Resepi Nasi Goreng Jagung

Resepi Nasi Goreng Jagung

Resepi Nasi Goreng Mudah, Jagung fresh


Assalamualaikum

Ok entri kali ini PapaG nak berkongsi satu resepi yang di panggil Nasi Goreng Jagung. Korang perasan tak PapaG banyak sangat kongsikan nasi resepi nasi goreng kan. Salah satu sebabnya nasi goreng ni antara menu kegemaran PapaG. Bila pandai buat nasi goreng sendiri, mudah la untuk PapaG masak jika teringin. Tapi, semua nasi goreng yang PapaG masak ni simple-simple sahaja. Tak la grand sangat. Asal boleh masuk erut ok la. 

Korang nak tahu resepi mudah nasi goreng jagung khas dari PapaG? Teruskan membaca ok.

Resepi-nasi-goreng-jagung

Macam biasalah bahan-bahan asas untuk masak nasi goreng yang perlu ada:

Nasi putih
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Bilis
Telur ayam
Jagung rebus yang di leraikan

Cara-cara memasak nasi goreng jagung


Tumbuk bawang, bilis dan cili. Panaskan kuali. Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan nasi putih. Pecahkan telur. Gaul rata kesemua bahan di atas kuali. Masukkan pula jagung. PapaG masukkan jagung akhir sekali sebab nak biarkan jagung tu tak la layu sangat. Kan sudah di rebus. Bila makan nanti akan terasa jagung fresh.

Dah siap....!!!! Boleh la cuba resepi simple ni. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Favourite Gadjet

Cabaran7Hari | Favourite Gadjet

Cabaran instablog, Exchange Feed Group


Assalamualaikum

Alhamdulillah cabaran dah masuk hari last. Ok PapaG punya favourite gadjet ialah......


Laptop la gadjet yang paling PapaG sayang. Kalau takde, agak sukar untuk berblog. Laptop ni baru tau. Beli semata-mata nak berblog. Insyallah PapaG berblog dengan matlamat. Bukan suka-suka. We will see. See you guys at the top. Insyallah. ZzzzZZzzz

With Love 
Papaglamz

-sekian-
Kenapa Nak Meroyan?

Kenapa Nak Meroyan?

Apakah itu gila  meroyan, Sebab gila meroyan


Assalamualikum

Meroyan atau gila ketika sedang berpantang adalah sesuatu yang sinonim dalam kalangan wanita. Tetapi lelaki juga ade kebarangkalian untuk mengalami situasi gila meroyan. Tapi tahukan anda apa itu meroyan? Secara saintifiknya, meroyan atau dalam istilah sains dipanggil postpartum pyschosis adalah satu penyakit psikolgi yang sering dialami oleh seseorang yang baru sahaja melahirkan anak dan sedang berpantang.
Kenapa-nak-meroyan
Google

Dari cerita-cerita yang PapaG dengar dari mak, bapak dan kawan-kawan, meroyan ini adalah satu tekanan yang dialami oleh seorang ibu yang sedang berpantang. Tekanan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah ibu yang kekurangan tidur. Yela, bila kurang tidur badan akan letih. Bila badan letih otak akan kelesuan. Mungkin pada waktu ini cara berfikir seseorang jadi terganggu. Sebab itulah seseorang itu meroyan. Sebab tertekan.

Tapi kan ade situasi di mana meroyan ni bukan terjadi tatkala seseorang itu sedang berpantang tau. Nak tahu? Cuba buka facebook ke. Instagram ker. Cari #Meroyan. Macam-macam ade. Hehehe. Ramai yang meroyan di satus-status media sosial. Mungkin itu satu cara mereka ingin melepaskan sesuatu yang mereka geram atau tidak puashati. Dengan menulis sesuatu yang ala-ala status meroyan ni, apa yang terbuku dapat di luahkan kot.

Ok kembali ke topik asal. Baru-baru ni Ibu Dhia kan baru berpantang. Jadi PapaG sembang-sembang la dengan Ibu Dhia pasal meroyan ni. Ini realiti, kadang kala perempuan ni yang sedang berpantang hatinya lebih sensitif, mudah stress, dan macam-macam lagi la. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan ibu-ibu semua mengalami gila meroyan ialah peranan suami itu sendiri. Selalu beri support, kerap bertanya pada isteri tentang kesihatan, lebihkan perhatian pada si isteri dan tunjukkan kasih sayang anda ada isteri anda lebih dari biasa. Insyallah bila kita beri sokongan dan menjadi tempat untuk si isteri meluahkan sesuatu, insyallah masalah gila meroyan tidak akan timbul. Alhamdulillah, selama Ibu Dhia berpantang tak pula dia meroyan. Hikhik

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

#PantunTakdeKenaMengena 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Breakfast Wajib PapaG

Cabaran7Hari | Breakfast Wajib PapaG


Teh Lipton, Breakfast, Sarapan pagi


Assalamualaikum

Ok korang dah nak abes cabaran instablog dari Exchange Feed Group. Rasa ta ksabar nak tunggu habis cabaran ni. Ok kali ni cabaran yang di beri adalah tentang breakfast favourite yang PapaG ambil setiap hari. Nak tau tak..??


Ini lah dia. Air teh lipton. Either teh o ataupun teh susu pastu tarik. Makan dengan biskut untuk alas perut dengan pantas ok la kan masa breakfast. Ada orang tak boleh minum teh kan? Sebab berangin. Nanti kembung perut. Tak kurang juga kebaikan teh  ni orang cakap boleh mengubati cirit-birit. Kalau pepagi tu sakit perut cirit-birit, boleh la ambil segelas teh o. Insyallah cirit-birit anda hilang.

With Love,

Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Drama TV Favourite PapaG

Cabaran7Hari | Drama TV Favourite PapaG


Cabaran Instablog, Exchange Feed Group, Adam dan Hawa, Muara Hati, Siti Nurhaliza, Hafiz


Assalamualaikum

Entri mudah je kali ni. Tak banyak membebel. Firstly thank you pada yang sudi singgah di entri PapaG ni. Korang nak tahu tak drama tv yang paling PapaG sukai? Inilah dia.

adam-dan-hawa-muara-hati-siti-nurhaliza-hafiz

Drama Adam dan Hawa. Seriously ni la drama yang paling PapaG suka. Walaupun takde astro. Sanggup PapaG download nak tengok. Kenapa agaknya PapaG suka.? Sebab dedulu masa zaman muda mudi PapaG pernah baca novel ni ulang-ulang kali sebanyak 5-6 kali jugak la. Siap dah hafal gitu la. Novel dari akak ipar PapaG cilok. Hehe.

Selain pelakon cerita ni yang hebat, di tambah pulak OST die kan lagu Dato' Siti Nurhaliza bersama Hafiz tajuk dia Muara Hati, memang menjadi siulan PapaG la tetiap hari lagu tu. Hikhik.

Part yang paling best dalam cerita ni masa si Ain tu kena tangkap basah dengan Am. Beriya betul die mengamuk, menangis dan menjerit yang dia tak salah tapi terpaksa kahwin jugak dengan Am. Dan watak Am jugak ya Allah sweetnye. Rasanya macam Mr. Perfect 10 kot. Sabar gile nak menambat semula hati si Ain. Tak tau la dalam dunia reality ade ke tak orang lelaki macam ni. Dah kawen, bertahun di tinggal isteri tapi tetap setia tak cari yangI'll lain.

Ok la itu je. Nak tahu lebih lanjut, tonton la se diri.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Petua dan Larangan Ketika Berpantang

Petua dan Larangan Ketika Berpantang

Petua, Larangan, dan Makanan ketika berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum

Sesiapa yang mengikuti PapaG dalam post-post di blog dan juga instagram, pastinya tahu yang wife PapaG sedang berpantang. Jadi, dalam entri ini PapaG ingin berkongsi tentang Petua, Larangan dan Makanan yang boleh diamalkan ketika berpantang selepas bersalin. Orang kata berpantang akibat keguguran agak berbeza dari bersalin. Tapi wife berpantang seperti orang selepas bersalin. Cuma tidaklah lama seperti orang yang bersalin. Yela, cuti bagi mereka yang keguguran ni hanya di beri selama 2 minggu. Itupun atas budi bicara doktor yang merawat anda.

ibu-berpantang-bersalin-normal-pembedahan-ceaser

Antara amalan ketika berpantang selepas bersalin

Mengurut

Bagi mengurut ketika berpantang ni menurut pandangan mak mertua dan mak PapaG sendiri ada perbezaan antara orang yang bersalin dan orang keguguran. Bagi mereka yang berpantang keguguran, tidaklah digalakkan untuk mengurut setelah selesai sahaja proses mencuci. Berbanding orang yang bersalin, mereka boleh berurut sehari ataupun dua hari selepas bersalin. Khabarnya orang yang berpantang akibat keguguran ini adalah lebih elok mengurut seminggu selepas proses mencuci di lakukan. Kanapa yer? Sebab luka dalam rahim orang yang keguguran lebih teruk. Jadi biarkan luka itu sembuh dahulu barulah diurut.

Pemakaian bengkung

Berbengkung ketika berpantang adalah amalan yang amat disarankan. Ini kerana ia mempunyai manfaat yang sangat baik. Orang-orang tua mengatakan berbengkung ini dapat mengelakkan angin sejuk masuk dalam liang-liang perut yang akan menyebabkan kekembungan dan sakit-sakit yang lain. Pengalaman wife PapaG sendiri, ikatan bengkung yang sempurna akan membuatkan perut dan rahim lebih kukuh kerana ia telah di sokong oleh bengkung tadi. Kalau kita lihat masa kini banyak bengkung moden di pasaran. Tidak kira apa jenis sekalipun, penggunaan bengkung yang sempurna adalah bengkung yang meliliti dari bawah dada hinggalah ke bawah punggung. Wife PapaG menggunakan bengkung tradisional yang panjang berjela tu. Ups sebelum terlupa. Berbengkung ni biasa orang yang bersalin normal jer. Yang bersalin secara pembedahan tidak di galakkan. 

Makanan

Bagi menu-menu ketika berpantang ni wife PapaG mudah sahaja. Antara makanan wajib setiap hari ialah sayur hijau iaitu ranti masak air dan ikan bilis goreng. Sayur ni kena pandai pilih. Jangan pilih sayur yang sejuk dan berangin kerana ia akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Selain itu, ikan goreng. Ikan pulak kena pandai pilih. Ada orang cakap ibu berpantang tak boeh makan ikan berbisa sebagai contoh bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Mengikut petua melayu, ikan haruan baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.

Hubungan intim suami isteri

Hubungan intim suami isteri semasa berpantang amatlah di larang. Yela, dalam islam sendiri di larang suami-suami menggauli isterinya ketika bernifas. Tunggu la nifas tu kering dulu. Secara amnya wanita yang berpantang selepas 40 hari barulah tubuhnya beransur sihat. Tetapi bukan sepenuhnya. Orang-orang ada menyarankan untuk berpantang selama 100 hari sebelum melakukan hubungan intim bermula selepas sahaja bersalin. Dan ada juga yang suruh berapantang selama 6 bulan. Over tak.? Hikhik. Bagi PapaG 100 hari itu sudah mencukupi insyallah. Hehehe

Sebenarnya berpantang ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan ibu yang bersalin kembali sihat untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Mengamalkan pemakanan dan petua-petua ketika berpantang adalah disarankan untuk memastikan kesihatan anda terjaga. Jadi, ibu-ibu di luar sana selamat berpantang dan semoga anda kekal sihat. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Benda Yang Selalu PapaG Cari Di Dalam Freezer

Cabaran7Hari | Benda Yang Selalu PapaG Cari Di Dalam Freezer


Cabaran instablog, Exchange Feed Group


Assalamualaikum

Salam ceria di pagi ahad buat semua. Hari ni cabaran telah masuk hari ke 4. Yeay dah nak abes. Ada lagi 3 hari sahaja lagi. Ok la, cabaran kali ini adalah benda apa yang PapaG selalu cari dalam peti ais atau freezer. By the way, dalam peti ais mesti la orang cari sesuatu yang berkait dengan makanan kan? Sama la macam PapaG. Nah ni la dia apa yang selalu PapaG cari dalam freezer.


Air sirap ais idaman hati yang menjadi hasil carian utama di dalam peti ais. Lebih-lebih kalau musim panas. Dalam peti ais, kalau takde air sirap pun mesti ade air masak yang di sejukkan. Meriah la minum air sejuk. Berkembang-kembang otot dalam badan. Hikhik. Jangan amalkan selalu. Bahaya.....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Perkara Yang PapaG Wajib Buat Setiap Hari

Cabaran7Hari | Perkara Yang PapaG Wajib Buat Setiap Hari


Cabaran instablog, Exchange Feed Group


Assalamualaikum

Ok la dah masuk cabaran yang ketiga hari ni. Kali ini cabaran 7 hari instablog mengkehendaki PapaG untuk berkongsi pada semua tentang perkara yang PapaG wajib buat setiap hari. Korang nak tahu tak? BTW, perkara yang PapaG buat setiap hari ni semua orang pun buat jugak. Nah ni la die gambar yang menunjukkan perkara yang PapaG buat setiap hari. Hehehe

perkara-wajib-buat-setiap-hari

Solat itu tiang agama. Sehari semalam 5 waktu. Lima waktu umpama lima tiang yang menyokong jatidiri agama islam dalam jiwa. Kalau kurang satu tiang, maka rapuhlah binaan iman dalam hati. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat menghindarkan kamu dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya, mengingati Allah itu lebih utama dari yang lain-lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Apa Ada Dalam Wallet Anda?

Cabaran7Hari | Apa Ada Dalam Wallet Anda?


Cabaran Instablog, Cabaran Exchange Feed Group, Apa ada dalam wallet


Assalamualaikum

Ok kalau semalam cabaran 7 hari memaksa kita PapaG untuk berselfie, untuk cabaran hari ke-dua ni pulak PapaG akan berkongsi pada semua apakah yang selalu ada dalam wallet PapaG selain duit? PapaG percaya semua orang ada wallet kan? Ada berani nak tunjuk apa yang ada dalam wallet korang? Jom la join cabaran ini.

Nah gambar ni adalah beberapa item yang mesti ada dalam wallet PapaG.

Apa-dalam-dompet

Beberapa helai duit mesti ada dalam wallet. Yela, duit belanja harian kan. Nak makan, isi minyak moto, ngeteh dan macam-macam lagi. Selain duit, dalam wallet PapaG mesti ade pas masuk ke tempat kerja. Memang kad ni PapaG letak dalam wallet sebab takut tercicir. Kalau takde kad ni tak kerja la alamatnye PapaG nanti. Dikira ponteng.....!!! Dan beberapa item lain yang ada dalam wallet PapaG termasuklah gambar PapaG dan wife tercinta, kad pengenalan, reset-reset bayaran, syiling dan slip pengeluaran duit dari ATM. Ni penting untuk buat belanjawan mingguan. Hehehe.

Haaa ada berani nak bagi tau apa yang ada dalam wallet anda, jom join cabaran ini.

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cabaran7Hari | Selfie Paling Comel

Cabaran7Hari | Selfie Paling Comel


Cabaran instablog, Selfie paling comel


Assalamualaikum

Alhamdulillah kita telah melangkah masuk dalam bulan oktober 2015. Rasa sekejap je kan dah nak akhir tahun. Dah tercapai ke belum target-target 2015? Kalau belum usaha lagi dengan gigih untuk mencapainya.

Sempena bulan oktober yang baru menjelang ni, Exchange Feed Group ade buat satu cabaran instagram dan blog. Ala cabaran mudah-mudah je. Buat sambil happy-happy. Cabaran selama seminggu. Untuk cabaran kali ini kena selfie paling comel. Nah ni gambar selfie PapaG yang terbaik PapaG boleh bagi. Hehehe.

Selfie-comel

Caption:

Dari waktu belajar di sekolah teknik sampai la ke university. Bila dah masuk kerja dan dah kawen tambah pulak dah ade anak, bapak la yang tetap setia ambik PapaG dekat bas stop hujung kampung kalau PapaG balik kampung naik bas. Kita nak bawak moto tapi bapak tak bagi. Sebab bapak kata, PapaG bawak moto laju sangat. Dia takut. Jadi kita duduk belakang berselfie la. Hehehe

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com