27.2.19

Bukan Kabin Biasa-biasa. Ini Dia Senarai Penginapan Konsep Kabin Yang Ada Di Selangor

Assalamualaikum semua. Antara perkara penting yang wajib dirancang ketika hendak bercuti adalah rumah atau hotel untuk stay. Macam-macam jenios penginapan yang ada yang boleh anda cuba. Kini, konsep penginapan bertemakan kabin mula semakin popular.

Biasanya kabin ni diguankan sebagai pejabat sementara ataupun gudang sementara di kilang-kilang dan tempat pembinaan. Jom ikuti Senarai Penginapan Konsep Kabin Yang Ada Di Selangor yang anda boleh cuba jika hendak bercuti di sini.

The Cabin, Kuala Selangor



The Cabin adalah antara penginapan berlatarkan imej kabin yang cukup popular di Malaysia. Lokasinya berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor pasti memudahkan anda untuk beriadah di pantai terutamanya pada waktu petang. Penginapan di sini sesuai untuk individu, pasangan dan datang secara berkumpulan. Sambil menikmati percutian, anda boleh membasahkan tubuh di kolam renang yang ada di tengah-tengah kawasan utama kontena.

Alamat: Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor, Malaysia

Hubungi: 017 9247800 / 03 32647800

Baca Juga: Homestay Di Ampang - Banglo Mewah Taj Villa Taman Zoo View

Sarang By The Brook, Kuala Kubu Bharu



Sesuatu yang mendamaikan jika anda memilih untuk menginap di Sarang By The Brook. Dikelilingi dengan landskap yang menghijau dan tenang, adalah destinasi tepat untuk anda lari sebentar daripada hiruk-piruk kota. Ia mengekalkan konsep dan warna alam semula jadi sebagai daya penarik utama.

Alamat: Jalan Seruling 20, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Hubung: 019 3322448

Farm Villa Cafe & Homestay Kuala Selangor



Menampilkan 10 buah kontena dengan rekaan moden. Dikelilingi dengan persekitaran sawah padi, memberi kesan yang berbeza terutamanya bagi anda yang tidak pernah merasai pengalaman ini. Di bahagian atas kontena terdapat sebuah dek untuk anda berehat dan bersantai. Juga terdapat kemudahan kolam renang. Antara ciri menarik di homestay ini, terdapat ruangan untuk bermain seperti trampolin dan kawasan putter untuk golf.

Alamat: 11304, Kampung Side B Tambahan, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, Selangor

Hubungi: 017 2068666

Sekinchan Padi Box Homestay, Kuala Selangor



Homestay ini menawarkan bilik kontena berwarna-warni berkonsep hipster. Ini adalah tempat menginapan menarik untuk anda yang ‘kaki selfie’. Ia mempunyai pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berbasikal di kawasan sekitar, menangguk ikan di sawah dan BBQ bersama keluarga.

Alamat: Lot 11126, Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, Sekinchan, Selangor

Hubungi: 019 3205688

Nafas Cube, Serdang



Terletak di dalam kawasan pertanian milik MARDI iaitu MAEPS, Serdang. Menarik mengenai Nafas Cube ini ialah ia berkonsep santai, ranggi kerana menggabungkan dua jenis penginapan berbeza lagi unik iaitu kontena dan tube. Di luar penginapan, disediakan tempat bersantai seperti set kerusi-meja di beranda dan bangku untuk mereka yang menginap di tube. Amat sesuai untuk peminat agro pelancongan.

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Serdang, Selangor

Hubungi: 012-2513121

Dash Box Hotel Cyberjaya



Meski tidak menggunakan 100 peratus kabin sebagai daya tarikan utama, Dash Box tetap menerapkan imej sebuah kabin yang asal. Dengan konsepnya yang segar, urban dan ala hipster, anda pasti terpukau. Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin. Juga terdapat kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Alamat: Persiaran Apec, Cyber 8, Cyberjaya, Selangor

Hubungi: 03 83227171

With Love 
Papaglamz

-sekian-

Kredit: Sajilibur

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

1 ulasan:

  1. penah pegi The Kabin.. ruang dalam agak sempit dan memanjang. Tapi tetap selesa. sape yang nak cari kelainan boleh la cuba.

    nak baca pengalaman & tip jalan2 ke Tokyo jom singgah sini https://wansembangcorner.blogspot.com/

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com