Baca juga

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam

Tempat makan pilihan ramai


Assalamualaikum

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam | Kalau ke Shah Alam lelebih masa makan tengahari, antara tempat makan yang mejadi pillihan PapaG untuk singgah ialah Cafe Cerita Kambing. Walaupun PapaG belum sempat nak singgah di cafe tersebut, tetapi PapaG dan rakan-rakan blogger pernah merasa masakan mereka ketika First EFG Gathering tempoh hari. Maksudnya di sini, kita juga boleh menempah makanan dan bawa ketempat majlis kita juga. Bukan hanya makan di cafe. 

Dah nama pun Cafe Cerita Kambing kan. Jadi, antara menu paling popular ialah masakan kambing. Bariani kambing dia sangat sedap. PapaG makan siap bertambah dua tiga kali tau. Hehehe. Selain menu kambing, ada juga masakan lain seperti ayam masak merah, daging kurma dan rojak yang mereka hidangkan di gathering kami. Ternyata mereka bukan hanya pakar dalam masak kambing, malah masakan lain juga mereka pakar yer.

Berikut antara menu yang ada masa 1stEFGathering


 Kambing bakar terlajak laris

 Acar gojes

 Kari Kambing

 Ayam Masak Merah

Pengat Pisang

Ternyata di Cafe Cerita Kambing ni makanan popularnya ialah Beriani Kambing. Zakaria merangkap chef dan juga pemilik cafe ini berkata, resepi masakan di cafenya merupakan resepi turun temurun keluarganya dan masih kekal sehingga ke hari ini. Resepi yang berasal dari Endau, Johor sudah pasti mempunyai rasa yang amat istimewa kerana mereka hanya memilih ramuan yang berkualiti dan menggunakan beras basmathi.

Cafe cerita kambing terletak di Tingkat 1, Anggerik Mall, Shah Alam dan beroperasi bermula pada pukul 11 pagi dan dikatakan pada pukul 4 petang makanan di cafe mereka telah habis. Ok bagi yang mencari-cari menu makan tengahari tu, PapaG cadangkan korang pergi Cafe Cerita Kambing ni tau. 

Kalau korang nak buat tempahan boleh juga hubungi chef sendiri:

Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )

With Love
Papaglamz

-sekian-
Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak

Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak

Pilihan seluar dalam lelaki


Assalamualaikum

Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak | Pernah terfikir tak sebelum ni? Memang kalau kita pergi mana-mana kedai atau shopping complex, di bahagian seluar dalam lelaki, kebanyakan semua dijual di dalam kotak berbanding seluar dalam wanita kebanyakannya dijual berselerak je. Lebih-lebih lagi kalau ada offer jualan seluar dalam perempuan, berlonggok-longgok je diorang jual. Tak de sebarang kotak pon. Rasanya kenapa situasi ini terjadi? Jom PapaG kongsikan kenapa kebanyakan seluar dalam lelaki dijual didalam kotak berbanding wanita hanya berselerak je.

seluar-dalam-lelaki-seksi

1. Marketing Strategy

Jika seluar dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.

Jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu cukup.

2. Memilih

Wanita lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya melihat saiz yang tertera di kotak.

3. Warna & Ciri-Ciri Seluar Dalam

Selain dari warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum lelaki.

Jika seluar dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan mendatangkan amarah pada tauke kedai.

4. Pemalu

Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita?

Haaa pelik kan? Tapi ada logiknya jugak kan? 

With Love
Papaglamz

-sekian-


Tags:
Resepi Sotong Celup Tepung Mudah

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah

Resepi sotong celup tepung simple


Assalamualaikum

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah | Kalau pergi ke Terengganu, antara makanan popular di sini ialah sotong celup tepung. Sotong celup tepung ni macam makan-makan sambil santai petang-petang gitu la. Ada juga sotong celup tepung yang dimakan sekali dengan nasi dan ikan bakar. Banyak kedai-kedai makan di sekitar tempat PapaG duduk ni yang menyajikan sotong celup tepung bersama-sama menu ikan bakar dan macam-macam lagi.

sotong-celup-tepung

Dalam banyak-banyak jenis sotong celup tepung, PapaG suka sotong celup tepung yang akak rangup tepung dia. Kalau makan tu bunyi kruk krak kruk krak. Ok la untuk entri kali ini PapaG nak kongsikan resepi mudah Sotong Celup Tepung yang boleh korang cuba.

Bahan-bahan

4 ekor sotong
1 cawan kecik tepung gandum
1/2 cawan kecik tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Cara-cara

Tepung2 tu sekalikan aje...Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa...

Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi...kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.

Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup. (korang paham ke?)

Pastikan minyak dah betul betul panas n api sederhana... dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dkt luar je..

Bila dah kaler brown, angkat guna penapis n makesure dah kering betul minyak baru letak atas tisu... Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembik.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Luahan Hati Lelaki Ini Sebagai Ayah Meruntun Hati Yang Membaca

Luahan Hati Lelaki Ini Sebagai Ayah Meruntun Hati Yang Membaca

Hati seorang ayah


Assalamualaikum

Luahan Hati Lelaki Ini Sebagai Ayah Meruntun Hati Yang Membaca | Hari cuti ni dok skrol timeline FB terjmpa satu posting yang amat meruntun hati yang memebaca. PapaG amat faham apa yang ingin di sampaikna oleh pemilik hati seorang ayah ni. Sebab situasi kami berdua adalah sama. Seorang ayah yang tidak berpeluang untuk melihat secara depan mata anaknya membesar dek kerana kekangan kerja. Jom PapaG kongsikan luahan hati ayah ni.

baby-girl-and-father

*************
As a father, mestilah aku sedih jugak bila banyak benda aku terlepas lalui detik anak aku membesar and xdapat selalu ada dengan dia. Anak sulung and perempuan. For sure she's my princess.

This week, mama dia belikan mainan kereta sorong, I'm not there to share the excitement sekali.

This week, first time dia belajar pakai selipar, I'm not there ajar dia jalan properly and show her, sama ja baby macam pakai kasut. 

Even awal2 first dia belajar berjalan pon aku xdapat tgk/ajar dia. Few weeks after baru balik.

Cuma alhamdulillah, bila balik, dia macam gam melekat dengan aku. And apa2 semua datang dekat papa.

Ada orang cakap, kenapa hg xresign ja. Balik duduk kampung. Wife hg dah kerja kedah.

I wish that making decision in life was that easy. You got one point, there you go. It is a wise decision and you should make it.

Ada orang kata, xkan hg sayang kerja hg lebih dari family sendiri.

Tapi dia xtau, wife dapat posting kedah was not part of the plan at all. Apa yang ada sekarang was plan before kawen lagi.

Kalau berhenti, ada puluhan ribu hutang wang yang perlu diganti. 
Kalau berhenti, terlepas cita2 sejak dari matrikulasi. 
Kalau berhenti, mungkin dah susah untuk habiskan pengajian nanti. 
Kalau berhenti, sia2 usaha dapat tempat yang diimpi.

Susah bagaimana nak terangkan dilema keputusan kehidupan yang kau perlu buat bagi orang faham. Even kau sebenarnya xperlu pon terangkan supaya dia faham. Dan aku buat semua keputusan lepas berbincang dengan isteri. It was not solely my decision.

And how I hope people will stop ask/makes heartbreaking questions/statements that makes me looks like irresponsible father/husband like, "kenapa xresign ja? Balik la duduk dengan family." "Alah, puluhan ribu duit tu boleh dicari".

Mungkin aku kena terangkan definisi dilema sekali.

Hey, aku bukan selalu luah perasaan kat FB pon. Bagi la chance.

The end.

******************

Walau apapun, kehidupan harus diteruskan. Hanya mampu positif dan redha dan percaya ada hikmah di setiap perancangannya. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda

Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda

Pilih hadiah simple untuk lelaki


Assalamualaikum

Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda | Tak lama lagi ulang tahun hari suami atau teman lelaki anda? Tak tahu nak pilih hadiah apa untuk mereka? Mesti korang nak memberi sesuatu yang sangat-sangat istimewa dan boleh membuat mereka terkejut kan? Sebagai seorang lelaki, mari PapaG kongsikan beberapa item yang boleh korang masukkan dalam list korang kalau nak beli hadiah untuk suami atau teman lelaki korang. 

hadiah-untuk-lelaki

Hadiah untuk lelaki

  • Gajet
  • Buku kegemaran si dia
  • Aktiviti luar
  • Jersi bola
  • Kamera atau aksesori
  • Jam tangan
  • Kejutan majlis hari jadi
  • Dompet
  • Makan malam

Dalam banyak-banyak hadiah yang korang boleh bagi untuk lelaki, bagi PapaG hadiah paling best kalau dapat ialah jam tangan. PapaG ni memang hantu jam tangan sikit. Kalau pegi mana-mana shopping mall, mesti tengok jam tangan. Beli tu tak la. Cuci mata jer. 

Dan kalau tak mampu nak belikan pape hadiah pun, mudah je tak yah nak pening-pening kepala berikanlah Hadiah Dari Hati iaitu KASIH SAYANG. Ni la hadiah yang paling mahal yang PapaG rasa. Memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan korang kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Setia dan jangan curang..!!!! Selamat mencari hadiah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
Baju Melayu Bersampin Fesyen Avergreen Buat Lelaki

Baju Melayu Bersampin Fesyen Avergreen Buat Lelaki

Baju melayu tradisional


Assalamualaikum

Baju Melayu Bersampin Fashion Avergreen Buat Lelaki | Bila bercakap tentang baju melayu je, mesti ramai yang cakap ianya hanya baju yang dipakai ketika musim perayaan khasnya ketika Hari Raya Aidilfitri. Tapi bagi PapaG pemakaian baju melayu dalam kalangan lelaki tu bukan hanya ketika hari raya sahaja. Tahu kah korang yang sebenarnya pemakaian baju melayu mempunyai satu nilai yang tersendiri. Terutamanya dalam nilai kesantunan. Pernah PapaG bertanyaka pada golongan wanita tentang pendangan mereka terhadap lelaki yang memakai baju melayu. Ramai yang berkata bahawa lelaki yang memakai baju melayu ini nampak lebih 'sweet' dan ala-ala lelaki yang baik-baik gitu. Tapi harus bersesuaian dengan keadaan la dalam pemakaian baju melayu ni kan?

Sejak zaman berzaman baju melayu kini melalui proses perubahannya yang tersendiri. Jika tahun lepas kita di gegarkan dengan baju melayu hipster yang viral dimedia-media sosial. Inovasi dalam fashion baju melayu yang mengetengahkan elemen-elemen modern dalam baju melayu itu sensdiri. Tapi, bagi PapaG pemakian baju melayu ini adalah lebih manis dan mempunyai nilai estetika yangtersendiri jika ianya adalah baju melayu tradisional. 

Antara gambar PapaG berbaju melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

PapaG sendiri, dalam almari banyak koleksi baju melayu yang menjadi kegemaran PapaG. Kalau dikira ada dalam 20 pasang jugak la. Tapi termasuk yang dah tak muat. Hehehe. Ya..!! PapaG suka berbaju melayu. PapaG memakai baju melayu for sure masa nak solat samada di rumah atau di surau. Dan kadang kala pegi shopping pun pakai baju melayu jugak yer. Pakai melayu sambil lipat tangan sampai ke lengan. Terasa amat-amat stylo. Hahahaha. #Perasan. 

Tak kira la perasan ke ape ke. Yang penting PapaG sangat suka berbaju melayu. Dah nak raya ni. Nak cari baju melayu warna apa pulak ek? hikhikhik. Nak study dulu la apa trend warna dan gaya baju melayu untuk tahun 2016 ni.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
Pencuci Muka Special Untuk Lelaki Paling Best

Pencuci Muka Special Untuk Lelaki Paling Best

Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki 


Assalamualaikum

Pencuci Muka Paling Best Pernah Cuba | Siapa kata golongan perempuan je yang perlu menjaga kebersihan wajah? Lelaki juga perlu kerana kulit lelaki mengandungi minyak lebih banyak berbanding wanita. Kehadiran minyak pada kulit muka akan mengakibatkan kulit mudah menjadi kusam dan berjerawat. PapaG sendiri kalau lama tak cuci muka, kulit akan terasa begitu berminyak dan jerawat mula timbul. Oleh sebab itu, tidak salah kalau PapaG katakan bahawa jaga penampilan bermula dengan mejnaga kebersihan muka kita. Gunakan pencuci-pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita sebagai lelaki.

Panduan mudah bagi mereka yang ingin mencari pencuci muka yang sesuai untuk lelaki ialah dengan memilih pencuci yang mengandungi oil control atau pengawal minyak. Pencuci muka ini akan membantu kulit kita dalam mengawal penghasilan minyak pada kulit wajah. Bila minyak dapat dikawal, sudah pasti kulit anda tidak akan kusam lagi dan masalah jerawat mampu diatasi. Insyallah.

pencuci-muka-terbaik-untuk-lelaki

Dalam banyak-banyak pencuci muka yang mengawal minyak pada kulit muka, PapaG amat tertarik dengan Garnier Men Acno Fight. Pencuci muka ini mengandungi ekstrak wasapi dan juga Saicylic asid yang mana ia membantu mengawal minyak, mengurangkan kekusaman dan juga membunuh bakteria pada kulit wajah. Kalau korang nak tahu Garnier Men Acno Fight ni lama dah PapaG guna. Siap repeat beli yang baru lagi. Yela, sebab PapaG rasa ianya sesuai dengan kulit kan. So, menjadi pengguna setia lani. Walaupun kita ni tak la secantik mana pun tapi maslah kulit berminyak dapat diatasi sudah bersykur. 

Kalau sebelum ni, asal tengahari je PapaG akan rasa tidak selesa pada kulit muka. Yela minyak mula keluar waktu tu kan? Dengan bau yang agak tidak menyenangkan, amat-amat tidak selesa. Tapi lepas je cuba Garnier Men Acno Figth ni, alhamdulillah sampai kepetang kulit kekal bersih. Lebih selesa dan nyaman. 

Jadi boleh PapaG katakan pencuci muka Garnier Men Acno Figth adalah Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki. Jangan lupa untuk mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags :
Mudah Je Nak Faham Lelaki. Lagi Mudah Kalau Suami Isteri

Mudah Je Nak Faham Lelaki. Lagi Mudah Kalau Suami Isteri

Kunci Fahami Lelaki


Assalamualaikum

Mudah Je Nak Faham Lelaki | Dalam hubungan kita sering meletak setinggi harapan agar pasangan menjadi seperti mana yang kita ingini. Hakikatnya tidak sebagaimana yang anda inginkan. Lalu wanita beranggapan, lelaki terlalu sukar untuk difahami. Sejauh mana kebenarannya? Mungkin fakta berikut boleh membantu anda untuk lebih memahami pasangan.

fahami-lelaki

1. Jangan Paksa Lelaki

Sekap semula jadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya. Sebaliknya kebanyakan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara begitu sebenarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak, semakin lelaki akan membisu dan berhelah. Cara terbaik ialah membaca bahasa badan, matanya atau perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau si dia sedang bermasalah.

2. Lelaki Gemar Berahsia

Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa saja yang dirasai dengan wanita lain. Sebaliknya tidak bagi lelaki . Malah untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk bercerita dengan teman lelakinya yang rapat.

3. Lelaki Tidak Kompleks

Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-kerja rumah. Sedangkan mereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan bererti pasangan anda seorang yang konservatif atau sememangnya lelaki ini kompleks. Sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus-terang jika anda ingin meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.

4. Lelaki Tidak Suka Tekanan

Lelaki perlukan keselesaan perasaan dan tidak suka tekanan. Apalagi jika tekanan itu datang daripada pasangan. Jadi bagi wanita jika mempunyai perasaan sangsi terhadap pasangan , jangan terlalu ditonjolkan . Belajar membendung dan atasinya secara senyap.


5. Lelaki Dan Ego

Biasanya lelaki mempamerkan keegoannya pada dua masa, di pejabat dan di rumah. Tidak dinafikan , ramai wanita yang merasa bosan menghadapi lelaki yang ego begini. Tetapi tidak ada ruginya jika anda mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia merasa senang, semua orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutama orang yang dicintai.

6. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang sensitif atau meluahkan masalahnya atau apa jua yang dirasai. Selagi masalah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak bagi lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan membisu. Sama ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk meluahkannya.

Semoga bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Ramai Lelaki Pandang Sebelah Mata Masalah Hubungan Intim Suami Isteri

Ramai Lelaki Pandang Sebelah Mata Masalah Hubungan Intim Suami Isteri

Masalah seksual lelaki


Assalamualaikum

Ramai Lelaki Pandang Sebelah Mata Masalah Hubungan Intim Suami Isteri | Hubungan intim suami isteri adalah aspek penting dalam sesebuah rumah tangga yang harus kita tahu. Namun, ramai lelaki yang hanya menganbil endah tidak endah akan masalah seksual dalam kalangan mereka. Dalam entri kali ini PapaG kongsikan sedikit tentang jenis-jenis masalah seksual yang sering kali menghantui setiap lelaki.

Masalah-seksual-lelaki

1. Disfungsi Ereksi

Juga dikenali sebagai mati pucuk, situasi merangkumi tidak boleh mengekalkan ereksi secukupnya untuk mengadakan hubungan seks. Penis memerlukan aliran darah yang baik untuk mengekalkan ereksi, maka kegagalan ereksi juga adalah tanda awal penyakit jantung atau pembuluh darah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa majoriti lelaki yang mengalami keadaan jantung, seperti serangan jantung atau strok, telah mengalami disfungsi ereksi tiga hingga lima tahun sebelumnya.

2. Sindrom Kurang Testosteron

Nama lain ialah hypogonadism, memberi kesan ke atas prestasi seksual, tahap tenaga, kekuatan otot dan mood.Tetosteron adalah hormon yang wujud dalam tubuh setiap lelaki. Kestabilan dan kecukupan hormon ini sudah pasti akan memberi kualiti seksual yang tinggi buat anda semua.

3. Penyakit Peyronie

Melibatkan penis yang mengecil atau membengkok. Tahap yang serius akan menyebabkan kesakitan dan mungkin mengganggu hubungan seksual. Perubahan bentuk kemaluan diasebabkan oleh tisu parut, mungkin daripada kecederaan lampau, yang kelihatan seperti ketulan keras di bahagian atas kemaluan. Dalam kebanyakan kes, kesakitan semasa ereksi hilang selepas satu atau dua tahun, namun lengkung atau bengkok akan berkekalan.

4. Ereksi Berpanjangan (Priapism)

Kesan sampingan penawar disfungsi ereksi seperti pil Viagra, namun boleh juga diakibatkan oleh ubat-ubatan psikiatri, kokain, dan penyakit sel bulan sabit. Lelaki yang mengalami ereksi lebih daripada empat jam perlu mendapatkan bantuan perubatan dalam tempoh lapan jam dari masa bermula ereksi untuk mengelakkan kerosakan kekal pada penis.

5. Disfungsi Ejakulasi

Jenis paling biasa ialah ejakulasi pra matang, iaitu ejakulasi yang berlaku dalam tempoh dua minit selepas rangsangan seksual. Satu pertiga lelaki mengalaminya pada satu peringkat. Ia merupakan disfungsi seksual paling biasa bagi lelaki di bawah usia 40 tahun.


With Love
Papaglamz

-sekian-
Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia

Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia

Cincin Aksesori Simple Buat Lelaki Tapi Nampak Bergaya


Assalamualaikum

Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia | Cincin di jari manis nampak begitu indah. Biasanya bila someone dah memakai cincin itu tandanya sudah dimiliki. Kalau perempuan, biasanya ada tiga cincin yang mesti diorang ada. Cincin risik, tunang dan nikah. Lelaki mesti ada satu iaitu wedding ring. Tapi sekarang lain. Kini, cincin dijadikan sebagai satu aksesori dalam bergaya. Telah lahir berbagai jenis cincin yang diperbuat daripada bermacam jenis material yang boleh disuai padan dengan penggayaan yang tersendiri.


Bagi lelaki, cincin yang sering menjadi pilihan ialah cincin silver dan juga cincin yang berbatu. Kalau korang nak tahu untuk cincin batu atau akik ni ade sesetengah yang percaya ia mempunyai khasiat-khasiat tersendiri jika dipakai. PapaG sendiri mempunyai sebentuk cincin yang diperbuat dari silver dan bertatahkan pemata. Cincin hadiah dari wife masa kami bernikah dulu jarang PapaG buka. Sentiasa terpakai dijari manis ku ini yer. Hehehe.

PapaG dulu jarang nak pakai-pakai cincin ni. Tapi wedding ring yang wife hadiahkan ni rasa lain pulak. Tak tahu kenapa. First time pakai, rasa sangat selesa. Mungkin wedding ring ada aura-aura tersendiri kot. Hahaha. Tapi yang pasti dari lepas kawin sehingga hari ini cincin ini sentiasa ada di jari I yee. Harap yang bagi tu faham-faham le kita sayang kat die ke tak kaaannn….!!! Hikhikhik.

Korang yang baca entri ni ad cincin tak? Mesti setiap cincin yang ada dijari tu mempunyai kisah dan maksud tersendiri. Betul tak? Jom share kat PapaG berapa banyak cincin yang korang ada? PapaG ada satu ni jer.

p/s : Rasa jadi tak tajuk nak so called drama Akasia TV3..? Hikhik

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com