Assalamualaikum semua. Budak-budak kecik yang girl kalau pakai gaun kembang memang sangat comel. Jadi, PapaG try la menjahit gaun peplum yang simple je untuk anak PapaG. Banyak kali juga PapaG cuba untuk menjahit dan alhamdulillah hasilnya semakin menjadi dan cantik. Kena buat banyak kali lagi untuk menjadi lebih sempurna kan? Ok la, dalam entri kali ni PapaG nak tujukkan pada pembaca semua panduan mudah melakar pola dan menjahit gaun kembang peplum kanak-kanak. Tapi pola dan cara jahitan ni PapaG buat atas logik dan memudahkan PapaG la. Tak la sesempurnan mana. Kalau korang ad cara lain nak buat yang lagi baik boleh kongsi-kongsikan dengan PapaG yer.
Lakaran pola gaun kembang (peplum) kanak-kanak
Untuk melakar pola, macam biasala benda yang korang perlukan ialah kertas. PapaG lebih suka pakai kertas berwarna putih. Mudah untuk PapaG lukis nanti. Senang nak nampak apa yang kita tulis. Tapi tak kisah kertas apapun. Ada yang guna surat khabar. Pun boleh. Tak kisah.
Pola Bahagian badan
Untuk pola bahagian badan kiraan ukuran adalah seperti dibawah:
A-C : Panjang Bahu/2
B-C : 3 inci
C-D : Kalau pola bahagian depan 4@4 inci. Kalau pola bahagian belakan 1@1.5 inci
C-E : Dada/4
C-F : Panjang bahu hingga ke pinggang
F-G : (Pinggang +2)/4
E-H : (Dada+2)/4
I-J : Untuk pola bahagian depan 3/4 inci. Untuk pola bahagia belakang 1/2 inci
Untuk memotong kain, lipat kain kepada dua dan tekap semula pola yang korang dah lakar.
**Pola bahagian hadapan dan belakang adalah sama cuma yang berbeza hanya pada bahagian lekuk ketiak (I-J) dan juga lubang leher. Sila lihar ukuran.
Pola bahagian legan
Untuk pola bahagian lengan kiraan ukuran adalah seperti dibawah:
A-B : Dada/4
B-C : 4@5 inci
A-E : Labuh tangan
E-D : Luas pergelangan tangan
F : Titik tengah antara A-C
Untuk memotong kain, lipat kain kepada dua dan tekap semula pola yang korang dah lakar.
Pola bahagian gaun (peplum)
Untuk pola bahagian kain kiraan ukuran adalah seperti dibawah:
A-B : Labuh pinggang ke kaki
D-C : Labuh pinggang ke kaki
Lekuk A-D : Lekuk ini korang dapat dengan mengukur panjang E-A dan ED. rumus seperti di bawah:
Panjang pinggang/6.28
**6.28 ni nombor kalau korang nak tahu hasil kiraan dari rumus ukur lilitan bulatan. Kena faham matematik sikit la. dapat je panjang E-A dan E-D korang jadikan titik E sebagai pusat korang. Ukur jarak E-A dari tepi sampai la tepi E-D tu. korang akan dapat satu lekuk. Sambung lekuk tu dan potong.
**Untuk kain peplum, kain dilipat 4 bila hendak memotong kain. Hasil akhir ialah sekeping kain yang berbentuk bulat dan ditengahnya berlubang.
Bila dah siap semua pola, boleh la cuba tekap diatas kain. Untuk mencantum, korang mesti terer kan? Cantumkan bahagian badan dan kemudian bahagian lengan. seterusnya cantumkan kain pula. Untuk memudahkan kita mencantumkan kain peplum dengan pinggang, ukuran pinggang dan waktu mengira jejari E-A dan E-D adalah tepat. Korang cuba la dulu ye.
Ok la gambar di bawah ni hasil yang PapaG buat. Ini adalah percubaan kali ke 4. Baru la boleh dikatakan cantik.
PapaG buat yang tak berlengan. Anak PapaG tu masih kecik. Mudah berpeluh. Saja. Kalau nak buat yang ada lengan pun boleh tau. Ikut pilihan hati sendiri.
Untuk kemasan leher dan lengan, PapaG just jahit tepi sulam dan bakar. Buat masa ni tu je yang PapaG mampu. Masih lagi nak belajar untuk buat kelim atau kemasan bahagian leher yang lain. Insyallah.
Ni la contoh cantuman kain peplum dan bahagian badan. Tak de jerut-jerut kan? Untuk memudahkan cantuman tanpa buat jerutan, kena kira betul masa buat pola peplum tadi tu la.
Ni pulak kemasan untuk bahagian bawah kain. Sama macam leher dan lengan tadi. Kan PapaG cakap tadi, Papag tak pandai nak buat kelim lagi. Lebih-lebih lagi nak kelim bahagian lekuk-lekuk ni kan. Jadi PapaG gukan la konsep ni. Alhamdulillah berjaya.
Ok la Papag harap perkongsian Papag ni berguna untuk korang semua. Yang pasti, apa yang PapaG buat ni tak lah sesempurna mana. Ada lagi tutorial yang lebih sempurna dan lebih elok lagi. Baca la banyak-banyak tutorial yang lain. Mungkin korang akan dapat idea yang lebih baik. Ok la, jumpa dalam entri yang lain nanti yer.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Wah...santek la anak dara papag nanti..baju ala2 pincess
BalasPadamHehehe.. kannn. Princesss di hati ayah..
Padamhehehe comelnya. hebatlah papa. untung Dhia.
BalasPadamHehehe. Alhmdpph
PadamHi papa tailor. Nnt klu buka oder, roger2 eh
BalasPadamInsyallh
PadamThanks papa G! Nak try juga la
BalasPadamWelcome. Nt klu dh siap jgn lupa share tau
Padambuat la gaun untuk sye pulak papa g. nak gaun elsa frozen. hehehe
BalasPadambestlah kalau pandai buat baju sendiri kan.Nak fesyen macam mana pun boleh..
BalasPadamwaw.. Blog PapaG ni mmg byk bntu sye la dlm bidang jahitan.. sye belajar di Giatmara tapi jarang pergi sbb saya terikat dengan sekolah sekular jadi klu cuti panjang baru pergi.. ni saya teringin jahit bju niha.. tu yg terus bukak internet.. tapi blog ni sngt membantu pengguna macam saya.. tq PapaG
BalasPadambaru nak bljr jahit sikit2. bagaimana nak pastikan kedudukan I sepanjang garis lurus atas ke bawah tu yea?
BalasPadamTq info share ye
BalasPadamCantik
BalasPadam