Assalamualaikum semua.
Bulan Ramadhan yang lalu aku diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis ramah mesra yang diadakan di masjid kawasan taman tempat aku. Sebenarnya lama aku tak menjadi mc dalam apa-apa juga acara majlis. Jadi, boleh la aku tunjuk skill pada kawan-kawan aku. Sebelum majlis bermula, aku sediakan teks mc yang akan aku gunakan semasa masjil berlangsung nanti.
MC of the day |
Mari aku kongsikan teks mc yang aku gunakan dalam majlis ni. Semoga bermanfaat ya.
Baca juga : Cara Mudah Dan Kreatif Simpan Duit Dalam Tabung
Program: Majlis
Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bula n Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam
Kawasan Parlimen Indera Mahkota.
Tempat:
Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan
Masa: 3.45
PM
Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bula n Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota
Masa |
Perkara |
Remarks |
3.45 PM |
Kehadiran para
tetamu Solat Asar Berjamaah |
|
4.45 PM |
Ucapan alu-aluan
pengacara majlis Para hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Bin
Abdullah. Menteri Komunikasi
dan Multimedia Malaysia merangkap Ahli Parlimen Indera
Mahkota. Yang Berbahagia Datin Norlin Binti
Shamsul Bahri. Yang Berusaha, En. Yusmahaizad Bin
Mat Yusof – Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh. Yang Dikasihi, En. Shamsudin Bin
Abu Bakar – Pengerusi KRT Taman Dato’ Rashid Salleh. Para Imam dam
Pengerusi Masjid dalam Kawasan Indra Mahkota. Para penerima
sumbangan, Jawatan kuasa KRT
Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh Barisan AJK Masjid
An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Serta
hadirin-hadirat sekalian. Mekar mewangi bunga Cempaka, Sayang harumnya memukau sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Terlebih dahulu
marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini dalam Majlis
Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam
Kawasan Parlimen Indera Mahkota. Selamat datang ke
Masjid An-Nur Taman Datp’ Abdul Rashid dan ribuan terima kasih diucapkan
kepada Tetamu Jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke
majlis ini. Terutamanya, kepada
YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah berserta isteri. Khabarnya dato’ tidak begitu
sihat, tetapi demi komitmen yang digalas, beliau sudi Bersama kita pada
petang ini. Alhamdulillah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah. Insha Allah |
|
|
Bacaan Doa Petik Kenanga indah
disemat, Gubahan di olah bawa
berangkat, Bersama kita memohon
rahmat, Moga majlis mendapat
berkat. Bagi memberkati
majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis
dengan ini mempersilakan ___________________________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan. *Bacaan doa Amin Amin Ya Rabbal
`Alamin Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ________________________________________________
atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat. Ucapan
Pengerusi Masjid Sidang hadirin sekalian, Adat berbahasa
menyampaikan pesan, Adat upacara
menyampaikan ucapan, Tanpa membuang masa,
majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha, En. Yusmahaizad Bin
Mat Yusof – Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh untuk
memberikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan. *ucapan Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof, atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi. Ucapan
Pengerusi KRT, Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh Sidang hadirin
sekalian, Majlis seterusnya
menjemput dan mempersilakan, Yang Dikasihi, En. Shamsudin Bin
Abu Bakar – Pengerusi KRT Taman Dato’ Rashid Salleh untuk menyampaikan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan. *ucapan Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada En. Shamsudin Bin Abu Bakar, atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi. Penyampaian
Sumbangan Wang Tunai kepada 27 Keluarga B40 Kini tibalah masanya penyampaian sumbangan kepada keluarga B40. Sumbangan ini merupakan sebakul makanan dan juga wang tunai. Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Bin Abdullah untuk menyerahkan sumbangan dibantu oleh petugas-petugas yang ada. Penyerahan
Kurma kepada Imam-imam Kini, sekali lagi
saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ untuk menyampaikan kurma dan juga
bantuan wang tunai kepada imam-imam dan juga wakil-wakil masjid dalam Kawasan
parlimen Indra Mahkota dibantu oleh pertugas-petugas yang ada. Majlis dengan ini
dipersilakan. Dengan berakhirnya
penyerahan sumbangan kepada imam-iman dan wakil-wakil masjid dalam Kawasan
Indra Mahkota, maka berakhirlah program kita program kita pada petang ini. Sebelum saya
mengundur diri, sekali lagi saya megucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang sudi hadir untuk Bersama-sama dalam masjlid pada petang ini. Saya juga mewakili
barisan AJK Masjid An-Nur dan juga KRT Taman Dato’ Abdul Rashid menyusun 10
jari memohon ribuan kemaafan kepada semua sekiranya ada kekurangan sepanjang
program ini berjalan. Jadi, selepas ini,
saya mejemput para hadirin dibantu oleh petugas-petugas yang ada untuk sesi
bergambar sebelum kita teruskan dengan acara jamuan ringkas. Sekian sahaja dari
saya Wabillahitafiqwalhidayah Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. |
|
With love
-Papaglamz-
mintak izin nak guna tesk
BalasPadam