3.5.20

5 Restoran Menarik Yang Boleh Dicuba Sekitar Chinatown

5 Restoran Menarik Yang Boleh Dicuba Sekitar Chinatown 

Bila sebut perkataan Chinatown mesti pada fikiran kita terfikir akan makanan masakan cina yang lain daripada yang lain kan? Tetapi untuk lokasi Chinatown di Kuala Lumpur ada banyak restoran dengan menu yang pelbagai untuk di cuba sebenarnya. Di sana ada pelbagai restoran dengan menu yang best-best seperti makanan barat, makanan melayu, makanan india dan seumpamanya. 

Tidak hanya itu, terdapat juga restoran dengan dekorasi yang sangat menarik untuk duduk lepak-lepak bersama pasangan, famili atau kawan-kawan sambil menikmati menu makanan yang sedap. 

Antara restoran menarik yang boleh dicuba sekitar kawasan Chinatown Kuala Lumpur itu adalah : 

#1 - Merchant's Lane


Kalau sebu je Chinatown, mesti dah mindset dalam kepala anda yang tempat tu mesti bising dan sibuk dengan pengunjung-pengunjung yang datang kesini kan? Tetapi ada satu tempat makan menawarkan anda percutian yang tenang daripada kesibukan tempat tersebut. 

Kafe tersembunyi ini banyak menyajikan teh dan kopi buatan tangan serta makanan ringan serta pencuci mulut gaya gabungan yang amat menyelerakan. Selain itu, cafe ini juga amat dikenali dengan suasana dan hiasannya yang sangat cantik dan bergaya.

ALAMAT:
150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur





#2 - Restoran Yusoof Dan Zakhir


Terletak di hujung pasar pusat Chinatown, Kuala Lumpur, Restoran Yusoof dan Zakhir adalah sebuah restoran India yang amat yang amat menyenangkan dan mendapat sambutan yang sangat baik disebabkan oleh makanan yang dihidangkan sangat berkualiti. 

Di tengah-tengah restoran ini pula, terdapat beberapa hidangan yang tersusun di atas sebuah meja. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihidangkan terutamanya menu-menu India tempatan termasuklah kari kepala ikan, ayam tandoori dan lain-lain.

ALAMAT:
Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

#3 - Arabesque Kuala Lumpur


Arabesque Kuala Lumpur adalah sebuah restoran Timur Tengah yang selesa dan telah berjaya mencuri perhatian para pelanggan sama ada penduduk mahupun pelancong sejak ia mula beroperasi pada September 2014 lagi. 

Selain daripada suasana berhawa dingin dan hidangan-hidangannya yang berasaskan campuran  makanan tradisional Turki, Mesir, dan Syria seperti fattosh, falafel roll dan lain-lain. 

Tidak hanya mementingkan pada servis layanan pada para pelanggan malah pihak Arabesque turut menitik beratkan soal kebersihan, penampilan, persembahan makanan dan rasa. Dapat makan menu makanan sedap dengan layanan baik, hangat dan ramah sudah tentu seronok kan?

ALAMAT:
150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

#4 - Al Halabi Gourmet Restaurant


Bagi penggemar makanan ala india, anda boleh cuba Al Halabi Gourmet Restaurant. Di sini ada pelbagai menu makanan yang rakyat Malaysia suka seperti roti canai, roti boom, nasi beriyani dan sebagainya. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Dari segi rasa besar kemungkinan sangat menepati selera kerana ramai pengunjung yang gemar menikmati makanan di situ. Kiranya untuk kawasan Chinatown Kuala Lumpur, Al Halabi Gourmet Restaurant merupakan salah satu tempat makan yang boleh dipertimbangkan.

ALAMAT :
Jalan Hang Lekir 8, Ground Floor, Kuala Lumpur 50000 Malaysia

#5 - Chocha Foodstore KL


Terletak hanya lima minit dengan hanya berjalan kaki dari Petaling Street Market, kafe ini menawarkan tempat percutian yang tenang dan sunyi kepada para pengunjung disebabkan suasananya yang tenang dan juga sangat menawan. 

Kafe ini sangat unik kerana ia dilengkapi dengan halaman tengah yang diterangi oleh cahaya matahari dan dihiasi oleh hiasan-hiasan yang sangat cantik. Memang sesuai sangat kepada anda yang sangat suka mengambil gambar sebab suasana kedai ni memang sangat menarik dan menawan hati para pengunjung.

ALAMAT:
156, Jalan Petaling, Kuala Lumpur

Berhajat Nak Cuba Menu Baru? Tak Tahu Mana Nak Dapat? Online Delivery Kan Ada! 

Mesti ada yang mengeluh mana nak dapat makanan pelbagai sepanjang tempoh berkurung ni kan? Jawapannya ada pada handphone masing-masing. Salah satu yang boleh membantu adalah Foodpanda

Melalui Foodpanda, bermacam jenis makanan ada dipamerkan. Sebagai pengguna kita hanya perlu memilih dan membuat pesanan. Nak cuba menu-menu masakan baru juga ada. Makanan barat, makanan melayu, makanan cina, makanan segera, semuanya ada di website utama Foodpanda. 
Tambahan pula servis food delivery by Foodpanda ni memang ada di banyak kawasan jadi tak perlu nak susah payah melangkah keluar dalam musim virus covid19 ni. Nak makan apa order saja online. Keselamatan diri kita sama-sama jaga. 

Yang pasti pihak Foodpanda telah memperkenalkan servis penghantaran cara contactless delivery. Ini sangat membantu proses penerimaan makanan dalam jarak yang selamat tanpa perlu berhubung secara langsung. 

With Love
Papaglamz

Sekian

2 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com