TERKINI- Keputusan Separuh Akhir Badminton Piala Sudirman 2021 Malaysia VS Jepun

TERKINI- Keputusan Separuh Akhir Badminton Piala Sudirman 2021 Malaysia VS Jepun

Assalamualaikum semua

Sudah lama Malaysia tidak melangkah ke pusingan separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Piala Sudirman. Kemenangan Malaysia melawan Indonesia diperingkat suku akhir adalah sesuatu yang sangat bersejarah. Kontijen Malaysia yang diketuai oleh Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir yang akan menentang Jepun. Sebelum ini, dalam pertemuan peringkat kumpulan D, kita tewas 1-4 dengan pasukan Jepun. Namun, malam tadi sekali lagi kita kalah menentang Jepun dengan agregat 1-3.

Piala Sudirman 2021

Walau apapun keputusannya, tahniah buat barisan pemain badminton negara yang baru yang pastinya akan menjadi pelapis sukan badminton negara pada masa akan datang.

Baca Juga : Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

MALAYSIA [1] VS [3] JEPUN 2.10.2021

BEREGU LELAKI – JEPUN MENANG

SET 1 15-21

SET 2 14-21


PERSEORANGAN WANITA- JEPUN MENANG

SET 1 7-21

SET 2 5-21


PERSEORANGAN LELAKI MALAYSIA MENANG

SET 1 22-20

SET 2 21-19


BEREGU WANITA JEPUN MENANG

SET 1 19 21

SET 2 17 21


BEREGU CAMPURAN (tidak bertanding)

SET 1

SET 2

With Love

Papaglamz

-sekian-

Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

 Assalamualaikum semua

Aku sekarang macam baru-baru nak kenal apps tiktok. Sambil-sambil scroll timeline tiktok, aku rasa banyak video drama I-Tanggang yang aku tengok. First impression tentang drama ni macam menarik. So aku search googla nama drama ni. Rupanya ada di Astro Citra.

Drama I-Tanggang dah mulakan siarannya pada 13 September 2021 setiap hari Isnin, jam 9 malam. 

Drama ini mengetengahkan issue penderittan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Menarikkan? Rasanya kat Malaysia ini adalah drama pertama yang mempunyai tema sebegini. Antara pelakon drama I-Tanggang ini adalah Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak serta diterbitkan oleh KL Motion Pictures.

Watak - watak pelakon drama I-Tanggang

Sherie Merlis sebagai Erma

Faizal Hussein sebagai Rahmat

Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)

Nadhir Nasar sebagai Syafiq

Emma Sofea sebagai Esra

Sofia Jane sebagai Dr Nini

Andy Teh sebagai Dr Norman Arif

Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

Sinopsis Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang. 

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?..

Selamat menonton.

With Love

Papaglamz

-sekian-


Apple iPhone 13 Pro Max | Harga di Malaysia & Spec

Apple iPhone 13 Pro Max | Harga di Malaysia & Spec

 Asslamualaikum semua.

Berikut ialah harga Iphone 13 san juga spec yang korang perlu tahu sebelum membelinya.

Apple iPhone 13 Pro Max Specification





Harga Apple iPhone 13 Pro Max

Harga iphone 13 Pro Max ialah bermula dari RM5299 - RM7599

With Love
Papaglamz
-sekian-
Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

Keputusan Piala Sudirman Suku Akhir Malaysia Menentang Indonesia

 Assalamualiakum semua

Indonesai tewas ditangan Malaysia. Pertamanya, tahniah buat pasukan Malaysia yang dapat menewaskan pasukan Indonesia diperingkat suku akhir Piala Sudirman 2021. Kekalahan ini menghentikan terus perjuangan pasukan Indonesia dalam kategori beregu yang mana perlawanan berlangsung pada malam tadi (1/10/2021)

Malaysia berjaya melangkah ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 3-2 kepada Indonesia. 

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA  3  INDONESIA 2

Aaron Chia/Soh Wooi Yik mn Marcus Fenaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12, 21-15 (33 minit)

Kisona Selvaduray kk Gregoria Mariska Tunjung 20-22, 21-18, 19-21 (67 minit)

Lee Zii Jia mn Anthony Sinisuka Ginting 21-11, 21-16 (44 minit)

Pearly Tan/Thinaah Muralitharan kk Greysia Polii/Apriyani Rahayu 20-22, 21-17, 18-21 (91 minit)

Hoo Pang Ron/Cheah Yee See mn Praveen Jordan/Melati Daeva Oktavianti 21-19, 9-21, 21-16 (61 minit)

Tahniah barisan kontigen Malaysia

With Love

Papaglamz

-sekian-

Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

Assalamualaikum semua

Tanggal 1 Oktober 2021 sudah pasti menjadi tarikh bersejarah buat Azzam dan Sheryl Shazwanie kerana telah mengikat tali pertunangan. Kedua penyanyi ini memang sudah lama menjalin hubungan akrab sebelum ini dan sudah menyatakan hasrat untuk hidup bersama. 

Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie

Tahniah Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie! Selamat menempuhi fasa pertunangan.. dengarnya akan langsungkan pernikahan tahun depan 💍💍❤️❤️

With Love

Papaglamz

-sekian-

Telefilem Kembalikan Sinarnya - 2 Oktober 2021 di TV3

Telefilem Kembalikan Sinarnya - 2 Oktober 2021 di TV3

 Assalamualaikum semua

Dulu pernah aku menonton telefilem ni. Tak sangka 2 oktober ni akan disiarkan semula di TV3 dalam slot Cerekarama. 

Telefilem Kembalikan Sinarnya

Telefilem : Kembalikan Sinarnya

Ulang Siar : 2 Oktober 2021 (Sabtu),  jam 10:00 malam

Siaran Pertama : 21 Julai 2018 (Sabtu), jam 9:00 malam

Siaran TV : Slot Cerekarama TV3

Pengarah : Khalid Nadzri

Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

Pelakon-pelakon Telefilem Kembalikan Sinarnya

Nurul Hanynaa sebagai Uzma

Hafidz Roshdi sebagai Zahir

Dian P.Ramlee sebagai Azimah

Eyka Farhana sebagai Julia

Sinopsi Telefilem Kembalikan Sinarnya

Azali (Aedy Ashraff) seorang pemuda yang suka berfoya foya. Azali tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit dari bapanya. Bapanya pula sering ke luar negara untuk bekerja. Disebabkan itu, Azali dimanjakan dengan wang bukan kasih sayang. 

Hubungan ibu dan bapa Azali pun semakin renggang. Dahulunya Azali adalah anak didik dan cucu angkat arwah atuk Uzma (Nurul Hanynaa) yang penuh dengan didikan agama. Segalanya berubah bila Azali berpindah ke Kuala Lumpur. 

Satu Hari Azali kemalangan dan selepas Azali keluar hospital ibu Azali, Azimah (Dian P.Ramlee) ambil keputusan untuk balik ke kampung dengan harapan dapat memulihkan hubungannya dengan Azali dan berharap Azali akan berubah.

Selamat menonton.

With Love

Papaglamz

-sekian-

Tanda-tanda Penyakit Kurap Dan Cara-cara Mengubatinya Dengan Shower Gel Magic Blue

Tanda-tanda Penyakit Kurap Dan Cara-cara Mengubatinya Dengan Shower Gel Magic Blue

 Assalamualaikum semua

Kurap adalah penyakit pada kulit disebabkan oleh jangkitan yang menimbulkan ruam berbentuk bulatan berwarna merah. Antara bahagian tubuh yang biasanya terjadi kurap ialah kepala, muka dan juga kelengkang. 

Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang menular melalui sentuhan langsung dengan pesakit kurap ataupun haiwan. Kurap juga dipanggil dengan ringworm atas sebab bentuknya seperti cincin atau cacing yang melingkar.

Punca-punca terjadinya kurap

Kurap disebabkan jangkitan kulat pada kulit. Kuman ini hadir melalui sentuhan langsung dengan pesakit kurap ataupun haiwan dan juga sentuhan secara tidak langsung melalui benda-benda yang telah contaminate dengan pesakit kurap.

Seseorang lebih cenderung terkena jangkitan kurap sekiranya kita selalu berkongsi pakaian, memakai pakaian yang ketat, lembap dan sebagainya.

Ciri-Ciri Penyakit Kurap  

Kurap dapat dikesan dengan munculnya kawasan yang bersisik berwarna merah di atas permukaan kulit. Ruam tersebut bentuknya seperti cincin. Ada juga kurap yang muncul dibahagian kaki yang mempunyai bau yang sangat busuk.

Diagnosis Kurap

Dokter dapat mendiagnosis kurap melalui bentuk yang dapat dilihat dipermukaan kulit. Selain itu, beberapa ujian klinikal juga akan doktor lakukan untuk pengesahan penyakit kurap bagi seseorang pesakit.

Cara Menghilangkan Kurap

Kurap dapat diatasi dengan ubat sapuan antikurap atau antikulat. Salep antiklat ini mengandungi clotrimazole atau miconazole. Biasanya setelah 2 minggu diubati, kurap tidak juga membaik, segeralah berjumpa doktor. Dokter akan memberikan ubat lain yang lebih kuat.

Pencegahan Kurap

Kurap dapat dicegah dengan menjaga kebersihan. Di samping itu, hindari berkongsi pemakaian barang pribadi dengan orang lain, gunakan alas kaki saat berada di tempat umum, serta mandi, cuci rambut, dan ganti baju setiap hari atau pada saat berpeluh.

Alternatif pencegahan kurap menggunakan bahan natural

Shower Gel Magic Blue

Shower gel mi basically sabun mandi la. Sabun mandi yang diperbuat dengan bahan2 natural.

Shower Gel Magicblue mengandungi: 

 🔹Air Mawar Asli (kandungan utama) 

🔹Ekstrak Daun Bidara Asli (kandungan utama) 

🔹Glycerin 

🔹Air RO

Khasiat Daun Bidara 

 1. Melembapkan kulit 

 2. Menyembuhkan luka. 

 3. Menenangkan kulit yang meradang. 

 4. Melawan jerawat. 

 5. Mampu mencerahkan kulit.

Khasiat Air Mawar 

 1. Anti-penuaan. 

 2. Anti-keradangan. 

 3. Membantu mengurangkan jerawat. 

 4. Membantu proses penyembuhan luka. 

 5. Membantu melembapkan kulit.

Shower gel magic blue mampu mengatasi masalah berikut: 

👉ECZEMA 

👉 KULIT GATAL2 

👉 MASALAH KULIT KERING 

👉 KURAP 

👉 PANAU 

👉 CHICKEN POX 

👉 KAYAP 

👉 KUDIS 

. Insya'Allah. 

Ramai customer yang ada masalah di atas, Alhamdulillah lepas guna Magic Blue Natural Shower GEL Bidara & Rose secara konsisten masalah mereka Dah SELESAI. 


✅ LULUS KKM 

✅ NOT190107716K

Kelebihan Natural Shower Gel Bidara & Rose Magic Blue:😍👇 

🔹Membantu melembutkan kulit 

🔹Membantu mengekalkan kelembapan kulit 

🔹Membantu menyah bakteria seluruh badan 

🔹Membantu mencerahkan kulit badan 

🔹Membantu menyelesaikan masalah kulit seperti kulit kering, gatal-gatal, eczema, chicken pox, panau, kudis, kayap

Harga Shower gel ni satu botol RM29

Kalau berminat boleh wassap 0196141393 - Faizal

With Love

Papaglamz

-sekian-

Skor 3- 0 Benifica Vs Barcelona | Keputusan Luar Jangkaan 30 September 2021

Skor 3- 0 Benifica Vs Barcelona | Keputusan Luar Jangkaan 30 September 2021

 Assalamualaikum semua

Perlawanan antara Benifica menetang Barcelona ternyata mencipta satu kejutan yang tersendiri dalam duni bola sepak. Barcelona dikalahkan oleh Benifica buat kali pertama sejak final Piala Champions 1961. Keputusan ini mungkin disebabkan krisi yang sedang melanda team Barcelona pada musim ini. 

Baca juga : Luahan positif Tengku Mahkota Johor terhadap kekalahan JDT

Perlawanan yang berlangsung di Estadio da Luz itu menunjukkan keputusan 3-0 yang mana gol-gol tersebut datangnya dari Darwin Nunez (3', 79') dan Rafa Silva (69'). Sementara itu, Barca mendapat kad kuning melalui Eric Garcia pada minit-minit terakhir perlawanan.

With Love

Papaglamz

-sekian-

James Bond - No Time To Die - Daniel Graig

James Bond - No Time To Die - Daniel Graig

Assalamualaikum semua

Musim-musim pandemik ni, bukanlah menjadi penghalang team James Bond untuk merelease filem James Bond mereka yang ke-25. No Time To Die - Jame Bond merupakan  tajuk filem terbaru yang bakal menggegarkan dunia. Adakah filem terbaru ini bakal mencipta kejayaan seperti filem-filem sebelum ini? Jangan lupa untuk sakiskan.

Daniel Graig sebagai pelakon utama dalam filem No Time to Die - James Bond

Masih lagi menampilkan Daniel Craig sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai James Bond, sudah pasti, peminat siri James Bond sudah tidak sabar untuk menonton filem ini.

Sinopsis Filem No Time to Die - James Bond

Bond yang merupakan seorang agen rahsia 007 telah bercadang untuk bersara dari dunia penyiasatan. Baru sahaja hendak menikmati kehidupan selepas pencen, Bond terpaksa kembali untuk menjalankan misi menyelamatkan seorang kawan, Felix Leiter (Jeffrey Wright). Bond terpaksa menerima tugasan ini.

Baca juga : 4 Destinasi Pelancongan Wajib Pergi Jika Anda Ke Phuket

Penjahat kali ini lebih misteri dan berbahaya kerana bersenjatakan baru dan berteknologi tinggi. Macam biasa, bila cerita James Bond ni, berbagai aksi pergaduhan yang tegang, aksi tembak menembak mewarnai filem ini dalam misi penyelamatan Bond. 

Dalam filem ini juga menunjukkan Bond bertemu kembali dengan musuh lamanya iaitu Safin (Rami Malek).

Filem No Time to Die juga dikhabarkan akan menjadi filem aksi penyiasatan terakhir James Bond setelah 13 tahun berada dalam dunia filem.

Bagi peminat James Bond jangan lupa untuk menonton tayangan filem ini.

With Love

Papaglamz

-sekian-

BERITA PALSU - Dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 tidak benar

BERITA PALSU - Dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 tidak benar

Assalamualaikum semua

Aku ada terbaca satu berita tentang ada pelajar yang meninggal dunia akibat vaksin covid-19. Saja nak cari pengesahan aku google la berita ni. Ternyata tak betul ya. Aku kongsikan petikan berita dari Astro Awani.

Mior Faridalathrash berkata, maklumat yang tular itu cukup mengelirukan orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA

Dakwaan kononnya dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, dekat sini meninggal dunia disebabkan vaksin COVID-19 disahkan tidak benar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, maklumat yang tular itu juga cukup mengelirukan.

Baca Juga : 10 Tips Temuduga Yang Jarang Orang Guna

Menurutnya, memang ada dua pelajar sekolah berkenaan meninggal dunia tetapi bukan disebabkan oleh vaksin.

Katanya, pada 18 Julai lalu, seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif COVID-19.

“Pelajar itu memang dah sedia ada sakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik serta dua bulan kritikal di Hospital Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pada 17 September lalu, seorang pelajar lelaki pula meninggal dunia tetapi disebabkan sakit jantung.

Menurutnya, kedua-dua kejadian itu tiada kena mengena dengan vaksin kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Perak hanya bermula pada 20 September lalu.

Katanya, pihak polis juga akan menjalankan siasatan berhubung video yang tular itu.

Terdahulu tular di media sosial sejak Selasa, satu video memaparkan seorang wanita mendakwa empat pelajar, termasuk dua pelajar di SMK Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksin.

With Love

Papaglamz

-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com