Semasa l#l Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M 2015

Semasa l#l Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M 2015


Assalamualaikum

Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk tahun 2015 telah memulakan operasinya. Untuk permulaan pihak kerajaan meminta kepada semua penerima BR1M 2014 untuk mengemaskini maklumat diri dan tanggungan. Proses mengemaskini akan bermula dari 1-31 Disember 2014. Pengemaskinian boleh dilakukan secara atas talian seperti link ini https://ebr1m.hasil.gov.my/

Untuk pengetahuan semua, BR1M 2015 akan akan diagihkan kepada semua penerima melalui pemindahan wang ke dalam akaun bank. Sebab tu la ketajaan menggalakkan semua penerima untuk mengemaskini maklumat melalui atas talian atau ke kaunter LHDN berdekatan.

Pemberian wang adalah secara berperingkat Januari, Mei dan September. Jadi jangan lupa untuk kemaskini.

Kadar baru BR1M 2015

p/s: Orang nak bagi.. Kita amek je la.. Kikiki

-sekian-
Foodsglamz l#l Tropicana Garden Food Garden, East Coast Mall

Foodsglamz l#l Tropicana Garden Food Garden, East Coast Mall

Assalamualaikum

Kalau sebut ECM. Papaglamz 'gerenti' orang-orang Pantai Timur mesti tau apakah tempat itu. Betul tak? Betul tak? East Coast Mall ni adalah tempat untuk mereka-mereka yang suka shopping. Dan agak terkenal sebenarnya. Sebab di Kuantan ni ad dua je shoping mall yang ala-ala grand gitu. Salah satunya ECM ni la. 

Macam-macam ade. Dari Parksonnya, Body Shopnya, kedai-kedai buku, kedai-kedai baju, kedai emas yang bergemerlapan dan banyak la. Haa tak lupa panggung wayang dan pusat karaoke. For sure la ni tempat paling fofular kat sini. Papaglamz pun suka. Hehehe. Dulu time bujang pernah je ke tempat itewww. Tapi sekarang ni macam nak cuci tangan dah. Hahahaha. Insyallah.

Ermm. Macam melalut jer. Okay okay. Dalam ECM ni ade satu food court yang popular 'Tropicana Food Garden'. Ye la ni je satu-satunye food court kat sini selain MCD dan KFC dan Chiken Rice Shop dan fast foood court yang lainya. Food court ni memang luas seluas mata memandang. Ala-ala penat nak mengira keluasanye okay. Hehe.

Ada something yang agak membuatkan Papaglamz terkesima tu style pembayaran kat sini. Macam touch and go. Kita ke kaunter, nanti customer akan dapat satu kad then kita kena la top up duit dalam kad tu. After that, boleh la kite ke mana-mana kaunter makanan yang ad di food court tu untuk membeli maknan.

Bermacam jenis makanan ade start dari timur, utara, selatan dan barat pun ade. Papaglamz dan sahabat (tibe x g ngan wife kan? hehehe) nak mem'western'kan diri ini. Kami order Lamb Chop bicara mani menghiris kalbu. Ok tak nama menu dia? Haaa ade sejarah. Better tak yah cerita sini. Nanti jadi mengumpat pulak. Hihihi. Siap order, kad pun di'swab'kan di mesin yang ad di kaunter order makanan tu. Tunggu la Lamb Chop bicara manis menghiris kalbu Papaglamz dan sahabat tu sampai siap. At last..... Siap. Maka melangkah lah dengan langkahan perwira kemeja makan nak 'menyentap' eh.. eh.. Nak bersantap. Maka makan la Papaglamz dengan sopan santunya. 

Bila makan je... Tetiba terasa Lamb Chop ni terpaksa bertukar nama. Papaglamz namakan Lamb Chop ampunkan aku. hahaha. Tak de la. Merapu je. Seriously sedap. Tak jadi nak SENTAP. Haha. So ok la. Sesiapa yang nak rasa lamb chop, Papaglamz suggest tempat ni. Jangan lupe. Bermulut manis la ketika bercakap. Tiba jaaaa. Hahaha.

Pintu masuk
Lamb Chop dan kad untuk swab.
Selepas. Licin kan?

 Tropicana Garden Food Garden East Coast Mall, Kuantan Pahang
09-560 9886
google map: http://maps.google.com/?cid=5861230500569792915&hl=en&gl=us

Eh lupe. Incase top up dalam kad tu masih ada. Nak balik time pulang kan kad tu balance duit akan di kembalikan
-sekian-





Tinta Papaglamz l#l Budaya memberi satu modal untuk gembira

Tinta Papaglamz l#l Budaya memberi satu modal untuk gembira

Assalamualaikum



"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati" (Riwayat at-Tabrani)

Nah, hari ini Tinta Papaglamz akan mengupas serba sedikit satu perasaan yang sememangnya semua orang suka. Sudah tentunya perasaan GEMBIRA. Semua orang tidak kira kecil ataupun besar, tua ataupun muda semuanya mengidamkan perasaan gembira. Namun, tahukah kita bagaimana memperoleh rasa itu? Perasaan ini bukanya boleh dijual beli dengan wang ringgit ataupun harta.

Ya..! Kini manusia dihidang dengan satu ideologi bahawa ade duit segalanya sempurna. Tapi kita perlu ingat, wang atau harta bukanlah modal untuk kehidupan gembira. Bukan semua orang kaya punyai hati yang gembira. Kadang-kadang tu, orang yang miskin kais pagi makan pagi kais petang makan petang mereka mempunyai kehidupan yang sempurna dan bahagia. Kenapa ini berlaku?

Seperti yang Papaglamz dan semua pembaca tahu, setiap sesuatu yang terjadi di atas muka bumi ini adalah ketentuan yang Maha Kuasa Allah S.W.T. Pernah tak dengar "you deserve what you get"? Haaa... Nak gembira perlu la menggembirakan orang lain. Kenapa? Inilah karma kehidupan. Membuat orang lain gembira adalah modal untuk kita berasa gembira.

Begitu lah dalam hidup kita. Lebih-lebih lagi dalam hidup berumah tangga. Perasaan ingin menggembirakan antara suami isteri amatlah di perlukan. Pelbagai cara boleh kita guna kan untuk menggembirakan. Yang pastinya bukan lah duit semata-mata. Andai kita saling menjaga perasaan masing-masing nescaya keharmonian rumah tangga pasti akan wujud. Yang mudah kita boleh laku kan dengan kerap menghargai pasangan kita. Angkatlah martabat pasangan kita di mata kita. Hargailah apa sahaja yang telah mereka lakukan kepada kita walaupun dalam perkara yang mudah sekalipun. Jika ini di lakukan, pastinya setiap pasangan terasa kehangatan bercinta antara satu sama lain. Sesungguhnya Allah itu Maha memberi apa kan pula kita hambanya, budayakan budaya memberi. Berilah kepada sesama manusia walaupun sepatah kata yang boleh menggembirakan.

Ingat, syurga itu bahagia. Namun, modal untuk ke syurga bukan semudah yang di sangka. Sebelum kesyurga abadi suburkan dulu syurga rumah tangga yang kita miliki dengan penerapan nilai-nilai keluarga. Terapkanlah aura-aura syurga dalam rumah tangga kita. Insyallah.

p/s: Papaglamz suke.. (tibaa ja) hahaha.. Okayy.. Semoga semua dapat mencapai keharmonian yang SAKINAH, MAWADDAH, WARRAHMAH.

-sekian-
Foodsglamz l#l Ayam Masak Merah Bayangan Mimpi

Foodsglamz l#l Ayam Masak Merah Bayangan Mimpi

Assalamualaikum

Okayy cantik gambar. Pinjam dari segiempat.com

Errrrmmmmmm.. Baru call Papaglamz punya mommy di Kg. Tercerita pulak yang mereka dinner ayam masak merah. Forsure dengan nasi sekali bukan meratah je yer. Bile dengar story dari mommy Papaglamz yang agak menggiurkan ituw, harusla perut ni berkeroncong lagu BADARSILA dengan rancaknya. Ya Allah tahan. Dah malam buta dah ni. Tak elok. Haa ni tips kesihatan dari Papaglamz. Elakkan kalau boleh jangan lansung makan makanan berat di kala bulan mengambang. Potensi untuk mendapat penyakit tiga serangkai adalah sangat tinggi. Penyakit ape tu? Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Jadinya Papaglamz cuci-cuci mata je la dengan uncle google. Sebelum tido ni Papaglamz nak sharing resepi ayam masak merah. Nak suruh Wife Papaglamz buatkan la weekend ni. Hehe.

Bahan-bahan untuk Resepi Ayam Masak Merah

½ ekor Ayam
1 cmt Serbuk Kunyit
1 kuntum Bunga Lawang
1 cm Kulit Kayu Manis
2 bj Buah Pelaga
3 kuntum Bunga Cengkih
1 bj Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
1 btg Serai
½ inci Lengkuas
20 tangkai Cili Kering
3 cmb Sos Cili
2 cmb Air Asam Jawa
2 cmb Gula Pasir
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis.
Garam

Cara membuat Ayam Masak Merah

Ayam dipotong dan dibersihkan. Perapkan dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak. Tuskan dan ketepikan.
Cili kering direndam dan dikisar halus. Bawang besar dan bawang putih di hiris. Halia dan lengkuas di cincang. Boleh juga dikisar bersama cili kering. Serai di ketuk.
Panaskan ¼ cwn minyak masak. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengki,h buah pelaga dan serai sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Tumis sehingga layu.
Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing dan berkilat.
Tambah sos cili dan perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.
Apabila masakan menjadi sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.
Masak sebentar sahaja lagi untuk memanaskan ayam dan bolehlah dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi minyak.

p/s: Haaa boleh la korang semua mencuba. Papaglamz tido dalam kelaparan dan kerinduan masakan mak. Nak mimpi Wife tengah masak la. hahahaha.. 

#Kbai

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Kawen jom

Tinta Papaglamz l#l Kawen jom

Assalamualaikum

Jika kita tanya orang-orang tua khasnya mak bapak kita, pada zaman mereka, perkahwinan di usia muda adalah sesuatu yang tidak begitu pelik. Rata-rata mereka semua berkahwin di usia 25 tahun ke bawah. Macam mak dan bapak Papaglamz. Masa diorang bernikah, bapak sekitar 26 tahun mak pula 16 tahun. Dan perkahwinan mereka adalah hasil pilihan nenek dan atuk Papaglamz. Ternyata pada ketika itu, perkara ini bukan sesuatu yang janggal.

Tetapi jika keadaan ini berlaku pada zaman ini, pastinya begitu banyak tanda tanya yang akan terbit di dalam fikiran masyarakat sekeliling. Persoalan yang biasa mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik akan tanya ialah "EH KAU MAMPU KE ANAK KO NAK TANGGUNG BINI DIE NANTI?". Kalau yang muda-mudi pulak khasnya yang lelaki bujang "BRO, KO WAT APE NAK KAWEN CEPAT-CEPAT? ENJOY DULU BRO. NANTI DAH KAWEN, TAK DAPAT NAK ENJOY". Dan macam-macam lagi la ayat-ayat panahan yang akan menerpa.

Tapi..... Yang sebenarnya berkahwin awal membantu lagi kita untuk menseimbangkan kehidupan kita. Sebab apa? Bukankah Allah dah janji, dengan perkahwinan maka akan terbuka pintu-pintu rezeki. Yang perlu ialah usaha dari kita untuk mencari rezeki itu. Kalau duduk goyang kaki sahaja memang tak ke mana la kan. Kawen la 2, 3, or 4 kali, kalu tak berusaha juga tiadalah hasilnya.

Selain itu, sebenarnya berkahwin awal ini akan menambahlan lagi kadar keseronokan dan ke'enjoy'an dalam hidup kita. Cuba bayang kan, bila dah ade isteri atau suami yang sah semua perkara yang hendak kita laku adalah bebas bersama. Nak pegang dan tengok tang mana pun. SILAKAN.....!!!! Tak ada siapa nak marah. Ditambah dengan setiap yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Enjoy tu. Mana yang katanya tak enjoy entah. 

Antara ke'enjoy'an yang boleh kita dapat macam kat bawah ni:

>saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
>suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
>cium isteri ~ dapat PAHALA!
>renung isteri ~ dapat PAHALA!
>suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
>suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
>suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
>suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
>suami imamkan isteri  ~ dapat PAHALA!
>suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
>suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
>main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahurabbi.. SERONOKNYA..!!!

Jadi, siapa yang dah mampu untuk berkahwin tu, pasangkan niat, mulakan langkah, tegak kan niat di hati untuk bernikah, minta petunjuk dan pertolongan dari Allah. Jangan tunggu-tunggu lagi. Lagi lama anda tunggu, lagi merugikan. Ingat saat anda sah bernikah, maka MENANGISLAH PARA SYAITAN sebab dengan berkahwin akan tertunduk nafsu kita sebagai manusia ini. Insyallah.



Papaglamz dan wife ENJOY berboling



Kami ENJOY bercuti

p/s: Just nak bagi tau. Papaglamz kawen pon family yang cari kan. huhuhu. Masa kawen pon wife Papaglamz masih seorang student tahun akhir. Last semester, wife Papaglamz pulak preggy. kikiki. Habis study, beberapa blan lepas tu baby menjengah ke alam nyata. Haaa lengkap kan? Enjoy tu BRO...!!!! 

-sekian-
















Foodsglamz l#l Char Kuey Teow JUARA memang jadi juara la

Foodsglamz l#l Char Kuey Teow JUARA memang jadi juara la

Assalamualaikum

Last time Papaglamz dan family berjalan-jalan sekitar Kuantan ni. Di sebab kan kami berjumpa seminggu sekali, kami akan berusaha untuk menghabiskan masa bersama se'optimum' yang mungkin. Jalan punya jalan teribe perut terasa lapar. Papaglamz punya wife dari sejak mengandung sampai la dah bersalin dan my litle princes dah berumur 6 bulan ni tetap masih mengidam Char Kuey Teow. Kat kuantan ni ade kedai makan boleh di katakan specialist dalam Char Kuey Toew. Sesiapa yang ke Semambu, Kuantan jangan lepaskan peluang untuk cuba Char Kuey Teow

Alamat : Juara Char Kuey Teow, Jalan Semambu Kuantan
No. Tel : 019-4225246

ISNIN - SABTU
Waktu : ISNIN - SABTU (3.30 PM - 2.00 AM)
Lokasi : http://goo.gl/maps/U20N5

Kedatangan Papaglamz ke sini sebenarnya masa kedai ni baru bukak. Jadinya tak la berapa ramai orang sangat. Bila dah di sini apa lagi Papaglamz n family orderla Char Kuey Teow Special Juara dua pinggan. Tambah dengan air jus tembikai. Walaupun kedai ni specialist Char Kuey Teow, ade juga masakan lain yang mereka offer. Masakan panas-panas pon ade. Siakap bakar ke, steam ke, segala bentuk masakan ikan yang kita nak pun ada. Order pun dah sampai, so Papaglamz pon dengan sopannya nak makan. Memang umphh...!!! Selamat mencuba.




Papaglamz punya litle princes tak sabar nak masuk nak makan



Haaa nyum nyum



Suasana kedai dan nombor meja kami

Sebenarnya banyak je cawangan Char Kuey Teow Juara ni yang boleh korang semua cari. Ni yang dekat-dekat dengan rumah Papaglamz je. Ok itu sahaja selamat menjamu selera. Mulakan dengan BISMILLAH.

-sekian-


Semasa l#l Buli sana Buli sini

Semasa l#l Buli sana Buli sini

Assalamualaikum



Semua orang mesti perasan atau tahu atau termengetahui kisah yang sangat viral di media sekarang ni. Apa lagi kalau bukan kes buli kan? Papaglamz sure mesti ramai yang dah menonton video buli yang mamat bersinglet hitam tu hero die. Tak sanggup Papaglamz nak menonton berulang kali. Terlampau kejam. Memang otai tahap dewa la Papaglamz cakap. Macam dah kuat sangat je kan. Kalau la anak Papaglamz yang kena, Papaglamz memang cari sampai ke lubang cacing. Masih sekolah lagi dah macam tu. Masyallah.

Ok la, rentetan daripada peristiwa buli tu, banyak la rancangan televisyen yang mengupas tentang masalah buli khasnya dalam rancangan bual bicara la. Contohnya rancangan Assalamualaikum Tv al-hijrah. Perbincangan yang panjang lebar. Jadi Papaglamz nak kongsi siket kenapa boleh terjadinya kes buli. Antaranya dendam, tunjuk kekuatan seniority dan sebagainya. Yang Papaglamz tak boleh bla tu sebab buli berlaku, kerana sebagai satu suai kenal. Erkkkkkkk....??? TERKESIMA Papaglamz dengar. Halooooo.... Ko nak suai kenal dengan silat tomoi boxing restling tumbok tampar dan sepak segala bagai ape dah tak ade cara lain yang lebih elok ke? Tak tahu la Papaglamz nak kata ape.

p/s: nak suruh anak Papaglamz belajar Silat Cekak Malaysia la. Macam Papa die jugak. Buat keselamatan diri di kala emergency. Insyallah. Doakan semoga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Picture atas tu Papaglamz pinjam kat uncle google. Tq.

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Selamat Tinggal Kasih

Tinta Papaglamz l#l Selamat Tinggal Kasih

Assalamualaikum




SELAMAT TINGGAL KASIH... Huuuuuu Huuuuuu Huuuuu.. Begitu la rutin setiap ahad, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun kecuali cuti sekolah la. Cinta jarak jauh antara Papaglamz dan juga wife memaksa kami hidup macam ni. For the first dulu-dulu agak kelam kabut juga. Tapi sekarang ni Alhamdulillah macam dah okay dah. Ala-ala follow the flow je la. Sambil tu berusaha n berdoa semoga wife Papaglamz dapat pindah mengajar dekat dengan Papaglamz. Insyallah. Cinta jarak jauh ni memang memerlukan kekuatan hati yang agak tinggi. Haaa nantikan entri Papaglamz tentang Cinta 200KM dalam segmen Tinta Papaglamz.

p/s: Papaglamz menghitung hari untuk sampai hari jumaat plak.. Isnin... Selasa... Rabu... Eh eh eh masih ahad lgi ker??? Hhuuuu hhuuu

-sekian-
Foodsglamz l#l Bubur asyura rezeki di petang hari

Foodsglamz l#l Bubur asyura rezeki di petang hari

Assalamualaikum



Baru hari tu drop komen kat blog Eny Yusnizar Abdullah entri tentang bubur asyura. Tetibe hari ni, jiran sebelah rumah bagi rezeki untuk merasa bunur asyura. Memandangkan jiran Papaglamz berketurunan kelantan, dia bagi bubur asyura versi Kelantan katanya. Mulanya jiran Papaglamz takut nak bagi sebab risau Papaglamz tak makan. Yela Papaglamz ni kan berdarah johor. Ayuh johor.. Ale ale ale.. Luaskan kuasamu.. Eh tibe.. Hehehe. By the way, Papaglamz sapu je semia makanan ni. Tolak batu n kayu je. Huhuhu. Untuk bubur asyura ni Papaglamz rasa sedap cuma macam terasa rempah die kuat sikit. And for your info, ni la first time makan bubur ni. Terima kasih Mak Cik jiran sebelah rumah bagi peluag Papaglamz dan family merasa. Alhamdulillah.

p/s: jangan lupe baca bismillah sebelum makan.

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Blogwalking segment

Tinta Papaglamz l#l Blogwalking segment



Assalamualaikum

Papaglamz join segmen.

Sapa nak join KLIK SINI

Jom sama-sama bersegmen

Jumpa di sana

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com