18.8.19

Resepi Mee Bandong Mudah Tapi Rasa Meletop..!!

Assalamualaikum semua. Serious saya tertarik dengan cerita disebalik resepi mee bandong yang telah dikongsi oleh puan Syahr Musafir di facebooknya. Jom la layan cerita puan ni.

Jom tonton : Masak Maggie Goreng Bersama Anak-anak

Kelam-kabut pagi ini, Aboy HE (2 tahun 8 bulan) demam jadi saya berjaga sepanjang malam, Adik AL (9 bulan) merengek manja menangis bagai entah apa tak kena maka 'melekatlah' dengan Mama, Along ST (8 tahun 1 bulan) sakit perut lapar, mujur Angah IY (5 tahun 9 bulan) sihat dan ringan tulang bantu kemas rumah, ambilkan itu ini, termasuk tolong hidangkan makanan atas meja.


Alhamdulillah pagi ini, ubah selera, saya sediakan mi bandung.

Kuah bandung ini saya buat ringkas guna apa yang ada di dapur saja, kebanyakan barang dapur dah habis, biasalah Khamis, esok Jumaat ke pasar untuk beli barang.

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. Terus tumiskan dalam minyak panas hingga naik bau.

2. Masukkan air.

3. Masukkan semua jenis lauk yang kita nak guna: ayam, daging, udang, sotong, ikut citarasa masing-masing. Saya juga letak fishballs. Biarkan mendidih.

4. Apabila mendidih, masukkan sayuran yang kita suka: boleh letak jagung, carrot, sawi, cendawan dan sebagainya. Biarkan mendidih.

5. Apabila mendidih, pecahkan telur. Saya guna 3 biji telur. Kacau sikit supaya telur jadi sedikit hancur. Tetapi jangan terlalu kacau hingga hancur semuanya. Biarkan mendidih.

6. Dalam keadaan kuah mendidih, masukkan sos: saya letak sos tiram, sos tomato dan sos cili (sikit je, sebab tak nak pedas). Bab sos ni, boleh pelbagaikan dengan sos ikan dan sebagainya. Boleh juga letak kiub pati ayam jika suka.

Jika perlu, masukkan garam dan gula.

Biarkan mendidih.

7. Larutkan sedikit tepung jagung dalam sedikit air dalam mangkuk kecil, tuangkan ke dalam kuah bandung, kacau rata supaya kuah menjadi sedikit pekat.

Dan siap!

Mudah, kan? #NowEveryoneCanCook #MiBandung

Alhamdulillah, berkejar ke tempat kerja pula. Kalut punya pasal, tak sempat breakfast pun.

Saya doa moga anak-anak cepat sihat dan isteri diperkuat dan dipermudahkan urusan menjaga anak-anak. Kalau tak perlu kerja, sudah pasti saya stay di rumah uruskan keluarga saja, tetapi banyak urusan hari ini, tak dapat nak mencutikan diri.

#DapurDrSyahr #SuamiMasak #SarapanPagi #MiBandung #ResepiMudah #KeluargaDrSyahr #MemasakAdalahIBADAH

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com