Resepi Asam Rebus Bendi

Resepi Asam Rebus Bendi

Resepi sihat dari sayur bendi


Assalamualaikum

Resepi Asam Rebus Bendi | Sayur bendi di percayai mempunyai khasiat dalam membantu pencernaan serta mampu mengawal tahap gula dalam darah. Sayur Bendi adalah sejenis tumbuhan berupa sayur berbentuk hampir seperti lada hijau pada umumnya yang termasuk dalam klasifikasi dari spesis Plantae, Bendi ini banyak dimanfaatkan sebagai sayur yang mempunyai rasa yang begitu segar. Dengan kesegaran itu, Resepi Asam Rebus Bendi pastinya menjadi salah satu menu pilihan buat anda semua. Bukan hanya ianya enak, malah ia amat menyelerakan.

sayur-bendi

Asam Rebus Bendi

Bahan-bahan :

Bendi - buang tombol atas bendi tu dan belah dua (jangan putus)
Bawang merah - blend
Bawang putih - blend
Lada merah - blend
Ikan bilis - blend
Asam keping
Air masak secukupnya

Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan yang telah di kisar.
3. bendi dan garam secukup rasa.
4. Apabila bendi sudah agak layu boleh la di makan.

SELAMAT MENCUBA

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam Belacan

Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam Belacan

Resepi Sihat Ikan Kembung


Assalamualaikum

Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam Belacan | Ok kali ni PapaG nak kongsikan sau resepi yang menyihatkan iaitu resepi masak ikan kembug rebus air asam belacan. Haa nampak tak dalam resepi ni ade belacan. Complete dengan asam sekali. PapaG memang suka masakan yang berasaskan belacan. For sure la sambal belacan kan? So, apa kata jom cuba resepi masak ikan kembung air asam belacan ni. Macam best je kan? Resepi dari FB Ummu Durrah

gambar-ikan-kembung-masak-asam

Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam Belacan

Bahan-bahan :-

Ikan kembung yangg telah dibersihkan
Air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
Garam sebagai perasa
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 biji lada besar - hiris halus
Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
1/2 cawan asam jawa
2 sudu besar gula
Sedikit belacan
Asam limau (optional)

Cara-caranya :-

Rebus ikan dengan air sehingga masak.
Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan..Perahkan asam limau
Tunggu masak, siap.. Makan dgn nasi putih..wallahhhh
Boleh juga di satukan kesemua bahan2 dan di kukus sampai masak.

*TIPS : Jangan masak lama kulit limau tau, nanti akan keluar rasa pahit. So,  perah limau dan letak limau ni bila api dah dipadamkan.. sekadar nak mencantikkan hidangan kita.

SELAMAT MENCUBA....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Resepi Mudah Kerang Rebus

Resepi Mudah Kerang Rebus

Resepi sihat dari kerang rebus


Assalamualikum

Resepi Mudah Kerang Rebus | Kerang dan karangan laut sememangnye mempunyai keenakan tersendiri. Malah ianya mempunyai khasiat yang tersendiri. Bagi mereka yang menghidapi penyakit Anemia menu-menu yang berasaskan makanan laut adalah terbaik. Antara karangan laut yang populat ialah Kerang. Dalam entri kali ni PapaG ingin kongsikan pada semua resepi yang amatlah mudah iaitu Resepi Kerang Rebus. Walaupun nampak mudah tapi ia sangat sedap tau. Tak percaya cubalah. Jangan pandang sebelah mata

kerang-masak-rebus

KERANG REBUS

1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)
2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa (Tak payah letak pun tak ape sebab kerang tu dah masin)

Rebus sehingga kerang terbuka. Tu tanda dah masak le tu

Sebenarnya masakan kerang ni ade yang pelbagai. Ade orang madak kerang tumis dengan sambal dan macam-macam lagi. Tapi, yang paling mudah ialah di rebus sahaja. Ad tip ni. Kalau nak rebus kerang ni gunakan air yang sikit je. Agak-agak tidak menenggelamkan kerang tu dalam periuk. Korang akan rasa kerang tu lebih manis. Tak percaya...!!! Cubalah

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber : Ummu Durrah


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Resepi Sihat | Ikan Masak Asam Rebus

Resepi Sihat | Ikan Masak Asam Rebus

Resepi untuk diet yang sihat


Assalamualaikum,

Ikan Masak Asam Rebus | Nak sihat kena la jaga pemakanan. Betul tak? Jadi dalam entri kali ni PapaG kongsikan sedikit reepi yang mudah, sedap dan menyihatkan. Sesiapa yang tengah on diet tu boleh la cuba. PapaG dapat resepi Ikan Masak Asam Rebus ni dari FB : Ummu Durrah. PapaG share dalam blog ni supaya mudah untuk refer nanti kalau nak buat. Hehehe. Korang pun mesti cuba resepi yang menyihatkan ni tau. 

Gambar-ikan-selar-masak-asam

IKAN ASAM REBUS

Bahan-Bahan :

Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar

Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci
Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Untuk ikan tu tak semestinya ikan selar kuning, nak tukar ikan lain pun boleh. Ikut kesukaan semua. Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-



Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Amalan Sunnah di Hari Jumaat

Amalan Sunnah di Hari Jumaat

Sunnah amalan hari jumaat


Assalamualaikum

Amalan Sunnah di Hari Jumaat | Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.

amalan-hari-jumaat

Berikut PapaG kongsikan antara amalan sunnah yang bleh kita lakukan. Selamat beramal. 

1. Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.

2. Sunat memakai pakaian yang berwarna putih. Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.

3. Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya. Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain.

4. Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.

5. Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.

6. Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.

7. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.

8. Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

9. Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.”

Like and share. Semoga bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-
OST Kisah Cinta Si Wedding Planner - Kekal Bahagia by Ippo Hafiz (LIRIK)

OST Kisah Cinta Si Wedding Planner - Kekal Bahagia by Ippo Hafiz (LIRIK)

IPPO HAFIZ - KEKAL BAHAGIA [OST Cinta Si Wedding Planner]


Assalamualaikum

OST Kisah Cinta Si Wedding Planner - Kekal Bahagia by Ippo Hafiz | Ok untuk entri kali ni Papag ingin kongsikan pada pembaca semua lirik lagu OST drama terbaru di slot Akasia TV3 iaitu Kisah Cinta Si Wedding Planner. Lagu bertajuk Kekal Bahagia merupakan dendangan Ippo Hafiz. PapaG kongsikan lirik je la. Unutul lagu sepenuhnya boleh cari di you tube dengan carian PPO HAFIZ - KEKAL BAHAGIA. Dapat la nanti.

gambar-ippo-hafiz-wedding-planner


Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku [2x]
Kekal bahagia selamanya [2x]
Bahagia

With Love
Papaglamz

-sekian-

Usapan Manja Memujuk Isteri

Usapan Manja Memujuk Isteri

Usapan manja


Assalamualaikum

Usapan Manja Memujuk Isteri | Perkongsian mudah untuk smeua suami. Hehehe. Isteri ni kebanyakannya bersifat manja. Gunakan sifat ini sebagai point untuk memujuknya. Macam mana? Cuba mengusap-usap kepala isteri anda jika dia mula merajuk. Sudah pasti rajuknya akan hilang. Ramai isteri yang menyukai jika suaminya mengusap-usap kepalanya. Mereka mengatakan sekiranya kepala diusap oleh suami, ia akan membangkitkan rasa aman dan nyaman dan akan merasakan aliran kasih sayang dari suami itu dalam diri si isteri. Mudah kan? Tak perlukan modal dan kata-kata. Hanya usapan mesra dari suami, insyallah isteri anda tidak akan merajuk lagi. Jangan lupa cuba.

suami-isteri-alat-sex-bersetubuh

With Love
Papaglamz



Pelakon Drama Cinta Si Wedding Planner

Pelakon Drama Cinta Si Wedding Planner

Siaran tayangan drama cinta si wedding planner di TV3


Assalamualaikum

Drama Cinta Si Wedding Planner | Terbaru dalam slot Akasia TV3, satu lagi drama adaptasi dari novel popular Cinta Si Wedding Popular menemui penonton. Slot drama yang di tayangkan sebanyak 28 episod itu di bintangi pelakon yang tak asing lagi iaitu Adi Putra yang memegang watak sebagai Fariz serta heroinnya merupakan pelakon baru iaitu Mira Filzah sebagai Zara. First time tengok Mira berlakon dalam slot cerekarama TV3 yang cerita Saman Cinta. Not bad. Kita tengok pula bagaimana lakonan Mira ni dalam drama Cinta si Wedding Planner pulak. 

pelakon-cinta-si-wedding-planner-zara-mirafilzah

Walauapapun, selamat datang ke dunia hiburan buat pelakon baru Mira Filzah. Semoga perjalanan anda selamat dan mencapai kejayaan.

p/s: Nanti PapaG kongsikan sinopsis cerita ni yer.

With Love
Papaglamz

Nikmati Asam Pedas Claypot JR di Dataran Pahlawan Melaka

Nikmati Asam Pedas Claypot JR di Dataran Pahlawan Melaka

Asam pedas di bandar hilir melaka


Assalamualaikum

Nikmati Asam Pedas Claypot JR di Dataran Pahlawan Melaka | Kalau korang pergi Dataran Pahlawan Melaka, sebenarnya banyak tempat makan kat sini. Macam-macam restoran ada. Kawan-kawan PapaG kata kalau ke Melaka kena cuba asam pedas. So, dalam banyak-banyak restoran kat Dataran Pahlawan ni, Restoran Asam Pedas Claypot JR menjadi pilihan kami. Lokasinya mudah sahaja. Terletak berhadapan dengan Menara Taming Sari. Dari jauh korang dah nampak papan tanda yang merah menyala tu. Keadaan dalam kedai pun meriah dengan warna lampu yang terang, di tambah kepadatan pengunjung yang ramai menikmati asam pedas di sini.

gambar-asam-pedas-di-dataran-pahlawan

Untuk dinner malam tu kami sekeluarga memilih menu asam pedas ikan tenggiri dan kupang masak serai pedas. Yang lain tu biasa la. Nasi putih. Ada sambal belacan dan ulam-ulaman di tambah dengan telur masin. Memandangkan kami sangat kelaparan masa makan di situ, almaklum la baru sampai dari Kuantan kan. menu yang kami makan semuanya macam sedap je. Makan memang tak tengok kiri kanan dah. Hehehe. Tapi kalau mereka yang tak suka sangat asam pedas yang begitu masam, mungkin boleh cuba asam pedas di tempat lain kot. Ni pendapat peribadi je ye.

gambar-asam-pedas-di-dataran-pahlawan


gambar-asam-pedas-di-dataran-pahlawan

Walauapepun, Asam Pedas Claypot JR boleh di jadikan antara restoran yang mesti korang cuba kalau korang datang ke Melaka ni. Lebih-lebih lagi kalau ke Dataran Pahlawan. Lepas makan asam pedas boleh naik beca pusing-pusing dataran pahlawan. Macam dalam entri yang pernah PapaG ceritakan sebelum ini (KLIK DI SINI)

Ok la, sampai di sini sahaja entri tentang asam pedas di Dataran Pahlawan. Enjoy yer...

With Love
Papaglamz

-sekian-
Senarai Cuti Umum atau Public Holiday Tahun 2016

Senarai Cuti Umum atau Public Holiday Tahun 2016

Senarai Cuti Umum atau Public Holiday Tahun 2016


Assalamualaikum

Senarai Cuti Umum atau Public Holiday Tahun 2016 | PapaG kongsikan pada semua tarikh-tarikh penting cuti umum dan juga cuti sekolah pada tahun 2016 untuk anda semua. Jom buat perancangan untuk tahun hadapan 2016.

cuti-umum-public-holiday-2016





cuti-umum-public-holiday-2016

cuti-umum-public-holiday-2016

cuti-umum-public-holiday-2016

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com