23.9.21

3 Tanda-tanda Mengandung Anak Pertama Diusia Awal Kehamilan

 Assalamualaikum semua

Hari ni saja je la aku tengok album-album lama. Ada gambar keluarga aku termasuk isteri dan juga anak-anak. Melihat gambar-gambar diorang teringat kisah zaman-zaman baru kahwin dan lagi best bila tengok gambar anak aku yang sulung masa baby lagi, teringat macam mana kitorang laki bini excited nak tengok tanda tanda mengandung anak pertama yang wife aku hadapi.

1. Tak datang period

Actualy, tanda-tanda awal kehamilan yang bini aku alami ialah bila mana pada bulan itu wife aku tak datang period. Padahal wife aku punya kitaran poriod adalah normal. Dari zaman anak dara lagi kitaran haid wife aku adalah jatuh pada kiraan yang lebih kurang sama pada setiap bulan. Jadi, sebulan lepas kitorang kawen tu, wife aku tak datang period. Kitorang memang dah expect ni macam tanda-tanda hamil je.

Baca juga : Pantang Larang Ketika Mengandung

2. Result "double line" di pregnancy test

Jadi, selepas seminggu wife aku tak datang period, aku pun cari la pregnancy test. Dengan pregnancy test ni la kita boleh confirmkan tanda-tanda kehamilan itu betul ataupun tidak. Bila buat pregnancy test, alhamdulillah memang confirm. Tanda-tanda kandungan kau positif ialah bila ada dua line pada bacaan pregnancy test tu. So, comnfirm bini aku pregnant. 

Lepas je, buat pregnancy test, bini aku pun buat kira-kira. Kami mengagak berapa bulan usia kandungan tu. Masih awal lagi masa tu. Baru dalam 3 minggu. Mulanya aku nak suruh cepat-cepat buat buku check up di klinik, tapi bila tanya kawan-kawan, diorang cakap tak perlu lagi. Biasanya orang akan buar buku check up mengandung di klinik bila usia kandungan dah masuk 12 ke 14 minggu. so, kitorang decide tak buat la. Tunggu dulu.

3. Rasa loya dan muntah

Semasa awal kehamilan tu, wife aku tak pula menunujukkan tanda-tanda prengnant yang lain seperti muntah-muntah ke, pening-pening kepala dan sebagainya yang biasa kita dengar tu. Alhamdulillah, memang sepanjang kehamilah anak pertama kami, wife aku memang tiasa mengalamin sebarang alahan. Sangat-sangat bersyukur. Yela, ketika wife aku mengandung anak pertama ni, dia masih lagi student last year kat maktab. Ditakuti bila hamil ni, mengganggu pembelajran dia. Tapi alhamdulillah tak.

Ok la, tu je nak cerita kali ni. Semoga pengalaman ini bermanfaat buat korang semua. Nantikan next story dari aku. Insyallah.

Sekian,

With love

-Papaglamz-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com