ALBUM PILIHAN | PRODUK SHAKLEE

ALBUM PILIHAN | PRODUK SHAKLEE

Assalamualaikum

I am Faizal a.k.a Papaglamz, your Shaklee Independent Distributor at Kuantan, Pahang.
Shaklee ID: 1177517 | faizalmusa88@gmail.com| 0196141393. Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berikut beberapa produk keluaran Shaklee yang harus anda tahu.






























p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

8 RESEPI KAYA HATI DAN KAYA JIWA

8 RESEPI KAYA HATI DAN KAYA JIWA

Assalamualaikum

Papaglamz terbaca atu artikel dari facebook jutawan. Nak share dengan kamu orang la. Agak panjang tapi berbaloi untuk membuatkan kita lebih bersemangat meniti hari-hari mencipta kejayaan bersama.
----------------------------------------------------
1. Hidup Bertuhan

Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16)Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.Contoh,“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.


Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahuluBuat latihan pernafasan.Tarik nafas dalam kiraan 4 saatTahan 6 saatLepas perlahan-lahan 8 saatUlang selama 5 minitNiatkan zikir kerana AllahSebutlah zikir yang anda suka


3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri


Solat 5 fardhu di awal waktuSurah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malamSurah Yaasin setiap pagiQiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat WitirIstighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan)JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.Percaya pada Allah. Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain:)“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”


4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh, 


Saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay:)


5. Reprogramming Mindset


Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.


Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”

Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar. Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.Artikel berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan

6. Tenaga Doa:


Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa AndaPernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan)”Contoh,“Aku nak jadi jutawan”Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan. Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.


7. Sedekah


Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekahManiskan muka dengan senyumanSedekah sekurang-kurangnya RM1 semingguSolat awal waktuBerkata hanya yang positif atau diam..InsyaAllah. Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini , akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah


8. Syukur


Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7)Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati.“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”
-----------------------------------------------------------
Alangkah indahnya seandainya dapat beristiqomah melakukan semu ni kan? Tapi tula, tak senang untuk senang dan tak susah untuk susah. Fikir-fikirkan.

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
ALBUM PILIHAN | KELAS-KELAS JUTAWAN SHAKLEE

ALBUM PILIHAN | KELAS-KELAS JUTAWAN SHAKLEE

Assalamualikum

Dalam entri ni Papaglamz kongsikan beberapa gambar kelas-kelas yang di adakan di antara kami. Kelas ini bertujuan bagi membantu pengedar-pengedar yang baru dan lama menimba ilmu tentang perniagaan dan juga produk. Yang besnya tu beleh jumpe uplain-upline yang dah berjaya dan mendengar perkongsian dengan mereka. Menambah cas-cas positif gitu. Orang kata...

Kalau nak berjaya ni kena kawan dengan orang yang berjaya.
Kalau kawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi die, sidkit sebanyak bau wangi tu melekat kat badan kita kan.
Kalau berkawan dengan tukang besi, sikit akan rasa gatal sebab terkena serbuk besi walaupun sedikit.
Kalau nak jadi jutawan, kena la berkawan dengan jutawan. 
Enjoy...!!!








p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
IMAM MUDA ASYRAF JIWANG | KISAH SAYU DI AWAL USIA PERKAHWINAN

IMAM MUDA ASYRAF JIWANG | KISAH SAYU DI AWAL USIA PERKAHWINAN




Assalamualikum

Semua pastinya mengenali Imam Muda Asyraf ni kan? Yela popular kan. Bukan hanya popular malah ilmu agamanya yang tinggi tentunya menjadi ikutan anak-anak muda. Papaglamz nak share kisah yang Asyraf kongsikan sendiri di lama sosialnya facebooknya. Ala-ala hindustan gitu. 
Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung. 

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...
Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu. 

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang. 

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan. 

Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. 

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. 

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.
----------------------------------------------------
By the way, Papaglamz merasai apa yang Asyraf ni rasa. Yela kawen dengan student kan? Cumanya tak la sehebat beliau. Sebab Papaglamz dah bekerja tetap. Memang Papaglamz akui, permulaan usia perkahwinan itu merupakan sesuatu yang sangat mencabar jiwa dan raga. Nasib baik dan alhamdulillah isteri kurniaan Allah untuk Papaglamz begitu memahami. Jarang sekali mengeluh dengan apa kekurangan yang ada pada diri Papaglamz. Di tambah dengan duduk berjauhan. Masing-masing redha jer la. Doakan semoga perkahwinan kami sentiasa irahmati dan mengecapi kebahgiaan dunia dan akhirat.

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
ALBUM PILIHAN | EXCLUSIVE DINNER JUTAWAN SHAKLEE (7 MAC 2015)

ALBUM PILIHAN | EXCLUSIVE DINNER JUTAWAN SHAKLEE (7 MAC 2015)

Assalamualaikum

Papaglamz kongsikan gambar-gambar kenangan

EXCLUSIVE DINNER JUTAWAN SHAKLEE
7 MAC 2015
HOTEL BANGI PUTRAJAYA

To bad, Papaglamz tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Sedih.

Memang happenig la. Enjoyz...!!


Yang berbaju merah tu la Ummi business Papaglamz. Kira upline gitu la


Cube teka yang bersari tu umur berapa? 50-an yer. SILA PERCAYA. Pengguna Shaklee tegar.



Doorgift yang sangat banyak
Basically, dinner ni adalah bertujuan untuk menghargai pengedar-pengedar yang mencapai target dalam perniagaan. Jadi kejayaan ini akan di kongsi bersama dan di raikan juga. 
Tahniah buat semua. Lain kali kita jumpa pula. Insyallah


p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DAN CARA MENDAFTAR YANG MUDAH DI SEKITAR KUANTAN, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DAN CARA MENDAFTAR YANG MUDAH DI SEKITAR KUANTAN, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum

Anda orang Kuantan, Pahang atau kawasan sekitarnya macam Beserah, Gambang, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya? Meh pakat rapat pakat dengar belaka. Kawe nok ngoyak ni cik abe weee. Kelebihan mendaftar ahli shaklee dengan Papaglamz ni. Pendaftaran yang bukan setakat mudah, malah pantas dan terbaek lah. Semua urusan pendaftaran Papaglamz yang uruskan. Uholls cuma duduk goyang kaki sampai masa dapat ID dan password untuk log in ke laman web rasmi Shaklee, dah siap. Anda sudah layak untuk shopping dengan harga ahli yang lebih murah. Serious tak TIPU....!!!

Antara kelebihan mendaftar menjadi ahli Shaklee:
  • Masa jadi ahli tak payah pon nak beli stok sampai beribu-ribu macam produk-produk yang lain tu.
  • Kalau berdaftar dengan Papaglamz, korang akan jadi team member STAR MASTER yang awesome.
  • Kalau pun tak buat business, kalau korang beli produk dan jadi ahli, nanti tiap-tiap bulan korang akan dapat bonus daripada Shaklee. Berbaloi tu.
  • Untuk maintain keahlian, korang tak perlu pun nak beli produk tiap-tiap bulan.
  • Bagi yang nak berbusiness, korang akan dapat mentor yang terbaik untuk membimbing korang sampai la korang berjaya. Macam Papaglamz. Hehehe.
  • Korang akan seronok sebab dapat belajar ilmu tentang nutrition then kehidupan korang akan lebih sihat.

Nak tau cara daftar? Mudah sangat la. Korang bagi je detail macam kat bawah ni kat Papaglamz. Then bank in RM 75.00 kt Papaglamz (Maybank acc: 151445142084, MUHAMMAD FAIZAL BIN MOHD MUSA @ MUSA). Kalau bank in sekarang esok jugak korang akan jadi ahli Shaklee ni. Cepat kan?
  • Nama Penuh Anda
  • No IC
  • Nama Pasangan
  • No IC Pasangan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Emel
  • No Telefon
Apa yang korang kena ada untuk run business Shaklee ni?
  • Facebook?
    • Papaglamz gerenti, Semua yang baca entri ni pasti ad Facebook kan? 
  • Blog?
    • Sesiapa yang ad blog satu bonus. Korang boleh sharing-maring jangan MERENG dah la kat blog korang nanti pasal Shaklee.
  • Wassap?
    • Ni la coomunication utama masa kini. Tipu la kalau takde kan?
Haaa yang atas ni main die la. Kalau ade communication system yang lain lagi terbaeek. Kalau dah ade semua tu, memang takde masalah la nak jadikan Shaklee ni sebagai satu perniagaan. Apalagi MULAKAN LANGKAH UNTUK BERUBAH SEKARANG cepat..!!! Contact Papaglamz untuk maklumat lanjut.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com