Tinta Papaglamz |#| Imtiyaz 6 bulan? Dah besar? Kakak?

Tinta Papaglamz |#| Imtiyaz 6 bulan? Dah besar? Kakak?


Asslamamuallaikum

Tanggal 17 November 2014 genap la anak papaglamz yang sulung ni 6 bulan. Tak perasan. Hahaha. Kalau ibunye tak bagi tahu harus la tak tahu. Maafkan ayah sayang.

Buat titipan anak Ayah....
Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal

Dhia Imtiyaz puteriku,
Sinaranmu pancaran jutaan kesyukuran,
Kau terpilih menjadi amanah untuk ku,
Ayahmu...

Imtiyaz puteriku,
Saat Ayah menatap kasih wajah mu,
Berjuta rasa menerpa dihati,
Ayah berdoa agar,
Kau menjadi anak solehah,
Jadikan dirimu sebagai kunci,
Untuk Ayah membuka pintu,
Syurga untuk kita sekeluarga.

Aamiin..

Saya dah 6 bulan

Ayah tak de kerja balut2 saya
p/s : Harap la Papaglamz istiqamah berblog ni sampai Imtiyaz besar. Boleh die bace. Hahaha

-sekian-

Tinta Papaglamz |#| "Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015"

Tinta Papaglamz |#| "Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015"

Assalamualaikum

Dalam usaha mengglamz kan Papaglamz.com maka join la benda alah ini.
KLIK SINI
Jom la join ramai-ramai. Boleh klik link pada banner di atas

Nama : Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa
Email : faizalmusa88@gmail.com
Web page : www.papaglamz.com
Mula berblog : 29 October 2014
Tentang blog : Banyak penulisan -penulisan tentang kekeluargaan. Ade juga di selitkan tentang makanan popular sekitar tempat tinggal Papaglamz. Bila Papaglamz melancong ke mana-mana, Papaglamz akan sharing juga. Dan tidak lupa penulisan Papaglamz tentang isu-isu semasa. Jangan lupa follow dan terjah entri-entri glamz dari Papaglamz.

-sekian-
Semasa |#| Harga rumah naik 3-4% menjelang GST

Semasa |#| Harga rumah naik 3-4% menjelang GST


Assalamualaikum

Papaglamz pasti ramai yang dah tau pasal jangkaan kenaikan harga rumah sebanyak 3-4% bila GST mula di laksanakan 1 April 2015 nanti.

Papaglamz senyum yang teramat manis dan ikhlas sangat (tangan di bahu mata tengok atas) bila dengar berita ini. Hurmm, entah la. Tak nak komen lelaju nanti kang kene tangkap. Papaglamz baru nak bermanja2 plus berjinak2 dengan dunia blogging.

By the way, congratulation for those yang dah beli rumah awal-awal lgi. Macam mana la nasib generasi-generasi muda masa kini yang macam Papaglamz uang baru je nak memulakan tapak kehidupan dengan family. Masa ni pun kita dah rasa kesempitanya, apatah lagi anak cucu Papaglamz nanti.

Print screen dari utusan online
p/s : Rezeki Allah tu luas. Sebagai hambanya kita hendak berusaha sebaik mungkin. Disamping berusaha jangan lupa tanggungjawab kita sebagai hambanya. Doa juga supaya kos sara hidup akan berkurang, rezeki diCUKUPKAN. Insyallah. Mana tau tetibe belakang rumah terjumpa lubuk emas. Heheh

#Amek cangkul nak korek tanah kat taman permainan depan rumah cari harta

-sekian-
Foodsglamz |#| Nasi goreng campak-campak Diari Hatiku

Foodsglamz |#| Nasi goreng campak-campak Diari Hatiku


Assalamualaikum

Haa ok tak nama menu tu? Ala-ala lagu Siti Nurhaliza. Masih ingat lagi lagu tu? Sape masih ingat, bace la entri ni sambil nyanyi yer. Hehe.

Nak buat nasi goreng ni senang je. Just prepare bahan seperti berikut:

Bawang merah
Bawang putih
Cili hijau
Bilis
Telur
Nasi putih
Sayur apa-apa jenis pon

Nak masaknye pon lagi la mudah. Tumbuk bawang merah, putih, bilis dan cili hijau sampai lumat. Tumis atas kuali sampai la naik bau. Masukkan nasi putih. Gaul bagi rata. Pecah kan telur. Gaulkan nasi bagi rata. Last sekali masukkan sayur yang sudah di potong. Dah siap. Mudah kan?

Bahan-bahan

Siap...!!! Ok tak? Even x macam Chef Amar yang buat pon,  at least ni air tangan Papaglamz okay
p/s : Menu mudah untuk bujang-bujang n di kala hujung bulan POKET kekeringan. Hehehe

#NakDownloadLaguDiariHatiku-SitiNurhaliza

-sekian-
Tinta Papaglamz |#|  SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Tinta Papaglamz |#| SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum
http://www.ayuinsyirah.my/2014/11/segmen-blogwalking-bersama-ayuinsyirah.html?m=1

Papaglamz join  SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH.

Kalau nak join tekan lelaju kat link banner atas tu.

Selamat berblogwalking

-sekian-


Tinta Papaglamz l#l Imtiyaz dah nak jadi Kakak? TERKESIMA

Tinta Papaglamz l#l Imtiyaz dah nak jadi Kakak? TERKESIMA


Assalamualaikum

Maka bermula lah kisah. Di awal pagi subuh yang hening, wife Papaglamz memuntahkan segala isi perutnya. Pening-pening katanya. Masa tu tak de pape expectation pon. Buat-buat macam tak ade apa yang berlaku.

Tapi..... Kejadian yang sama berulang kembali sebanyak empat kali. Pukul 8, 10 dan 11 pagi... Oooooohhhh.... APAKAH....?!! Berdebar-debar jantungku. Ahakzz..!!!

Kami pegi la klinik sebab macam dah teruk sangat pening kepalanya. Sampai klinik masa dalam bilik doktor lelaki.

Doktor : Ye puan sakit ape?
Wife : Saya muntah-muntah 4 kali tambah pening kepala.
Doktor : (Dengan serta merta melihat Papaglamz yang sedang menggendong Imtiyaz yang baru berusia 6 bulan seraya berkata) "PROTECTION??????".
Papaglamz : (TERKESIMA, TERPITAM, TERMENINGGAL, TERARWAH DAN TER TER TER TER TEEEERRRRR seraya berkata) Ermmmm, ofcos la doctor, saya pemandu yang berhemah okay. (dengan mata yang terkebil-kebil)
Wife : (Senyum sokmo)
Doktor : Ok la kita buat procedure bisa untuk confimation.
Papaglamz dan Wife : OK (Pasrah)

Selesai ikut procedure semua. Confirm wife Papaglamz tak preggy pon. Doktor cakap muntah disebabkan tekanan darah rendah. Memang sebelum ni pernah ada tekanan darah rendah pon. So no need to worry la. Just cukup kan rehat n tido. ALHAMDULILLAH. Last, sebelum keluar tu salam doktor dengan penuh kemesraan:

Doktor : Berapa bulan anak Encik ni?
Papaglamz : Nak masuk 6 bulan.
Doktor : Hati-hati memandu ye Encik.
Papaglamz : (Berlalu pergi sambil kenyit mata kasih sayang kat doktor dan berjalan CATWALK)
Monolog Papaglamz : Eh eh eh doktor ni bergurau senda kasoh sayang plak ngan aku.

BUKTI

Ayah... Imtiyaz tak ready lagi nak jadi KAKAK okay.. Hati-hati memandu..
(Marah sambil berkerut)
p/s : Sayangi orang yang anda sayang. Jika sakit ke ape ke, cepat-cepat la membantu. Tolong bawak pegi klinik ke. Bagi kata-kata semangat ke. Sebab time-time ni la die memerlukan kita.

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Tinta Papaglamz l#l Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya


Assalamualaikum

Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang akan menjadi pelukis yang akan mencorak serta mewarnai kehidupan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memulakan lakaran kehidupan anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini kerana, pembentukan akhlak seseorang itu adalah lebih berkesan jika di mulakan sejak dari kecil lagi. Umpama melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Seandainya pelenturan atau pembentukan sahsiah itu berlaku ketika anak telah dewasa, ditakuti ianya agak sukar. BULUH AKAN PATAH.



p/s: Membaca al-quran boleh membersihkan hati.

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Kehebatan seorang Ibu, MELAHIRKAN

Tinta Papaglamz l#l Kehebatan seorang Ibu, MELAHIRKAN


Assalamualaikum...

Seperti biasa bersyukur yang teramat sangat sebab hari ni Papaglamz masih lagi di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah..

Papaglamz rindu kat mak dan bapak kat kampung tu. Haaa tetibe teringat la time wife Papaglamz masa nak melahirkan anak first kitorang. Excitednye tu tuhan sahaja la yang tau. Siap dah amek cuti awal 3 hari dari tarikh due date, wife plak dah amek seminggu awal. Tapi tunggu punya tunggu tak nak jugak keluar. Huhuhu.

Seminggu jugak la dari tarikh due date tu baru la rasa nak bersalin tu. Sebenarnya bukan excitednya menanti tu yang Papaglamz nak cerita. Papaglamz sangat respek dan tabik spring la kat wife Papaglamz. Yela, pernah dengar tak kalau dah seminggu baby x keluar jugak, nanti ubat akan di bagi dekat wife untuk paksa baby tu kluar.

Jadi, wife Papaglamz terpakse membersalinkan dirinya. Start masuk ubat tu, mula la contraction yang amat menyakitkan itu. Papaglamz ingatkan lepas je masuk ubat terus boleh bersalin. Rupanya tidak. Selagi jalan tak buka lagi selagi tu la wife kene menempuhi kesakitan tu.

MASYALLAH......

Papaglamz sangat bersyukur dapat isteri yang sangat sabar. Walaupun sakit, tak pernah sikit pon Papaglamz dengar sebarang rungutan dari die. Malah jika Papaglamz datang untuk melawat, senyuman yang teramat indah tetap la terukir di wajahnye. Papaglamz sayang isteri KETAT2 okay.

Lepas 36 jam, baru la jalan untuk baby tu keluar terbuka luasnya. Lame tau dekat dua hari menunggu untuk jalan tu terbuka. Lepas dh terbuka tu, wife n Papaglamz pon masuk la ke dewan bersalin. Time ni ready2 untuk bersalin la. Ramai la dengan nursenye, doktor, doktor praktikel n tukang sapu segala bagai pon ade dlm dewan bersalin tu. Hospital kerajaan kn. Huhuh

Time nak bersalin tu pulak. Untuk bakal2 ayah tu, nasihat Papaglamz ikut bersama isteri anda ketika hendak bersalin tu. Kalau pon tak dapat merasa kesakitan, at least dapat la bg semangat. Memang Papaglamz tak dapat nak gambarkn macam mana keadaan baby tu nak keluar. Doktor potong itu ini. Papaglamz blh beristighfar je kat sebelah melihat ape yang nurse2 dan doktor2 buat kerja diorang.

Alhamdulillah, selepas bertarung nyawa selama 2 jam. Lahirlah puteri sulung Papaglamz pada 17 Mei 2014 pukul 2.30 petang (tarikh tu betul mase tu x pasti. lupe. hehehe). Jujur Papaglamz cakap ni. Lepas je baby tu kluar, Papaglamz dan wife tak boleh nak cakap pape. Terkesima sekejap. Siap nurse tu tegur 2 or 3 kali suruh iqamahkn baby tu. Yang bestnye, Papaglamz tak terkeluar suara time iqamah tu. Yang keluar air mata okay. Tak kisah dah sape ade kat situ. Ala-ala dak tecik Papaglamz menangistak mengalahkan baby yang baru keluar tu. Hahahaha. OK segan. Tapi ni pengalaman.

Haa macam tu la. Bertarung nyawa untuk melahirkan sorang anak. Sebab tu la syurga tu di bawah tapak kaki ibu ka. Jangan derhaka kepada ibu dan bapa. Banyak kali tuhan sebut dalam quran tentang menghormati ibu bapa ni kan? Betapa tingginya martabat mereka. Jadi hormatilah dan sayangi mereka.

Ape la yang seronoknye tu kan? Hehehe

Wajah-wajah bunga syurga. Tiada dosa lagi.

Macam pelik je. Hehe

Dan sekarang ni anak Papaglamz dah nak masuk 6 bulan. Cepatnye masa berlalu. Dan dah banyak la perangai-perangai yang kadang kala membuat kan kita ni tergeram yang teramat. Nasib baik la anak sendiri kan. Papaglamz sabooorr je la. Yang paling best, bila kami berjumpa sabtu ahad, asyik nak Papaglamz pegang die je. Letak je menangis, tinggal sikit menangis. Menangis yang tak ade air mata pon. Wife Papaglamz cakap kalau Papaglamz tak de ok je. Senyap je. Budak yang sangat baik. Ish ish... Ni kes balas dendam sebab seminggu tak jumpe ke ap ni?. Huhuhu. Tak pe la. Bila lagi nak manja kan kalau bukan sekarang?

p/s: Ada anak tu menyeronokkan. Dalam seronok tu, terselit satu tangungjawab yang besar kita kena pikul. Lagi-lagi jadi AYAH. Segalanya tertanggung atas bahu AYAH. Yang paling utama Dosa dan Pahalanya. Selagi anak tu belum baligh lagi, AYAH la yang akan mendapat saham atas segala yang dilakukan oleh si anak. Jadi, anda sayang AYAH dan IBU anda.? Jom koreksi diri, perbetulkan niat di hati. Insyallah kita akan sejahtera di dunia dan AKHIRAT nanti. Aamiin.

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Sengsaranya bertangguh

Tinta Papaglamz l#l Sengsaranya bertangguh


Assalamualaikum

Sengsaranya. Astagfirullahalazim. Tetibe hari ini terajin nak melipat kain yang dah tertangguh yang agak lama. Bila melihat longgokan yang amat banyak ni terasa nak buat inovasi mesin melipat baju yang automatik. Still, manusia kan? Nak mudah je semua. Dalam dok belek-belek timbunan kain yang agak banyak ni, tibe akal Papaglamz terfikir satu perkara. Bila Papaglamz menangguhkan untuk melipat kain ni, Papaglamz rasa sengsara nak melipatnya.

Tapi.... Kalau kita menangguh-nangguhkan untuk buat kewajipan yang Allah suruh macam mana la agaknye kan? Paling popular, ni pun yang Papaglamz pernah buat pastinya menangguh-nangguhkan untuk solat di awal waktu kan. Telinga dah dengar azan, tapi hati cakap "ala nantilah, ade kje lgi ni. Waktu kan panjang lagi". Hurmm.. Tula, macam mana la agaknya solat kita yang kita tangguh-tanguhkan itu. Sengsara ke tak? Sempurna ke tak? Kadang kala kita lebih mementingkan kerja atau urusan dunia daripada seruan Allah. Entah la...... Krikk.... Krikkk.... Krikkk... Krikkk...

Bismillah. Baru permulaan. Chaayoookkk....!!!!!
p/s: Mode insafi diri sambil meneruskan melipat kain keseorangan. Krikkk... Krikkk... Yeay...!!! Esok jumaat. Jumpa wife dan My litle princes... Tibaa jaa.. huhuhu. Walauapapun, beristiqamahlah dalam beribadah. Lakukan sesempurna mungkin Insyallah..

-sekian-
Tipsglamz l#l Cara teguran yang kelas untuk isteri tercinta daripada suami

Tipsglamz l#l Cara teguran yang kelas untuk isteri tercinta daripada suami


Assalamualaikum

Nak cube sesuatu tak? Buat para suami yang nak tegur isteri tu, apa kata kita guna strategi terbaek ni. Ad 2 step.

First step, puji melambung tahap keawanan kayangan angkasa lepas yang teramat lah tinggi. Ermmm, contoh:

...Ayang ni super best la.
...Ayang ni so very the beautiful macam Elsa Frozen (sebab sokmo tengok)
...Ayang ni isteri yang solehah sangat. Iman pun tinggi kalah abang.
...Ayang ni sooooo romantik. I loooiikkkee.
...Ayang ni very caring.
...Bertuah abang dapat ayang.
...Ayang la makmum yang paling setia di sisi abg.

Okayy.. Picture curi dari panduanislam.com
Lepas je dah puji dengan pujian sebegitu. Bila dah ala-ala terberangan tahap tak terhingat dunia tu. Mulakan la second step, operasi menegur dengan kesopanan dan kesusilaannye. Insyallah mudah le nak dengar kata. Kikiki.

p/s: Tibe terlintas pasal benda alah ni. Nak praktis la. So, jom praktis sama2. Nanti share kat sini. hahaha.

#Kbai #Pitam

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com