Jodoh Ku Isteri Luar Biasa

Jodoh Ku Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa


Oh wanita itu,
Yang tidak aku kenali,
Tiba-tiba menerjah kembali,
Dalam ruang kotak fikiranku.

Ternyata,
Bait-bait kata dari mak,
Mula meneroboh kembali,
Dalam ingatan ku.

Oh… Jodoh..

Mak begitu teruja,
Memulakan bait cerita,
Cerita yang bukan fiksyen,
Suatu cerita realiti,
Cerita itu bakal menghentikan,
Perjalanan hidup bujangku.

Oh wanita itu,
Jodoh pilihan mak,
Sungguh luar biasa,
Ruang lingkup mana yang mak suka?
Sisi kebaikan apakah yang mak perhatikan?
Aku mencari…… Jawapan……

Tapi....

Aku redha... Aku pasti...
Kata-kata mak pasti betul,
Setiap apa yang berlaku,
Pasti ada hikmah di sebaliknya,
Keyakinan mak pada wanita itu,
Menjadi penguat bagi ku,
Untuk aku terus menerima,
Seadanya…
Tanpa soal bicara…

Kini…

Dia isteriku,
Dan juga Ibu kepada puteri sulungku,
Ku sayang padanya,
Cinta yang beputik,
Kian mekar bersama wangian indah,
Menyeri indah kehidupan kami.

Dialah Isteriku
Semakin aku kenali,
Semakin nyata keluarbiasaannya,
Aku bersyukur dikurniakan
ISTERI LUAR BIASA
Sepertinya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Rosak Program Malam Jumaat Aku

Rosak Program Malam Jumaat Aku

Tanggungjawab demi sesuap nasi yang halal lagi berkat


Assalamualaikum

Sedang melayan blog dengan amannya, tetiba bos hantar wassap. seperti di bawah:


Nampak tak yelaaanye tu. Hehehe

Ok la. Nak siap-siap. Doakan PapaG tabah menemouhi segalanya.

#ThinkPositif 
#TakSabarNakTengokAkaunBank23HariBulan

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Tapi Sedap


Assalamualaikum

Hari ini PapaG nak berkongsi pada anda semua satu resepi mudah yang diilhamkan dari sahabat PapaG. 2 hari lepas dia ada bawak bekal datang ke tempat kerja. Bekal nasi dengan Sambal Sotong. Kalau nak diikutkan PapaG ni pantang sikit kalau makan seafood. Tapi kalau dah depan mata tu. Kita sambar je la. Cuma beringat jela. Jangan overdose. Di takuti akan membawa kesan yang serious pada kulit.

Sambal-sotong-mudah-nak-masak

Ibu Dhia korang pun suka dengan sambal sotong. Padahal kami berdua ni ada sedikit alah pada makanan laut. Tapi macam PapaG cakap tadi, kalau dah depan mata kami makan juga. Takut kempunan pula kalau tak makan nanti. Hehehe

Resepi sambal sotong ni berbagai variasi. Ada yang telah improvise resepi sambal sotong ni dengan menambah baha-bahan lain seperti petai. Kalau kita tambah petai jadi la sambal sotong petai. Lagi satu ade tu yang sengaja tak membersihkan dakwat yang ada pada sotong. Bila dimasak, sambal sotong akan jadi berwarna hitam. Macam-macam kan?

Sekarang ni mudah sahaja kalau kita nak tau resepi-resepi masakan. Macam yang PapaG kongsikan ni. Korang boleh cuba di rumah. Resepi sambal sotong ni mudah sebab hasil dari tangan lelaki. Check it out.

RESEPI SAMBAL SOTONG JEJAKA IDAMAN 

Bahan-bahan

1 Kg sotong
2 Genggam cili kering (Kalau nak guna cili boh pon boleh)
4 Biji bawang merah
4 Biji bawang putih
1 Biji bawang besar
Sedikit kunyit
Asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara memasak

Siang sotong dan potong ikut kesukaan anda. Seterusnya kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Selepas naik bau dan agak kering, masukkan sotong. Sesuaikan rasa dengan memasukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan pula bawang besar yang di potong mayang. Siap dan boleh la di hidang. Mudah kan.?

Mudah sahaja kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Menunggang Kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan

Menunggang Kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan

Sunnah menunggang kuda, Sukan sunnah, Kelebihan menunggang kuda


Assalamualaikum

Menunggang kuda merupakan satu aktiviti yang sihat dan ia juga adalah salah satu sukan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW. Baru-baru ini PapaG berkesempatan menunggang kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan. Alhamdulillah dapat la merasa menunggang kuda bersama Imtiyaz. Bagi mereka yang datang ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan ini. Lokasinya mudah sahaja. Ia berdekatan dengan Kelab Golf Diraja Pahang, jalan menuju ke Teluk Cempedak.

Sukan-berkuda-sukan-sunnah-dan-menyihatkan-Zoo-Kuantan


Sukan-berkuda-sukan-sunnah-dan-menyihatkan-Zoo-Kuantan


Di Mini Zoo Taman Teruntum ni tak la sebesar zoo negara. Keluasan zoo ini kecil sahaja. Ada la beberapa haiwan-haiwan yang dapat dilihat di dalam zoo ini. Dan yang pasti, aktiviti paling menyeronokkan ialah menunggang kuda. Yela, bukan selalu kan. Harganya juga berpatutan. Hanya RM 5 untuk satu pusingan. 

Sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan bila kita menunggang kuda. Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ‘ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Sumber: Heliconia

Jadi, jom nikmati aktiviti menunggang kuda di Mini Zoo Taman Teruntum. Walaupun hanya mini zoo, tapi anda pasti dapat menimpa pengalaman berharga. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor

5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor

Perkara menarik tentang negeri johor, Johor Darul Ta'zim, JDT, Luaskan Kuasamu Johor, Zapin, Laksa Johor, Johor Outlet Premium


Assalamualaikum

Bertemu lagi. Alhamdulillah Papaglamz masih mampu lagi menaip di lembaran maya ini. Terasa nak berserita tentang keunikan negeri Johor la. Korang nak tahu tak PERKARA-PERKARA MENARIK TENTANG NEGERI JOHOR? Jom PapaG kongsikan.

1. Laksa Johor

Setiap negeri tentu sahaja mempunyai makanan rasmi mereka sendiri kan? Jadi, kat johor ni makanan yang famous orang akan tanya mestilah laksa johor. Laksa johor adalah lain daripada laksa-laksa yang lain. Nak tau ape yang berbeza? Yang bezanya ialah kuah die dan mee yang di gunakan. Kuah dia santan based dan mee dia guna spagethi. Laksa Johor ni favourite Papaglamz tau. Biasa time-time kenduri ade laksa johor, memang yang ni la akan Papaglamz jamah dulu. Yang lain kemudian.


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

2. Nasi Ambeng

Selain laksa johor. Bagi masyarakat jawa di Johor, mereka popular dengan nasi ambeng. Papaglamz sure ramai yang tau pasal nasi ambeng ni. Biasenya nasi ambeng ni di hidang time-time majlis kenduri tahlil atau potong jambul dan majlis kenduri kesyukuran di rumah-rumah atau surau. Susah tau sekarang ni nak cari nasi ambeng yang di makan masa kenduri. Kebanyakanya sekarang guna style buffete. Korang mesti nak tau kan ape yang terdapat dalam nasi ambeng ni? Secara asasnya, di dalam sebuah hidangan nasi ambeng yang wajib ade ialah nasi, ayam masak kicap (resepi asal) ataupun kari ataupun masak merah, mee goreng, serunding, sambal goreng, masak lodeh, dan ikan kering. Ni yang asas la. Ade orang tambah lagi macam-macam. Bagi Papaglamz nasi ambeng paling best. Lelagi makan time kenduri tahlil kat rumah orang. Makan dalam dulang ramai-ramai. Tetibe rindu nak balik kampung. Sob sob sob.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium


3. Zapin

Selain makanan, di Johor juga terdapat budaya yang unik dari negeri-negeri lain. Sebagai contoh, negeri Johor sangat terkenal dengan seni tarian zapinnya. Bermacam-macam jenis tarian zapin yang ada kat johor ni. Zapin Tenglu, Zapin Parit Makasar, Zapin Teluk Belanga, Zapin Melayu Asli, Zapin Pekajang dan banyak lagi. Pendedahan seni tarian zapin ni bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Diorang ni siap ade pertandingan zapin antara sekolah-sekolah tadika. Comel kan? Selain bebudak kecik, belia-belia jugak ade yang menyertai zapin ni di kolej-kolej ataupun universiti-universiti masing. Tak kalah jugak bagi golongan emas, mereka juga lincah berzapin. By the way, Papaglamz juga dulu penzapin tegar. Tapi sesejak dah kawen ni slow down dah. Nampak tak sedap pulak mata memandang tua-tua masih lagi terkinja-kinja di atad pentas tu kan. Huhuhu


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium


4. Kuda Kepang

Selain zapin, masyarakat johor juga terkenal dengan seni tari kuda kepang. Sejarahnya, budaya tarian kuda kepang ni berasal dari tanah jawa. Oleh sebab ramai penduduk tanah jawa yang berpindah di negeri johor semasa pemrintahan belanda, seni tari kuda kepang juga dibawa masuk ke sini. Tapi, kuda kepang ni ada unsur-unsur khurafatnya. Papaglamz memang tak berani nak tengok rapat-rapat. Secara asasnya bila cakap tentang kuda kepang je mesti orang akan cakap pasal isim. Isim ni macam rasukan gitu la. Kira bila kita berkuda kepang, ada satu entitiain yang telah memasuki badan si pemain kuda kepang tu. Tu yang boleh makan kaca, panjat pokok kelapa yang tinggi, kupas kelapa guna gigi dan macam-macam lagi la yang di luar kemampuan manusia biasa mereka buat. Haish seram la. Mintak di jauhkan la dari Papaglamz.


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

5. Shopping di Johor Premium Outlet (JPO)

JPO memang tampat wajib singgah kalau kat johor ni. Semua barang-barang branded dan mahal-mahal ok. Sape yang kaya tu sila la jalan kat JPO ni. Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai memudahkan para pelancong untuk singgah di JPO membeli cenderamata. Tapi... Papaglamz tak pernah pun pergi JPO ni. Hahaha. #Kbai.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Jadi, sampai sini je lah perakara menarik tentang johor. Sebenarnya banyak lagi. Meh Papaglamz list kan:
  • Danga Bay.
  • Tanjung Piai - Tempat paling hujung di benua Asia.
  • Pantai-Pantai menarik.
  • Anak-anak muda yang ayu dan tampan.
  • Stadium Larkin yang mantap.. LUASKAN KUASA MU. Hahaha.
Ok la tu jer. 

-sekian-
Lengkuas Muda Baik Untuk Wanita Selepas Bersalin?

Lengkuas Muda Baik Untuk Wanita Selepas Bersalin?

Tip berpantang dengan lengkuas


Assalamualaikum

Baru-baru ni PapaG ada terbaca satu artikel tentang kebaikan Lengkuas bagi wanita-wanita selepas bersalin? Teruja sekejap sebab tak pernah tahu langsung. Semasa isteri PapaG berpantang anak yang pertama aritu, tak pernah pula mak PapaG cakap tentang khasiat lengkuas. Jadi lepas ni, nak suruh isteri PapaG makan lengkuas kalau berpantang. 

Tip-berpantang-dengan-lengkuas-Menu-orang-berpantang-Menu-sihat-Health-Recipe

Korang selalu ke dengar tentang lengkuas? 

Lengkuas ni boleh di kategorikan sebagai tumbuhan ubi-ubian. Sebab buahnya di dalam tanah. Lengkuas biasanya orang guna sebagai bahan tambahan di dalam masakan. Oleh kerana lengkuas ni mempunyai bau, apabila di campurkan kedalam masakan, ia akan membuat aroma makanan itu bertambah enak dan lazat.

Boleh juga dikatakan lengkuas ini termasuk di dalam kategori herba. Yela khasiatnya yang banyak bagaikan herba-herba asli yang wujud di dunia ini. Korang mesti nak tahu antara khasiat-khasiat lengkuas yang lain kan?

Antara khasiat lengkuas termasuklah mengubati:


  1. Kembung, sebab.
  2. Paru-paru (semput)
  3. Kurap
  4. Eksema
  5. Demam disertai pembesaran limpah
  6. Pembersihan selepas bersalin (nifas)
  7. Radang telinga
  8. Brontokhitis
  9. Masuk angin
  10. Diare
  11. Sakit gigi
  12. Obat kuat (aphrodisiak)
Haa banyak kan khasiat lengkuas ni? Patut la dulu mak PapaG pernah minum air rebusan lengkuas macam tu jer. Rupanya banyak khasiat lengkuas untuk menjaga kesihatan. Untuk ibu yang sedang berpantang tu jangan lupa terjah entri 17 Resepi Menu Masakan Buat Ibu Sedang Berpantang atau Selepas Bersalin untuk melihat menu-menu baik bagi memulihka kesihatan. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lengkuas. Selamat mencuba. Wallahualam


With Love
Papaglamz

-sekian-


Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

Petua anak dengar kata,  Cara nasihat anak agar dengar kata


Assalamualaikum

Anak... Anak.. Anak.. Kadang letih melayan kerenah dia. Kerenah anak-anak yang hendak membesar memang sangat mencabar. Tak dapat bayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu mampu beranak ramai. Kadang tu susah hendak membuatkan anak-anak mendengar kata kita. Bila kita marha, menjerit dan sebagainya bukanlah satu jalan penyelesaian untuk membuatkan anak-anak kita mendengar kata kita.

Cara-nasihat-anak-agar-dengar-kata

Alangkah indahnya jika anak-anak dapat mendengar kata tanpa perlu kita menjerit-jerit memarahinya. Mungkin dengan komunikasi yang baik dapat kita gunakan dalam mengatasi masalah ini. Daripada cuba memaksa anak-anak untuk mendengar kata dengan paksaan dan sebagainya mungkin kita boleh cuba beberapa cara di bawah untuk mengatasi masalah ini:

Jalinkan hubungan

Hubungan di sini membawa maksud membina keserasian ataupun ikatan yang mesra antara anak dan juga ibu bapa. Apabila hubungan antara ibu bapa dan anak-anak kuat, maka akan mudahlah anak-anak anda untuk bertindakbalas dengan segala arahan ataupun kata-kata anda sebagai ibu bapa. Antara cara-cara yang boleh digunapakai untuk menguatkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa ialah dengan bermain bersama, membaca bersama, melakukan aktiviti bersama dan ketawa bersama. Insyallah ikatan yang lebih arab antara anak dan ibu bapa menjadikan mereka lebih mendengar kata-kata dari anda.

Berbisik atau rendahkan suara

Bagi anak-anak berbisik merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan. Mereka rasa gembira sekiranya seseorang berbisik di telinganya. Cuba anda lakukan, pasti anak-anak akan tersenyum riang. Berbisik di sini membawa maksud, perlahankan suara anda jika bercakap dengan anak-anak. Gunakan nada manja atau kasih sayang bukan nada geram atau marah. Insyallah anak-anak anda akan lebih mudah mendengar kata.

Gunakan bahasa badan atau pandangan mata

Daripada anda menjerit-jerit dari jauh untuk meminta anak anda membuat sesuatu, apa kata anda mendekati anak anda. Pandang pada matanya dengan senyuman dan berkata dengan kasih sayang perimintaan anda. Insyallah anak-anak akan mudah mengikuti apa yang anda inginkan. Orang kata, sopan dalam mengganggu aktiviti anak. 

Ulangi permintaan anda

Apabila anda telah bercakap pada anak anda akan permintaan anda, cuba suruh mereka ulang kembali. Ini bagi memastikan maklumat yang anda ingin sampaikan telah mereka terima. Insyallah jika anak anda mampu mengulangi apa yang anda ingin kan, mereka akan mudah faham dan permintaan anda akan diikuti oleh anak anda.

 Hormati dan hargai anak anda

Andainya anak anda telah melakukan apa yang anda ingin kan, apa kata hargai mereka. Mungkin cukup dengan ucapan terima kasih dan sebuah kucupan mesra ditambah dengan pelukan hangat dari ibu atau ayah. Pastinya mereka gembira dan hubungan anda dengan mereka pasti bertambah erat. Insyallah

Sebenarnya anak-anak kita boleh mendengar kata dengan mudah. Tetapi ia bermula dari kita sebagai ibu bapa. Bagaiman tindakan yang kita ambil dalam memberi arahan-arahan pada anak-anak dan corak atau tabiat percakapan kita dengan mereka. Itu semua memberi kesan. Jadi, ubah cara percakapan anda dengan anak-anak. Isyallah mereka akan mudah mendengar kata. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Permata Hati Ayah Ibu

Permata Hati Ayah Ibu



Kata-kata buat anak, Anak soleh dan solehah


Assalamualaikum

Selamat pagi salam ceria buat semua pembaca Papaglamz.com yang PapaG kasihi. Hari ni pelajar-pelajar darjah 6 akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi PapaG doakan semoga anak-anak semua di beri ketenangan dan kemudahan dalam menjawab semua soalan-soalan nanti. Insyallah.
Permata-Hati-Ayah-Ibu

Anak-anak sekalian, ingat anda ialah permata buat kami kedua ayah dan ibu mu. Anak-anak yang mendapat didikan yang sempurna insyallah akan menjadi benteng dari Azab Allah SWT. Pastinya kami bahagia sekiranya dapat melihat anak-anak yang mereka didik membesar dengan baik dan menjadi anak soleh dan solehah. Orang kata sejuk perut ibu mengandung.

Wahai permata hati ayah ibu, dalam menjaga anak-anak ni kadang kala kita diuji dengan kesabaran kan? Pelbagai kerenah juga tingkah laku anak-anak yang boleh mengugat kesabaran. Tapi sebagai ibu bapa kita harus sabar. Jangan cepat melenting. Sabar itu kan sebahagian dari iman. Saaabooorr jelaaa. Hehehe

Sebagai seorang anak ni kita wajib berbakti kepada kedua orang tua kita. PapaG juga seorang anak yang menjadi permata hati mereka. Ia bertujuan untuk membahagiakan mereka tatkala meniti hari tua. Dalam islam meletakkan darjat ibu bapa dalam kedudukan yang mulia. Sebagai anak, apa salahnya kita memberi kasih sayang yang sewajarnya pada mereka. Ye la, masa kita kecil, di tatangnya kita umpama minyak yang penuh. Bila kita sudah dewasa, kenanglah jasa meraka.

Akhir kata dari PapaG, ingat jangan derhaka pada ayah dan ibu. Sebuah hadis ada mengatakan:
“Semua dosa akan ditangguhkan Allah, iaitu balasan menurut kehendaknya sehingga hari kiamat kecuali balasan menderhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pad masa hidupnya sebelum mati.” (Riwayat Al-Hakam) 

Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi Panas Membara

Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi Panas Membara

Resepi Masakan Ikan yang mudah dan menyelerakan


Assalamualaikum

Dalam kita melakukan tugas dan aktiviti seharian, tidak salah seandainya kita bersama keluarga merehatkan minda di rumah. Bersantai dengan keluarga di syurga rumah tangga yang kita bina. Apa kata jadikan rumah kita sebagai tempat percutian yang menarik. Sebenarnya macam-macam aktiviti yang boleh di lakukan di rumah. Contohnya memasak. Memasak bersama keluarga memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau bereksperiment menu-menu masakan. Baru-baru ini Ibu Dhia ada masakakan PapaG menu Ikan Goreng Tumis Cili Padi untuk makan malam kami.

Kebetulan semasa PapaG pergi pasar ade ternampak ikan yang segar Jadi PapaG beli la sedikit cukup-cukup untuk kami berdua. Ikan goreng tumis cili padi ni mudah sahaja cara nak buatnya. Setengah orang ade yang gunakan cili kering atau pun cili boh. Tapi untuk resepi kali ini kami gunakan cili padi yang berwarna merah. Memang pedas mencengkam la. Kami sekeluarga suka sekiranya masakan tu pedas sedikit. Orang kata lidah jawa kan. Hehehe.


Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi

Bahan-bahan

Ikan yang di goreng
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi warna merah
Sedikit bilis
Garam
Gula
Air asam jawa
Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak Ikan Goreng Tumis Cili Padi
  • Goreng ikan.
  • Tumbuk bawang merah, putih, bilis, dan cili.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, sesuaikan rasa dengan mencampurkan air asam, garam dan gula.
  • Setelah siap, masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  • Siap dan boleh la di hidang

Mudahkan? Ikan goreng tumis cili padi sedap kalau di makan dengan nasi putih panas-panas. epas tu di tambah pula dengan sayur labu air masak lada hitam macam resepi yang PapaG kongsikan sebelum ini. Memang terangkat la. Hehehe. Ok la selamat mencuba. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Kuantan di Landa Jerebu?

Kuantan di Landa Jerebu?

Air Pollutant Index (API), Indek Pencemaran Udara, Jerebu di Kuantan


Assalamualaikum

Masa entri ni di tulis, PapaG baru balik dari kerja. Cuma ingin berkongsi sesuatu buat pembaca semua. Hari ini PapaG rasakan Kuantan di landa jerebu je. Ye la, masa di kilang, kelihatan persekitaran di kuantan berasap. Kemudian semasa balik dari kerja pun PapaG nampak keadaan yang berasap umpama jerebu. Adakah Kuantan sedang di landa jerebu lagi? Rasanya awal-awal tahun 2015 hari tu, Kuantan telah mengalami jerebu dengan bacaan Air Polutant Index (API) yang tinggi. Mungkin kini ia datang kembali. Lagi pun, agak lama juga tak hujan kat kuantan ni.

Air PollutantIndex (API)

Air Pollutant Index (API) atau dalam bahasa melayu dipanggil Indek Pencemaran Udara. Bacaan index inilah yang akan menjadi satu kayu pengukur tahap keseriusan jerebu ataupu pencemaran udara di sesuatu kawasan. Untuk anda mengetahui indek pencemaran udara di kawasan anda, anda boleh mengekses masuk ke laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Semulajadi dan Persekitaran (Klik Di Sini). Untuk pengetahuan semua, bacaan indek ini akan di kemaskini seiap hari. Jadi, boleh la kita melihat sebagai langkah berjaga-jaga buat kita.

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
300 --------Berbahaya

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya jerbu melanda?

  • Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
  • Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
  • Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
  • Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
  • Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
  • Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
  • Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
  • Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
  • Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka
  • Kawalan lebih ketat kepada industri.
  • Mengurangkan waktu persekolahan.
  • Mengurangkan masa bekerja
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
  • Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
  • Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

Harapnya tak la teruk sangat sekiranya Kuantan di landa jerebu lagi. Semoga entri ini berfaedah buat semua. Ingat berhati-hati dengan pencemaran uadara kerana ia boleh memudaratkn kesihatan. Cuba amalkan perkara yang PapaG kongsikan di atas tu. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com