AWAS.. AMARAN BUAT WANITA YANG OBSES PADA KECANTIKAN DAN IBU MENYUSUKAN ANAK

AWAS.. AMARAN BUAT WANITA YANG OBSES PADA KECANTIKAN DAN IBU MENYUSUKAN ANAK

Promosi Shaklee untuk wanita, ibu yang ingin cantik dan menyusukan anak


JANGA ABAIKAN MESSAGE INI

Tunggu.....!!!!

Jika anda wanita yang amat mementingkan PENAMPILAN, KECANTIKAN disamping kekal SIHAT serta IBU YANG MENYUSUKAN ANAK,

Ada sesuatu yang anda perlu tahu dari kami

Nanti......!!!!

Teruskan pembacaan anda. Mungkin dengan pembacaan ini akan mengubah persepsi anda tentang kepentingan pengambilan makanan yang baik lagi menyihatkan. 

Nak tahu...!!!!

Baiklah.. Kami bagi tahu..

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan dan penampilan, anda mungkin perlukan beberapa perkara di bawah:

1. Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan protein non-GMO yang pastinya selamat untuk di ambil serta keberkesananya yang di jamin. Sangat bagus untuk mereka yang inginkan KULIT HALUS JELITA dan juga IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK.

2. Vivix
Ya.. anda tidak boleh MENYEKAT PROSES PENUAAN. Tapi anda BOLEH MELAMBATKANNYA. Dengan Vivix, ia mampu mengekakan khasiat kulit berseri, rambut , kuku dan juga otot yangsihat di samping MENGURANGKAN jeragat dan juga meningkatkan sistem immun tubuh anda. Ini lah TONIX AJAIB dari Shaklee

3. Vitamin-C
Oh Vitamin-C tentunya sudah ramai yang mengatahui akan kebaikanya. Tapi, kelebihan Vitamin-C keluaran Shaklee amat BERBEZA. Ia mampu menjadi sumber Vitamin-C sepanjang masa kerana sifat SUSTAINED RELEASED hasil dari inovasi Shaklee sendiri. Memang TERBAIK...!!!

4. Alfalfa
Kulit anda pastinya tidak boleh mengelak dengan rasa gatal-gatal, kusam, kurang bertenaga, keradangan dan alahan. Dengan Alfalfa, masalah kulit anda pasti dapat di atasi. Dengan formulasi Alfalfa yang tersendiri dari Shaklee, ia umpama RAJA HERBA yang harus di miliki oleh setiap wanita disamping khasiat utamanya untuk mengawal MASALAH DALAMAN WANITA. Satu lagi kahsiatnya ialah untuk MENAMBAH kuantiti susu badan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
Nah itulah 4 produk utama dari Shaklee yang wajib anda PARA WANITA DAN IBU yang mementingkan kesihatan serta kecantikan.

Tapi TUNGGU....!!!!! 

Teruskan membaca. Ada banyak promis-promosi hebat yang Shaklee tawarkan pada anda bagi menghargai pelanggan setia kami.

4 Perkara yang anda patut grab cepat-cepat bulan ni

1. FREE Vitalea yang berharga RM 90.00 dengan pembelian mana-mana produk yang anda suka dan daftar keahlian.

2. Dapatkan FREE membership dengan pembelian melebihi RM 700 - 800  


3. Pastinya setiap pembelian dengan Papaglamz anda akan mendapat POSTAGE FREE. Biar kami menanggung kos penghantaran barang yang anda ingin kan.

4. Pastinya dengan menjadi ahli, setiap pembelian Shaklee akan memberi mata ganjaran cash pada anda. Terbaik kan? Dapat sihat.. Dapat cuba produk.. Siap dapat cash back lagi. Lagi best kalau sama-sama menjadi agent. Tiap-tiap bulan masyuuukk..!!!

Itulah 4 perkara yang harus anda grab bulan ini. Cukup tak? Tak cukup...??

Nanti..!!! Ada lagi tawaran khas dari Shaklee yang best...

Dengan pembelina set-set kesihatan seperti di bawah, anda berpeluang mendapat pengurangan harga sebanyak 5% dari Shaklee. Di tambah jika anda mendaftar sebagai ahli, anda juga berpeluang menikmati harga ahli untuk semua produk shaklee iaitu 20-25% lebih rendah dari harga asal. Memang berbaloi la.




Ada lagi Papaglamz nak kongsikan pada anda semua.

Tentunya testimoni pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan produk-produk dari shaklee






























Nah itulah tadi promosi-promosi mega dari Shaklee untuk anda semua. Jika anda perlukan sebarang maklumat atupun nasihat tentang nutrisi, jangan segan hubungi kami, "RAKAN NUTRISI ANDA"

-sekian-
Binatang Lebih Baik Dari Kau | Berita Bayi Dikerat 15 Bahagian

Binatang Lebih Baik Dari Kau | Berita Bayi Dikerat 15 Bahagian

Bayi comel tidak berdosa dibuang, dikerat, dan dibaling dan macam-macam lagi


Assalamualaikum

Sedang seronok berborak dengan kawan-kawan, tiba-tiba datang kawan yang lain menunjukkan gambar bayi yang dikerat dan dibuang oleh ibu bapanya. Hati Papaglamz terus sebak, sedih dan bermacam lagi. Kasihan melihat nasib si kecil tidak berdosa hasil dari tindak tanduk manusia yang tidak bertamadun seumpama di zaman jahiliah dahulu. 

Sedih yang amat. Tu la manusia yang lebih teruk dari binatang. Binatang pun sayang dengan anaknya. Pernah dengar berita kambing kerat anak sendiri dah tu buang dalam parit ke, longkang ke. Mesti lah tak ade kan? Manusia jer. Ini lah jadinya jika iman semakin pudar dalam hati. Nafsu pula menguasai diri. Lahirnya si kecil yang tidak berdosa tentunya bertitik mula dengan zina. Walhal, terang-terang Allah SWT mengharamkan zina. 
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,”
Kebanjiran Anak Luar Nikah. Di manakah Imej Kita? pernah Papaglamz cerita isu ini. Anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan ibu dan ayah yang goyah iman dalam hidupnya. Terbaru, cerita tentang bayi di kerat dan di buang. Masyallah, Papaglamz tak dapat memkirkannya. Bagaimana, seorang manusia, sanggup potong-potong bayi depan matanya. Satu persatu. Korang dapat bayang tak? Kekejaman apakah ini? Manusia apakah ini? Hasil dari postmortem, bayi tu di kerat setelah ia meninggal dunia. Sedih....!!!!


JOHOR BAHRU – Berhati syaitan. Itulah yang boleh digambarkan daripada penemuan 15 cebisan anggota badan seorang bayi yang dikerat-kerat sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini kelmarin.
Anggota badan bayi itu ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh empat pekerja kontraktor yang melakukan pembersihan pada perangkap sampah di loji yang mengumpul sisa kumbahan daripada 1,288 unit PPR tersebut.

Penemuan itu menggemparkan 6,000 penghuni di empat blok itu dan sehingga semalam mereka masih tertanya-tanya angkara siapakah kejadian menimpa bayi malang itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, seorang pekerja terkejut apabila ternampak beberapa objek mencurigakan tersangkut pada besi perangkap sampah di loji kumbahan yang beroperasi sejak perte­ngahan tahun 2009.

“Pekerja itu dan rakan-rakannya kemudian mengumpul semua ce­bisan manusia itu, antaranya kaki dan tangan.

“Namun selepas dua jam, empat pekerja itu gagal menemui bahagian kepala bayi menyebabkan mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada polis,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini semalam.

Menurut beliau, polis yang me­nerima maklumat pada pukul 1.30 petang terus ke lokasi dan mengesahkan cebisan 15 anggota badan itu dipercayai milik seorang bayi.

Difahamkan polis tidak menolak kemungkinan anggota badan bayi yang mungkin baru dilahirkan sengaja dikerat-kerat sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas dan dipam.

“Tindakan itu menyebabkan anggota badan bayi itu terlekat pada perangkap sampah loji kumbahan,” kata beliau.

Tak dapat Papaglamz nak membayangkan. Harapnya anak yang comel ini akan bahagia hidup di syurga. Memang dah di janjikan syurga untukmu. Biar pun hidup di dunia hanya sekejap sahaja dan diperlakukan sebegiturupa, ingatlah di alam akhirat kau pasti gembira. Insyallah. Al-fatihah

With Love
Papaglamz

-sekian-
Review Aku Penghibur | Terus Berhibur Di Atas Landasan Nasihat dan Iman

Review Aku Penghibur | Terus Berhibur Di Atas Landasan Nasihat dan Iman

Review pemilik blog Aku Penghibur yang awesome, Terus Berhibur dengan Aku Penghibur


Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?
Review_Aku_Penghibur
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' 

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Tatkala menerjah masuk ke dalam blog Aku Penghibur, tentunya pembaca pasti terfana dengan blog yang sangat tersusun. Memudahkan pembaca untuk mencari apa yang mereka inginkan. Papaglamz begitu tetarik dengan entri yang penuh nasihat dari acik iaitu Macam Mana Nak Jadi Cantik Dan Comel Depan Allah ? Bila di amati dengan teliti, acik begitu bersahaja merentap mana-mana jiwa dan hati yang terasa jauh dengan Allah SWT. Nasihat-nasihat yang berupa hadis dan pandangan digarap indah dan cantik bagi membelai hati-hati pembaca agar tdak terus hanyut akan kecantikan dunia yang pastinya tidak kekal abadi, namun harus mencari kecantikan abadi yang pastinya di pandang tinggi oleh Allah SWT. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh la terjah blog aku penghibur yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Happy Birthday My Little Princess

Happy Birthday My Little Princess

Birthday wishes


Assalamualaikum

17 May 2014 - 17 May 2015 genaplah setahun Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal. Dan setahun lah jugak pengalaman berada disisi Ibu Dhia masa tengah bersalin tu. Pengalaman pertama melihat perih jerih seorang ibu bersabung nyawa demi melahirkan zuriat pertama dari hasil percintaan kami berdua. Sungguh menginsafkan. Itu lah selemah-lemah wanita, tapi mereka kuat menanggung kesakitan yang amat sangat tanpa sebarang rungutan dan tangisan. Terima kasih...!!!! :-) Tentu sekali pengalaman ini akan kekal tersemat kukuh dalam hati Papaglamz sampai bila-bila. Insyallah.
Happy_Birthday
Ulat hadiah dari Ayah
Dan kini, Imtiyaz genap setahun. Tentu sekali bermacam perubahan tidak kira secara fizikal mahupun bukan fizikal yang dapat Papaglamz dan Ibu Dhia lihat. Pada mulanya kami rasakan pertumbuhan agak lambat. Tapi, bila dekat-dekat nak masuk setahun tu semua benda dia datang sekali arung. Tumbuh gigi 6 batang dengan cepatnya, berjalan 12-16 langkah, dah pandai makan sendiri dan yang paling best mulut sentiasa bercakap. Ala-ala peramah gitu. Orang kata macam Papaglamz. Entahla. Kita tulis memang la meriah. Tapi kalau cakap tu macam sunyi sepi jer. Huhuhu

Ni ade satu kisah di hari jadi Imtiyaz yang lepas. Biase ayah yang mandikan die. Tapi last time Imtiyaz pulak yang mandikan ayahnye. Hai bijak-bijak. Tapi.... Nak tau Imtiyaz mandikan Papaglamz dengan apa? Haaa dengan kuah bubur pulut hitam yang panas membara tu. Kau mampu..?? Jenuh la peha Papaglamz kepanasan kat public. Nasib la Ibu Dhia korang ni alert plus prihatin bawak baju spare. Kalau tidak, pakai je la baju bercorak pulut-pulut indah di seluar dan baju. Hehe. Jadi lepas ni, bagi sesiapa yang ade anak tu, bawak la baju-baju spare kalau berjalan. Malang nasib tidak berbau kan? Mencegah itu lebih baik dari merawat. Eh... Boleh ke guna pepatah ni? Hmm.. Hmmm

Ok la.. Tak pe la.. It's not big deal mandi dengan kuah bubur pulut hitam tu. Tu la di namakan budak kecik yang tak tahu apa-apa. Sebagai ibu bapa, harus tetap bersabar. Jangan melenting dah le. Hehhe. Di kesempatan ini, Papaglamz nak ucapakan SELAMAT HARI JADI buat Imtiyaz. Semoga Imtiyaz membesar menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Insyallah.

************



Dengan Bertambahnya Umur.....
Bertambah Pula Kebahagiaanmu....
Dan Bertambah juga cintaku Padamu....
Selain mengingatmu,.....
Tak ada lagi yang lebih penting buatku.....
Detik ini ayah hanya ingin menyapamu dengan satu doa:

Ya Allah Ya Karim...

Karuniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....

Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rosul, dan taat kepada-Mu.

Ya Allah Yang Maha Pencipta....

Karuniakanlah kepada anak-anak kami kesehatan, kecerdasan, dan pertumbuhan fisik yang sempurna.

Ya Allah Yang Maha Pelindung.....

Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah.

Ya Allah Ya Razaaq....

Bukakanlah pintu-pintu rizki bagi anak-anak kami, baik rizki yang sudah kami duga maupun rizki yang tidak kami duga.

Ya Allah Ya Qadir....

Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh manfaat bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak....

Aaamiiin...

Semoga bermanfaat.

With love

Papaglamz


-sekian-
Cikgu Tetap Dengan Myvi

Cikgu Tetap Dengan Myvi

Tarikh Sambutan Hari Guru


Assalamualaikum

Selamat pagi Papaglamz ucapkan buat semua pembaca yang sudi singgah di blog ini. Waktu entri ini di tulis pada 16 May 2015 merupakan Hari Guru. Pepagi dah on laptop nak buat satu entri khas bersempena hari guru. 

Guru atau cikgu memberi maksud yang sama. Tentunya semua insan yang berada di dunia ini menpunyai guru kan. Tak kira la, di sekolah, rumah dan di mana-mana sahaja. Asalkan dia pernah memberi kita ilmu, dialah guru. Guru teragung yang wajib bagi umat islam jadikan tauladan tak lain dan tak bukan ialah Rasulullah SAW. Dialah pendidik yang teragung, menerangi hati setiap manusia dengan cahaya keimanan demi kelangsungan hidup di dunia dan di akhirat.

Selain itu, guru pertama yang mendidik diri Papaglamz tak lain dan tak bukan ialah mak dan bapak kite la. Mak dan bapak la yang mengajar kita merangkak, berjalan dan berlari. Seriously, tanpa mereka we all is nothing. Sayang mak dan bapak soo muchieee. :-)

Cikgu di sekolah juga seorang pemberi ilmu yang tidak pernah jemu. Walaupun memberi ilmu bukan pada anak sendiri, namun pengorbanan yang di curahkan oleh seorang guru adalah terbaik. Di sekolah kekadang tu dialah cikgu, dialah juga tukang masak, dialah tukang kebun, dialah tukang tukar lampin, dialah ibu, dialah bapa dan dialah segalanya. Tugas seorang pendidik amat lah tinggi darjatnya. Apa tidaknya ia merupakan salah satu sifat seorang nabi iaitu Tabligh (menyampaikan). 

Isteri Papaglamz sendiri, Ibu Dhia merupakan seorang pendidik. Nyata dan jelas guru itu perlu banyak berkorban. lebih-lebih lagi dalam suasana pendidikan pada zaman kini. Bila berdepan dengan pelajar-pelajar yang kian pudar adap tatasusilanya, memaksa guru-guru untuk lebih bersabar dan kuat pendirian. Lebih-lebih lagi budak-budak sekarang ni tak boleh di sentuh sikit. Kang terpampang la gambar dalam Metro ke, Berita Harian ke, Buletin Utama ke dan sebagainya. 

Namun, walau bagaimanapun cabaran dan rintangan, seorang pendidik itu tetap setia mencurah bakti dan ilmu. Mereka mahu pelajar-pelajar di bawah didikannya membesar dengan cemerlang dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Seorang guru mahu melihat anak didikannya berjaya menjadi seorang yang hebat dan mempunyai kehidupan yang baik. Biarpun guru tetap seorang guru yang hanya menggunakan kereta Myvi ke sekolah, tapi mereka pasti bangga jika mengetahui anak didiknya menjadi seorang hartawan yang dermawan yang mempunyai kehidupan yang senang. 

Di kesempatan ini, Papaglamz ingin megucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Ramai sebenarnya ahli keluarga Papaglamz yang merupakan seorang pendidik, Abang, Akak, Mak Cik, Pak Cik, Isteri, Mak Mertua, Ayah Mertua, Adik Ipar dan ramai lagi la, Kalau cuti sekolah tu meriah la balik kampung masing-masing. Kita je tak de aura-aura nak jadi cikgu. Tapi, dapat bini cikgu jugak. Hahaha. Semoga para guru dapat teruskan mencurah bakti pada anak-anak didiknya dengan sabar dan tabah. Walaupun, tiada apa ganjaran di dunia, ingatlah Allah pasti membalas jasa anda sebagai penyampai ilmu. Insyallah.

Sajak sempena hari guru buat semua karangan Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

With Love
Papaglamz 

-sekian-
Premium Homemade Brownies Dan Blondies

Premium Homemade Brownies Dan Blondies

Premium Homemade Brownies Dan Blondies Untuk Orang Kedah

Brownies ni asalnya dari resepi biskut coklat jenis soft dan chewy, yang kemudiannya apabila pencipta asalnya tersilap mengadun adunan biskut tersebut, maka dia memasukkan adunan kedalam acuan eampat segi, dibakar dan kemudian dipotong empat segi berbentuk bar. Disebabkan warna yang gelap ianya digelar Brownie.



Teksturnya lembut seperti kek, tetapi padat dan dense, dan crispy di sebelah atasnya. Tak seperti kek biasa yang agak spongy, brownies adalah kek padat yang berat! Gabungan ciri-ciri tersebut yang menjadikan Brownie ni sangat sedap dan popular di kalangan penggemar kek dan chocolate khususnya. 

Ada bermacam jenis brownie, dari jenis yang chewy, gooey dan agak lembut dan moist sehinggalah yang jenis agak keras. Tetapi brownie yang paling sedap ada lah jenis lembut dan sedikit melted ditengahnya.. 

Tips penting untuk menghaslkan brownie yang sedap ialah kena guna pure chocolate dan pure butter dan ianya tak boleh dibakar melebihi masa yang ditetapkan. Selain itu juga, tak boleh overmix semasa mengadunnya. Jadi pembuatanya brownies sangat ringkas, tak perlu pakai mixer pun tetapi detailnya kena teliti.



Sebenarnya banyak brownies mix dijual di pasaraya yang sememangnya sangat menudahkan bagi penggemar Brownies. Tapi, even brownies mix yang harga mahal sekalipun, rasanya tak sesedap yang dibuat dari scratch. Ada banyak yang menggunakan pewarna.

Di Kedah ni susah nak cari Brownies premium jadi kepada peminat Brownies di sekitar Negeri Kedah terutama di kawasan Bandar Alor Setar, Bandar Jitra, Bandar Darulaman, Kepala Batas dan Changlun, kalau nak order Premium Homemade Chocolate Brownies yang menggunakan pure gourmet chocolate yang bermutu bolehlah order dari saya.


Premium Brownies Coklat Susu RM 30 Sekotak
P4302580ed



P4302587ed

P4031861ed




Blondies ibarat adik beradik kepada Brownies, cuma perbezaannya ialah dari segi warnanya yang Perang sebab itulah dipanggil Blondies (dari perkataan Blonde). Ini kerana jika brownies diadun dengan coklat didalamnya, Blondies pula, adunannya tidak dicampur coklat tetapi, di ditabur coklat susu berbentuk coins didalamnya menghasilkan lapisan lapisan coklat berselang seli dengan adunan. Memang sedap bila gigit tu ada coklat yang melted ditengah tengah!!!! Memang meleleh dengar kan hehehe. Ada yang panggil Congo Bar di Malaysia ni.
P4302588ed




Blondies Coklat Susu RM 30 Sekotak. Dalamnya penuh dengan lapisan coklat susu
P4302603ed

P4302536ed



Rich Chocolate Brownies With Almond And Chocolate Chips RM 30 Sekotak
P4222475ed



P4212429



Brownies dan Blondies ni tahan sehingga 5 hari tanpa peti sejuk  Disebabkan ianya tak ada cream frosting dan topping, ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hantaran, dan hadiah atau buah tangan kepada kawan-kawan. Packaging dalam kotak (upon request) untuk hadiah atau buah tangan, dan packaging dalam kotak window dengan hiasan riben  dan renda mengikut theme (upon request) untuk majlis pertunangan. Boleh request untuk letak font diatas brownies tanpa extra charge. Kebanyakkan yang order dalam kotak cantik cantik ni sebab nak hadiahkan kepada isteri, boyfriend dan girlfriend dan ada juga untuk tujuan nak propose :D. Lebih baik bagi sekotak brownies yang sedap dari bagi sejambak bunga kan :D

P4031844ed
P4031852ed


Saya hantar sendiri Brownies saya sekitar Jitra/ Alor Setar setiap hari sebelum pukul 9 pagi dan selepas pukul 6 petang. Tak perlu susah datang ambil :)



Untuk yang luar dari Kedah, saya tengah tunggu packaging sampai. Insyallah by next week boleh la order :)



Contact Details :

Eny Abdullah

Phone : 012-5360877

Email : enyabdullah@gmail.com

Website : www.enyabdullah.com


Just Whatsapp / Call Eny 012 - 536 0877. Tempahan banyak boleh dapat harga istimewa.
Khasiat serta Kebaikan Vitamin C Shaklee dan Simptom-simptom Kekurangannya

Khasiat serta Kebaikan Vitamin C Shaklee dan Simptom-simptom Kekurangannya

Khasiat Vitamin C untuk Kecantikan dan Kesihatan Sistem Pertahanan Badan Kita


Assalamualikum
Vitamin C ataupun ascorbic acid. Tentunya ramai yang tahu tentang vitamin C ni kan? Yela, kegunaannya di dalam rawatan kecantikan sangat la popular. Tapi jangan ingat Vitamin  ni untuk rawatan kecantikan jer. Macam-macam lagi antaranya macam yang Ibu Dhia share kat bawah ni.

Kebaikan Vitamin C untuk tubuh badan manusia

  • Membantu meningkatkan immune system
  • Mempercepat proses penyembuhan luka dan demam
  • Penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan ‘gam’ bagi sel
  • Penting untuk kesihatan gusi dan gigi
  • Merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel
  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Membantu mengembalikan hormone stress  dan memastikan fungsi kelenjar adrenal berjalan dengan sempurna.
  • Bertindak sebagai antikimia yang menjadi racun seperti nitrates dan nitrates
  • Menghadkan ‘oxidation’ terhadap kolesterol jenis jahat LDC cholesterol.
  • Membantu memulihkan selesema, resdung
  • Mencegah penyakit barah
  • Sebagai ‘Protector gate’ untuk mengelakkan badan mudah dijangkiti/terkena penyakit

Simptom kekurangan vitamin C seperti :

  • Gusi berdarah (kurang pembentukan kolagen)
  • Tanda lebam pada badan dan lambat baik(salur darah lemah)
  • Luka lambat sembuh
  • Sering letih, lemah
  • Anemia
  • Salur darah mengecil 
  • Rambut gugur
  • Sakit sendi
  • Darah dalam mata
  • Kulit kering, bersisik dan gatal.
  • Depression
  • Edema
  • Kurang selera makan
  • Masalah pencernaan
  • Weight lost
Haa banyakkan kebaikan Vitamin C ni? Kalau consumed Vitamin C Shakle lagi best sebab ia diperbuat secara semulajadi. Bukan sintetik. Dalam entri lain Papaglam cerita apa beza vitamin sintetik dengan vitamin semula jadi yer.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENCUBA DAN MERASAI KEBAIKAN VITAMIN C KELUARAN SHAKLE NI

Saya IBU DHIA
Berpengalaman berpantang dengan SET BERPANTANG serta SET PENYUSUAN Shaklee. 

 Untuk Maklumat Lanjut
Wassap 0136380445
Facebook : Saadiah Fauzi
www.ibudhia90.blogpot.com
COD : Temerloh, Kuantan, Maran
Pos seluruh malaysia 

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com