Punca dan Cara Mengatasi Penyakit Anemia (Kurang Darah Merah)

Punca dan Cara Mengatasi Penyakit Anemia (Kurang Darah Merah)

Masalah kekurangan darah merah dalam darah, Kesan-kesan anemia pada Ibu yang hamil


Assalamualaikum

Bila sebut Anemia, mungkin ramai yang tahu apakah penyakit itu. Buat yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan PENYAKIT ANEMIA, ia adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh KEKURANGAN SEL DARAH MERAH (RED BLOOG CELL DEFICIENCY) dalam darah kita. Ia sangat berkait rapat dengan bilangan Hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam darah. Secara ringkasnya Hemoglobin dalam darah yang berada di sekitar paru-paru kita akan mengangkut oksigen dari kawasan ini keseluruh tubuh badan kita. Cuba bayangkan jika kita kekurangan sell darah merah, pastinya tubuh kita akan kekurangan oksigen. Betul tak?

Punca-dan-Cara-Mengatasi-Penyakit-Anemia

Anemia ketika mengandung atau hamil

Semasa wife PapaG hamilkan anak yang pertama, di hujung kehamilan kira-kira dalam 2 minggu sebelum bersalin, tahap Hemoglobin (Hb) wife sangat rendah iaitu 9 mg/L. Bacaan Hb normal bagi seseorang ialah 13 mg/L ke atas. Agak menakutkan jugak la. Yela bahaya kepada ibu dan bayi sekiranya kekurangan darah merah atau Hb dalam darah. Lebih-lebih lagi sudah hampir bersalin. Jadi doctor nasihatkan untuk mengamibl makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Dan alhamdulillah beberapa hari sebelum bersalin, Hb wife PapaG kembali normal. Nak tahu Papag buat apa? Teruskan baca entri ni.

Gejala Anemia (Kurang Darah)

Setiap penyakit tentu kita dapat kesan tanda-tanda awalnyakan. Sama juga seperti penyakit Anemia ni. Tanda-tanda yang ketara PapaG dapat lihat semasa wife kekurangan Hb ialah mukanya selalu pucat dan lemah. Memang tak larat nak pergi kerja. Yela mungkin kekurangan oksigen dalam tubuh, itu yang menyebabkan keletihan dan lesu. Nasib baik bukanlah Anemia yang sangat serious. PapaG kongsikan antara gejala atau syndrom pesakit Anemia.

Muka menjadi pucat
Untuk mengetahui seseorang itu menghidap anemia atau tidak, mudah sahaja lihat pada wajahnya. Adakah pucat atau tidak. Lebih-lebih lagi lihat pada kelopak matanya. Regangkan kelopak mata kita dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika bahagian bawah mata pucat, ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia.

Mudah keletihan
Macam yang PapaG katakan tadi, jika kita sering keletihan ia adalah tanda seseorang itu menghidapi Anemia. Oleh kerana kuantiti sel darah merah rendah, ia akan menyebabkan penurunan kuantiti oksigen dalam tubuh. Sedangkan penghasilan tenaga dalam tubuh sangat bergantung pada kuantiti oksigen yang ada. Jadi, semakin rendah sel darah merah, semakin rendah oksigen dalam tubuh dan tenaga yang di hasilkan juga berkurang.

Sering sakit kepala
Penghidap sakit anemia kerap kali akan mengeluh sakit kepala. Kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen yang di hantar ke kepala berkurangan. Lantas, menyebabkan sakit kepala.

Sesak nafas
Akibat daripada kekurangan darah merah ia akan menurunkan kuantiti oksigen dalam tubuh kita. Hal ini akan mengakibatkan penderita anemia sering sesak nafas dan rasa termengah-mengah ketika melakukan aktiviti seharian.

Denyutan jantung tidak teratur
Denyutan jantung tidak teratur mungkin samada denyutan terlalu cepat ataupun terlalu perlahan. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyutan jantung akan menjadi pantas. Hal ini akan menyebabkan jantung berdebar, tidak teratur dan pantas.

Faktor penyebab penyakit Anemia

Ramai yang tahu penderita penyakit anemia di sebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana kekurangan sel darah merah itu boleh terjadi. Punca utama kekuranga sel darah merah ialah kerana kekurangan zat besi dalam darah. Ada juga penyebab-penyebab lain antaranya:

  • Kekurangan vitamin khususnya Vitamin c yang membantu penyerapan zat besi dalam makanan serta vitamin B-12 yang banyak terdapat pada daging dan susu.
  • Masalah tulang belakang yang gagal menghasilkan sel darah dengan dengan optimum.
  • Hemolytic anemia dimana  kadar kemusnahan darah merah yang lama lebih tinggi daripada penghasilan darah yang baru oleh tulang belakang.
  • Sickle sel anemia di mana bentuk atau struktur sel darah merah yang tidak normal. Kebanyakannya berbentuk sabit. Kecacatan ini akan menyebabkan sel darah merah mudah termusnah dan mengakibatkan anemia

sickle-cell-anemia

Rawatan untuk pesakit Anemia

Mungkin PapaG tak begitu arif dalam merawat ni. Tapi, apa yang PapaG dapat sarankan ialah cara untuk mengatasi daripada anemia ini menyerang kita. Macam wife PapaG pun bukannya serious anemia pun. Dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi mungkin mencukupi di tambah beberapa vitamin lain. Makan kerang dan karangan laut baik sebagai sumber zat besi. Bila doktor cakap wife PapaG kekurangan darah merah je, seminggu makan kerang saje. Sampai nak muntah katanya. Jemu ataupun tidak jemu, tapi demi baby makan je la.

Okla, sampai sini perkongsian PapaG. Harap bermanfaat. Jumpa lagi di dalam entri yang lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Tanah Runtuh di Lebuh Raya Karak

Tanah Runtuh di Lebuh Raya Karak

Natural disaster


Assalamualikum

Semalam (12 Nov 2015) kita di kejutkan dengan kejadian tanahruntuh di lebuh raya Karak KM 52.4. Berita tentang kejadian ini pada mulanya PapaG dapat dari wassap dan kemudian barulah dari berita di televisyen. Nampak tak berita di wassap lagi laju? Pada mulanya macam tidak percaya. Tapi bila sudah masuk dalam berita di TV percayalah. Apapun, takhziah PapaG ucapkan bagi yang mangsa yang terlibat dalam kejadian taah runtuh di Karak tempoh hari. Semoga kalian semua tabah.

Tanah-runtuh-di-karak

Petikan berita Astro Awani kejadian Tanah Runtuh di Karak

Kuala Lumpur: Satu kejadian banjir lumpur berlaku di KM 54.2 Lbuhraya Kuala Lumpur Karak berhampiran BukitTinggi petang tadi. 

Menurut laporan awal akaun twitter LEmbaga Lebuhraya Malaysia, kesemua lalauan terhalang dan trafik di kedua-dua arah sesak.

Tambahnya, pengguna di nasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah

HARAP MAKLUM

With Love
Papaglamz

-sekian- 



Koleksi LEGO Shell V-Power Edisi Terhad Menemui Anda

Koleksi LEGO Shell V-Power Edisi Terhad Menemui Anda

Koleksi Lego edisi terhad dari Shell, Shell V-Power


Assalamualaikum

Bila bercakap tentang LEGO pastinya ianya satu permainan yang di minati oleh ramai kanak-kanak serata dunia. Mungkin bukan sahaja kanak-kanak orang dewasa juga ada segelintir yang meminati LEGO dengan mengumpulkan koleksi-koleksi LEGO yang terkini sebagai koleksi peribadi. Berita baik bagi penggemar LEGO, Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.

Terdapat 6 model LEGO yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah kereta Ferrari, set garisan penamat, podium, Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, set stesen Shell seperti yang terdapat di litar Fiorano dan juga patung mainan saintis Shell LEGO. Koleksi-koleksi LEGO Shell V-Power yang menarik ini adalah hasil kolaborasi antara Ferrari dan juga kumpulan LEGO. Sudah pasti ianya satu kolaborasi yang sangat menarik.

Koleksi-Lego-edisi-terhad-dari-Shell

Pelancaran Koleksi LEGO Shell V-Power di Malaysia

Buat pengatahuan semua. Baru-baru ini majis perasmian Koleksi LEGO Shell V-Power telah di adakan di Blue Concourse, Sunway Pyramid pada 5 November 2015. Perasmian ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading SDN. BHD. Sudah pasti dengan pelancaran Koleksi LEGO ini mampu memenuhi kehendak peminat-peminat LEGO dan juga perlumbaan kereta tak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Bersempena pelancaran koleksi lego ini, Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik. 

Cara untuk mendapatkan Koleksi Lego Shell V-Power

Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90. Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 dan HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter). 

Peringatan buat semua tentang Koleksi LEGO Shell V-Power

Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Buat orang-orang Melaka, layari Facebook Page Shell RA Talang Enterprise dan like sebagai tanda sokongan anda pada stesen kami. Semoga dengan adanya saluran maya ini staff-staff Shell RA Talang Enterprise akan lebih dekat dengan anda. Segala update terkini tentang promosi dan juga pertandingan-pertandingan akan di kemaskini di page ini. Jumpa di sana.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Anda perlu baca (Klik Link di bawah)

Persiapan menghadapi kelahiran untuk suami atau ayah

Persiapan menghadapi kelahiran untuk suami atau ayah

Persiapan bakal ayah


Assalamualaikum

Mendengar tangisan pertama dari bayi yang baru menjengah ke dunia realiti tentunya saat indah yang tidak dapat digambarkan. Ada rasa gembira dan ada rasa terharu dan macam-macam lagi. Itulah yang PapaG rasai saat berada di sisi wife yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak pertama kami. Saat-saat menanti kelahiran insan yang tersayang mungkin penuh dengan cerita-cerita yang menarik. Yela, persiapan barang-barang untuk menyambut kelahiran, persiapan emosi dan berbagai lagi persiapan yang kita perlu lakukan. Sebagai bakal bapa atau ayah, apa pula persiapan perlu kita lakukan?

bakal_ayah
Gambar sekadar hiasan

Seriously, bukan isteri sahaja yang akan merasa cemas saat-saat menanti kelahiran anak ni. Percayalah, ayah atau suami juga mempunyai perasaan yang sama. Lebih-lebih lagi pada mereka yang menemani isteri di dewan bedah. Melihat secara langsung proses bersalin itu sangat mencemaskan dan juga menginsafkan. Kita sebagai suami harus kuat memberikan sokongan dan dorongan pada isteri. Untuk mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, sebagai seorang suami apakah yang harus anda lakukan?

Siapkan diri dengan ilmu

Pastikan anda mempunyai ilmu tentang kelahiran dan kehamilan. Anda harus tahu apakah itu kontraksi? Apakah tanda-tanda awal juga tanda-tanda isteri anda hampir bersalin. Tahu apakah tindakan yang hendak dilakukan sekiranya isteri anda hampir bersalin dan berbagai lagi ilmu yang harus anda pelajari agar anda tidak terkejut atau panik jika situasi ini datang secara tiba-tiba. Mungkin boleh menghadiri kelas antenatal di mana-mana hospital ataupun bertanya pada yang pakar. Insyallah jika ada ilmu, anda pasti dapat menghadapi dengan tenang.

Siapkan keperluan diri

Bukan sahaja keperluan diri isteri dan anak sahaja perlu disediakan. Keperluan suami juga perlu ada. Mungkin anda perlu berada di hospital lebih dari sehari. Jadi, persiapkan juga keperluan diri seperti baju, seluar, tuala dan sebagainya. Dengan persiapan ini, insyallah diri anda akan terurus.

Bersedia untuk melalui sebarang kebarangkalian

Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Kadang tu memang isteri akan bersalin mengikut tarikh untuk bersalin yang telah ditetapkan. Tetapi ada sesetangah kes isteri anada akan bersalin lebih awal atau lewat. Dalam situasi ini kita sebagai suami harus bersedia untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang berlaku. Kalaupun bukan tarikh bersalin, mungkin secara tiba-tiba doktor menasihati untuk bersalin secara pembedahan. Dan mungkin pelbagai lagi komplikasi-komplikasi yang harus kitahadapi dalam situasi ini. Jadi, anda harus bersedia.

Jangan ambil hati

Bila kita dalam keadaan yang sakit atau genting, kadang kala seseorang itu akan berubah sikapnya. Begitu juga bagi ibu yang sedang menghadapi proses bersalin. Kesakitan dan keletihan yang dialami menyebabakan mudah hilang pertimbangan diri. Oleh itu, jika situasi ini terjadi pada anda, maka bersabarlah. Jangan mudah terasa dengan kata-katanya.

Rasanya banyak lagi panduan yang boleh anda praktikkan dalam menghadapi kelahiran insan yang tersayang. Nak tahu kena la kerap bertanya. Jadikan orang yang lebih berpengalaman dari kita sebagai tempat untuk kita menambah ilmu. Jangan malu bertanya. Nanti sesat jalan pula. Walauapapun PapaG doakan semoga urusan anda dan juga keluarga anda dalam menanti detik-detik kelahiran anak anda akan dipermudahkan oleh Allah. Perkara penting yang harus anda suami isteri praktikkan ialah BERSABAR. Insyallah semua dipermudahhakn.

With Love

Papaglamz

-sekian-
7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup

7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup

Mencari Hidup Bahagia


Assalamualaikum

Sedang PapaG bersiar-siar di tepi pantai tiba-tiba datang satu keluarga, sepasang suami isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil berkelah. Melihat gelagat mereka sekeluarga rasa sangat bahagia. Saling ketawa riang. Terdengar jeritan-jeritan manja dari anak memanggil si ayah untuk bersama mandi di tepi pantai. Si ibu yang sentiasa tersenyum dengan nada manja menyuruh ayah menemani anak-anaknya. Indah… Satu keluarga yang bahagia. Walau hanya sekejap PapaG melihat situasi itu, tapi masih lagi teringat di kotak memori PapaG.

Bahagia-happiness

Ramai yang menginginkan kehidupan bahagia dan gembira. Orang yang akalnya tidak waras je yang tidak mahu hidup bahagia. Pernah PapaG kongsikan satu artike tentang hakikat kebahagiaan sebelum ini. Ternyata hakikat sebuah kebahagiaan dapat kita capai dengan sentiasa berasa syukur. Teringat PapaG akan kata-kata dari Saidina Ali R.A yang memberikan pandangan tentang kunci kebahagiaan.

7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup 


Jangan membenci 

Siapapun kita jangan sesekali ada rasa benci pada seseorang. Bila ada benci tentu sekali hati kita akan sentiasa tak puas hati. Betul tak? Jadi, penuhi diri dengan rasa saling sayang menyayangi. Walaupun seseorang yang kita benci itu pernah melakukan kesalahan terhadap kita. Maafkan lah. Sedangkan nabi memaafkan umatnya, kita sebagai umatnya mesti belajar bagaimana caranya untuk memaafkan seseorang.    

Jangan bersedih 

Andai ingin bahagia, jangan kita bersedih. Jika kita bersedih, sudah pasti rasa bahagia akan jauh dari kita. Ya, tidak salah untuk bersedih. Mungkin kita bersedih dengan kehilangan ataupun sedih kerana tidak dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan. Cubalah untuk redha dengan ketentuan. Mungkin juga Allah menghilangkan sesuatu dari genggaman kita kerana hendak memberi sesuatu yang lebih baik dari itu. Jadi, jangan lama-lama bersedih. Sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan yang telah Allah berikan pada kita. Insyallah kebahagiaan akan menjadi milik kita.

Bersederhana 

Siapa yang setuju dengan PapaG bahawa kehidupan yang kononnya bahagia masa kini di ukur dengan kemampuan materialnya. Mungkin tak salah jika PapaG katakan banyak yang selalu merasa tidak cukup meskipun sudah dicukupkan rezekinya oleh Allah SWT. Oleh itu, ayuh rendahkan hati, jangan terlalu memandang material dan kemewahan dunia. Cubalah hidup bersederhana. Dengan bersederhana dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, sudah pasti kita akan hidup bahagia. Nabi sendiri hidup sederhana. Jangan kita tamak. Takut nanti menjadi sahabat kepada syaitan pula.

Berdoa 

Jangan kita lupa pada pencipta rasa bahagia. Inginkan kebahagiaan harus minta pada yang memberi rasa bahagia itu. Ayuh, panjatkan doa memohon kebahagiaan dari Allah agar diberi rasa tenang dan bahagia dalam menjalani hidup sebagai hambanya di dunia ini. Setiap kali selepas solat mohonlah doa padanya. Insyallah dia pasti mengkabulkan permintaan kita sepertimana firmannya dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud, “Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan permintaanmu”.

Banyakkan memberi 

Orang kata kalau kita mampu membahagiakan orang lain pasti hidup kita akan bahagia. Memberi itu bukan hanya memberi wang atau material sahaja. Banyak benda yang boleh kita beri untuk membahagiakan orang lain. Antaranya memberikan doa, memberi kata-kata perangsang atau motivasi dan macam-macam lagi. Alangkah indahnya dapat melihat orang lain bahagia tatkala kita berjaya membantunya kan.

Sentiasa tersenyum 

Senyum itu kan sedekah. Konsep yang sama dengan memberi. Betul tak? Senyuman adalah satu cara tanpa modal yang besar untuk kita bahagia. Hanya gerakkan bibir dan ukirkan senyuman pada sesiapa sahaja. Dengan senyuman, ia mampu menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain. Dan disebabkan kebaikan yang kita lakukan itu, kita pasti akan bahagia. Insyallah.

Nah begitu lah antara kunci kebahagiaan dapat PapaG kongsikan yang boleh kita amalkan bersama. Ingat sambil baca entri ni sambil senyum tau. PapaG doakan anda semua bahagia. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

Cara-cara melembutkan daging ayam


Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Ingat lagi tak PapaG pernah bercerita tentang ayam kampung dalam entri Resepi Sup Ayam Kampung Fresh dari Reban Mak? Kalau belum baca boleh la klik link yer. Ok la, ramai yang mengatakan daging ayam kampung ni sedikit keras. Lagi-lagi ayam yang sudah tua. Memang betul daging ayam kampung keras. Tapi, daging ayam kampung ni sihat tau. Sebab ayan-ayam ni langsung tak makan segala ubat-ubatan yang agak membahayakan. Tak macam ayam daging. inject ubat, umur 40 hari dah boleh sembelh. Ada cara mudah macam mana kita nak buat daging ayam tua atau kampung kita tu mudah lembut. Ada petua-petuanya. Anda boleh cuba.

ayam

Lada hitam dan halia

Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Tempurung kelapa

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Tebu

Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Biji selasih

Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Daun pisang abu

Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Air kelapa

Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Pangkal daun nenas

Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Buah nanas

kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Buah betik muda :

Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.

Itlah tadi 9 petua yang PapaG dapat kongsikan buat semua. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Kenapa Rasa Rindu.?

Kenapa Rasa Rindu.?

Assalamualaikum

Rindu

Salam ukhwah buat semua. Agak lama PapaG tidak mencoret kata-kata di dalam bingkisan maya ini kan. Rasa-rasa ada yang rindu tak dengan celoteh PapaG? Haa bila bercakap tentang rindu ni, rasa tertarik pula jari-jeari ni menekat punat-punat papan kekunci nak cerita tentang rindu. Semua mesti pernah merasai rasa rindu. Tidak kira rindu pada keluarga khasnya ayah atau ibu. Rindu pada isteri, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja. Ternyata rindu itu satu perasaan yang sangat indah. Yang di kurniakan oleh Allah pada hambanya. 

Rindu biasanya terjadi jika kita lama tidak berjumpa. Tapi, adakah jarak atau tempoh masa itu menjadi penyebab kepada sebuah kerinduan? Percayalah, rindu hadir sebab adanya rasa CINTA. Kalau tak cinta, buat apa nak rindu kan? Sapa setuju? Sila angkat tangan. Hehehe

Entri ringkas je malam ni. Harap hilang la kerinduan semua pembaca pada PapaG. Gitewwww. Walauapapun, rindu pada manusia tu mudah untuk kita rasa. Tapi, rindu pada maha pencipta yang menciptarasa rindu itu bagaimana pula? Renung-renungkan. Selamat malam.

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Papaglamz.com selepas setahun

Papaglamz.com selepas setahun

Assalamualaikum

Diam tak diam dah setahun usia Papaglamz.com ni yer. Ahamdulillah. Entah apa la selama setahun ni PapaG mencarut kan? Asalkan tak jadi cencorot dah la. Rasanya dalam setahun ni macam-macam jugak la perubahan-perubahan dalam blog PapaG. Dari segi isi kandung, wajah dan juga template. Dalam setahun Papaglamz.com sudah pun menukar template sebanyak 5 kali. Waowwww banyaknyeee... Over tak? Well said, orang kata masih dalam mencari identiti kan? Bermacam eksperimentasi la yang PapaG kena buat. Bukan mudah nak mencari yang terbaik untuk di persembahkan pada semua pembaca. PapaG buat ni semua kerana pembaca la. Hehehe

Papaglamz.om

Selain bertukar wajah, selama setahun berada di ruang maya ni, ada la dua tiga group blogger yang PapaG join. Yang pertamanya group Sahabat Blogger. Group ni la antara first PapaG masuk. BTW, first-first join group terus jadi admin group kat facebook. Blurrr kejap. Kita layan kan je la. Dalam waktu yang sama, selain group Sahabat Blogger, PapaG join satu group blogger yang mana di sini PapaG dapat belajar selok belok berblog dengan lebih detail la. Contohnya macam mana nak tackle trafik datang ke blog kita, nak master dalam SEO, belajar nak edit-edit template. Belajar simple-simple coding dalam blog dan macam-macam lagi la. Jujur cakap la, dalam Exchange Feed Group PapaG belajar ni semua. Yang paling best, ramai cikgu-cikgu yang terus setia memberi pendapat dan ilmu dalam group ni. Sekarang ni 2 group blogger ni la yang PapaG join dan akan tetap setia insyallah. Hikhikhik

Rezeki dalam berblog? Ermm ada la sedikit sebanyak rezeki yang PapaG dapat bila berblog ni. Adala 3 or 4 kali berpeluang mendapat hadiah dari giveaway-giveaway yang PapaG join. Selain tu, ada juga review-review berbayar atau iklan-iklan yang PapaG telah dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan produk-produk mereka. Alhamdulillh. Tu cerita join giveaway orang. Papaglamz.com juga ada anjurkan giveaway. First giveaway yang PapaG anjur ialah Red Carpet Giveaway Bersama Papaglamz. Terima kasih bagi mereka yang join GA ni. Pada pendapat PapaG, GA ini boleh di katakan berjaya sebab mencapai target KPI PapaG sendiri. alhamdulillah. Tahniah buat yang berjaya untuk GA ni. Selain GA PapaG juga ada anjurkan Segmen Jom Catwalk Bersama Papaglamz. Segmen ni hanya untuk menari bloglist yang akan di letakkan di blog PapaG. Alhamdulillah segmen ni pun ramai juga yang support. Terima kasih sekali lagi.

Bila tengok semula entri-entri lama, tak sangka banyak juga entri-entri yang PapaG dah taip. Termasuk entri ni Papaglamz dah ade 591 entri. Entah apa la yang PapaG merepek kan dalam entri-entri ni semua. Selain entri, alhamdulillah selama setahun, page view Papaglamz.com dah melebihi 100K. Dan ini juga mencapai target KPI PapaG. Alhamdulillah. Ni yang menambah lagi semangat PapaG untuk terus berblog. 

Akhir kata dari PapaG, doakan semoga Papaglamz.com terus aktif dengan perkongsian entri-entri yang menarik untuk di baca. Kalau mana yang salah tu boleh la kritik. PapaG open. Tapi kritik tu bercara kan. Better menegur seseorang itu tanpa orang lain mengetahuinya. Yela kita ni kan hidup bermasyarakt. Jika kamu menjaga aib rakan-rakan kamu. Insyallah Allah akan enjaga aib kamu di akhirat nanti. Gitewww. Ok la. Bai....

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pengalaman Membuat Batik di Natural Batik Village Kuantan

Pengalaman Membuat Batik di Natural Batik Village Kuantan

Lokasi pusat batik di Kuantan Pahang


Assalamualaikum

Pada suatu ketika dahulu batik sangat sinonim dengan masyarakat jawa. Kedatangan seni batik di tanah melayu memberi impak dalam dunia seni di negara kita sampai ke hari ini. Batik bukan sahaja di guna pakai dalam pakaian tapi motif batik diguna dalam banyak lapangan contohnya seni bina rumah, seni perhiasan dan sebagainya. Di kawasan pantai timur sangat popular dengan pengeluaran kain-kain yang bercorakkan batik. Berbagai jenis kain dan juga motif lakaran batik telah dilukis ataupun ditekap diatas pelbagai jenis kain termasuklah sutera. Kebanyakan mereka yang berkunjung atau bercuti di Pantai Timur ini pastinya akan membawa pulang cendramata yang mempunyai motif batik sebagai kenang-kenangan.

Menarik di Natural Batik Village Kuantan

Baru-baru ini PapaG berkesempatan berkunjung sebentar di pusat batik ni. Saja berjalan-jalan mengisi masa lapang bersama keluarga. Kalau nak di kira, banyak kali juga PapaG telah berkunjung ke sini. Natural Batik Village terletak berdekatan di Pantai Balok Kuantan. Di sini, sangat banyak jual cendrahati. Bermacam-macam produk jualan yang berasakan batik. Sampai kan tali leher pun ade yang di lukis corak batik. PapaG suka cuci-cuci mata kat sini. Suasan kedai yang mesra pelanggan menajdikan pusat batik ini sebagai satu lokasi yang baik untuk anda dan keluarga bersantai sambil melihat keindahan seni yang ada di sini.

Selain menjual produk-produk yang telah siap, Natural Batik Village menyediakan peluang pada penunjung yang datang untuk mencuba melukis atau mewarna corak batik di atas sehelai kain mengikut citarasa kita sendiri. Tapi semua ini berbayar la. Dan hasil batik yang kita lukis tu boleh la kita bawa pulang sebagai kenang-kenangan. Mesti puas hati. Yela, batik hasil tangan sendiri kan? Confirm letak dalam frame gantung kat dinding. Hehehe. Selain dapat membuat batik anda sendiri, anda juga boleh melihat demo bagaimana sesuatu batik itu di hasilkan dari A - Z. Dari sehelai kain yang putih sampai la jadi kain batik yang bercorak yang cantik. 

Natural-Batik-Village-Kuantan

Natural-Batik-Village-Kuantan

Natural-Batik-Village-Kuantan

Natural-Batik-Village-Kuantan
Haa tengok Ibu Dhia tu. Seronok posing. Hihihi. Jadi korang semua jangan lupa kalau datang ke Kuantan singgah kejap dekat Natural Batik Village SDN BHD ni tau. Boleh beli cendrahati sebagai kenang-kenangan.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bebudak ni kalau dah balik kampung...

Bebudak ni kalau dah balik kampung...

Budak bandar balik kampung


Assalamualaikum

Dalam keluarga, PapaG merupakan anak bungsu. Ke semua 6 orang adik beradik PapaG sudah pun berkahwin. Dan masing sudah mempunyai anak. Jumlah anak saudara termasuk Imtiyaz semua sekali ad 17. Dan anak buah yang paling tua sekarang ni umur dia 17 tahun. Dan cucu yang paling kecik sekarang ni Imtiyaz la. Setahun 5 bulan. Diorang panggil PapaG dengan gelaran Pok Su. Ye la pak cik yang bongsu kan. Kalau semua balik kampung, meriah la rumah nenek dan atuk dengan bebudak ni. Nasib la rumah atuk awak tu kukuh. Tak la runtuh.

Dulu masa PapaG bujang, kalau anak-anak buah balik kampung, rajin la juga melayan diorang ni. Ye la, dah kat kampung ni macam-macam benda diorang nak main. Kat badar tak boleh nak main. Satu yang mencuit hati PapaG. Satu hari tu ade la 3 orang anak buah PapaG ni baru je sampai rumah nenek diorang. Yang kelakarnya, keluar je dari kereta terus kebun atuk nenek yang di tujunya. Bukan nak salam dulu ke ape ke. Bila di tanya buat apa kat kebun tu? Diorang kata main kawen-kawen. Hahahah. Main kawen-kawen kau. Siap ade ayah, ibu dengan kakak. Ibu masak tanah, ayah pergi kerja petik daun pokok dan kakak pergi sekolah kutip batu. Belajar kira batu katanya. Ya allah, kelakar la korang ni....!!!!

Budak-Kampung-Seri-Merlong
 Yang baju belang lelaki tu ayah, tudung merah kakak, tudung pink ibu

Budak-Kampung-Seri-Merlong

Macam tu la ragamnya diorang ni. Kalau tak main dekat luar rumah, main dalam rumah. Main la kejar-kejar dari rumah depan sampai la belakang. Rumah nenek diorang ni ade tangga. tu yang ada satu hari tu Imityaz jatuh tangga. Sebab dok sebok nak ikut lari-lari berkejar-kejaran dengan mereka. Tak padan kecik. Nak main dengan orang yang dah besar. Itu kalau anak buah PapaG yang umurnya bawah 7 or 6 tahun. Kalau yang dah besar sikit, dah sekolah menangah, si anak dara ni sebok la melepak dalam bilik dengan sepupu diorang. Entah apa la yang di buatnya tu. Kejap ketawa, kejap menjerit. Dah namanya perempuan macam tu la. Kalau bab novel ni entah berapa novel la diorang katam. Yang lelaki pulak main basikal. Kalau tak pon ajak pok su die naik motor pusing kampung. Belanja ABC atau cendol. Memang terbaeekk...!!!

Budak-Kampung-Seri-Merlong
 Korang mesti pernah main benda ni. PapaG tumpang sekaki

Budak-Kampung-Seri-Merlong
Ni la kesan jatuh tangga. Kasihan...

Rindu dengan diorang ni sebenarnya. Bila dah kerja ni masa nak jumpa amat jarang. Setahun kadang tu nak jumpa 5 kali pun susah. Harap kan raya je la. Untung nasib kalau PapaGtak kena standby kerja masa raya, dapat la jumpa. Kalau kene kerja, x la jumpa. Sebab tu kadang rasa nak je ajak satu family bercuti. Set masa cantik-cantik, kita bercuti la kat mana-mana je pon. Spend time bersama katanya kan? Insyallah la satu hari nanti. 

Akhir kata dari PapaG buat korang semua, Pok Su doakan agar korang semua sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Ingat masa kecik-kecik ni study elok-elok. Cari ilmu setinggi mungkin. Jangan hampakan harapan mak ayah korang tu. Penat kot nak besarkan korang. Bila Pok su dah ada Imtiyaz, baru la faham apa itu erti pengorbanan seorang ibu dan ayah. Good luck semua...!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com