Cik Elle" Kesayangan Papaglamz Demam

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton


Assalamualaikum

Cik Elle sakit minggu lepas. Jadi, Papaglamz hantar la jumpa doctor. Bukan doctor cinta, doctor tayar yer. Cik Elle ni Kereta Persona Papaglamz la. Break tayar depan dah haus. Jadi kena la tukar. Lebih-lebih lagi nak balik kampung ni, kena periksa kereta sebaik mungkin supaya tidak ade yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan nanti. Insyallah.

Nak tahu something tak? Sebenarnya, sebelum tukar break dekat workshop, Ibu Dhia hantar la kereta untuk buat inspection kat pusat sevis Proton. Mana tau kot-kot ade warranty kan? Memang Papaglamz tak pernah skip service kereta kat pusat servis Proton yer. Lepas diagnose, memang confirm break kereta Papaglamz dah haus dan harus di ganti. Sebelum tukar tu tanya la kos untuk ‘break pad’ tu dengan upah semua sekali RM 343.00 hangus dan tak de warranty tau. Terkejut den. Nasib la Ibu Dhia call Papaglamz Tanya nak buat ke tak. Harus la Papaglamz cancle. Hehehe

Korang rasa ok ke rege tu? Untuk ‘break pad’ kedua-dua belah tayar depan siap upah RM 343.00 tu pada Papaglamz agak membebankan la. Jadi, Papaglamz pun call la mana-mana workshop yang boleh tukar ‘break pad’ tu. Alhamdulillah dapat.

Jadi, tengahari masa lunch keluar kejap dari offis pergi workshop mintak tukar ‘break pad’ yang dah kehausan tu. Tokey tu kata jenis baik performance pun baik. Cincai-cincai RM 159.00 kasi habis. Huhuhuh. Moga-moga tokey tu tak tipu la. (^_^)y Dan tukar la. Tak sampai pun sejam. Alhamdulillah. Semoga dapat balik kampung dengan selamat.

Errrrrr.. Korang Nampak tak perbezaa harga di situ? Benda yang sama. Tapi harga yang berbeza. Sebenarnya bukan masalah break ni jer. Dulu, tayar kereta Papaglamz dah haus, pergi la pusat service tanya nak tukar siap tanya harga dan upah. Dan ternyata harga tukar tayar kat pusat servis lebih tinggi dari harga di workshop biasa ni. Dan perbezaan yang sangat besar. Bukan kecik-kecik jer.
Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Dalam proses rawatan

Tukar Break Pad Person Proton Persona di Pusat servis Proton
Break pad yang dah haus

Bukan nak cakap tak elok servis kat pusat servis tu. Tapi, sebagai pengguna, Papaglamz rasa, kita berhak kan untuk memilih mana-mana servis yang kita nak. Betul tak? Harga ikut kemampuan kita. Cuma Papaglamz tertanya-tanya kenapa ade perbezaan harga itu. Ok la. Sekadar bercerita. Harap tak kena saman dengan Proton dah la. Muahahha.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bukan Cinta Sandiwara

Bukan Cinta Sandiwara

Assalamualaikum

Tetiba memalam ni terkeluar idea. Korang hadap la yer..

Menelusuri kerangka masa silam,
Aku terpana dengan kisah cinta ku,
Yang aku tidak sedari,
Yang aku harungi hingga waktu ini,

Ah..

Cinta..

Sungguh mudah melafas cinta,

I Love You
Aku Cinta Padamu
Aku Sayang Padamu
Aku Sayang Kamu

Namun,

Tahukan kita akan kisah di sebalik cinta?
Tahukan kita akan beban kerana cinta?
Apakah maksud sebenar cinta?
Siapa pula yang berhak merasa rasa cinta dari kita?

Yang pasti,
Cinta bukan hanya pada lafaznya,
Cinta itu wujud pada praktikalnya,
Perhalusi tanggunjawab sebagai pencinta,
Cintailah pencipta rasa cinta,
Dengan sepenuh hati.
Dengan mentaati seluruh kata arahannya,

Ya,
Cinta itu satu tanggungjawab,
Yang harus kita lunaskan,
Yang bukan hanya,
Sekadar bait-bait SANDIWARA,
Cintailah Allah sepenuh hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Karipap Giant Inti Meletop

Karipap Giant Inti Meletop

Resepi Karipap Inti Kentang


Assalamualaikun

Waktu petang pastinya perut tercari-cari santapan ringan sebelum mengambil dinner. Papaglamz kalau di waktu petang akan mengambil sedikit kudapan ringkas bagi mengalas perut. Sambil-sambil berehat bersama keluarga dan menanti waktu makan malam, pastinya menggamit suasana indah di dalam keluarga. 

Baru-baru ni Papaglamz berkesempatan merasa karipap giant yang dibeli di warung sekitar rumah Papaglamz. Karipap ni besar dan inti dia sangat best. Pedas-pedas manis. Sakali makan mestu nak lagi. Jemput la tengok yer. Hehehe    
Haaaa korang nampak tak kebesaranya tu? Inti die yang Papaglamz suka sangat. Ok la, selamat mencuci mata.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com