5.8.20

11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba

Assalamualaikum semua. Nasi goreng adalah menu yang paling ringkas dan mudah hendak membuatnya. Sebenarnya resepi nasi goreng ini tidak lah ada sukatan yang tertentu. Nasi goreng ini anda boleh buat dengan hanya mencampak-campakkan bahan lebih kurang di dalam kuali sahaja.


Dalam entri kali ini saya akan kongsikan pada anda semua koleksi resepi nasi goreng yang sedap dan mudah yang anda boleh cuba. Lebih-lebih lagi buat anda yang bujang tu. Memasak nasi goreng yang mudah dirumah adalah lebih baik daripada membeli nasi goreng di kedai-kedai atau warung. 

Koleksi resepi ini ada yang saya buat dan ada juga yang saya kongsikan dari bacaan saya di internet. Selamat mencuba resepi-resepi nasi goreng yang sedap dan mudah ini.


11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba


1. RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan

4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.


2. RESEPI NASI GORENG SARDIN

Bahan-bahan

1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.


3. RESEPI NASI GORENG MENTEGA

mudah dan ringkas, x pyh susah2...yg penting sedap. X caya, cubalah sendiri.. (nasi kegemaran si manja)

Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional


Cara menyediakan dan memasak:

Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.


4. RESEPI NASI GORENG AYAM KUNYIT

Bahan-bahan nasi goreng

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit

200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara membuat nasi goreng

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.

Cara-cara memasak ayam goreng kunyit

1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.


5. RESEPI NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahan

2 mangkuk nasi sejuk ~ diperoikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak

Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam.
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula.


6. RESEPI NASI GORENG BIASA

Bahan-Bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.


7. RESEPI NASI GORENG CILI PADI

Nasi goreng kegemaranku.. lagi pedas lagi menyengat!

Bahan-bahan diperlukan:
3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)
Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus)10 biji cili padi
1 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
Bahan Sampingan:
Minyak Masak
Garam secukup rasa
2 biji telur ayam
Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rata
Masukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..
Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak.


8. RESEPI NASI GORENG CILI KERING

Bahan-Bahan

1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit

Cara-Cara Memasak

1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.


9. RESEPI NASI GORENG IKAN BILIS DAN PETAI

Resipi Nasi goreng Ikan Bilis dan Petai ini bukan sahaja sangatlah simple untuk disediakan, tetapi tersangatlah sedap. Terasa pulak hendak share resipinya yang saya dapati dari blog Azie Kitchen. Oleh kerana ianya sangat mudah untuk disediakan, saya dah membuatnya beberapa kali, memang lazat. Kalau tak percaya, boleh tengok resipi di bawah dan bolehlah cuba membuatnya.

Selamat mencuba ya...

Bahan-bahan
Nasi putih
1 genggam ikan bilis digoreng garing
1 gengam petai - hiris dan goreng
3 biji telur
Garam
Bahan tumbuk
5 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
4 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Belacan

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan.
Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan telur. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata
Masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng. Kacau rata.
Masukkan garam secukupnya
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas-panas


10. RESEPI NASI GORENG PATTAYA

Bahan-Bahan

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih di-blend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat

1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur

1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.


11. RESEPI NASI GORENG TELUR ASIN

Resepi nasi goreng special ni admin dapat dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dah cuba masak, memang sedap!

Bahan-bahan

2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - dipotong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA...!!!

With Love
Papaglamz 

-sekian-

Tags

resepi nasi goreng ayam, nasi goreng kampung resepi, nasi goreng kampung, resepi nasi goreng sedap, resepi nasi goreng simple, resepi nasi goreng telur, resepi nasi goreng mudah, resepi nasi goreng sardin, resepi nasi goreng sotong, resepi nasi goreng belacan, resepi nasi goreng ikan bilis, resepi nasi goreng biasa, resepi nasi goreng pattaya, resepi nasi impit goreng, resepi nasi goreng telur masin, resepi nasi goreng petai,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com