Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP)

Nama Vitamin

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein

Fungsi
Fungsi Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membekalkan tenaga.
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
  • Penting bagi ibu yang menyusukan anak, kanak-kanak dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Simptom kekurangan

Kekurangan protein yang serious oleh seseorang akan menyebabkan tumbesarannya terganggu. Kemungkinan beberapa symptom akan kelihatan seperti:
  • Mudah keletihan.
  • Kulit yang kusam dan tidak bertenaga.
  • Mudah terkena penyakit.
  • Simptom ramut gugur yang melampau.

Sumber makanan
  •  Susu
  • Telur
  • Keju
  • Daging
  • Ikan
  • Ikan Teri
  • Bijian-bijian yang masih berkulit
  • Kentang
  • Kacang tanah

 Golongan yang memerlukan

  • Wanita HamilProtein di perlukan bagi memastikan tumbesaran tulang dan sel-sel bayi dalam kandungan.
  • Ahli sukanProtein di perlukan untuk membina sel-sel  otot yang di khuatiri tercedera ketika melakukan aktiviti sukan.
  • Mereka yang sedang pulih dari sakitProtein di perlukan bagi membantu pembentukan sel-sel pemulihan sebagai contoh jika pesakit mengalami luka yng teruk ESP akan membantu pembenutkan sel-sel baru sekaligus mempercepatkan luka pulih.
  • Kanak-kanakKanak-kanak semeangnya memerlukan protein yang secukupnya bagi membantu tumbesaran mereka. ESP boleh bertindak sebagai agen member tenaga di samping membantu pembinaan sel-sel tulang, kulit, antibody dan sebagainya.

 Kelebihan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Harga 

RM 150.00
850 g



Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Tinta Papaglamz |#| Lambaian Syahdu 2014

Tinta Papaglamz |#| Lambaian Syahdu 2014

Assalamualaikum

Sungguh tak disangka begitu cepat masa berlalu. Hari ni hari terakhir 2014. Sayu bila mengenang kembali kenangan-kenangan mengusik jiwa yang berlaku di dalam hidup Papaglamz. Yang pasti kenangan-kenangan ni pasti akan tersemat kukuh dalam ingatan Papaglamz.

Awal tahun tiada apa yang special untuk di ceritakan cuma bada 1 April 2014 isteri Papaglamz mula bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah At-Taqwa Temerloh. Bejujuran air mata kami berdua kerana kena duduk berjauhan di tambah pula wife time tu tengah mengandung kan? Masa mula-mula tu agak kekok la. Tapi ni dah hujung tahun macam kami dah boleh adapt dah. Kami gembira dengan kehidupan kami di samping meredhakan diri. Alhamdulillah.

Kenangan yang paling tak dapat Papaglamz lupakan. Kelahiran Puteri sulung Papaglamz Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal pada 17 Mei 2014. Kalau tahun 2013 kenangan terbesar ialah menikahi isteri Papaglamz yang di cintai, tahun ni dapat baby pulak. Cepatnye la masa bergerak. Sekarang ni Imtiyaz dah 7 bulan. Dari status suami naik satu darjat lagi seorang AYAH. Boleh jadi wali lagi. Memang berat tapi, ni la matlamat hidup manusia untuk menjadi Khalifah kan? Sahut cabaran dengan redha.
Umur Sehari
Selepas 7 bulan
Tak lupa jugak kenangan menjaga orang berpantang, Kenangan teman orang berjaga malam. Walaupun sebenarnya Papaglamz x selalu pun bangun. Cik isteri tersayang la yang rajin sangat bangun. Demi anak tercinta. Kesukaran digagahi jua. Hehehe

Kalau tahun lepas kami beraya berdua tapi tahun 2014 ni kami beraya bertiga. Ya Allah rase seronok sangat-sangat. Nak pergi beraya dah kene mangangkut barang si Imtiyaz pulak la. Rasanya barang die la yang paling banyak daripada barang kami berdua. Kalau dulu balik kampung 3 beg je sekarang balik kampung 4 kadang-kadang mau 6 beg jugak. Hahahaha. Ape la yang di bwak tu kan?

Ok masuk bulan sepuluh Papaglamz.com pun dilahirkan pada tarikh 29 Oktober 2014. Kiranya hari ni Papaglamz.com berumur 2 bulan 2 hari. Haa dua dua dua gitu. So far ok la. Seronok jugak berblogging ni. Berceloteh itu ini. Walau kekadang tu terover kan? Harap maaf la. Dari template simple Papaglamz cuba belajar tukar-tukar template yang agak best la. Untuk keseluruhan selama 2 bulan usia Papaglamz.com ni Papaglamz ad 10K page view, 196 follower dan sebanyak 117 entri telah di nukilkan termasuk entri yang ni la. Hehehe. Semoga Papaglamz terus istiqomah. Insyallah.

Dan ni yang terbaru. Melalui platform Papaglamz.com, Papaglamz cuba untuk mencuba di dalam perniagaan online. Mesti semua perasan kan? Sana sini kat blog ni pasal Shaklee je kan? Huhuh. Orang kata sambil menyelam minum air kan? Ni la Papaglamz nak minum. Kita tengok hilang ke tak kehausan bila minum sambil-sambil menyelam ni. Hehehe. Harapnye Papaglamz tak akan berhenti sekerat jalan. Jom support Papaglamz. Order satu dua botol apa salahnye kan? Hehehe. Walaupun banyak entri pasal Shaklee, jangan risau Papaglamz akan teruskan juga untuk update-update pasal Tinta Papaglamz, Foodsglamz, Travelglamz dan semuanya la untuk semua follower. Insyallah.

p/s: Kta bersama-sama berdoa agar setiap apa yang kita lakukan di redhai Allah dan boleh mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik. Walaupun hanya dengan berblogging jer. Insyallah.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Rintihan 2014

Tinta Papaglamz |#| Rintihan 2014

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz nak share satu sajak yang Papaglamz dapat dati group wassap. Mulanya tak bertajuk. Tapi Papaglamz letak la tajuk sendiri. Sajak yang betul-betul menyentuh Papaglamz bila membacanya. Walaupun simple tapi bermakna. Enjoy reading.


Rintihan 2014



Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan m


u disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...

Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...


Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, 
si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...


Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...

Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...


2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...


Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...

Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, 
Terima kasih 2014... 
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...




p/s: Sila jangan kaitkan sajak ini dengan mana-mana politikus.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Lirik Separuh Nyawa - Alyah

Lirik Separuh Nyawa - Alyah


Assalamualaikum

Haaa entri kali ni lain macam siket. Tak pernah2 upload lirk lagu. Tetibe.. Papaglamz suka lgu ni.. Projection suara Alyah mantap...!!! Good job. Good luck untuk Anugerah Juara Lagu nanti ye Alyah.

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

p/s: Alhamdulillah ramai artis bertudung sekarang ni.


Tinta Papaglamz |#| Banjir di Pantai Timur

Tinta Papaglamz |#| Banjir di Pantai Timur

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz berada di kampung Johor. Meninggalkan sebentar Kuantan tempat mencari rezeki tu. Pepagi buta bukak FB ramai yang mengupdate status-status tentang banjir di Pantai Timur. Nampaknya banjir semakin mengganas. Risau pulak tinggal kan rumah kat Kuantan tu. Harap tak ade ape la yang berlaku.

Jom rakyat Malaysia semua. Sama-sama kita doakan supaya banjir yang berlaku ni cepat la sampai ke penghujungnya. Dan kepada semua mangsa banjir, Papaglamz doakan agar anda dan family anda tabah dalam menempuhi dugaan ini. Jaga keselamatan anda.

p/s: BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.
#Prayforpantaitimur

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Coklat Cadbury HALAL

Tinta Papaglamz |#| Coklat Cadbury HALAL


Assalamualaikum

Pernah beberapa bulan lepas kita di gemparkan dengan isu coklat cadbury mengandungi DNA babi tu. Tapi JAKIM dah pon membuat kenyataan yang coklat tu halal. Siap ad cop Halal lagi yer.

Tu bukan isu untuk entri Papaglamz kali. Isunya ialah pendekatan Cadbury untuk menarik semula pelanggan dalam nak menyampaikan pada semua yang produk mereka halal tu. Agak menarik, si ayah baeu balik dari surau membawa buah tangan cadbury. Memang penuh maksud yang tersirat di situ.

Papepon, good work pada marketing team work yang come up dengam idea sebegiti rupa. Baru menampakkan Malaysia ni negara beragama islam kan?

p/s: Agak-agak la kan, macam mana iklan DOVE n Lux nak meniru konsep macam iklan cadbury tu?
#Ternanti-nanti

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Jeles-jeles manje dengan WIFE sendiri

Tinta Papaglamz |#| Jeles-jeles manje dengan WIFE sendiri



Assalamualaikum

Arghhhh...!!! Papaglamz jeles. Full Stop. Untung la cikgu-cikgu yang sedang bercuti time2 hujan ni macam wife Papaglamz tu. Kite dok sebok nak g keje pepagi buta siap-siap. Hamboi uolsss siap berselimut comforter melabai-lambai di atas tilam melihat Papaglamz pergi kerja. Sambil si anak pun senyum2 sinis manje. SENTAP...!!!!

p/s: Satu hari nanti Papaglamz tak yah dah nak g kerja keluar rumah pepagi. Tak caye? Dengan biz Shaklee ni insyallah. Mentor Papaglamz dah bukti kan. Anak didik dia la pulak akan menyusul nanti. Doa kan yer kawan Star Master semua.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-

Foodsglamz |#| Ais krim kenyit-kenyit manja

Foodsglamz |#| Ais krim kenyit-kenyit manja


Assalamualaikum

Agak lama Papaglamz tak update entri pasal makan makan makan danalan kan? Hehe. Dah tu tetibe musim-musim hujan ni update pasal ais krim segala bagai pulak. Tak sejuk ke Papaglamz oi. Sebenarnya dah dari bulan lepas makan air krim yang super duper havox ni dengan isteriku yang di cintai. Hehehe.

Yela kami berdua dating-dating mesra sama2. Nak try jgak makan ais krim ala-ala orang yg baru2 couple tu. Cari feel katanya. Tapi kami dah ade handbag bergerak siap boleh bersuara lgi (anak). Ngeee..

Okay Papaglamz makan aiskrim ni dekat dalam East Coast Mall. Ade adecla satu kios kecik kat tengah2 alam jual asikrim. Kami pon cube la. Kami order la. Papaglamz order aiskrim chocolate isteri pulak aiskrim durian macam gambar kat bawah tu. Haaaa best kan? kan? kan? kan?

Chocolate snow ais cream

Durian Crispy Ice Cream
Rasanya memang best. Masa mula2 tengok food presentation die pon ala-ala terkesima gitu. Tek pernah la Mak Jemah eh Papaglamz tengok ais krim di serve sebegini rupa. Cantik meletz. So kami pon menikmati ais krim itu sambil kenyit2 mata antara satu sama lain. Fefeeling baru bercinta kan. Hahahah.

Ok la tu je. Kalau tak berkeberan jom la singgah kat ECM nih.

p/s: Hati-hati time hujan ni. Jangan amalkan makan ais krim selalu. Nanti batuk memanjang. Kalau nak tingkatkan imunisasi badan tu ape kate amalkan pengambilan Vitamin C Shaklee. Insyallah terhindarcdari sakit ditambah pulak kulit jadi Chantekzzzz

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
7 magik menjemput rezeki

7 magik menjemput rezeki


Assalamualaikum

Selamat malam semua. Harap-harapnye semua sihat. Insyallah. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan segala macam nikmat yang telah diberi oleh Allah kan? Namun tahukah anda sebenarnya sangat mudah untuk menjemput rezeki ni. Dalam surah Taha ayat yang ke 132 bermaksud:

"Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan balasan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa"

Sebenarnya menjemput rezeki itu lebih mudah daripada mencari rezeki. Bagaimana caranya?

1. Solat tahajjud
2. Solat dhuha
3. Doa dan zikir
4. Bersedekah
5. Membaca al-quran
6. Berusaha
7. Bersyukur

p/s: Jom pakat sama-sama amalkan. Insyallah rezeki yang penuh barakah akan datang kepada kita. Insyallah.

Ternyata dengan business Shaklee ni ditambah dengan team member saling memperingati akan rezeki itu kurniaan Allah dan kita sebagai hamba perlu terus berusaha, insyallah kita bersama akan dikurniakan zereki yang barakah bersama-sama.


Ingin mengetahui lebih lanjut tentang business Shaklee ni? Jom rerajin beramah mesra dengan Papaglamz.

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| 2 Pilihan Penentu Masa Depan

Tinta Papaglamz |#| 2 Pilihan Penentu Masa Depan


Assalamualaikum

Salam pagi jumaat penuh keberkatan. Pagi-pagi lagi dah dapat kata-kata semangat dari mentor group Star Master, Kak Adaa. Kqk Adaa sharing pasal "Survival and Succeed". Terima kasih la Kak Adaa sebab setiap hari ada sahaja kata-kata semangat buat kami untuk kami berjaya dalam hidup dan mencapai impian yang kami cita-cita kan.


Servive or Succeed?

Percaya tak kalau Papaglamz cakap yang dalam hidup ni kita hanya diberi 2 pilihan. Samaada kita selesa dengan kehidupan sekarang atau kita mahu lebih maju kehadapan? Adakah kita sudah cukup dengan servival kehidupan yang kita ada? Gaji cukup untuk bayar pengasuh anak, bil-bil segala bagai. Adakah setiap bulan kita kita kita perlu survival demi melangsaikan segala yang perlu?

Ya.. Papaglamz setuju jika ada menyelar Papaglamz dengan mengatakan tu semuakan rezeki. Dah ketentuan die nak bagi rezeki kita macam mana. HALLLOOOOO......!!!! Kalau ko tak berusaha langsung nak berubah dok saje goyang kaki terus nak berserah bulat-bulat kat Tuhan, takde maknenye. Dalam quran sendiri ade dalil yang mengatakan Tidak akan berubah sesuatu kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Not sure surah ape. See.. So try la berubah. Insyallah. Bila dah berusaha baru la kita berserah padanya.

Itu untuk servival. Pilihan kedua pulak kita boleh pilih untuk berjaya. Kita ambil risiko untuk pergi lebij jauh. Kiya kejar impian kita. Luaskan kekayaan. Capai kejayaan. Cabar diri untuk keluar dari ZON SELESA. Semua ini pasti boleh sebab kita di lahirkan untuk menkadi seorang yang berjaya. Cuma apa yang perlu kita lakukan?

1. Luaskan visi. Buat target apecyang kita mahu. Bila ad target mesti kita akan fikirkan cara untuk capai target itu.

2. Didik pemikiran kita untuk capai impian.

3. Tingkatkan keyakinan diri.

4. Tarik cas-cas pisitif dari sekeliling kita agar kita sentiasa positif dalam perjalanan menuju impian.

5. Ambil peluang-peluang keemasan untuk menambah baik ekonomi kehidupan kita.

6. Rancang satiap perkara yang ingin dilakukan.

7. Lakukan lankah-lankah untuk maju setiap hari.

8. Percayakan diri sendiri.

9. JANGAN BERPUTUS ASA.

Lagi satu. Mencipta kejayaan itu bukanlah mudah. Tanpa usaha dan kerja keras yang berterusan memang tidak akan kemana. Sehebat mana pun motivasi yang ade dalam diri. Kalau kita tidak mulakan langkah dan terus berusaha memang tidak akan kemana. Dan harus diingat, tercapai atau tidak kejayaan impian itu, semua ketentuan Tuhan. Tapi kita harus BERUSAHA. NEVER GIVEUP.....!!!!!!!!!

p/s: Seronok la dapat join group Shaklee Star Master. Bukan setakat sembang business jer. Sembang-sembang kerohanian pon ade. Alhamdulilah Papaglamz di temukan dengan Mentor Papaglamz. Jumpe time blogwalking jer. Never see face to face. Semoga apa yang diceburi mendapat keberkatan Allah. Insyallah. Mentor Papaglamz, Kak Adaa dah buktikan. Tak mustahil kan? So, Papaglamz kena kuat berusaha lagi. Chayoookk...!!! Insyallah. Dengan business Shaklee ni ditambah dengan team member yang awesome insyallah masalah keewangan dan masalah kekangan masa anda bersama keluarga akan satle. Cuma kita kena gigih berusaha.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang business Shaklee ni? Jom rerajin beramah mesra dengan Papaglamz.

-sekian-



Tinta Papaglamz |#| Ragam Imtiyaz 7 Bulan

Tinta Papaglamz |#| Ragam Imtiyaz 7 Bulan


Assalamualaikum

Ni cerita semalam. Semalam rupanya birthday Papaglamz punya litle princess tu. Yang ke tujuh bulan. Hurmmm dah besar jugak kan? Adek? Ohhhhh tidak la untuk sekarang ni. Tapi Papaglamz menerima sahaja kalau rezeki. For sure la Papaglamz masih lagi pemandu yang berhemah hokkay.. Hahaha

Selamat hari lahir la anak ku. Ayah doakan semoga jadi anak solehah. Kurangkan menangis tu. Dan cumil santiasa. Huhuhu.

Ok ni nak cerita pagi tadi plak. Punye la awal Imtiyaz ni bangun pukul 5.30 sudah terbeliak besar biji matanya. Sambil senyum2 + jeling2 berlagak sebab dapat menyusu ibu die pepagi buta. Nak cakap die menang sebab dapat susu ibu la tu. Ayah tak dapat. Bertuah punya anak. Hahaha

Siap menyusu pun mula la tak pasal-pasal merengek. Papaglamz angkat senyum2. Letak semula atas tilam, menangis lagi. Angkat senyum.. Erkkkkkk...!!!!! Apakah yang berlaku..!! kejadian sampai la pukul 7.30 pagi. For your info, Papaglamz kene masuk offis kul 8.00 pagi. Bagi ke ibu die tak nak. Soooo.. Papaglamz Emergency Leave sejam. Hahahah. Ade ke EL sejam? Tak la. Mintak masuk offis lambat sket. Hehehe

Lastly, Papaglamz dodoikn la kt atas riba. Sambil senyum2 dengan dodoian lagu zikir subhanallah yang ala-ala MARIAH CAREY Upssss.. Ala-ala Munir Hijjaz ni maka mata Imtiyaz yang bulat itu kembali layu... layu.... layu.... layu.... dan tidur.. Fuhh....!!! Tepat pkul 8.00 pagi. Nseb baek la tak lambat sangat. Start kereta zoooooommmmmmm..... Kul 8.30 pagi sampai. Tak la lambat sangat kan? Alhamdulillah. Mulakan kerja seperti biasa.

p/s: Anak-anak. Setiap bulan ada sahaja ragamnya. Nak ikut ayah g kerja ke? Mana boleh sayang. Semoga rezeki Papaglamz dalam business Shaklee ni menjadi. Dapat la Papaglamz fulltime wat business ni. Duduk rumah je uolss. Boleh tumpu perhatian kat anak n family. Mentor Papaglamz, Kak Adaa dah bukti kan. Tak mustahil kan? So, Papaglamz kena kuat berusaha lagi. Chayoookk...!!! Insyallah. Dengan business Shaklee ni ditambah dengan team member yang awesome insyallah masalah keewangan dan masalah kekangan masa anda bersama keluarga akan satle. Cuma kita kena gigih berusaha.

Ingin mengatahui lebih lanjut tentang business Shaklee ni? Jom rerajin beramah mesra dengan Papaglamz.

-sekian-
Order Disini

Order Disini

Assalamualaikum

3 langkah mudah untuk order

LANGKAH 1

Hubungi 

0196141393 (Faizal @ Papaglamz)

LANGKAH 2

Membuat Bayaran

Jenis Bank: Maybank
Nama: Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa
Nombor Akaun: 151445142084

LANGKAH 3

Bukti pembayaran

Email: faizalmusa88@gmail.com / Wassap: 0196141393

Maklumat pengeposan



-sekian-

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak

Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak, Share Banyak-Banyak

Assalamualaikum.

Harixni Papaglamz merajinkan diri nak join giveaway Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....

1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/



-sekian

Duhai Si Bawang Putih

Duhai Si Bawang Putih


Assalamualaikum

Dengar je bawang putih Papaglamz teringat sambal goreng bilis yang bapak Papaglamz selalu buat. Kalau bapak buat sambal ni, mesti letak banyak sangat bawang putih. Mesti orang-orang yang tak suka bawang putih tertanya-tanya sedap ke sambal yang letak banyak bawang putih?

Supprisingly sambal yang bapak buat tu sangat la sedap. Kami adik beradik suka makan dengan ubi rebus. Ya Allah sedapnyer. Rindddduuuuu kat bapak n mak. Sob sob sob.

Memangla bawang putih tu tak berapa sedap kan? Tapi banyak sangat khasiat kalau kita amalkan pemakanan bawang putih ni dengan konsistent. Antara khasiatnye jom Papaglamz share ni.

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


p/s: Eny Abdullah.... Sup bawang putih satu.... Hahahaha

-sekian-
Lead your MIND to be POSITIVE

Lead your MIND to be POSITIVE

Assalamualaikum

This morning thought. Mind is like flower. They will gloom when the time is come.

-sekian-
Foodsglamz |#| Cekodok goreng LUAHAN HATIKU

Foodsglamz |#| Cekodok goreng LUAHAN HATIKU


Assalamualaikum

Masa entri ni ditulis dah time lunch pon. Just nak sharing for those yang tak bangun lagi tu. Bangkit.....!!!! Bangkit......!!! Matahari dah tegak atas kepala. For sure la budak-budak sekolah yang sedang bercuti di rumah memang menghabiskan cutinya dengan tidur saje kan? Jangan tipu ye adik-adik ku semua. Papaglamz pon pernah jadi geng budak sekolah hokayy. Nak-nak pulak yang balik dari asrama. Ya ampun.......!!! Ala-ala qhada' tido gitu. Tak ape la, rehat-rehat jugak jangan sampai kita dok tidur sahaja sampai mak dan bapak kita terkontang-kanting kat dapur masak, mengemas rumah, menyapu rumah, menebas rumput di kebun dan sebagainya la. Huhuhu. Sebab time-time macam ni la kita nak membantu mereka?

Haaaa apa kata esok ke lusa ke, aaa hari selepas esok ke... Adik-adik bangun pagi buat kan sarapan untuk ayah dan mak. Papaglamz gerenti mesti ayah dan mak TERKESIMA gituu. Ala buat yang mudah-mudah jer. Macam menu Papaglamz suggest ni. Cekodok goreng LUAHAN HATIKU. Haaa nama die kan... Memasak untuk orang sebagai satu tanda nak meluah kan rasa kasih atau sayng kita pada seseorang. Jadi, jom la cube reramai wat Cekodok goreng LUAHAN HATIKU special ni yerk.

Bahan-bahan

Tepung gandum secukupnya
Bawang merah
Bawang putih
Bilis
Kentang

Cara nak buat

Bawang merah, putih dan kentang di dincang. Masukkan tepung dalam bekas yang sesuai. Tambahkan air, masukkan semua bahan yang sudah dicincang. Air tu jangan banyak sangat. Kalau tercair jadi lain dah nanti. Dah satle semua, tambah garam untuk masin sikit. Dah tu goreng. Hati-hati masa menggoreng tu. Boleh makan cicah dengan sambal. Sedap.!!
Sila kan tengok.
Abaikan linangan minyak yang melimpah ruah tu yer.
p/s: Yang boboy pon boleh yer nak buat. Tiada isu lelaki tak boleh nak buat.

-sekian-
Tupperware |#| Sesuci Kasih Ibu

Tupperware |#| Sesuci Kasih Ibu


Assalamualaikum

Sesuci kasih ibu. Membesarkan dan mendidik kita tanpa rasa jemu. Segala-galanya dicurahkan hanya untuk anak tercinta. Kasih ibu tiada bertepi. Janganlah sesekali kita menderhaka kepada ibu. Ibu Engkaulah Ratu Hati Ku.

Demi mengenang jasa Ibu, ada seorang En. Customer ni berhajat nak bagi hadiah set Tupperware untuk Ibu tersayangnya. Wahh..!!! Sangat pandai mengambil hati Ibu. Untuk diberikan sebagai hadiah? Hurmm, terpaksala Papaglamz membungkuskanye dengan chantekz-chantekz yer. Biar ala-ala terkejut bila Ibu die dapat nanti.

Walauapapon thank to En. Customer. Jadi la anak yang baik yer. Anak yang soleh. Senantiasa mendoakan kedua Ibu dan Bapa. Semoga anda sekeluarga terus hidup harmoni dan kekal bahagia hingga ke syurga. Insyallah.
On The Way. Cari ilham. Huhuhu
p/s: Ada tak tutorial nak bungkus Tupperware ni? Tetibe kene bungkus plak. Tak pe la. Demi En. Customer n rezeki, Papaglamz cuba sedaya upaya. Chayoookkkk....!!!!

Jangan lupe. Sesape nak order Tupperware yang cun melecun tu boleh la PM Papaglamz lelaju k.

Wassap: 0196141393
email: faizalmusa@gmail.com

Klik untuk Catalog Tupperware Disember 2014

-sekian-
Travelglamz |#| Agoda's Half Price Promotion

Travelglamz |#| Agoda's Half Price Promotion


Assalamualaikum

Pada sesiapa yang mencari-cari hotel untuk menginap di serata Malaysia ataupun tempat-tempat hawtz terpilih serata dunia, why not cube la usha-usha online dengan Agoda.com. Banyak sangat promosi-promosi yang ditawarkan selain dari memudahkan kita untuk booking.

Terbaru Agoda ada buat promosi Half Price Rate untuk hotel-hotel pilihan. Banyak jugak la hotel-hotel yang di Half Price kan tu. So siapa-siapa yang berminat tu. Apa kata jom terjah-terjah web page Agoda.com.




p/s: Selamat bercuti.

-sekian-
Foodsglamz |#| Susu Ibu POWER

Foodsglamz |#| Susu Ibu POWER


Assalamualaikum

Susu ibu merupakan sumber nitrisi yang terbaik buat bayi. Beruntunglah bagi ibu-ibu yang boleh menyusukan anak-anak mereka dengan sus ibu sendiri. Susu merupakan makanan penting buat bayi kerana kandungan nutrisi yang terdapat dalam susu sangat diperlukan oleh bayi bagi membantu tubesaran. Semasa tempoh tumbesaranpada peringkat awal, kanak-kanak akan membesar dengan cepat dar isegi fizikal dan mentalnya. Adalah sangat penting bagi kita memastikan mereka mendapat zat makanan yang optimum demi menjaga tumbesaran dan perkembangan secara keseluruhan.

Antara zat-zat yang diperlukan termasuklah:

KALSIUM – Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

PROTEIN – Membantu membina dan membaiku tisu badan.

MAGNESIUM – Menggalakkan penyerapan dan pengekalan Kalsium.

VITAMIN B2 – Diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.

VITAMIN B12 – Diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.

VITAMIN C – Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging.

VITAMIN B3 – Membantu tubuh badan menggunakan Kalsium dan fosfurus.

Ternyata, keperluan zat-zat dan vitamin ini diperolehi sepenuhnya dari susu ibu. Tetapi, bagaimana jika terdapar ibu-ibu yang sememangnya mempunyai masalah dalam penyusuan susu ibu? Bagaimana bayi kita boleh mendapat sumber nutrisi yang seimbang dan mencukupi?  Sebagai alternative, pastinya kita akan mengambil susu formulasi untuk diberikan kepada bayi kita.

Lambakan susu formulasi dipasaran memerlukan kita untuk membuat pemilihan yang baik buat anak. Antara susu formulasi yang boleh diberi kepada bayi anda ialah Susu Formulasi BIOLAC. Susu ini di keluarkan oleh Era Edar Marketing. Susu BIOLAC mengandungi kombinasi khas garamtisu biokimia yang merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menginginkan susu alternative untuk diberikan kepada bayi anda, inilah pilihan yang sangat tepat.

Susu yang berkonsepkan HOMEOPATY ini mengandungi nutrisi lengkap yang di perlukan oleh bayi bagi membantu tumbesaran. Boleh didapati di kedai-kedai yang menjual brangan kesihatan ataupun agent rasmi seluruh Malaysia.

-sekian-
Foodsglamz |#| Roti jala jalinan persahabatan

Foodsglamz |#| Roti jala jalinan persahabatan


Assalamualaikum

Petang-petang makan roti jala memang layanzzz jer. Lagi-lagi kalau kawan-kawan belanje kan? Rezeki tu. Hehe. Terasa ikatan persahabat tu terjalin cantik macam roti jala ni. Erkkk ad kene mengene ker? LOL.

For your info, roti jala ni memang la feveret Papaglamz. 2 3 gulung tu memang tak cukup la kan. Mau lebih dari itu. Nasib la sape yang belanjer tu. Huhuhu. Kla entri ni buat lepas dah makan. Mengenang kembali kebaikan sehabat yang baik hati memebelanje Papaglamz. Huhuhu
Nyummm.. Nyummm
p/s: Eh malam ni malam jumaat. Yeay...!!!!! Erkkkk... Tibeeee.. Haha

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Warkah buat Isteri (DATING)

Tinta Papaglamz |#| Warkah buat Isteri (DATING)

 Assalamualaikum
Ermmmmm.. Hehehehe
Buat bakal Zaujah saya. Saya harap awak berada di dalam keadaan sehat walafiat. Aamiin. Masa awak baca warkah ni, saya dah balik ke Kuantan semula.

Aritu first time kita so call DATING kan? Huhuhu. Malu jer. Naseb baek la bakal mak mertua n bapak mertua n adek2 awak ikut. Kalau tak gerenti keadaan sunyi sepi jerk. Lagi pun tak manis kan kalau kita berdua jer. Btul tak? Hehehe

Macam biasa la, tentang perancangan kita ni. Saya harap awak bersedia menerima saya seadanya. As you know, perkahwinan kita ni family planning kan. Mesti macam-macam kejutan yang bakal kita berdua harungi nanti kan? Lagi-lagi kejutan MALAM PERTAMA. Hahahaahaaha.. Okayyyyyyy.. Ni gurau. #Pitam

Papepun, saya percaya pilihan family saya. Sebab, kata-kata dan nasihat ibu bapa tu la yang terbaik jika kita ikut. Saya percaya, keredhaan Ibu Bapa tu la kunci keharmonian rumah tangga kelak kan?

Macam yang saya biasa cakap, saya ni tak sempurna, sebab tu saya perlukan awak untuk menyempurnakan kehidupan saya. Setiap kejayaan seorang lelaki itu, ada berdiri seorang wanita yang taat dan setia. Saya hatap awak sudi. Saya dah lama sudi nak jadi PELINDUNG, PENDENGAR, PENASIHAT, PEMBIMBING dan sebagainye la. Tapi itu semua perlukan masa untuk dilakukan. Saya harap kita sabar bersama yerk.. Hehehe

Ok itu saja la. Penat menulis. Klassik tak saya? Haahahaha.. #PERASAN + #PENGSAN

Selamat study yer. Semoga sehat selalu.

-sekian-


Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]


Assalamualaikum

Seperti tajuk entri ni. Papaglamz nak sangat ade camera DSLR. Alang2 ada peluang yang LAZADA bagi ni. Papaglamz join la sekali. Papaglamz memang tak pernah lagi shopping mopping kat LAZADA ni. Tapi this a good approach for those yang malas nak parking kereta, bersesak, dan sebagainya la. Yang bestnya tu macam-macam barang barang ade. Baik dari pakaian hingga la ke perkakasan dapur ditambah dengan gadjet-gadjet pilihan. Meletzz sangat kan? huhuhu. Apa lagi jom shopping kat LAZADA.
KLIK SINI Kalau nak join
Ni la gadjet idaman Papaglamz 
Untuk pengatahuan semua..

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Pemenang akan dipilih secara random melalui Google Carian  (tidak semestinya pada page pertama) dan URL yang diletakkan di ruangan komen ini . 6 pemenang bertuah akan memenangi shopping voucher dan cash.

Syarat-syarat penyertaan:

Harga barang tidak melebihi RM1212
Sila letakkan link blog di ruangan komen. (Peluang menang lebih besar)

Pemenang akan dipilih secara random tetapi jumlah harga barang yang melebihi RM1212 akan dibuang dari penyertaan.

Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :)

Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014. Jangan lepaskan peluang ini!

-sekian-
Tupperware |#| I'm Dreaming of a Rainbow Colour

Tupperware |#| I'm Dreaming of a Rainbow Colour


Assalamualaikum

Dalam kemeriahan warna-warni perayaan, Tupperware tidak ketinggalan mempromosikan produk-produk yang berwarna warni yang pastinya menggamit suasana isi rumah kita.

Koleksi I'm Dreaming of a Rainbow X'mas:

- Menampilkan set 7 botol air yang seindah warna pelangi.
- 7 warna yang menarik seperti warna-warna pelangi.
- BPA free
- Harga asal RM 119.00
-Selepas discount RM 102.00



Bagi yang berminat jom wassap or email Papaglamz lelaju.

Wassap/msg: 0196141393
emai: faizalmusa88@gmail.com
p/s: Mesti seronok hari-hari dapat tengok pelangi yang sangat indah kat rumah kita kan? Tetibe teringat formula untuk hafal warna-warna pelangi time darjah 6 dulu. huhuhu.

-sekian-
Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha

Assalamualaikum

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html
Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak


-sekian-
Travelglamz |#| TripZilla.my lounch promosi untuk bercuti

Travelglamz |#| TripZilla.my lounch promosi untuk bercuti


Assalamualaikum

Ade plan nak bercuti tahun depan? Kalau ade apa kata jom usha TripZilla.my sebab diorang ade buat promosi pakej percutian ke destinasi-destinasi pilihan serata dunia. Make sure booking awal dan buat persiapan awal yer.
TripZilla.my


Papaglamz teringin honeymoon kat China. Ade sesape nak sponsor tak? huhuhu

-sekian-
Tupperware |#| Catalog Disember 2014

Tupperware |#| Catalog Disember 2014

Assalamualaikum

Berikut merupakan katalog Tupperware 1-31 Disember 2014. Produk yang berkonsepkan TIME FOR GIVING memang bersesuaian dengan perayaan Hari Natal yang bakal berlansung 25 hari bulan ini. Sempena perayaan ini juga, Tupperware ade buat sale hujung tahun potongan harga sehingga 35%. Waoooowwww....!!!!!

Apa tunggu lagi. Wassap/email/PM Papaglamz lelaju.

Tel: 019-6141393
 email: faizalmusa88@gmail.com

Produk detail

Produk detail



























































Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com