11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba

11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba

Assalamualaikum semua. Nasi goreng adalah menu yang paling ringkas dan mudah hendak membuatnya. Sebenarnya resepi nasi goreng ini tidak lah ada sukatan yang tertentu. Nasi goreng ini anda boleh buat dengan hanya mencampak-campakkan bahan lebih kurang di dalam kuali sahaja.


Dalam entri kali ini saya akan kongsikan pada anda semua koleksi resepi nasi goreng yang sedap dan mudah yang anda boleh cuba. Lebih-lebih lagi buat anda yang bujang tu. Memasak nasi goreng yang mudah dirumah adalah lebih baik daripada membeli nasi goreng di kedai-kedai atau warung. 

Koleksi resepi ini ada yang saya buat dan ada juga yang saya kongsikan dari bacaan saya di internet. Selamat mencuba resepi-resepi nasi goreng yang sedap dan mudah ini.


11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba


1. RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan

4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.


2. RESEPI NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan

1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.


3. RESEPI NASI GORENG MENTEGA

mudah dan ringkas, x pyh susah2...yg penting sedap. X caya, cubalah sendiri.. (nasi kegemaran si manja)

Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional


Cara menyediakan dan memasak:

Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.


4. RESEPI NASI GORENG AYAM KUNYIT

Bahan-bahan nasi goreng

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit

200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara membuat nasi goreng

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.

Cara-cara memasak ayam goreng kunyit

1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.


5. RESEPI NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahan

2 mangkuk nasi sejuk ~ diperoikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak

Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam.
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula.


6. RESEPI NASI GORENG BIASA

Bahan-Bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.


7. RESEPI NASI GORENG CILI PADI

Nasi goreng kegemaranku.. lagi pedas lagi menyengat!

Bahan-bahan diperlukan:
3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)
Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus)10 biji cili padi
1 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
Bahan Sampingan:
Minyak Masak
Garam secukup rasa
2 biji telur ayam
Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rata
Masukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..
Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak.


8. RESEPI NASI GORENG CILI KERING

Bahan-Bahan

1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit

Cara-Cara Memasak

1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.


9. RESEPI NASI GORENG IKAN BILIS DAN PETAI

Resipi Nasi goreng Ikan Bilis dan Petai ini bukan sahaja sangatlah simple untuk disediakan, tetapi tersangatlah sedap. Terasa pulak hendak share resipinya yang saya dapati dari blog Azie Kitchen. Oleh kerana ianya sangat mudah untuk disediakan, saya dah membuatnya beberapa kali, memang lazat. Kalau tak percaya, boleh tengok resipi di bawah dan bolehlah cuba membuatnya.

Selamat mencuba ya...

Bahan-bahan
Nasi putih
1 genggam ikan bilis digoreng garing
1 gengam petai - hiris dan goreng
3 biji telur
Garam
Bahan tumbuk
5 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
4 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Belacan

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan.
Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan telur. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata
Masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng. Kacau rata.
Masukkan garam secukupnya
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas-panas


10. RESEPI NASI GORENG PATTAYA

Bahan-Bahan

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih di-blend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat

1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur

1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.


11. RESEPI NASI GORENG TELUR ASIN

Resepi nasi goreng special ni admin dapat dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dah cuba masak, memang sedap!

Bahan-bahan

2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - dipotong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA...!!!

With Love
Papaglamz 

-sekian-

Tags

resepi nasi goreng ayam, nasi goreng kampung resepi, nasi goreng kampung, resepi nasi goreng sedap, resepi nasi goreng simple, resepi nasi goreng telur, resepi nasi goreng mudah, resepi nasi goreng sardin, resepi nasi goreng sotong, resepi nasi goreng belacan, resepi nasi goreng ikan bilis, resepi nasi goreng biasa, resepi nasi goreng pattaya, resepi nasi impit goreng, resepi nasi goreng telur masin, resepi nasi goreng petai,

Penyakit Zakar Dan 9 Tips Penjagaan Zakar Yang Ideal Dan Tip Top

Penyakit Zakar Dan 9 Tips Penjagaan Zakar Yang Ideal Dan Tip Top

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berkongsi pada anda semua tentang zakar lelaki. Tapi tahukah anda apa itu zakar?

Apa itu zakar


Zakar merupakan alat kemaluan bagi seorang lelaki. Alat kemaluan ini merupakan organ seksual atau kemaluan bagi lelaki yang berfungsi untuk membuang air kecil dan juga untuk persetubuhan seks (tempat keluarnya air mani). Kedudukannya terletak dibahagian bawah perut di antara kedua-dua pelikat kaki serta di dasar tulang pelvik. Ada juga yang memanggil zakar dengan nama batang, balak ataupun penis.


Zakar juga mempunya buah zakar. Buah zakar atau buah kemaluan adalah organ reproduksi untuk lelaki yang berbentuk oval terletak di dalam skrotum atau jantung zakar. Saiz buah zakar bagi seseorang lelaki dewasa biasanya lebih kurang 15-35 mL. Fungdi utama buah zakar atau testis ini ialah sebagai tempat penghasilan sperma dan juga testosteron.

Penyakit atau masalah berkaitan Zakar lelaki yang paling ditakuti


Gonorrhea


Gonorrhea adalah penyakit berjangkit yang disebabkab oleh bakteria yang diberi nama Neiserria gonorrhoeae yang disebarkan secara seksual. Bakteria ini akan menjangkiti laipsan dalam uretra, serviks, rektum, tekak dan bahagian putih mata atau konjunktiva. Jangkitan ini boleh berlaku kepasa lelaki dan wanita.

Penyebab penyakit gonorrhea adalah jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae yang biasanya dijangkiti melalui hubungan intim, termasuk seks oral dan seks dubur. Penyakit ini juga lebih mudah dijangkiti jika seseorang itu sering kali menukar pasangan seksnya.

Gejala penyakit gonorrhea pada lelaki:

Gejala awal biasanya berlaku dalam masa 2-7 hari selepas jangkitan.

Sakit dan ketidakselesaan di saluran kencing.

Cetus keluar cecair atau kadang-kadang putih dan ada pula yang keluar dari darah.

Jika terdapat banyak nanah, ia akan keluar secara langsung. Tetapi ada juga yang keluar bersama-sama dengan melancap. Atau walaupun dalam bentuk patch putih / kuning di seluar dalam yang biasanya dilihat apabila anda bangun pada waktu pagi.

Kerap membuang air kecil dan merasa terbakar atau sakit dan sakit, walaupun sesetengah orang tidak merasakan tanda-tanda ini.

Ada juga yang merasakan anus itu gatal, menyakitkan dan juga pendarahan.

Cecair putih bercampur dengan nanah keluar dari zakar.

Terdapat pembengkakan dan kemerahan pada zakar.

Sakit Sakit Sakit Panas dan Keluar Cecair Putih.

Ia juga boleh merosakkan tekak dan mata merah atau sakit mata.

CARA MENJAGA ZAKAR LELAKI SUPAYA TIPTOP


Berikut adalah 9 cara untuk menjaga zakar besar anda berfungsi dengan baik:

MENGEKALKAN BERAT IDEAL


Obesiti literal mencuri kelelakian anda dan mengurangkan tahap testosteron dalam badan. Lemak di bahagian abdomen menukarkan testosteron hormon lelaki anda untuk estrogen hormon wanita. Anda juga lebih cenderung untuk mempunyai lemak plak yang menyumbat saluran darah anda, termasuk arteri ke zakar, menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi berkualiti baik.

MAKAN MAKANAN SIHAT


Makanan yang sihat dan semula jadi mencegah pengumpulan deposit plak berbahaya dalam saluran darah anda yang menyukarkan aliran darah ke zakar. Pilihan pemakanan yang tidak sihat dengan makanan yang berkolesterol dan tidak berkhasiat mewujudkan arteri tersumbat dan sangat memberi kesan fungsi seksual.

KURANGKAN STRESS


Tekanan menyebabkan pengeluaran adrenalin hormon dan kortisol. Adrenalin menyempitkan saluran darah, yang memberi kesan negatif kepada pancutan. Jika anda pernah mengalami “kebimbangan prestasi” ia adalah kerana pembebasan adrenalin dalam tindak balas kepada gemuruh. rembesan kortisol yang berlebihan, yang membantu pemacu selera anda, menyebabkan pengumpulan lemak perut yang tidak baik.

BERHENTI MEROKOK


Selain menyebabkan kanser, merokok menyempitkan saluran darah, merosakkan aliran darah, mengurangkan bekalan oksigen, dan juga menggalakkan keradangan, menjejaskan setiap organ dalam badan anda.

TIDUR SECUKUPNYA


Tidur mempunyai fungsi pemulihan amat penting kerana otak anda dan badan memerlukan masa rehat yang cukup. Kurang tidur menyebabkan gangguan endokrin, metabolik, dan fungsi imun, menyebabkan tahap leptin menurun (penahan selera anda), peningkatan tahap ghrelin (perangsang selera anda), meningkat kortisol, dan peningkatan paras glukosa (jumlah yang lebih tinggi gula dalam aliran darah ). Jika anda sedang letih, zakar anda akan menjadi letih juga.

BERSENAM SECARA TETAP


Senaman mempunyai kesan yang luar biasa pada fungsi seksual. Ia mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, mencegah keletihan dan meningkatkan tenaga. Jangkamasa panjang ia akan mengurangkan risiko anda untuk penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, beberapa jenis kanser, osteoporosis, masalah perubatan yang kronik dan kecacatan fizikal. Bersenam membuat jantung anda lebih baik dan kuat, saluran darah anda lebih anjal, dan otot anda lebih mampu dengan menggunakan oksigen. Latihan yang bersenam otot yang terlibat dengan seks-otot teras, pemutar luar pinggul, dan semua-penting lantai pelvik otot-akan meningkatkan prestasi anda.

MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIK ANDA


Otot lantai pelvik memainkan peranan penting berkenaan dengan kedua-dua ereksi dan ejakulasi. Apabila anda merangsang seksual, otot-otot lantai pelvik mengaktifkan dan melibatkan diri untuk mengekalkan ketegangan zakar dan memancing ereksi memuncak. Otot ini bukan sahaja bertanggungjawab untuk membantu zakar dirangsang dari keadaan tumescent (berisi dengan darah) kepada keadaan ketegangan, tetapi juga untuk mengekalkan ketegangan menjadi “motor” ejakulasi. Banyak kajian saintifik telah didokumenkan manfaat senaman pelvik, yang dikenali sebagai “Kegels,” dalam pengurusan mati pucuk.

AKTIF MELAKUKAN SEKS


Gunakan zakar anda. Anda boleh membantu memastikan ia dalam keadaan yang baik dengan menggunakan ia kerap. Kajian saintifik telah menunjukkan dengan jelas bahawa lelaki yang lebih aktif secara seksual cenderung mempunyai sedikit masalah dengan mati pucuk apabila mereka semakin tua.

MENGEKALKAN HUBUNGAN SIHAT


Hubungan harmoni adalah faktor kuat ke dalam fungsi seksual yang baik hanya kerana perselisihan dan interpersonal isu mendalam boleh menyumbang kepada mati pucuk. Hubungan minda-badan adalah kepentingan yang besar untuk fungsi seksual.

With Love
Papaglamz

-sekian-

tags

buah zakar,

zakar besar,

zakar lelaki,

urut zakar,

besarkan zakar,

ubat zakar,

penis,

buah zakar sakit,

membesarkan zakar,

buah zakar nyeri,

panjang zakar,

gambar zakar,

zakar bengkak,

zakar melayu,

cara urut zakar,

buah zakar besar sebelah,

urutan zakar,

cara membesarkan zakar,

batang zakar,

zakar kecil,

cara besarkan zakar,

zakar keras,

buah zakar bengkak,

hisap zakar,

saiz zakar,

gatal di buah zakar tak kunjung sembuh,

zakar in islam,

karami zakar,

buah zakar besar sebelah pada bayi baru lahir,

ubat kuat zakar,

buah zakar tinggi sebelah,

buah zakar terasa nyeri,

wakar zakar,

zakar bengkok,

ubat besar zakar,

zakar artinya,

bearing zakar,

buah zakar besar sebelah pada bayi apakah normal,

buah zakar besar sebelah kanan pada bayi,

buah zakar nyeri sebelah kiri,

buah zakar nyeri,

cara memanjangkan zakar,

buah zakar terasa nyeri sebelah kanan,

apa itu zakar,

cara urut zakar,

urutan zakar,

pembesaran zakar,

cincin zakar,

hisap zakar,

minyak urut zakar,

Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus | Tips Supaya Sagu Tak Mentah

Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus | Tips Supaya Sagu Tak Mentah

Assalamualaikum semua. Kali ini saya kan menunjukkan cara-cara nak membuat kuih sagu atau ada juga yang namakan dengan kuih mata ikan. Untuk resepi kuih sagu kali ini, saya menggunakan sagu yang berwarna merah. Jadi, saya hanya menggunakan sedikit pewarna merah. Warnanya sudah menjadi merah.
Untuk parutan kelapa pula, saya hanya mencampurkan parutan kelapa bersama gula dan garam. Sesetengah resepi, parutan kelapa ini akan dikukus sebentar supaya ia tahan lama. Tetapi, dek kerana kemalasan, saya tidak kukus. Lagipun, sekali makan, terus habis. Tak sempat nak simpan-simpan.
resepi sagu,kuih sagu,kuih sagu merah,kuih sagu kelapa parut,kuih sagu mata ikan,kuih sagu tanpa kukus,kuih sagu biji,kuih sagu mata ikan tanpa kukus,kuih sagu mutiara,kuih sagu kelapa,kuih sagu merah sukatan cawan,resepi kuih sagu merah sedap,resepi kuih sagu merah mudah,kuih sagu kukus,kuih tradisional melayu mudah,resepi kuih tradisional melayu mudah,kuih tradisional melayu yang mudah

Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus | Tips Supaya Sagu Tak Mentah Bahan-bahan 2 cawan tepung sagu 1/2 cawan gula pasir 1 cawan kelapa parut Sedikit garam
Cara nak membuatnya secara detail boleh la tonton video di channel yotube saya ya.

Jom tonton - Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus | Tips Supaya Sagu Tak Mentah


Selamat mencuba.

With love
Papaglamz

-sekian-

Tags
resepi sagu,kuih sagu,kuih sagu merah,kuih sagu kelapa parut,kuih sagu mata ikan,kuih sagu tanpa kukus,kuih sagu biji,kuih sagu mata ikan tanpa kukus,kuih sagu mutiara,kuih sagu kelapa,kuih sagu merah sukatan cawan,resepi kuih sagu merah sedap,resepi kuih sagu merah mudah,kuih sagu kukus,kuih tradisional melayu mudah,resepi kuih tradisional melayu mudah,kuih tradisional melayu yang mudah

Kek Marble Bakar Mudah | Viral Kek Marble Jelita

Kek Marble Bakar Mudah | Viral Kek Marble Jelita

Assalamualaikum semua. Sekarang ni semua dok pakat sembang pasal Kek Marble Jelita. Kek Marble Mudah je nak buat. Dia ala-ala kek butter je. Cumanya last step sebelum bakar tu adunan diwarnakan dan cara nak masukkan adunan dalam loyang pun ada RAHSIA dia. Nak tau kenala tonton video ni sampai habis.




Bahan-bahan:


200g tepung gandum

50g susu tepung

250g butter atau merjerin

3 biji telur

150g gula kastor

1 sudu teh baking bikarbonat

1 sudu teh asen vanila

Pewarna makanan


Cara-cara membuatnya


Pukul butter dan gula sampai kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan asen vanila
Pukul adunan sehingga kembang dalam 10 minit
Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak
Masukkan susu tepung
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap sati bahagian warnakan dengan warna yang anda sukai.
Msukkan dalam loyang sedikit-demi sedikit.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius 1 jam.

Cara nak membuatnya secara detail boleh la tonton video di channel yotube saya ya.


Jom tonton - Kek Marble Bakar Mudah | Viral Kek Marble Jelita


With Love

Papaglamz


-sekian-



Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com