Hukum Mandi Telanjang atau Bogel

Hukum Mandi Telanjang atau Bogel

Apakah hukum mandi bogel?


Assalamualaikum

Bogel atau telanjang yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi bogel adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi secara bogel. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
Apakah-hukum-mandi-bogel
Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan.
“Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan.” [Sharh Muslim, 4/32].
Akan tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama’ salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Namun begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

Sekiranya ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw pernah mandi dengan berselindung dengan kain.  Mandi berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud: “Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia.”

Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh  kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan…

Walaubagaimanapun…apa yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada makhluk lain.

Wallahualam…

Dipetik dari : Media Islamic
Sehati Sejiwa | Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 Tahun 2015

Sehati Sejiwa | Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 Tahun 2015

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia kali ke-58 tahun 2015


Assalamualaikum

Waktu PapaG menulis entri ini dalam tidak kurang 2 jam lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air kita Malaysia bagi kali ke-58 tahun 2015. Sudah lebih setengah abad negara kita merdeka. Seharusnya kita sebagai rakyat haruslah matang dalam mengisi makna kemerdekaan agar perjuangan yang di lakukan oleh nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah tidak akan sia-sia

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan Malasia ke-58 Tahun 2015

Logo-Rasmi-Sambutan-Hari-Kemerdekaan-Malasia-ke-58-Tahun-2015-sehati-sejiwa

Maksud di sebalik logo hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Logo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia.

Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Lirik lagu tema hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015 (Sehati Sejiwa)

Demi tanah yang bertuah 
Taman cinta merdeka ..aaa
Kasih di hatiku ini 
Untukmu tanah pertiwi 

Dari utara selatan
Juga timur ke barat
Turut gagah Sabah Serawak
Sehati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu dengan kuj
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa


Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu 
Sehati sejiwa 
Malaysia Kekal Sejahtera … 

Korus 
Mi i so ginavo 
Kitai Dekak Mujur
mi i so ginavo
Ngetan Ke Menua
Mi i soginavo
Nyuluk Cita Mulia
Malaysia Sehati Sejiwa x2

Dendangan lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Harapan di hari kemerdekaan Malaysia kali ke-58 tahun 2015

Sudah pasti di sudut hati setiap rakyat di negara kita inginkan keamanan dan kemakmuran terus kekal samapi bila-bila. Bukan hanya makmur dan aman sahaja. PapaG percaya, kita mahukan negara kita membangun dari segi ekonomi dan juga sahsiah jati diri setiap penduduk dalam negara ini.

Ayuh...!!! Kuat kan jati diri Islam yang padu dalam diri ini. Bangkitkan semangat cintakan dan jihad mempertahankan negara dari segala ancaman serta penjajahan negara luar. Bukan hanya penjajahan yang berbentuk fizikal. Malah, penjajahan yang bukan fizikal iaitu penjajahan minda dan budaya. Tidak guna berbangga kita telah merdeka selama 58 tahun dari penjajahan fizikal kuasa barat, andai jiwa di setiap anak-anak bangsa masih terjajah. Renung-renungkan.

"Mengisi dan mempertahankan kemerdekaan itu lebih mencabar daripada menuntut kemerdekaan"

With Love
Papaglamz

-sekain-
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kuning di Raja

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kuning di Raja

Resepi ayam masak lemak cili api


Assalamualaikum

Baru-baru ni wife PapaG masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Biasanya masakan ni resepi orang negeri sembilan. Walaupun PapaG orang Johor, tak kisah pun apa menu. Janji sedap dan halal. Jalan je la. Beruntung sapa kawen dengan PapaG tau, sebab tak cerewet bab makan ni. Batu kayu je PapaG tolak. Yang lain masuk. Hehehe
Resepi+ayam+masak+lemak+cili+api+masakan+isteri

Ok la, kali ni PapaG nak kongsi kan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ni. Semoga berguna.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

3 Ketul ayam
Sebatang serai wangi (Titik)
Sepotong Halia
Sepotong Kunyit Hidup
Setengah Labu Bawang Besar
Cili Api
Asam Keping
Garam
Gula

Cara-cara memasak Ayam Masak Lemak Cili Api

Pertamanya, tumbuk bawang, kunyit, halia dan cili api. Mu wife tubuk je sebab masak sikit je kan. Untuk makan 3 orang. Masukkan bahan yang di tumbuk tadi dalam periuk,. Masukkan santan pekat. Gaul rata semua bahan. Masukkan Ayam. Tenggekkan atas api dengan api yang perlahan. Memula PapaG pelik, tambah semua bahan dah tu terus rebus macam tu je? Mudahnye. Wife cakap memang macam tu. Cuma masa masak tu gunakan api yang perlahan supaya tak pecah santan. Reneh atas api dalam 45 minit ataupun sehinggalah ayam tu masak. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Siap...!! Boleh dah makan.

Mudah kan? PapaG tak tahan tengok dia punya warna kuning tu dan kepekatan santan dia. Sebab tu nama dia di Raja. Memang tak sabar la nak menjamah. Hehehe.

-sekian-





Sudah la Cikgu Hilang Kuasa di Label Biadap Pula

Sudah la Cikgu Hilang Kuasa di Label Biadap Pula

Benarkah cikgu biadap atau budak sekarang kurang adap?


Assalamualaikum

Sebenarnya isu cikgu yang menulis ayat seakan biadap sudah menjadi bualan ramai orang di media beberapa hari lepas. Namun, baru hari ini PapaG terasa nak berkongsi rasa dengan pembaca semua. Di petik dari status facebook  Mohd Fadli Salleh
Benarkah-cikgu-biadap-atau-budak-sekarang-kurang-adap?
"Untuk mengelakkan aku stress, lantak kau nak buat apa. Yang nak belajar, tolong siapkan karangan. Yang tak nak boleh berambus sekarang."

Aku pun pernah remaja. Aku pun pernah jadi pelajar. Aku pun pernah membenci dan berdendam dengan guru atas sebab2 yang tertentu. Tapi tidak sampai ke tahap mengejek dan menghina guru sendiri. Tidak sampai memalukan guru yang menyampaikan ilmu kepadaku, kerana aku tau keberkatan sesuatu ilmu terletak pada guru!

Murid ini sebenarnya BIADAP! Murid ini sebenarnya TIADA ADAB! Entah berapa banyak gurunya ini memendam rasa. Entah berapa lama gurunya ini menanggung duka atas perangai murid2 beliau. Kuasa merotan kini tiada, usahkan mencuit, berleter pada murid pun dianggap satu kesalahan guru!

Maka apa yang tinggal? Apa lagi kuasa guru untuk mendidik anak2 murid yang nakal dan tidak mendengar kata? Rujuk kaunseling? Apa kau ingat setakat 2-3 kali kaunseling murid boleh berubah sekelip mata? Terus menjadi murid contoh? Apa cara lagi boleh diguna untuk mendidik murid?

Cikgu ini,walau siapa pun dia aku tetap menyokongnya. Mungkin perkataan "berambus" itu agak kasar, tp beliau tidak meluahkan dgn kata2, hanya melalui tulisan malahan siap ada lukisan emosi senyum lagi kat bawah tu. Guru ini menggunakan perkataan "berambus" pada 24 Ogos 2015.

Sedarkah anda berapa lama guru ini bersabar dengan karenah pelajarnya? 8 bulan penuh kesabaran! Guru ini guna "berambus" ada yang kata kasar, pelajar yang guna perkataan BIADAP kpd guru sendiri pula pelajar yang baik? Perkataan "berambus" itu perkataan yang lembut untuk murid sebiadap ini. Cukup lembut!

Guru ini, siapa pun dia, aku yakin guru yang penyabar, penyayang dan baik hati. Lihat saja pada ayat beliau yang ini "yang nak belajar TOLONG siapkan". Ini bukan ayat arahan, ini ayat rayuan. Seorang guru MERAYU kpd pelajar2nya untuk menyiapkan kerja dikatakan biadap? Mana lagi korang nk cari guru sebaik dan sesabar ini?

Maka benarlah segala isi kandung luahan guru pada Seminar Pendidikan Antarabangsa pada 22 Ogos yang lalu. Anak kita sedang tenat. Ya,anak2 kita sedang tenat!

Ini lah status yang di kongsi oleh pemilik FB berkenaan. Anda sebagai pembaca tentunya dapat memberi komen tersendiri. Sebenarnya banyak juga komen yang menyokong cikgu tersebut dan tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mengecam tindakan guru tersebut sehingga dilabel biadap..!!! Bagi PapaG selagi cikgu tidak melakukan tindakan kekasaran ia ok. Yela, sekarang ni cikgu sangat tersekat untuk mengambil tindakan. Nak rotan tak boleh dah. Segala tindakan fizikal memang tak boleh nk guna dah. Hanya mampu menggunakan leteran sebagai cara untuk membentuk seseorang pelajar. 

Wife PapaG cikgu kot. Stress tu memang. Lebih-lebih lagi dapat student yang macam ni. Sapa entah yang ajar dia boleh bawak handset semasa sesi persekolahan. Agak pelik sebenarnya. Cikgu yang biadap ataupun pelajar ni yang kekurangan adap? Entah la. Walau apepun, PapaG sokong cikgu ni. Wallahualam.

With Love
Papaglamz.

-sekian-

Labu Air Tumis Lada Hitam | Resepi Untuk Orang Demam

Labu Air Tumis Lada Hitam | Resepi Untuk Orang Demam

Menu masakan sayur labu air


Assalamualaikum

PapaG pasti ramai yang pernah dengar tentang labu air ni kan. Khasiat labu air ini sering sekali diguna pakai dalam perubatan tadisional. Kat sini PapaG kongsikan beberapa khasiat yang boleh diambil daripada labu air Sumber - Cahaya wahyu:


  • Mampu menurunkan suhu badan yang panas.
  • Membantu menyembuhkan demam yang sangat tinggi.
  • Mengelakkan selsema.
  • Mengubati penyakit asma.
  • Bagi perokok, labu air juga mampu membersihkan paru- paru akibat pengaruh nikotin.
Korang nak tahu kenapa labu air ni berkasiat? Ini di sebabkan kandungan air di dalamnya mempunyai mineral-mineral yang baik untuk kesihatan seperti Vitamin-C, Sponin dan poliferol yang mana ianya bersifat mendinginkan yang mampu menurunkan suhu tubuh kita.
 Labu+Air+Tumis+Lada+Hitam

Resepi Labu Air Tumis Lada Hitam

Bahan-bahan

1 biji labu air
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ikan bilis ditumbuk kasar
1 cawan soohoon yang telah direndam
2 sudu minyak masak
4 cawan air
2 sudu the garam, atau secukup rasa
2 biji cili padi (Jika suka)

 Cara Memasak

1. Buang kulit labu air tanamsendiri dan potong kecil.
2. Lumatkan bawang putih dan lada hitam.
3. Panaskan minyak masak.
4. Tumis bawang putih, lada hitam dan ikan bilis.
5. Bila sudah naik bau, masukkan air dan garam.
6. Apabila air mendidih masukkan labu dan soohoon. 
7. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga labu masak.

Haaa mudah kan..? Labu tumis lada hidam ni memang favourite PapaG dan isteri. Dan setiap kali beli barang dapur mesti ada selit sebiji dua labu air dalam troli. Hehehe. Ok lah, selamat mencuba yer.

Titah Perintah Sultan Johor Untuk Mendirikan Solat Hajat

Titah Perintah Sultan Johor Untuk Mendirikan Solat Hajat

Assalamualaikum

PapaG dapat info ni dari mak mertua PapaG tentang Titah Perintah Sultan Johor yang menggesa rakyatnya untuk menunaikan solat sunat hajat selepas solat jumaat di masjid-masjid seluruh negeri johor. 

Antara tujuan solat hajat ini di titahkan baginda kerana:

Untuk memohon keselamatan, keamanan dan kemakmuran Negeri Johor Darul Takzim dan Negara Malaysia.
 Memohon agar masalah yang dihadapi negara dalam pelbagai ujian dan cabaran dapat ditangani segera.
Memohon diturunkan hujan di tasik-tasik sebagai limpah kurnia dan rahmat ke atas Negeri Johor dan Malaysia amnya.
Untuk pengatahuan semua titah perintah ini berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan bermula 28 Ogos 2015. Semoga Allah memberi limpah kurnia buat kita rakyat Malaysia. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Jika anda wanita hebat, WAJIB baca…

Jika anda wanita hebat, WAJIB baca…


Proses melahirkan anak yang comel 


Assalamualaikum

Proses melahirkan adalah antara masa yang sangat dinanti-nantikan setelah penantian yang panjang lebih kurang 9 bulan. Dalam fasa kehamilan, PapaG percaya, hari-hari yang di lalui wanita amat sukar. Wanita amat berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya agar kesihatan anak dalam kandungan terjaga. Saat ini jugak kadang-kadang si suami pening kepala ingin memenuhi kehendak dan keinginan orang sedang mengidam ni. Hehehe

Tahniah buat para ibu sekalian. Anda mampu bertahan dalam menanti proses kelahiran bayi anda. Anda istimewa kerana tiada seorang lelaki pun yang mampu merasa bagaimana kesukaran dan kesakitan dalam proses melahirkan bayi.

Cuba anda bayangkan, rahim ibu yang mengandung mampu mengembang 500 kali dari ukuran normal bagi menampung kandungannya. Masyallah, sungguh menyakitkan bukan. Hanya wanita hebat sahaja yang mampu merasainya.

Selain itu, semasa proses bersalin wanita-wanita hebat ini akan mengalami kehilangan darah yang amat banyak sehinggakan 500ml. Selain itu, tubuh badan kita hanya mampu menanggung rasa sakit hingga 45 del. Tetapi, semasa proses bersalin kesakitan yang perlu wanita hebat ini tanggung ialah 50 del di mana ia bersamaan dengan kesakitan jika 20 tulang kita patah. Ya Allah, sakitnya.. Betapa sakitnya, tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Masyallah. Hebatnya wanita.

Yang pasti seorang ibu yang bersalin akan di beri ganjaran setimpal dari Allah. Antaranya ialah wanita hebat ini akan mendapat ganjaran pahala yang sama dengan 70 tahun solat dan berpuasa serta mendapat pahala menunaikan haji. Dan yang paling best, wanita-wanita hebat ini akan mendapat pahala jihad dan gugurlah segala dosanya umpama bayi yang baru lahir. Malah jika wanita hebat ini terkorban semasa melahirkan, terus di kira mati syahid. Betapa tuhan mengangkat darjat seorang wanita itu tinggi di sisinya.

Wahai wanita hebat sekalian. Berbanggalah kerana anda mampu mengharungi saat kehamilan dan juga melahirkan. Selemah-lemah sifat wanita, tapi kuat dan kebal hatinya dan jiwanya. Jadilah seperti Sumayyah, walaupun dia wanita lemah di mata TUANNYA tapi dia hebat di sisi TUHANNYA. Yang mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-



Fenomena Maggie Kari dan Telur Ayam

Fenomena Maggie Kari dan Telur Ayam

Mee maggie cepat di masak sedap di makan


Assalamualaikum

PapaG teringat pernah satu ketika pihak Maggie telah mengeluarkan satu iklan khas buat penggemar maggie kari bersama telur ayam. Lebih kurang macam tu la. PapaG ala-ala hilang ingatan pula. Papepun, maggie kari dan telur ayam memang tak dapat di pisahkan. PapaG sendiri pun peminat Maggie kari. Bila masak tu kalau tak letak telur ayam macam kosong jer. Bila letak telur sebiji, terangkat beb....!!! Hehehe
Mee-maggie-cepat-di-masak-sedap-di-makan
Bila tengah hujan malam-malam buta ni. Sejuk semacam jer. Perut berdondang sayang la pulak. Jengah dapur ada maggie dengan telur. Yesss....!!! Haaa kau jadi la Maggie Kari dengan Telur Ayam. Mudah.. Cepat.. Sedap.. Boleh la cuba. 

P/s : Jangan amalkan makan malam selalu kerana ia membahayakan kesihatan. Jangan la pula menambah-nambaha statistik bilangan rakyat yang obesiti di Malaysia ini okay... Kadang-kadang is hokayyy...!!! Kbai...

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Resepi Sup Ayam Kampung Fresh dari Reban Mak

Resepi Sup Ayam Kampung Fresh dari Reban Mak

Cara-cara memasak sup ayam kampung yang mudah dan sedap


Assalamualaikum

Masa cuti balik kampung, PapaG dan family ada masak sup ayam kampung. Ayam tu sembelih sendiri dari reban. Mak PapaG kat kampung memang bela ayam. Ade la bela sikit-sikit. Kalau anak-anak ramai yang balik dalam satu masa. Sekor dua mesti jadi korban ayam dari reban mak tu. Hehehe

Pagi tu abang PapaG la akan masuk reban tangkap ayam. Lepas je tangkap, Bapak pulak akan sembelih. Dah siap sembelih ramai-ramai la tolong cabut bulu ayam, potong dan masak. Kira semua tugas-tugas ni dah tersedia untuk orang-orang yang tertentu yer. PapaG kena cabut bulu ayam dan potong ayam. Susah tau sekarang nak tengok orang cabut bulu ayam secara tradisional. Lebih-lebih lagi ayam kampung. Memang leceh jugak la. Ye la. nak kena rendam air panas, lepas tu pulak kena cabut satu persatu. Rumit tapi amat menyeronokkan. 
Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap

Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap

Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap

Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap
Dah siap cabut bulu ayam dan potong, kami pas button kepada ibu-ibu yang berada di dapur la. Ofkos la Ibu Dhia korang. Masak sup ayam kampung dengan ipar-duai di kampung. Ok jom PapaG kongsikan resepi mudah untuk masak sup ayam kampung. Resepi ni sebenarnya guna je bahan apa yang ade kat rumah. Cuma PapaG kena beli sub bunjut dengan daun sup. Tapi menjadi tau. 

Bahan-bahan membuat sup ayam kampung 

2 ekor Ayam kampung yang sudah di sembelih dan potong
Sup bunjut

Bahan menumis

Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
3 batang serai wangi
6-8 tangkai cengkih
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar lada hitam

Bahan sayuran

4 biji kentang di potong 6
Daun sup
Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap

Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap

Cara Penyediaan sup ayam kampung

Cara ni Mak PapaG yang buat. Tenggekkan air dalam periuk yang muat untuk 2 ekor ayam. Masukkan ayam dalam periuk tadi. Pastikan ayam tu tenggelam. Reneh dalam sejam atau sampai ayam empuk. Ayam kampung ni liat sikit. Kena la panas kan lama. Jangan lupa masukkan sup bunjut sekali.

Sambil reneh ayam tu agak-agak ayam dah nak empuk, kita sediakan rempah menumis pulak. Caranya kisar bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Panaskan kuali. Tumiskan bahan yang dikisar tadi. Agak dah kering, masukkan kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan serai. Tumis lah sampai naik bau.

Bila rempah tumis dah siap dalam kuali. Orang kata sampai naik bau dia, masukkan bahan tumisan dari dalam kuali tadi ke dalam periuk yang sedang merebus ayam. Jangan lupa masukkan kentang tau. Kacau campuran tadi sehingga sebati. Teruskan mereneh sehingga kentang empuk. Dah siap. Boleh hidangkan. Mudah je kan. 
Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap

Cara-cara-memasak-sup-ayam-kampung-yang-mudah-dan-sedap
Haaaa ini lah hasilnya. Setelah setengahari kami bersama-sama dari sembelih, cabut bulu dan masak, akhirnya jadila seperiuk sup ayam kampung dari reban mak. Marvelousss..!!! Makan ramai-ramai syok tau. Sambil-sambil makan sup tu, kalau orang jawa mesti ade tahu goreng, tempe goreng dan sambal kicap. Memang tak boleh lari la tiga benda ni. Makan pasti meletoppp..!!! Hahaha. Ok la semua. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nasib Si Anak Buangan

Nasib Si Anak Buangan

Sorotan kes pembuangan bayi yang melanda negara Malaysia


Assalamualaikum

Rasanya setiap tahun negara kita tidak sunyi dengan bisikan-bisikan kejam tentang berita bayi yang tidak dosa di buang. Dalam banyak-banyak kes, kes yang PapaG kongsikan di dalam entri Binatang Lebih Baik Dari Kau | Berita Bayi Dikerat 15 Bahagian antara yang menyayat hati. Yela, begitu sanggup seorang manusia yang dikurnia akal memotong bayi yang baru lahir dengan tangannya sendiri. KEJAM...!!!!! Walaupun tiada sekelumit iman dalam hati tu, tiadakah belas ehsan? Sedangkan binatang pun sayang akan anak-anaknya. Apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal. Seharusnya mampu berfikir dan memberi belas ehsan sesama kita.
Sorotan-kes-pembuangan-bayi-yang-melanda-negara-Malaysia
Kelahiran bayi-bayi luar nikah di negara kita seakan tiada penghujung. Saban tahun, ada sahaja. Korang dapat bayangkan tak masa hadapan siapa penghuni yang bakal menghuni nagara kita? Pastinya anak-anak kecil dari zaman sekarang ni kan? Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009 menunjukkan bilangan anak luar nikah yang didaftarkan adalah sebanyak 17,303 orang. Manakala pada tahun 2011, satu peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 18,652 orang telah didaftarkan. Memang benarlah apa yang di war-war kan pada masa kini SATU HARI SATU BAYI LUAR NIKAH dilahirkan. 

Melihat situasi ini. Ya Allah sedih dan hibanya hati. Cuba bayangkan masa akan datang negara kita bakal di penuhi dengan anak-anak yang tidak sah taraf bermain bersama anak-anak kita. Satu hal lagi. Bagaimana sekiranya anak-anak kecil yang tidak sah taraf ini di ketahui statusnya oleh teman-teman sepermainannya lantas diejek dan di hina. Tentu sekali ia memberi kesan negatif pada anak itu. Itu lah, bermula dari kesilapan dan mengikut nafsu si ayah dan ibu yang tidak bertanggungjawab, akhirnya situasi ini yang terjadi. 

Sebab itu dalam Islam amat mengharamkan zina. Hukum yang amat berat bagi pelaku zina. Inilah sebabnya. Ia bakal mengganggu gugat keturunan sesebuah keluarga. Jika sesebuah institusi keluarga sudah rosak, bagaimana pula dengan pentadbiran negaranya. Pastinya rapuh juga. 

Sungguh PapaG sedih bila kenang-kenangkan perkara ini. Lebih-lebih lagi PapaG sekarang dah ada anak. Bakal jadi anak dara pula tu. Pelbagai kerisauan yang PapaG fikirkan. Yela, bagaimana dia membesar? Bila sudah berjauhan dengan PapaG nanti, dengan siapa dia berkawan. Itu semua tentunya merisaukan bagi ayah dan ibu. Satu yang PapaG pegang. Tempat untuk meminta pertolongan yang terbaik ialah Allah SWT. Sifatnya sendiri Maha Berkuasa dan Maha Memberi. Insyallah jika kita penuhi keluarga kita dengan didikan agama yang kukuh, Insyallah tuhan akan membantu kita melindungi keluarga. 

Jadi di sini, peranan ibu bapa itu penting. Anak yang lahir dari perut ibu umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapa yang harus mencorakkannya. Adakah dengan warna-warna indah seindah pelangi ataupun warna hitam yang tiada sebarang cahaya sekalipun. Anda yang menentukannya. Jom koreksi diri. Lihat apa yang anak kita buat. Tegur apa yang anak kita salah. Dan sayangi mereka. Bukan manjakan mereka. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com