Baca juga

Sambutan Hari Lahir Imtiyaz Dan Hari Ibu

Sambutan Hari Lahir Imtiyaz Dan Hari Ibu

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni PapaG and family mengadakan sambutan hari lahir Imtiyaz dan hari ibu di kampung. Untuk pengatahuan semua, tarikh lahir Imtiyaz jatuh pada 17 Mei 2014. Kami sambut lewat sikit la. Alang-alang balik kampung tu kami berkumpul bersama-sama family yang ada buat la sambutan hari lahir imtiyaz dan hari ibu. Sekali arung je. Mudah dan cepat gitu kan. Hehehe




Selamat hari lahir buat Dhia Imtiyaz. Semoga kamu membesar dengan sihat dan bakal menjadi anak yang solehah. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Fenomena Viral Krim Kurus Tidak Panas Dari Izeara Xtravaganza

Fenomena Viral Krim Kurus Tidak Panas Dari Izeara Xtravaganza

Assalamualaikum semua. Harap korang semua baik-baik sahaja. PapaG percaya ramai yang telah tahu tentang fenomena viral krim kurus tidak panas dari Izeara Xtravaganza. Baru-baru ini PapaG berpeluang mencuba krim untuk kurus dari Izeara Xtravaganza ni. Sebenarnya dah lama juga PapaG dapat tahu tentang krim kurus ni. Apa tidaknya krim kurus ini menjadi begitu viral bila ada yang mempersoalkan keberkesanan krim ini kerana ia tidak panas. Almaklumlah kebanyakan krim-krim untuk kurus ni akan memberikan kesan rasa panas pada si pemakai kan. Tapi tidak pula bagi Krim Kurus dari Izeara Xtravaganza ni. 


Kali pertama mencuba krim ini rasa begitu teruja sekali. Selain rasa yang tidak panas, krim kurus ini juga tidak melekit tau. Sangat selesa bila dipakai. Bau pun SEDAP. Wangi-wangi natural gitu.

Diam-diam dah beberapa minggu juga PapaG menggunakan Izeara Extravaganza ni. Alhamdulillah sekarang rasa sangat-sangat konfiden nak pakai baju-baju yang ala-ala fit gitu. PapaG suka sapu krim kurus ni di bahagian pinggang dan lengan. Nak cakap perubahan yang ketara tu memang tak boleh lagi la. Mungkin bila dapat memakai semula kemeja slim fit yang dah lama tak pakai dengan rasa KONFIDEN amat la menyeronokkan. Wife PapaG pun kata "Amboi semakin melaram sekarang ni". Hehehehe. Seriously BEST SANGAT krim ni. Thank you Krim Izeara Extravaganza.


KEBAIKAN IZEARA EXTRAVAGANZA
  • Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK! 
  • Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C. Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit. 
  • Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni. 
  • Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari. 
  • Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!
Kan banyak kan kebaikan Krim Kurus Izeara Extravaganza ni kan. Untuk pegatahuan semua ramai juga sebenarnya yang telah berjaya menguruskan badan mereka dengan mengamalkan penyapuan krim kurus Izeara Xtravaganza. Artis juga pakai krim ni tau. Siapa tak kenal dengan Siti Nordiana kan? Nana siap bagi feed back positif lagi. Kelas kau Nana...!!!! Hehehe

Ramai dok kata apa rahsia maintain berat badan tampil ramping walau buzy dengan kerja kan. Haaa .Nana gunakan Serum Izeara Xtravaganza ni, nak kata siang mlm sapu Serum Izeara Xtravaganza ni,kdg2 miss jugak.. Tapi kesan dia mmg powerlah..hehe So memang Recommended produk Serum Kurus Tak Panas & Wangi ni Dari Izeara Xtravaganza.. Lagi 1 nana nk pesan, kalo lepas bersalin mmg bagus sgt2 pakai Serum Kurus Izeara Xtravaganza ni tau.. Pakat2 sapu serum Kurus Izeara Xtravaganza ni siang mlm ya..mmg kurus habis uolls ni."
Jadi korang jangan lupa untuk mencuba krim kurus yang tidak panas dari Izeara Xtravaganz ni tau, PapaG sura korang pasti akan berpuas hati. Tapi ingant korang kena beristiqomah. Jangan pakai kejap-kejap dah berputus asa kan. Macam tu pakai produk paling mahal didunia pun korang tak kan kurus kan? Hehehe. Ok la, SELAMAT MENCUBA.......!!!!

Untuk detail dan order boleh terus


Instagram: @izearaxtravaganza
Telefon: 013-777 3617

With Love
Papaglamz

-sekian-

Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz

Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz

Assalamualaikum semua. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini PapaG mengumumkan Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz yang telah bermula penjualannya pada hari ini. PapaG harap dengan Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan? PapaG memang saja release koleksi terbaru ni awal-awal ramdhan ni. Nak suruh korang bergaya dengan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz la raya nanti. Jangan lupa cuba tau. Murah-murah je ma..!!!!

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

With Love
Papaglamz

-sekian-
Payung JDT Edisi Istimewa Dalam Tangan

Payung JDT Edisi Istimewa Dalam Tangan

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah payung JDT edisi istimewa dalam tangan PapaG sekarang ni. Sebenarnya sudah lama PapaG memiliki payung JDT edisi istimewa ni. Cuma tak sempat nak ceritakan didalam blog ni. Malam ni rasanya nak cerita sedikit tentang payung jenama JDT ni la. PapaG bukan beli online tapi suruh abang PapaG yang duduk di Pasir Gudang belikan. Harga tak la murah sangat tapi boleh la. Tak mahal sangat la pula. Yang sesedang saja gitu. Hehehe

http://www.papaglamz.com/2016/06/payung-jdt-edisi-istimewa-dalam-tangan.html

Produk jenama JDT

PapaG pasti tentu ramai yang mengikuti perkembangan kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim, JDT kan? Tak kira yang meminati atau yang tidak meminati kelab bola ini. PapaG ni tak la terlalu mengikuti sangat tapi sekadar layan-layan page rasmi JDT iaitu Johor Southern Tiger gitu la. Tu la yang terpandang payung jenama JDT ni. Pertama kali pandang terus jatuh cinta. Saizya yang besar dan warna yang agak exclusive begitu menarik hati PapaG untuk membelinya. 

Selain payung, macam-macam lagi pihak JDT jual. Contohnya Mug bercop logo JDT, gelang tangan JDT, power bank, mafla, jersi JDT dan macam-macam lagi. Sudah tentu penjualan produk-produk ini merupakan salah satu sumber menambah dana kelab ini. Syabas PapaG ucapkan. Buat masa ni PapaG sudah memiliki payung JDT dan juga jersi yang berwarna biru. Tengah aim nak beli mug pula. Insyallah. Tengah kumpul-kumpul duit. Boleh la posng-posing kat office nanti. Hehehe.

http://www.papaglamz.com/2016/06/payung-jdt-edisi-istimewa-dalam-tangan.html

Haaa macam-macam lagi korang boleh tengok di page rasmi JDT di facebook. Kalau nak cuci-cuci mata boleh la cari yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Marhaban Ya Ramadhan 2016

Marhaban Ya Ramadhan 2016

Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik Ramadhan tahun 2016 bakal menjelang. Rasa macam baru je kita menyambut puasa pada tahun lepas kan. Jadi nak wish in advance untuk korang semua Marhaban Ya Ramadhan 2016 pada tahun ini. PapaG harap ramadhan 2016 kali ini bakal menjadi medan terbaik untuk kita menyucikan diri dan melatih diri kita untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Insyallah. Terima kasih juga yang telah memberi ucapan marhaban ya ramadhan pada PapaG dari anda semua. 

http://www.papaglamz.com/2016/06/marhaban-ya-ramadhan-2016.html

Marhaban ya ramadhan bulan untuk menyuci diri

Hakikat sebuah puasa ialah menahan diri. Bukan hanya menahan diri dari makan dan minum disiang hari. Tapi bagi PapaG ternyata menahan itu bukan hanya secara fizikal malahan rohani. Apa tidaknya, sepanjang bulan ini, kita diperintahkan untuk menahan. Bukan sembarang menahan makan dan minum semata, tetapi juga menahan segala perbuatan yang mengutamakan syahwat. Menahan diri dari melakukan sebarang perbuatan yang mengutamakan syahwat inilah yang mampu mnyucikan diri kita. Insyallah.

Beruntungkan bagi mereka yang masih lagi berkesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ini. Allah masih lagi memeri peluang pada kita untuk membersih diri, menyucikan jiwa dan roh dari segala kotoran-kotoran yang selama ini melekat, pada bulan yang suci ini. Jadi alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan ramadhan ini. Insyallah. Ada lagi beberapa hari lagi ni.

Jadi, apa azam korang untuk bulan ramadhan ni selain daripada puasa cukup selama sebulan? Haa sebenarnya banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita amalkan dalam bulan ramadhan ni. Tapi satu yang PapaG azam nak buat sangat-sangat untuk ramadhan kali ini iaitu nak abiskan 30 juzu' baca al-quran dalam sebulan ni. Tahun lepas tak habis pulak. Insyallah tahun ni nak abeskan. Insyallah.

Akhir sekali, PapaG ucapkan semoga korang semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Semoga azam-azam yang korang inginkan pada ramadhan kali ini dapat sama-sama kita penuhi insyallah. Selamat Berpuasa....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Koleksi Shawl Yang Mudah Digayakan

Koleksi Shawl Yang Mudah Digayakan

Assalamualikum semua. Ok la untuk kali ini PapaG dengan confidentnya nak beritahu pada korang semua yang koleksi shawl yang PapaG keluarkan adalah antara koleksi shawl yang mudah digayakan. Konfident gila kan? Hehehehe. Insyallah shawl yang PapaG keluarkan merupakan shawl yang mudah digayakan. Kain yang PapaG gunakan adalah yang berkualiti tau. Mudah digosok gitu. Jatuhan kain pun molek jer. Kain yang Papag gunakan ialah kain Chiffon Moist Crepe tau. Kain in lembut-lembut cantik gitu. Rugi tak cuba tau. Hehehe

Koleksi Shawl Yang Mudah Digayakan

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti PapaG poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela PapaG tak buat banyak. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah kami mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan kami berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 

KONSEP shawl yang PapaG ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang PapaG keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain yang PapaG suka ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah PapaG pilih kain ini untuk di jadikan shawl eksklusif kami.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)

Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)

Warna pilihan : 

ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)

ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)

ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)

ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)

Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Limited edition sebab aku tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

With Love
Papaglamz

-sekian-
3 Waktu Terbaik Menasihati Anak

3 Waktu Terbaik Menasihati Anak

Assalamualaikum semua. PapaG harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Cerita yang ingin PapaG tuliskan dalam entri berkenaan dengan 3 waktu terbaik menasihati anak. PapaG mendengar tips untuk menasihati anak ini daripada ustazah Isfadiah. Kebetulan tengah makan malam semalam warung tu membuka rancangan bersama ustazah Isfadiah yang membicarakan tentang 3 waktu terbaik menasihati anak. Sambil-sambil makan PapaG pun mendengar sekali apa yang dibicarakan oleh beliau.

waktu-menasihati-anak

Jadi, hari ni PapaG ingin berkongsi apa yang telah PapaG dengar semalam tentang bilakah waktu terbaik untuk menasihati anak. Ok la terdapat 3 waktu yang berkesan untuk kita menasihati anak. Antaranya ialah waktu makan, waktu anak sedang demam dan ketika dalam perjalanan didalam kenderaan. Tentu kita tertanya-tanya kenapa 3 waktu ini mejadi antara waktu yang sesuai untuk kita menasihati anak kan? 

Baiklah, masa terbaik pertama untuk kita menasihati anak ialah ketika waktu makan. Waktu makan merupakan saat berkumpulnya semua anggota keluarga. Disinilah waktu terbaik untuk kita memberikan nasihat. Mana tahu jika anak kita tu ada melakukan kesalahan ataupun sesuatu yang tidak elok. Ataupun masa ini juga mungkin masa terbaik untuk kita bertanya akan aktiviti-aktiviti mereka seharian. Sambil mendengar cerita tu sambil-sambil tu la kita menasihati mereka. Insyallah ketika ini mereka lebih mudah untuk menerima teguran kita.

Selain itu, masa terbaik untuk kita menasihati anak ialah ketika anak kita sedang sakit atau demam. Disaat anak kita sedang sakit, tubuh badan mereka berada dalam proses berehat dan juga dibebaskan dari dosa. Sambil menjaga dan mengubati lukanya tu apa kata selitkan sedikit dengan nasihat-nasihat berguna untuk mereka. Insyallah segala nasihat yang diberi oleh kita akan dapat dicerna dengan baik.

Rasulullah saw pernah mencontohkan, ketika beliau sedang melakukan perjalanan, beliau memanggil seorang anak kecil dan mengatakan ini dan itu, dan anak itu mendengarkan . Cara ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua ketika mengajak anak berjalan-jalan. Dulu la kot. Sekarang ni masing-masing tidur dalam kereta kot kalau berjalan jauh. Hehehehe. Dalam pada bercerita tu kita boleh menyelitkan kata-kata nasihat kepada anak-anak kita.

Dalam menasihati anak tu bukannya mudah kan? Kadang kala anak kita ni saat mereka dinasihati ada yang tidak mendengar kata. Hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sabar je la kan? Mungkin dengan mengikuti waktu-waktu terbaik untuk menasihati anak ini membuatkan anak kita mudah mendengar kata. Insyallah. Jom sama-sama mencuba. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cerita tentang Papa, Ayah dan Bapak

Cerita tentang Papa, Ayah dan Bapak

Assalamualaikum semua. Papa, ayah dan bapak panggilan yang berbeza namun maksudnya sama untuk seorang insan yang memikul tanggungjawab mendidik, membesarkan serta melindungi sesebuah keluarga dan juga anak. Papa, ayah dan bapak mempunyai kaitan tersendiri terhadap insan-insan dikeliling PapaG.

i-love-you-dad

Dalam family, PapaG memanggil gelaran BAPAK untuk insan yang tidak jemu menasihati serta melindungi PapaG. Yela kami orang jawakan? Dari kecik lagi panggil macam tu. Kadang saje nak tukar ayah. Tapi macam Krikkk krikkk krikkk. Janggal sangat. Hehehe

Sekarang, anak PapaG panggil AYAH. PapaG lebih suka di panggil AYAH. Lebih mesra dan penuh kasih sayang gitu. Tak la kasar sangat kan. Dan bila PapaG dah ada mertua ni, PapaG pun panggil AYAH juga. Sebab wife panggil dia ayah kot. Tapi wife PapaG tak pulak panggil mertua dia BAPAK. Ikut suka la. Yang penting bahagia.

Dan ada pulak la istilah Papa dalam hidup ni. Macam mana pun tak tau la. Ni moden sikit. Orang kata nama pena. Nama ni pun special untuk anak sulung produk PapaG. Siapa tak tahu kan ‪#‎ShawlExclusiveByPapaglamz‬ tu. Dan blog Papaglamz.com ni la. Glamz ke masalahnye...? Hehehe.

Complete semua ad kene mengena dengan PapaG. Cuma abi ngan daddy je yang tak. Tengok la anak ke-11 nanti nak suh panggil dady coooool plakz. Eh...!!! Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Impak Terbesar Watak Jean Dalam X-MAN Apocalypse 2016

Impak Terbesar Watak Jean Dalam X-MAN Apocalypse 2016

Assalamualaikum semua. Tentu sekali sudah ramai yang telah pun menonton filem X-Man Apocalypse yang terbaru pada tahun 2016 ni kan? Membaca review-review tentang filem X-Man yang terbaru ini membuat PapaG begitu teruja untuk menonton juga. Dan alhamdulillah, PapaG dah menonton filem X-Man ni. PapaG bagi 9.5 daripada 10 bintang untuk filem X-Man kali ini. Dan antara watak yang PapaG suka pada siri kali ini ialah Jean. Jelas terlihat impak terbesar watak Jean dalam X-Man Apocalypse ni walaupun pada permulaan penceritaan, wataknya agak perlahan. Tapi bila cerita mula menuju penamatnya, watak jean seakan mencantas watak-watak lain dan mampu memberi kesan yang mendalam kepada para penonton

x-man-apocalypse

Secara keseluruhannya, bagi PapaG siri X-Man pada kali ini membawa para penonton kepada bagaimana watak Jean, Storm dan juga Scott boleh terbabit di dalam dunia X-Man. Bagaimana cerita Storm yang pada mulanya jahat kemudian menjadi baik, bagaimana Scott yang baru merasa akan kuasanya serta bagaimana Jean yang mempunyai kawalan kuasa minda sedang dirawat oleh Professor X supaya kuasanya dapat di stabilkan. Memang menerujakan. Korang memang patut menonton. 

Namun, dalam penceritaan ketiga-tiga watak ini, bagi PapaG watak Jean lebih memberi impak yang mendalam pada penonton. Sudah pasti bagi mereka yang menonton siri X-Man 1, 2 dan 3 akan terngiang-ngiang didalam kotak fikiran masing-masing akan cerita bagaimana Jean yang terbunuh berdekatan dengan empangan kemudian hidup semula dan kemudian mati semula apabila Wolverin terpaksa membunuhnya didalam X-Man The Last Stand. Memang sangat menarik. 

x-man-apocalypse

Walaubagaimanapun, tanpa garapan dan bantuan semua pelakon didalam siri terbaru X-Man ni, cerita ini tidak akan berjaya. Jangan dilupa watak jahat utama iaitu En Sabah Nur. Mutan yang mahu menjadi pemerintah dunia dan mahu manusia semua mati adalah antara kekejaman yang menunjukkan beliau sangat berkuasa antara mutan-mutan yang ada. Walaupun boleh dikatakan dia telah tidur didalam kegelapan selama beberapa ratus tahun lamanya, dengan kuasa yang beliau ada, beliau mampu untuk mempelajari dunia moden dengan sendirinya.

Seperti biasa dalam siri X-Man yang lain, pengarah menggarapkan beberapa konflik antara mutan itu sendiri. Tak lain tak bukan konflik antara Profesor X dan juga Magneto. Perbezaan pendapat tentang 'harapan' kehidupan yang aman antara mutan dan manusia yang diilhamkan oleh Profesor X sendiri seringkali ditentang oleh Magneto. Namun, atas dasar persahabatan, mereka sanggup mengenepikan ideologi masing-masing demi menyelamatkan dunia. 

Banyak lagi cerita-cerita menarik dalam siri terbaru X-Man ni. Antaranya bagaimana anak dan isteri Magneto terbunuh, bagaimana kepala Profesor X menjadi botak, Bagaimana rambut storm menjadi putih dan yang paling best macam mana Jean mendapat kuasa Pheonixnya di ceitakan pada babak-babak terakhir cerita ini. Nak tahu kesemua jawapan ini korang kena menontonnya sendiri. PapaG tak nak jadi spoiler. Hehehe. Selamat menonton.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Menang Jersi Bola Sepak Team Johor Darul Ta'zim JDT

Menang Jersi Bola Sepak Team Johor Darul Ta'zim JDT

Assalamualaikum semua. PapaG harap semua dalam keadaan sihat. Alhamdulillah baru-baru ni PapaG menang jersi bola sepak team johor darul ta'zim JDT secara percuma. Rezeki join contest di facebook. Kena wish birthday yang paling creative nanti owner profile facebook akan pilih dan bagi hadiah jersi JDT ni. Terima kasih yer. Memang dah lama juga nak memiliki jersi JDT ni. Tapi tunggu budget. 

jersi-bola-JDT

PapaG dan bola

Secara jujurnya PapaG dan bola ni adalah bagai langit dengan bumi jaraknya. I ni kaki bangku tau. Ko bagi la bola kat PapaG memang entah kemana la bola tu di sepaknya. Tapi sejak kebelakangan ni, senario bola sepak di Malaysia bagaikan berubah. PapaG yang tak lah minat dengan bila tiba-tiba terminat tanpa sengaja. Dari tak pernah langsung mengambil peduli tentang perkembangan bola sepak di Malaysia, kini Papag mula mencari-cari maklumat tentang bola sepak malaysia di internet-internet. 

jdt

Semua ni di sebabkan pasukan bola yang di gelar Southern Tiger iaitu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim JDT. Mungkin tak salah jika PapaG katakan JDT merupakan satu kelab yang telah membawa satu persepsi baru tentang bola di Malaysia. Walau ramai yang mengecam usaha-usaha Tengku Mahkota Johor dalam menaikkan nama JDT di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa, tapi dari sudut positif ada yang baiknya. Macam-macam kecaman dan kutukan khasnya dari haters yang mengecam usaha TMJ. Tapi TMJ terus sabar dan terus bergerak maju kehadapan bersama JDT sehingga mampu memenangi beberapa piala yang berprestij. Antara kejayaan terbesar ialah memenangi piala AFC. Satu-satunya pasukan dari Malaysia yang pernah memenangi piala ini. Harusla I bangga uols. Hihihi

JDT kempunan Piala Malaysia 2014

Ingat lagi dulu PapaG pernah menulis satu artikel tentang luahan hati TMJ tentang kekalahan JDT dalam piala Malaysia 2014 (Klik Disini). Pada waktu ini JDT merupakan kelab yang baru sahaja mengalami perubahan besar-besaran dan TMJ baru sahaja mengambil tampuk kepimpinan JDT. Walau kalah dan diuji dengan kutukan serta dihina sehingga sanggup peminat salah satu kelab bola sepak ini memijak bendera JDT (Klik Disini), namun TMJ terus positif dan terus berusaha sedaya mungkin untuk membantu JDT terus gah dipersada bola sepak tanah air malah antarabangsa tanpa menghiraukan sindiran-sindiran sinis dari mana-mana pihak khasnya haters. 

Dan kini, ternyata usaha TMJ dalam JDT seperti membuahkan hasil. Lihat sahaja dalam masa beberapa tahun berapa banyak piala yang telah menjadi milik JDT. Walauapapun syabas PapaG ucapkan pada team JDT dan pengemudi utama kelab ini iaitu Tengku Mahkota Johor. Teruskan usaha dalam membentuk JDT menjadi satu kelab yang gah dan disegani dimata dunia. Insyallah.

LUASKAN KUASAMU

p/s: Maaf kalau entri ni berat kepada JDT. Kawan orang johor. Jadi kawan sokong JDT la. Hehehe. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com