Lestarikan cinta di dalam seni

Lestarikan cinta di dalam seni

Assalamulaikum

Ingin mengabadikan cinta cara kreatif? Jom ikut Papaglamz. Papaglamz dapat peluang untuk mengabadikan nama Papaglamz, wife dan anak dalam tulisan khat yang sangat chanteeekkk. Penuh seni. Dan yang penting ala-ala sweet gitu.

Bila first time Papaglamz melihat hasil tulisan yang telah diframekan ni. Masyallah, indahnye seni khat ni. Setuju tak kalau Papaglamz cakap yang seni tulisan jawi ni dah semakin hilang di telan zaman? Sayang kan? Ni la identiti melayu islam yang sebenarnya.

Jadi, Papaglamz sangat respect pada penyambung warisan seni ini. Terima kasih sebab sudi buat kan hiasan cantik untuk Papaglamz ye dik. Huhuhu. Papaglamz doakan semoga beliau terus istiqamah dalam meneruskan bakat yang beliau ada.
Yang ni Papaglamz punya. Cantik kan? 

Antara hasil kerja yang telah di hasilkan. Sangat berbakat.
Pada sesiapa yang nak tiru macam Papaglamz ade perhiasan khat ni, jom la beramah mesra dengan penulisnya.

Facebook : Akmaluddin Mohd Fauzi

p/s : Untuk pengetahuan, penulis hanya buat untuk pasangan yang dah berumah tangga dan bernikah. Untuk yang couple2 tu. Sorry.. Tak layan. Tak nak dapat saham akhiray katanya.

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Sory terDIVA

Tinta Papaglamz |#| Sory terDIVA


Assalamualaikum

"Why bother...?!! Ups...!! Tibe-tibe termarah. Sory TerDIVA pulak".

Dalam seharian kita bekerja, sudah pasti ad tekanan samada dari bos ataupun rakan sekerja kita. Sabar je la dik oi. Huhuhu.


p/s : Kesabaran itu sebahagian dari imankan. Tuhan beri dugaan untuk menilai iman seseorang hambanya. Perlu diingat, kita tak akan diduga melampaui batas kemampuan kita. Dengan dugaan juga menjadikan kita lebih kuat. Bersyukurlah sebab tuhan masih menegur kita dengan cara memberi musibah atau dugaan yang kita perlu tabah menghadapinya dan kemabali kepada Allah.

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Coklat Moist BERJAMPI CINTA

Tinta Papaglamz |#| Coklat Moist BERJAMPI CINTA


Assalamualaikum

Sedang leka mengemas-ngemas buku di laci. Tiba-tiba jumpa diari. Hahahahaha. Tetibe kenakalan menjengah. Kome2 bace la sendiri.

Sweetnye la org tu. Sape la kan? Sayang orang tu KETAT-KETAT tak nak lepas dah.
28 Mei 2013 - 2 hari lepas bertunang
p/s: Kadang-kadang dalam rumah tangga ni kene mengenang kembali akan kisah-kisah lama. Sebab cinta ni kena sentiasa diperbaharui. Lagi-lagi cinta dengan Allah. Sentiasa kita kena muhasabah diri, mengenang kembali betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnye dia. CINTA PAPAGLAMZ PADA WIFE KERANA ALLAH.

-sekian-
Foodsglamz |#| Kentang Goreng Biarlah Rahsia buat tetamu

Foodsglamz |#| Kentang Goreng Biarlah Rahsia buat tetamu


Assalamualaikum

Di kala malam menjelma. Ade la seorang sahabat tibe-tibe nak datang rumah. Naseb baek la Papaglamz dah kemas rumah. So, dengan rasa hormat kasih sayangnya, Papaglamz pun "OK datang la".

Kalau time-time emergency ada tamu datang, dah tu kita ni sensorang je kat rumah, sesimple sajian boleh di sajikan ialah "Kentang Goreng Biarlah Rahsia". Biarlah rahsia simbolik pencarian kentang goreng memalam buta. Hehehe

Bahan:

Kentang goreng frozen yang ade di kedai runcit.

Cara buat:

Panaskan minyak.
Masukkan kentang.
Goreng dengan api yang perlahan untuk kentang yang lembut.
Siap dan hidang la.
Mudah kan?

Cantik tak food presentation Papaglamz? Hahaha

Ni lah dia orangnye
p/s : Tetamu yang datang ke rumah kita tu membawa barakah. Maka sambut lah mereka dengan sebaik mungkin. Semoga dengan kehadiran mereka akan membuka kan lagi pintu-pintu keampunan dan rezeki untuk tuan rumah. Insyallah.

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Mati Itu Pasti. Allahuakbar...!!!

Tinta Papaglamz |#| Mati Itu Pasti. Allahuakbar...!!!


Assalamualaikum.

MATI ITU PASTI. Bila? Di mana? Dengan siapa? Bagaimana? itu semua di luar jangkauan akal manusia biasa. Ianya terletak dalam genggaman tuhan Maha Pencipta. Dia yang menghidupkan, dan dia juagalah yang akan mematikan. Dia lah yang berkuasa ke atas segala makhluk di dunia ini. Sebagai manusia seharusnya kita sentisa bersedia untuk menghadapi mati yang pasti.

Papaglamz mendapat satu berita yang amat menyedihkan. Sahabat Usrah wife Papaglamz telah kembali di sisi penciptanya. Allah lebih menyayanginya. Yang pasti hanya redha dan doa lah yang akan mengiringi pemergian Arwah.

Arwah seorang guru yang berdedikasi. Meningalkan seorang balu serta seorang anak sulung dan seorang lagi bakal lahir bulan 12 ni. Bersamalah kita mendoakan agar rohnya berada dikalangan orang-orang yang terpilih di sisi Allah. Aamiin.
Dalam Kenangan

Statu FB Arwah minggu lepas

"Memahami erti tujuan sebenar hidup...
Terima kasih Ya Allah kerna sering mengingatkanku saat ku terleka terlalai...
Ternyata ENGKAU terlalu menyayangiku...
Hanya rahmat maghfirah keampunanMu yang ku dambakan...
Buat insan2 yang pernah ku coretkan dosa pada kalian semua,
ampun maafkanlahmaafkanlah segala salah silapku,
hidupku dah tak lama di dunia yang penuh tipu daya lagi fana' ini...
Khas buat anak2ku, jadilah insan soleh solehah
mujahid mujahidah bekalan bermakna buat abi
di hari muka nanti..."
p/s : Nak study tentang 40 hari tanda-tanda kematian.

-sekian-
Semasa |#| Kerajaan umum penurunan harga minyak, -PITAM-

Semasa |#| Kerajaan umum penurunan harga minyak, -PITAM-


Assalamualaikum

First time dengar ko main melompat-lompat Papaglamz. TENUNG kali kedua. Eerrrrrrrmmm.... Eerrrrrmmmm... Korang baca la sendiri. Surat khabar KOSMO 19 November 2014 muka surat 3. Dalam surat khabar lain pon ade jugak. Viral kan. Hahaha
KOSMO 19 Nov 2014
p/s : Rasa nak main permainan 'TARIK TALI' la. Jom bloger-bloger wat gathering kejohanan TARIK TALI.

#Kbai
#Pitam

-sekian-
Testing.. Mummylicious Susu Kambing

Testing.. Mummylicious Susu Kambing


Assalamualaikum

Macam tak percaya....!!!! Percaya la wahai Papaglamz. Dapat tester Mummylicious susu kambing dari seorang kawan yang baru dikenali. Erkkk...!!! Untuk apakah ini? Tak pe la, bagi Papaglamz rasa dulu then Papaglamz story mory kat sini yer.

Sesiapa yang nak beramah mesra dengan kawan Papaglamz ni boleh la contact-contact mersra dengan beliau. Hehehe

email : imah_ctn@yahoo.com
Fb page : Mummylicious Susu Kambing Online Shop

Test-testTest-test 1.... 2.... 3.....

....???....
p/s : Macam nak kene tambah lagi satu menu tab kat atas tu la. Hahaha

#TerbaringSambilPejamMata

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Temui Papaglamz di Facebook, Twitter dan Instagram

Tinta Papaglamz |#| Temui Papaglamz di Facebook, Twitter dan Instagram


Assalamualaikum


Dengan ini Papaglamz mengistiharkan Papaglamz boleh di temui di Facebook, Twitter dan Instagram dengan nama profile yang sama PAPAGLAMZ. Jangan lupa like dan follow yer uollll-uollll semua.

#BeranganFamousSambilCatwalk

-sekian-


Facebook page
Twitter profile
Instagram profile
Tinta Papaglamz |#| Imtiyaz 6 bulan? Dah besar? Kakak?

Tinta Papaglamz |#| Imtiyaz 6 bulan? Dah besar? Kakak?


Asslamamuallaikum

Tanggal 17 November 2014 genap la anak papaglamz yang sulung ni 6 bulan. Tak perasan. Hahaha. Kalau ibunye tak bagi tahu harus la tak tahu. Maafkan ayah sayang.

Buat titipan anak Ayah....
Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal

Dhia Imtiyaz puteriku,
Sinaranmu pancaran jutaan kesyukuran,
Kau terpilih menjadi amanah untuk ku,
Ayahmu...

Imtiyaz puteriku,
Saat Ayah menatap kasih wajah mu,
Berjuta rasa menerpa dihati,
Ayah berdoa agar,
Kau menjadi anak solehah,
Jadikan dirimu sebagai kunci,
Untuk Ayah membuka pintu,
Syurga untuk kita sekeluarga.

Aamiin..

Saya dah 6 bulan

Ayah tak de kerja balut2 saya
p/s : Harap la Papaglamz istiqamah berblog ni sampai Imtiyaz besar. Boleh die bace. Hahaha

-sekian-

Tinta Papaglamz |#| "Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015"

Tinta Papaglamz |#| "Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015"

Assalamualaikum

Dalam usaha mengglamz kan Papaglamz.com maka join la benda alah ini.
KLIK SINI
Jom la join ramai-ramai. Boleh klik link pada banner di atas

Nama : Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa
Email : faizalmusa88@gmail.com
Web page : www.papaglamz.com
Mula berblog : 29 October 2014
Tentang blog : Banyak penulisan -penulisan tentang kekeluargaan. Ade juga di selitkan tentang makanan popular sekitar tempat tinggal Papaglamz. Bila Papaglamz melancong ke mana-mana, Papaglamz akan sharing juga. Dan tidak lupa penulisan Papaglamz tentang isu-isu semasa. Jangan lupa follow dan terjah entri-entri glamz dari Papaglamz.

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com