Tinta Papaglamz l#l Segmen “BLOGGER GET TOGETHER” WITH ADAA’SINSPIRATION

Tinta Papaglamz l#l Segmen “BLOGGER GET TOGETHER” WITH ADAA’SINSPIRATION


Assalamualaikum

Papaglamz join segmen bloger Addaa.
Sape nak join KLIK SINI
Jom bersama-sama blogwalking. X sabar papaglamz..

-sekian-
Travelglamz l#l Sepetang di Kampung Nelayan Pelindung Pantai, Beserah Kuantan

Travelglamz l#l Sepetang di Kampung Nelayan Pelindung Pantai, Beserah Kuantan

Assalamualaikum

Andainya waktu petang tu ade kelapangan masa, apa kata Papaglamz cadangkan satu tempat best punya sekitar daerah Kuantan ni yang boleh di lawati. Kampung Nelayan Pelindung Pantai, Beserah. Nama pun pantai kan? Forsure memang ade laut la. Seronok bermandi-manda di pantai ni. Lokasinya tak berapa jauh dari bandar Kuantan dalam 15 minit lebih kurang.




Ape yang boleh di buat kat tepi pantai ni? For sure la mandi. Tapi, kalau di Pelindung Pantai ni, Papaglamz tak recommend sangat untuk mandi kat sini. Selain tu, permukaan pantai yang agak landai amat sesuai untuk pengunjung melakukan aktiviti keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Contohnya berkelah dan sebagainya. Semasa Papaglamz bersama keluarga ke sini, ada beberapa pengunjung yang berjoging di gigi-gigi ombak pantai. Macam menarik je kan?







Aktiviti-aktiviti lain yang Papaglamz suka jika berkunjung di sini ialah makan dan makan. Hehe. Terdapat juga warung-warung yang boleh di singgahi untuk mengisi perut ataupun membasahkn tekak yang kehausan itu. Yang popular kat sini Mee Calong origonated dari Beserah. Papaglamz tak sempat nak cuba tapi memang popular la kat sini. Hehehe. Kadang-kadang, ade juga jual soft ice cream. Boleh la cube.

Memandangkan pantai ni merupakan pantai perkampungan nelayan, terdapat banyak sampan yang berlabuh di tepian pantai ini. Memang pemandangan menarik bagi Papaglamz. Sebenarnya Papaglamz dan family memang peminat tegar suasana laut. Tenang gitu. Haa Papaglamz nak share ni. Melihat laut ni dapat pahala tau. Sambil-sambil melihat tu kite memuji kebesaran Allah atas ciptaanya yang indah ni. Lagi satu, berjalan di atas pasir pantai sangat baik untuk kesihatan.tau




Hari tu Papaglamz ke pantai ni saje je nak membiasakan anak Papaglamz dengan air. Orang kata untuk membina keyakinan dan keberanian diri. Papaglamz harap Papaglamz punya litle princes ni pandai berenang sebab nabi kita Muhammad S.A.W menjadikan renang sebagai salah satu sukan pilihanya selain memanah dan berkuda. Insyallah.







p/s: Itu sajalah sharing Papaglamz untuk kali ini. Ingat niatkn dalam hati untuk melihat kebesaran Allah jika pergi travel ke mana-mana tu. Semoga perjalanan kita itu tidak sia-sia. Insyallah. Aamiin.

-sekian-

Tipsglamz l#l Oh suamiku yang romantis

Tipsglamz l#l Oh suamiku yang romantis


Assalamualaikum

Haa dalam entri kali ni Papaglamz terasa nak sharing tentang cara menjadi suami yang romantis. Senarai yang di bawah ni yang Papaglamz praktikkan la. Kalau orang laen, Papaglamz tak tahu.



1) Beri Bunga

Papa-papa semua kena la selalu bagi bunga kat isteri-isteri anda. Hahaha. Macam menipu je tiap2 hari nak bagi bunga kan? Ingat kita ni cop duit ke? So, the solution, kadang2 Papaglamz lukis gambar bunga yang simple2 je guna pen. Dah tu buat note kat bawah. "Abang sayang awak selalu. Duit kering lukis bunga je la ye sayang". Hehehe.
.
2) Ungkapkan Ucapan Sayang

Ucapkan sayang pada pasangan sangat praktikel. Lagi-lagi perempuan ni. Cair bro. Hehehe. Kalau boleh setiap hari la yer. Nak best lagi, kalau time sembahyang jemaah tu, doa dlm bahasa melayu satu ayat "ya Allah aku sangat sayang dan cinta akan isteriku, kau tambah kan lah rasa cinta dan sayang ini dan kuatkanlah ikatan kasih kami berdua". Boleh termenangis isteri kita dengar. Huhuhu

3) Pandang Mata Pasangan

Padangla isteri tu masa sedang berbual atau bercakap. Pandang dengan kasih sayang tau. Ala-ala pandangan debarnya debaran cinta gitu. Kan romantis gitu..

4) Bicara Dengan Lembut

Bicara dengan lembut, bukan bicara manis menghiris kalbu yang macam lagu Siti Nurhaliza tu tau. Hehehe. Betul kan, sedangkan Rasulullah sentiasa berlembut dengan isteri-isterinya, jadi kita sebagai pengikutnya kena la kita berusaha ikut. Insyallah. Lagi satu kontrol emosi ketika bercakap.

5) Berpimpin Tangan

Masa-masa dah jadi suami isteri ni la masa yang terbaik untuk berpegangan tangan dengan pasangan kita. Lagipun, dengan berpegangan tangan suami isteri ni boleh menggurkan dosa. Insyallah. Tak kan masa berkapel dok sebok nak berkepit jer. HARAM. Macam mana nak dapat CINTA HALAL kan? Insyallah..

6) Sentiasa senyum

Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat memikat kalbu. Betul tak? Cube praktik kan. Insyallah orang yang marah tak jadi marah. Huhuhu

7) Pakaian sedondon

Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Baju t-shirt ke, baju kurung dan baju melayu ke, baju berkonsep ke dan sebagainya la. Aduh, Sweetnya… Hehehe
.
8 )Kunjungi Tempat Yang Romantik

Honeymoon dan honeymoon lagi. Kalau honeymoon kat rumah je boleh ke tak? Pandai-pandai la kita jadikan suasana rumah kita tu macam tempat untuk bercuti. Contohnya, picnic kat belakang rumah ke, berenang dalam tab mandi ke? Hahahah. Jadi la suami yang kreatif okay..

9) Memberi Kejutan

Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Kalau main cak cak ba pn kadang-kadang boleh buat terkejut jugak.. Hehehe

10) Memujuk

Pandai-pandailah memujuk yer. Pujuk dengan rayuan, kata-kata maaf dan sebagainya. Satu tip, kalau isteri merajuk yang ala-ala mengada, bagi je ciuman hangat ala-ala larva gunung berapi yang nak meletus. Insyallah, sejuk la tu nanti. Hehehe

p/s: Okay tips dalam bersenda gurau. Papaglamz pon dok le romatik mama pon. Selalu jer mentersakitkan hati wife yang di cintai tu. Tapi boleh praktikan ye Papa semua.. Insyallah kita bertemu keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH, WARAHMAH. Aamiin.

-sekian-
Tipsglamz l#l Syukur resepi kehidupan yang sempurna

Tipsglamz l#l Syukur resepi kehidupan yang sempurna

Assalamualaikum





Hidup ini panuh dengan dugaan kan? Dugaan harta, keluarga, anak-anak, tempat kerja, hati dan sebagainya. Namun, dugaan ini lah yang akan mengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang hamba kepada penciptanya. Sebagai manusia yang tidak sempurna, seharusnya kita sentiasa mensyukuri nikmat yang tuhan telah berikan pada kita. Sesungguhya, dengan bersyukur itu ia akan mendekat kan diri kita kepada si pencipta di tambah dengan kelapangan hati dibuai kehidupan yang sempurna seadanya bertongkatkan keyakinan atas janji-janji Allah yang pasti.

p/s: Selamat beramal Papaglamz ucapkan. Papaglamz doakan agar semua pembaca mempunyai kehidupan yang baik dan sempurna. Insyallah.

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Debarnya Debaran Cinta

Tinta Papaglamz l#l Debarnya Debaran Cinta


Assalamualaikum

Cinta itu satu anugerah. Anugerah tuhan kepada setiap hambanya. Kadangkala cinta itu dapat menghubungkn rasa kasih kita pada sang pencipta yang Maha Esa. Namun, ada juga cinta yang membawa kepada kemurkaan sang pencipta. Harus di ingat bahawa hanya satu yang layak seharusnya kita cintai sepenuh hati kita iaitu pencipta sekalian manusia. Dengan cinta, manusia akan rasa begitu bahagia. Sanggup berkorban demi cinta. Cinta pada manusia, nampak di depan mata. Namun cinta pada yang Esa perlukan rasa dan iman bersulam keyakinan hati tanpa terlihat oleh mata biasa tapi pandangan mata hati bisa melihatnya.




Begitulah cinta. Papaglamz sudah mendapat cinta hati Papaglamz. Alhamdulillah. Tuhan mengizinkan Papaglamz untuk merasa cinta yang halal lagi suci di usia yang masih muda lagi. Ternyata hikmah perkahwinan itu begitu banyak dan indah. Allah ada berfirman dalam surah Annisa' ayat keempat yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

Ternyata penikahan itu satu cabang ketaqwaan. Papaglamz merasai sendiri, dengan pernikahan kehidupan Papaglamz semakin baik. Alhamdulillah. Bukan itu sahaja betapa nikmat cinta halal itu ialah janji tuhan untuk memberi rezeki kepada kita seperti firmannya dalam surah Annur ayat 32 yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Ayuh Cik Abang semua, bangunlah. Sahutlah seruan dari yang esa. Bersamalah kamu mengorak langkah menuju Cinta Halal bersama pasangan kamu. Kerana cinta yang halal itu terletak di dalam syurga yang indah. Rasailah kehangatan cinta di dalam syurga.

KATAKAN YES PADA CINTA HALAL

p/s: Gambar tu time sebelum akad nikah. Ala-ala DEBARNYA DEBARAN CINTA gituuu.. Ditambah dengan masih kurus... Sekarang? Ermmmm.. No komen... hehehe

-sekian-

"1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan"

"1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan"

Assalamualaikum

Dalam usaha berjinak untuk memeriahkan blog Papaglamz ni, maka satu segmen dari blog Khairunnisa macam banner kat bawah ni telah Papaglamz join. Hehehehe



So blogger-bloger yang rajin berblogwalking meh Klik Sini kalau nak join.

Selamat bersegmen kepada Papaglamz n semua.

-sekian-
Semasa l#l SPM 2014 Perjuangan kini bermula.

Semasa l#l SPM 2014 Perjuangan kini bermula.


Assalamualaikum



Hari ini 3 Nov 2014 (Isnin) maka bermulalah perjuangan adik-adik tingkatan 5 berjuang dalam peperangan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Papaglamz ucapkan dan doakn semoga adik-adik semua berjuang dengan cekal dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Papaglamz punya litle princes kne tunggu 17 tahun lagi nak amek SPM. Entah ad lagi ke tidak. Huhuhu

-sekian-
Travelglamz l#l Masjid Kristal menggamit sebuah memori

Travelglamz l#l Masjid Kristal menggamit sebuah memori

Assalamualaikum

Sesiapa sahaja yang datang ke Kuala Terengganu, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke salah sebuah mercu tanda di sini iaitu Masjid Kristal. Papaglamz juga begitu. Di kesempatan memenuhi undangan perkahwinan kawan di Kuala Terengganu, Papaglamz singgah sebentar di masjid ini.


Ternyata binaan concrit yang berasaskan kaca dan keluli menggamit pandangan dengan keindahannya. Di tambah pula apabila gabungan antara struktur bangunan dan juga alam terjalin harmoni. Begitu indah, sehinggakan Papaglamz terkesima. Bukan itu sahaja, binaanya yang terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam sememangnya satu bonus bagi para pelawat untuk singgah di masjid ini untuk menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.


Keluasan masjid 2,146 hektar persegi yang mana boleh memuatkan seramai lebih kurang 700 orang sesuatu masa, membuktikan juga masjid ini dibina untuk menampung kebanjiran pelancong ke kawasan ini untuk mengerjakan solat.

Alhamdulillah, sememangnya hajat di hati Papaglamz dari dulu lagi untuk bersama-sama si jantung hati yang halal untuk melawat masjid ini. Semoga selepas ini boleh lah bersama-sama pergi masjidil haram pula. Insyallah. Doakan ye semua.

p/s: Papaglamz berhajat nak menjelajah setiap masjid di Malaysia ni. Suatu masa nnti la. Insyallah.

-sekian-

Semasa l#l Luahan positif Tengku Mahkota Johor terhadap kekalahan JDT di Piala Malaysia 2014

Semasa l#l Luahan positif Tengku Mahkota Johor terhadap kekalahan JDT di Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum



Papaglamz share luahan hati Tengku Mahkota Johor terhadap kekalahan JDT.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim kerana telah berusaha sedaya upaya mereka. Dan tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana sentiasa setia bersama pasukan walau apa rintangan mendatang. Terima kasih kerana bersatu sebagai rakyat Johor dan memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan dan kesayangan kita.

Kepada rakyat Johor sekalian,

Peristiwa yang lalu tidak dapat diubah, tetapi kita mampu mempengaruhi masa depan. Kejayaan bukan diukur dengan kedudukan seseorang itu, tetapi dengan segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Musim ini merupakan satu musim yang baik untuk JDT. Tentunya ia lebih hebat sekiranya kita menang pada malam ini, tetapi kita perlu terima keputusan ini dan terus maju kehadapan, kerana hidup mesti diteruskan. Kita telah berusaha terlalu gigih dan terlalu lama untuk membiarkan sesuatu menjadi penghalang bagi mencapai matlamat yang kita idamkan. Kita mestilah sentiasa kekal bermotivasi dengan dorongan untuk mencapai sesuatu, dan bukannya keinginan untuk menjatuhkan orang lain.

Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang ke hadapan, dan seperti yang saya selalu katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ianya bertukar menjadi rama-rama. Marilah kita terus bersyukur dan kekal positif. Jangan dinilai hari kita dengan apa yang dituai, tetapi dengan benih yang disemai.

Sayangilah orang yang tersayang, hargai apa yang kita miliki, dan teruskan hidup.

Hidup Johor Demi Johor

Jumpa lagi di musim hadapan.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Kredit Johor Southern Tigers

-sekian-
Semasa l#l Sudah terang lagi bersuluh. Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Semasa l#l Sudah terang lagi bersuluh. Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum


Itulah yang pasti. Tiada lagi sangsi. Pahang terus mempertahankan kejuaraan Piala malaysia bagi musim 2014. Perlawanan yang penuh dengan debaran, komitment pemain yang begitu tinggi dalam permainan yang mencecah 120 minit termasuk masa tambahan. Kemenangan Pahang terhadap Johor sebanyak 5 - 3 dalam penentuan penalti merealitikan impian Pahang untuk terus menjulang piala yang berprestij ini.


Perjuangan kedua pasukan sehingga ke titisan darah terakhir yang membawa kepada penentuan penalti ternyata menunjukkan bahawa kedua pasukan bermati-matian mempertahankan gawang masing- masing. Sehingga gol seri dihasilkan ketika wisel penamat masa tambahan dibunyikan.

Walauapapun, itulah dia sukan bola sepak Malaysia, ternyata menampakkan betapa semangat kesukanan yang masih lagi ada sinar kegemilanganya. Semangat kesukanan yang di pamerkan oleh setiap pemain dan juga semangat penyokong-penyokong yang tidak pernah luntur sepanjang permainan berlangsung menunjukkan betapa sukan bola sepak di Malaysia ada dikelasnya yang tersendiri. Papaglamz doakan agar sukan ini terus gemilang dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa bola sepak dunia yang lain.

Sekali lagi tahniah Papaglamz ucapkan pada kedua-dua pasukan dengan mempamerkan permainan yang mantap sekali. Agak teruja Papaglamz menontonnya walaupun hanya di kaca televisyen sahaja.

p/s : Ni first time Papaglamz tengok bola dari awal sampai akhir. Sempoottt...!!!!

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com