Berpantang Dengan Set Bersalin Dan Menyusu dari Shaklee

Berpantang Dengan Set Bersalin Dan Menyusu dari Shaklee

Tip kesihatan unutk Ibu selepas bersalin dan berpantang serta menyusukan anak


Assalamualaikum

Pertamanya tahniah buat pembaca-pembaca Papaglamz.com yang bakal ataupun telah menimang cahaya mata. Pastinya kehadiran insan kecil yang comel menyerikan lagi suasana keluarga sakinah yang dibina atas dasar cinta dan tanggungjwab antara suami dan isteri. Macam mana berpantang selepas bersalin? Tentunya ianya saat-saat yang mencabar bukan? Ya, walaupun PapaG lelaki, namun perasaan menghadapi saat-saat berpantang selepas bersalin ini dapat PapaG rasai bila Ibu Dhia bersaalinkan puteri sulung kami Dhia Imtiyaz. Walaupun PapaG tidak rasa la sakit perit berpantang tu, tapi, sedikit sebanyak PapaG faham orang yang bersalin keadaannya bagaimana. Insyallah. 

Para ibu yang berpeluang melahirkan anak merupakan satu nikmat untuk anda. Ya betul..!! Kenapa pulak? Sebabnya cuba Ibu-ibu semua bayangkan, selepas je anda berjaya melahirkan anak, anda semua bersih dari segala dosa ala-ala macam bayi yang baru lahir. Kalau pula anda maut ketika bersalin, Ibu semua di kira mati Syahid. Syurga lah tempat Ibu semua. Hebat kan? Itu lah, Tapi, tak mudah untuk ke syurga. Anda perlu melalui perih dan jerih untuk melahirkan, kemudian berpantang pula.

PapaG percaya, waktu berpantanglah keadaan seseorang ibu paling lemah. Nak bergerak mesti sakit-sakit. Ye la, beribu urat putus masa bersalin. Lelaki tak rasa okay. Hebatnya wanita kan? Selemah-selemah insan bernama wanita, dia hebat. Macam Sumayyah, walaupun dia seorang wanita yang lemah, tapi namanya di sanjung tinggi di dalam sejarah islam. 

Mencari set vitamin berpantang dan bersalin yang terbaik dan lengkap?


Masa anda berpantang jangan lupa untuk menjaga kesihatan anda secara menyeluruh. Yela, tubuh badan tu nak guna lama. Dan bukan sekali je anda hendak mengandung dan bersalin. Pastinya beberapa kali kan? Hehehhe. Kalau ada rezeki. Insyallah. Jangan lupa jaga kesihatan masa berpantang, ambil pemakanan yang baik untuk memulihkan semula tubuh anda. Antara tips yang PapaG boleh sarankan ialah mengambil pemakanan seimbang yang berkhasiat dan juga pengambilan multivitamin ataupun makanan tambahan. Macam-macam mutivitamin yang khusus untuk ibu-ibu selepas bersalin khas untuk anda menjaga kesihatan anda dan juga bayi anda. 

Apa itu set bersalin dan set berpantang lengkap dari shaklee?


Shaklee mempunyai produk penjagaan bagi ibu-ibu selepas bersalin dan sedang perpantang. Masa wife PapaG bersalin aritu, PapaG hadiahkan Ibu Dhia dengan Set Bersalin Shaklee ni la. Alhamdulillah set ini amat serasi dengan wife. Untuk pengatahuan semua, Set Bersalin Shaklee ni terbahagi kepada 3 pakej kombinasi. Ia di bahagikan bagi memastikan anda mendapat khasiat yang sempurna dari produk-produk sahklee walaupun dengan budjet anda tersendiri. Antara pakej tersebut ialah:
  1. Set Bersalin Shaklee Asas
  2. Set Bersalin Shaklee Extra
  3. Set Bersalin Shaklee Permium

Set Bersalin Shaklee Asas

Set Bersalin Shaklee Asas memastikan rawatan dalaman ibu selepas bersalin yang sedang berpantang terjaga dengan baik. Set ini adalah satu kombinasi yang lengkap bagi memastikan pemulihan dalaman anda berada pada tahap yang optimum dan terjamin. Set Bersalin Shakee Asas mengandungi 4 produk utama iaitu:
  • B-Complex
  • Vita-lea Iron formula
  • Vitamin-c
  • Zinc Complex
Berpantang+Dengan+Set+Bersalin+Dan+Menyusu+dari+Shaklee


Set Bersalin Shaklee Extra

Set Bersalin Shaklee Extra adalah set kombinasi dari pada produk-produk yang menjaga kesihatan dalaman anda dan ditambah dengan penyusuan. Secara amnya, set ini sama dengan set bersalin shakle asas, namun ia di tambah dengan 2 produk lain yang berfungsi untuk membantu anda dalam penyusuan bayi anda. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita ingin menyusukan anak anda dengan susu ibu sepenuhnya, anda sangat di sarankan untuk mengambil set ini. Ia terbukti dapat membantu anda dalam penyusuan yang mana ia dapat menambah kuantiti susu dan juga mengayakan susu anda agar anak anda mudah kenyang. Jadi secara totalnya, Set Bersalin Shaklee Extra megandungi 6 produk iaitu:
  • B-Complex
  • Vita-lea Iron formula
  • Vitamin-c
  • Zinc Complex
  • Energizing Soy Protein
  • Ostematrix
Berpantang+Dengan+Set+Bersalin+Dan+Menyusu+dari+Shaklee

Set Bersalin Shaklee Premium

Ini adalah untuk set yang terbaik. Set Bersalin Shaklee Premium membantu para ibu selepas bersalin yang menyusukan anak dan juga ingin tampil kekal ramping. Kadang kala para ibu takut dengan menyusukan anak, badan akan naik. Jadi, set bersalin Shaklee premium ini dapat membantu masalah anda. Set ini di tambah dengan 2 supplement lain yang begitu efektif dalam proses penurunan berat badan iaitu Alfalfa Complex dan Lechitin. Jadi secara keseluruhannya, set ini mengandungi 8 supplement iaitu:
  • B-Complex
  • Vita-lea Iron formula
  • Vitamin-c
  • Zinc Complex
  • Energizing Soy Protein
  • Ostematrix
  • Alfalfa Complex
  • Lechitin

Berpantang+Dengan+Set+Bersalin+Dan+Menyusu+dari+Shaklee

Cara makan set bersalin dan set berpantang lengkap dari shaklee


Sebenarnya cara makan anda akan di beri konsultansi secara eksklusive. Bukan hanya cara untuk cara makan, bahkan anda akan mendapat tips-tips kesihatan percuma dari PapaG dan juga team Shaklee PapaG. Bukan semua orang dapat tau. Rugi lah kalau ketingalan. Dan apa yang pasti korang mesti berpuas hati. Insyallah.

Testimoni-testimoni pilihan pengguna Set Bersalin Shaklee



Berpantang+Dengan+Set+Bersalin+Dan+Menyusu+dari+Shaklee

Berpantang+Dengan+Set+Bersalin+Dan+Menyusu+dari+Shaklee

Berpantang+Dengan+Set+Bersalin+Dan+Menyusu+dari+Shaklee

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


Jangan lupa terjah entri ni:
Penyakit Hati Dan Penawarnya

Penyakit Hati Dan Penawarnya

Penawar penyakit hati dalam diri


Assalamualaikum

Hati yang tenang dan bahagia tentunya ramai yang menginginkannya. Kebahagiaan dan kedamaian di dalam hidup tentunya bertitik tolak dengan mempunyai hati yang lapang dan bahagia. Pastinya ramai yang ingin mencari ketengan hati, namun, penawar penyakit hati bukan boleh didapati di hospital-hospital biasa dengan ubat-ubat yang doktor bagi. Penawarnya tidak berbayar dan percum sahaja. Begitu Maha Pemberi dan Maha Penyayang Allal SWT pada hambanya menyediakan penawar-penawar yang baik lagi mudah untuk kegunaan hamba-hambanya.

Ingatlah, dengan megikti syariat Islam yang hakiki, pastinya segala penyakt hati akan kita ubati. Islam itu agama kebahagiaan. Sebagai umat isalam, pastinya kita mempunyai cara yag terbaik untuk mengubati penyakit hati
Penawar+penyakit+hati+dalam+diri

Penawar+penyakit+hati+dalam+diri

Jom amalkan bersama. Nampak memang mudah. Tapi terkadang kita alpa. PapaG sendiri pun sama. Huhuhu.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Baju Raya Tema Merah Biru ala-ala JDT

Baju Raya Tema Merah Biru ala-ala JDT

Tema baju raya pilihan, Biru, Blue colour, Merah, Red colour


Assalamualaikum

Dah 9 hari kita beraya kan? Pastinya ramai lagi yang masih dalam mood bercuti lagi. Ramai juga yang masih beraya sakan. Untuj PapaG raya ke-4 dah kembali bekerja. Sabar je la. Huhuh.

Tentunya banyak benda yang ingin di kongsikan tentang raya korang kan? PapaG nak kongsikan tema warna baju raya PapaG dan family. Papag dan keluarga memilih tema warna biru dan merah. Warna biru untuk family sebelah mertua dan merah untuk family sebelah PapaG.

Merah dengan biru dah macam warna tema JDT je kan? Seriously, PapaG tak perasan pon. Setelah belek-belek semua gambar raya, baru la perasan. Memang JDT sangat ni. Tau la asal orang johor. Warna tema pun nak ala-ala warna rasmi JDT kan? Nasib baik bukan baju warna merah seluar warna biru. Hehehe.

Tema+baju+raya+pilihan+Biru+Blue+colour+Merah+Red+colour

Tema+baju+raya+pilihan+Biru+Blue+colour+Merah+Red+colour

Tema+baju+raya+pilihan+Biru+Blue+colour+Merah+Red+colour

Tema+baju+raya+pilihan+Biru+Blue+colour+Merah+Red+colour

Itu lah sedikit sebanyak gambar yang PapaG dapat kongsikan. Ok la, petang ni nak sambung beraya denan Ibu dhia. Selamat hari raya lagi sekali untuk korang semua. Ingat, kawal makan dan minum. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-
9 senaman mudah untuk mengempiskan perut untuk lelaki boroi

9 senaman mudah untuk mengempiskan perut untuk lelaki boroi

Tips untuk kurus, Tips kesihatan, Senaman mengempiskan perut, Lelaki boroi


Assalamualaikum

Bila dah epas raya ni tengok depan cermin terasa badan begitu besar la pulak. Tetiba timbul rasa nak menguruskan badan. Hahaha. Ini adalah impian setiap tahun after raya. Mempunyai perut yang kempis idaman ramai orang. Tapi, ianya perlukan keazaman yang tinggi. Kalau orang kerja dalam ofis mcam PapaG ni. Masuk pukul 8 balik pukul 6 petang, rasanya dengan tidak segan silu lelamak nakal menghuni dalam badan ni.

Tetiba search kat google cara senaman untuk kempiskan perut. Harap-harap dengan baca-baca cara nak kuruskan badan ni, dapat la kurus dengan serta merta. Giteww. Terdapat 9 senaman ringkas yang boleh korang lakukan untuk mengempiskan perut yang buncit tu. PapaG dapat dari Bloggerlelaki.com. Memang simple je senaman die. Tapi......... Tak nak cakap la... korang tengok la sendiri senaman ringkas ini sebagai Tips untuk mengempiskan perut yang boroi tu.

1. Cycles
Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


2. Knee Ups

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


3. Leg Raises

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


4. Reverse Crunch

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


5. Leg On Coach Crunches

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


6. Hip Trust

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


7. Cross Crunch

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


8. Reach and Touch

9+cara+cepat+membuat+badan+six+pack+di+rumah8


9. Cross leg reverse crunch

9+cara+cepat+membuat+badan+six+pack+di+rumah9

Amacam? Senang kan? Boleh la kalau nak cuba. Eh kejap, selain senaman, senadainya ingin memulakan diet menguruskan badan, boleh la jugak mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga makanan tambahan. Sebagai contoh Shaklee. Tau tak, Shaklee memudahkan proses pengurusan bandan anda dengan hanya 3 langkah yang mudah. 

Tips+untuk+kurus+Tips+kesihatan+Senaman+mengempiskan+perut+Lelaki+boroi


LANGKAH PERTAMA : MEMECAHKAN LEMAK


Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KEDUA : DETOX


Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN


Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.

Kan komplete bukan hanya bersenam, dengan mengamlkan pemakanan yang sihat tentu sahaja program penurusan badan anda berjaya. Mahu tahu info lanjut tentang Set Kurus Shaklee? Jom terjah PapaG ok...

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


Jangan lupa terjah entri ni:
Ciri-ciri lelaki atau teruna yang setia menjadi idaman setiap wanita

Ciri-ciri lelaki atau teruna yang setia menjadi idaman setiap wanita

Ciri-ciri lelaki baik, setia, penyayang, bertanggungjawab dan matang


Assalamualaikum

Ok entri ni simple jer. Ramai wanita yang tergila-gilakan lelaki yang mempunyai ciri yang penyayang, setia, bertanggungjawab dan macam-macam lagi la. Dan teruna-teruna idaman wanita ini semestinya mempunyai ciri-ciri yang di idam-idamkan. Namun, harus di ingat, bila berbicara tentang manusia, kita tidak semua sempurna macam Mr Perfec 10 tu. Hehehe. 

Tapi, kita boleh berusaha untuk menjadi yang sesempurna mungkin bagi pasangan kita. Insyallah. Lagipun antara sesama pasangan kita saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain. 

Bawah ni antara yang boleh la para jejaka teruna dan lelaki terhebat yang ada di muka bumi ini untuk mencuba. Mana tahu anda menjadi idaman wanita-wanita baik lagi solehah di luar sana. Insyallah.
Ciri-ciri lelaki baik, setia, penyayang, bertanggungjawab dan matang

Last but not least,

“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik." (Qs. An Nur:26)


With Love
Papaglamz

-sekian-
Site Map

Site Map






2 sebab kita mudah di serang sakit jantung serta tanda-tandanya dan cara-cara mengatasinya

2 sebab kita mudah di serang sakit jantung serta tanda-tandanya dan cara-cara mengatasinya

Penyakit jantung, Tanda-tanda penyakit jantung, Pencegahan awal penyakit jantung, Cara mengatasi


Assalamualaikum


Korang tahu tak di Malaysia sahaja pada tahun 2005 seramai 5247 orang telah dilaporkan oleh hospital kerajaan Malaysia maut di sebab kan SAKIT JANTUNG. Dan dengarnya angka ini maningkat saban tahun. Tak salah jika di katakan penyakit jantung ni adalah antara pembunuh nombor satu di Malaysia. Tapi, tahukah anda sebab apa kita mudah di serang dengan sakit jantung. Dan adakah langkah-langkah yang boleh di ambil untuk mengatasai serangan penyakit jantung ni? 

Penyebab, tanda-tanda dan cara mengatasi menyakit jantung

Kolestrol penyebab utama serangan sakit jantung


Rata-rata mengatakan bahawa sakit jantung ni berpunca daripada kandungan kolestrol yang tinggi. Ya betul tu. Tapi harus difahami bahawa di dalam tubuh kita terdapat 2 jenis kolestrol iaitu yang tidak baik (LDL) dan baik (HDL). Kedua-dua kolestrol ini memainkan peranan penting dalam tubuh badan kita. Ianya diperlukan dalam nisbah tertentu bagi membolehkan metabolisma tubuh kita berada pada tahap optimum lantas menghindari penyakit jantung.

Sememangnya kandungan kolestrol yang tinggi penyebab serangan sakit jantung. Namun, bukan dengan kehadiran LDL sahaja yang menyebabkan seseorang di serang penyakit ini. Antara sebab lain ialah dengan kehadiran Homosistein dan Radikal Bebas dalam pembuluh darah yang akan mengoksidakan LDL di permukaan pembuluh darah dan menjadi tidak baik. Pengoksidaan LDL di dalam pembuluh darah bakal menyebabkan salur pembuluh darah sempit dan penyakit jangtung pun terjadi.

Apa pula kaitan Hemosistein dalam penyebab berlakunya sakit jantung?


Secara ringkasnya Homosistein ni macam satu radical bebas gitu la. Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Sebab tu la kita harus mengambil makanan yang baik dan sihat agar kehadiran radical bebas ini dapat di kurang kan dan sekaligus mengurangkan lagi sisko terkena penyakit jantung.

Untuk pengatahuan semua. PapaG kongsikan antara yang PapaG baca tentang Hemosistein ni. Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer daripada Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Di dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain daripada itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka. Satu penemuan yang perlu diberi perhatian. (Sumber : Klik Disini)

Apakah tanda-tanda atau symptom-symptom individu yang menderita sakit jantung?

Setiap orang tanda-tanda penyakit jantung adalah berbeza. Apa yang PapaG boleh kongsikan ialah, beberapa tanda-tanda awal yang bisa bagi penderita penyakit jantung hadapi.

1. Sering Keletihan

2. Sering Berpeluh

3. Mual Berlebihan

4. Merasa Cemas dan Tegang

5. Perit pada bagian tubuh

6. Perit di bahagian dada

7. Sering sakit kepala

8. Denyut jantung tak teratur

9. Sesak nafas

10. Pembengkakan Kaki dan Perut

Shaklee boleh membantu mencegah seseorang dari menghidap sakit jantung?

Ya.. Shaklee mempunyai rangkian prosuk yang bertujuan untuk membantu anda menjaga kesihatan jantung anda. Terdapat 3 produk utama yang mana ia mampu mencegah kita daripada mendapat penyakit jangtung. Ya mudah. Hanya tiga produk sahaja jika anada mahukan kesihatan jantung anda yang maksimum.

  • CoQ10 semulajadi tubuh terdapat banyak di sel jantung. Ianya membantu dalam penjanaan tenaga di dalam sel jantung yang sememanganya memerlukan banyak tenaga untuk bekerja.
  • Oleh sebab paras CoQ10 berkurangan apabila usia meningkat, paras CoQ10 perlu ditambah dari luar iaitu melalui pengambilan supplement.
  • CoQHealth Plus Shaklee merupakan sumber CoQ10 terbaik di pasaran


  • Omega 3 di dalam OmegaGuard Shaklee amat berkesan dalam menurunkan kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit.
  • Ia juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam jantung dan kawasan lain, lantas menghalang tekanan darah tinggi.

  • Lemak kolesterol yang terurai perlulah disingkirkan keluar dari badan. Alfalfa Complex mengandungi saponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolesterol dan menyingkirkannya daripada tubuh.
Penyebab, tanda-tanda dan cara mengatasi menyakit jantung


p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


Jangan lupa terjah entri ni:
Jatuh Cinta Sebab Susu

Jatuh Cinta Sebab Susu

TESTIMONIAL & KISAH CINTA ESP!


Assalamualaikum

Susu memang penting untuk kesihatan. Tapi, ade juga orang yang tidak suka pada susu. Susu itu sumber protein yang baik. Protein pula sangat di perlukan oleh tubuh kita untuk membantu tumbesaran. Kali ni PapaG nak kongsikan kisah cinta PapaG dengan Susu Protein dari Shaklee ni. Bukan PapaG jer. Dan banyak lagi testimoni-testimoni yang best dan berkesan bagi mereka yang menggunkan Energizing Soy Protein (ESP) ni. Teruskan pembacaan tau.


7 Khasiat dan kebaikan Energising Soy Protein (ESP) sehinggakan ramai yang jatuh cinta


Ternyata banyak khasiat dan kebaikan yang diperolehi dengan mengamalkan ESP ni. Tak percaya? Masakan tidak. Setiap bulan ESP adalah antara hot produk lebih-lebih lagi jika bulan itu ada promosi ESP. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat stok sendiri. Lagipun tarikh luputnya agak la. Memang langkah yang bijak...!!!

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan


Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita


Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal


Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki


Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif


Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi


Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori


Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


Segala kebaikan dan keberkesananya amatlah terbukti dengan adanya testimoni-testimoni dari mereka yang telah menggunakan ESP ni. Takira wanita mahupun lelaki semuanya telah merasa kebaikan dari ESP. 







Sebenarnya banyak lagi testimoni-testimoni yang PapaG nak kongsikan. Tapi dalam entri yang lain la yer. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dunia Perkongsian Makanan di Instagram

Dunia Perkongsian Makanan di Instagram

Food Capitals on Instagram


Assalamualaikum

Dunia Instagram "Let The Picture Speak "


PapaG akui Instagram juga merupakan salah satu media sosial yang sangat popular sekarang selain Facebook. Korang mesti ade akaun instagram kan? Instagram ni hanya menggunakan medium perkongsian bergambar sahaja. Tentunya macam-macam gambar yang di kongsikan oleh pemilik akaun Instagram.

Dunia Makanan di Instagram


Rasanya tidak keterlaluan kalau PapaG katakan yang Instagram ni sebagai satu dunia perkongsian maknan. Yela. akaun Instagram PapaG je berpuluh gambar makanan yang PapaG upload untuk tatapan semua. Tu tak kira orang lain lagi. Ni contoh #tag yang PapaG guna untuk mencari gambar makanan.


Banyak kan? Berjuta-juta orang share gambar makanan. So, sesiapa yang nak mencari idea-idea resepi or tak tau nak makan ape, boleh la cuci-cuci mata di Instagram dengan #tag yang PapaG sebutkan tadi. Sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2015 DARI PAPAGLAMZ

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2015 DARI PAPAGLAMZ

Assalamualaikum

Masa entri ni ditulis, sudah masuk syawal yang ke-6. Sepanjang raya PapaG takde update entri langsung. Laptop tak bukak pon. Sebenarnya raya ke-5 (selasa) PapaG dah mula kerja, tapi hari ni doktor bagi rehat. Telinga PapaG berdenyut-denyut sakit. So, rehat-rehat ni dapat la bukak laptop nak belek-belek blog ni kejap.

Korang punya raya macam mana? Ok ke tak ok? PapaG sure semua mesti bergembira seadanya kan? Seperti tahun-tahun sebelum ni, PapaG beraya di rumah mertua dan jugak rumah parent PapaG sendiri. Tahun ni syawal yang pertama PapaG beraya di rumah mertua. Ikut giliran. Macam tu la. Demi keadilan dan menjaga hati semua pihak, perlu bagi-bagi. Nasib baik la duduk sekampung je. Tak yah nak gaduh-gaduh. Kalau rasa rindu nak tengok parent sendiri, start moto balik la rumah mak. Tak sampai 5 minit pon. Hehehe. 

Ok di kesempatan entri yang ringkas ini, PapaG dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca Papaglamz.com yang berusia 8 bulan dah ni. Insyallah akan berterusan lagi. Buat semua, PapaG dan keluaga ingin menyusun sepuluh jari seandainya kami ada melakukan kesalahan yang nyata atau tidak nyata yang kami sengajakan ataupun tidak. Yela, manusiakan tak pernah lari dari kesilapan. Kalau ade entri-entri yang menyinggung perasaan mana-mana pihak tu PapaG harap maaf sangat. Kira kosong-kosong la ea.
Banyak cerita yang PapaG nak kongsikan semasa raya tahun ni. Ala-ala throwback gitu la. Korang nantikan yer. Ok la sampai di sini sahaja coretan dari PapaG. Jumpa di kesempatan yang lain. Inyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com