Motivasi | Cinta Saling Menyempurnakan

Motivasi | Cinta Saling Menyempurnakan

Koleksi Kata-kata Hikmah


Assalamualaikum

Selamat Pagi

(^_^)y
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan. Itulah SUAMI ISTERI"

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bertemu Sifu Blogspot, Hasrul Hassan

Bertemu Sifu Blogspot, Hasrul Hassan

Sifu Blogspot, Hasrul Hassan


Kalau sebut je Hasrul Hassan Papaglamzrasa semua blogger tahu siapakah beliau. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang menggunskan blogspot sebagai hosting. Kalau korang nak tahu tentang sifu ni boleh la klik link di sini.

Nak di ceritakan, Papaglamz berkesempatan berjumpa dengan Abang Hasrul ni masa review buffet ramadhan di BGR tempoh hari. Jumpa sekajp je pon. Amik picture tukar-tukar business kad sembang sikit-sikit dan balik. Dah malam kan, Masing-masing ada urusan masing-masing. 

Tapi alhamdulillah, walaupun alam masa yang singkat ia sangat berharga. Bukan mudah nak jumpa. Abang Harul ni duduk di utara, tapi sangup datang event di Bangi. Jauh tu. Walau apapun, Papaglamz doakan semoga selamat. Hati-hati di jalan raya.


Nampak tak ke'excited'an Papaglamz di situ, Muahaha Ok la sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
3 Makanan Tambahan atau Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam

3 Makanan Tambahan atau Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam

Vitamin Pilihan Untuk Memelihara Kulit dari Dalam


Assalamualaikum

Salam ceria. Papaglamz ingin kongsikan 3 vitamin utama yang di perlukan oleh kulit kita agar ia bebas dari sebarang cela dan sentiasa cantik.


Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)

Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)

Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalau ada extra budget.. sila amik COllagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)

Semoga bermanfaat

With Love
Papaglamz

-sekian-
Motivasi | Kekasih Yang Hebat dan Abadi

Motivasi | Kekasih Yang Hebat dan Abadi

Koleksi Kata-Kata Hikma dan Motivasi


Assalmualaikum
"Tubuh yang lelah perlukan rehat yang mencukupi. Hati yang lelah perlukan KEKASIH yang setia di sisi. KEKASIH yang abadi ialah Allah S.W.T"

With Love
Papaglamz

-sekian-
Wanita Itu Dia Isteri Luar Biasa

Wanita Itu Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa

Some+One+That+Make+You+Happy


Oh wanita itu,
Yang tidak aku kenali,
Tiba-tiba menerjah kembali,
Dalam ruang kotak fikiranku.

Ternyata,
Bait-bait kata dari mak,
Mula meneroboh kembali,
Dalam ingatan ku.

Oh… Jodoh..

Mak begitu teruja,
Memulakan bait cerita,
Cerita yang bukan fiksyen,
Suatu cerita realiti,
Cerita itu bakal menghentikan,
Perjalanan hidup bujangku.

Oh wanita itu,
Jodoh pilihan mak,
Sungguh luar biasa,
Ruang lingkup mana yang mak suka?
Sisi kebaikan apakah yang mak perhatikan?
Aku mencari…… Jawapan……

Tapi....

Aku redha... Aku pasti...
Kata-kata mak pasti betul,
Setiap apa yang berlaku,
Pasti ada hikmah di sebaliknya,
Keyakinan mak pada wanita itu,
Menjadi penguat bagi ku,
Untuk aku terus menerima,
Seadanya…
Tanpa soal bicara…

Kini…

Dia isteriku,
Dan juga Ibu kepada puteri sulungku,
Ku sayang padanya,
Cinta yang beputik,
Kian mekar bersama wangian indah,
Menyeri indah kehidupan kami.

Dialah Isteriku
Semakin aku kenali,
Semakin nyata keluarbiasaannya,
Aku bersyukur dikurniakan
ISTERI LUAR BIASA
Sepertinya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

ESP BEST FRIEND FOREVER BAGI WANITA

ESP BEST FRIEND FOREVER BAGI WANITA

Wanita atau perempuan dan Energizing Soy Protein


Assalamualaikum

Cakap je tentang ESP ni Papaglamz rasa ramai je yang tau kan? Ni la susu protein keluaran Shaklee. The best part is, bisik-bisik mengatakan yang ESP ni Best Friend Foreve (BFF) orang perempuan. Yeke? Ofkosss my dear. Betul la tu. Jom Papaglamz kongsikan Tetimoni-testimoni terbaek dari wanita-wanita tentang ESP yang mereka telah amalkan.




Ok la. Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

SIAPA YG PERLUKAN ESP?


  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonus for weight management).
  • Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc).
  • Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil.
  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat.
  • Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
JADI JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENJADI BEST FRIEND FOREVER DENGAN ESP YER

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Motivasi | Semangat Bangsa Terjajah

Motivasi | Semangat Bangsa Terjajah

Koleksi kata-kata hikmah dan motivasi


Assalamualaikum

Hai semua. Harap sihat sahaja

(^_^)y


"Bangsa yang dijajah biasanya menjadi malas kerana jiwanya sentiasa dikongkong oleh pihak penjajah dan mereka ini tidak mampu membela diri kerana rasa kalah telah mematahkan semangat mereka." -Ibnu Khaldun

-sekian-
APA ITU ENERGIZING SOY PROTEIN?

APA ITU ENERGIZING SOY PROTEIN?

Fakta Tentang Energising Soy Protein 


Nama Vitamin

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein

Fungsi
Fungsi Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membekalkan tenaga.
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
  • Penting bagi ibu yang menyusukan anak, kanak-kanak dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Simptom kekurangan


Kekurangan protein yang serious oleh seseorang akan menyebabkan tumbesarannya terganggu. Kemungkinan beberapa symptom akan kelihatan seperti:
  • Mudah keletihan.
  • Kulit yang kusam dan tidak bertenaga.
  • Mudah terkena penyakit.
  • Simptom ramut gugur yang melampau.

Sumber makanan
  •  Susu
  • Telur
  • Keju
  • Daging
  • Ikan
  • Ikan Teri
  • Bijian-bijian yang masih berkulit
  • Kentang
  • Kacang tanah

 Golongan yang memerlukan

  • Wanita HamilProtein di perlukan bagi memastikan tumbesaran tulang dan sel-sel bayi dalam kandungan.
  • Ahli sukanProtein di perlukan untuk membina sel-sel  otot yang di khuatiri tercedera ketika melakukan aktiviti sukan.
  • Mereka yang sedang pulih dari sakitProtein di perlukan bagi membantu pembentukan sel-sel pemulihan sebagai contoh jika pesakit mengalami luka yng teruk ESP akan membantu pembenutkan sel-sel baru sekaligus mempercepatkan luka pulih.
  • Kanak-kanakKanak-kanak semeangnya memerlukan protein yang secukupnya bagi membantu tumbesaran mereka. ESP boleh bertindak sebagai agen member tenaga di samping membantu pembinaan sel-sel tulang, kulit, antibody dan sebagainya.

 Kelebihan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Harga 

RM 150.00
850 g



Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL BERMULA JUN 2015

KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL BERMULA JUN 2015

Keniakan Harga Petrol Ron 95, Diesel, dan Ron 97


Assalamualaikum

Semua sudah tahu yang petrol dan diesel telah naik harga pada 1 Jun2015 kan? Tentunya banyak respons-respons dari rakyat tentang kenaikan ini. Jom Papaglamz kongsikan petikan berita daripada beberapa akhbar tanah air tentang kenaikan haga petrol ini.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasminya, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter, dan diesel RM2.05 seliter.

Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei.

Kali terakhir harga petrol dan diesel dinaikkan adalah pada bulan Mac.


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol jenis RON95, RON97 dan diesel dinaikkan 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal mulai jam 12.01 tengah malam ini. Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa. 

"Harga runcit baharu yang ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter. "Harga baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi. 

Kerajaan pada 21 November tahun lalu, memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kadar pengapungan terkawal mulai 1 Disember lalu, manakala harga RON97 mengikut harga pasaran dunia. Sejak pelaksanaan sistem berkenaan pada Disember, harga minyak menyaksikan penurunan dua kali iaitu pada Januari dan Februari dengan harga terendah dicatatkan bagi RON95 adalah RM1.70; RON95 adalah RM2 dan diesel adalah RM1.95. 

Hasan berkata, harga minyak bagi bulan berikutnya akan ditentukan menggunakan kaedah sama dengan harganya berkemungkinan untuk naik atau turun berdasarkan keadaan semasa. "Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini. "Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.

-sekian-
Motivasi | Bacalah (Iqra') Wahyu pertama suruhan dari Allah

Motivasi | Bacalah (Iqra') Wahyu pertama suruhan dari Allah

Kata-kata hikmah, Membaca Jambatan Ilmu


Assalamualaikum


Membaca itu jambatan ilmu. Wahyu pertama dari Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ada suruhan untuk MEMBACA. Sesungguhnya, dengan membaca pastinya banyak ilmu yang bakal kita perolehi. Dengan ilmu, tentunya ia dapat menjadi panduan kita untuk terus hidup di dunia dan di akhirat nanti. 
JOM MEMBACA....!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com